KONSEP SULH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN...
Transcript of KONSEP SULH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN...
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
25
KONSEP SULH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN APLIKASINYA DALAM
MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA
NORITA KAMARUDDIN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
No. Tel. 013-3583010
ABSTRAK
Kajian ini menghuraikan tentang konsep sulh dan perlaksanaannya di Mahkamah Syariah dan mengenal
pasti adakah aplikasinya menepati konsep sebenar yang ditentukan oleh Islam atau tidak. Kajian ini
menggunakan kajian kepustakaan dengan merujuk data yang diperolehi daripada buku-buku, jurnal, hasil
kajian ilmiah terdahulu, makalah, kertas kerja seminar, monograf dan sebagainya. Hasil kajian yang
diperolehi menunjukkan bahawa sulh merupakan antara cara rundingan yang terbaik dan terpimpin dalam
menyelesaikan sesuatu konflik sejajar dengan ajaran Islam. Namun begitu masih terdapat ruang-ruang yang
masih perlu di beri penambahbaikan terhadap perlaksanaan sulh di Malaysia. Dalam hal ini, usaha-usaha
untuk memantapkan dan menyelaraskan kaedah-kaedah Sulh di seluruh negeri di Malaysia perlu
dilaksanakan demi memudahkan pentadbiran Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes-kes yang di
bawa ke Mahkamah dan akan menyegerakan penyelesaian kes-kes tersebut dengan baik dan berkesan.
Kata kunci : Sulh, Mahkamah Syariah
PENDAHULUAN
Perbincangan tentang sulh muncul sekali-sekali dalam perbendaharaan ilmu Islam klasik
sama ada dalam bidang tafsir, hadis atau fiqah. Secara asasnya, kajian dalam bidang sulh
boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, kajian-kajian yang secara khusus memfokuskan
konsep sulh dalam perundangan Islam. Kedua ialah kajian-kajian yang berkaitan dengan
kaedah Alternatif Penyelesaian Pertikaian (Alternative Dispute Resolution-ADR). Sulh atau
disebut mediasi dalam ADR telah dirangkumkan sebagai kombinasi kepada kaedah tersebut.
Pada umumnya, perbincangan klasik mengenai sulh dapat dirujuk dalam kitab-kitab
fiqah pelbagai mazhab. Perbahasan yang sama juga terdapat di dalam semua kitab hadis yang
babnya disusun mengikut bab-bab dalam kitab fiqah. Begitu juga kitab-kitab tafsir yang
mentafsirkan ayat-ayat berkaitan sulh. Jika diteliti kajian-kajian mengenai sulh dalam
penulisan fiqah tradisional, fokus perbahasan tertumpu pada sulh yang berkaitan dengan
pertikaian harta, malah kesemua fuqaha memperuntukkan perbahasan yang khusus mengenai
sulh dalam penulisan mereka dan dikenali dengan Kitab al-Sulh dan dibincangkan dalam Bab
al-Mu’amalat al-Maliyyah.
1002
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
26
Sulh telah pun diaplikasikan di semua Mahkamah Syariah di Malaysia sejak lama
dahulu meskipun tanpa peruntukan dan prosedur-prosedur yang khusus. Penyelesaian secara
sulh pada umumnya dicapai melalui perbincangan antara pihak-pihak, cadangan hakim atau
peguam. Usaha mencari perdamaian melalui cadangan penyelesaian alternatif atau alternative
dispute resolution ( sulh ) bagi menyelesaikan isu-isu kekeluargaan Islam perlu diutamakan
terlebih dahulu dan Mahkamah Syariah adalah tempat rujukan terakhir.
Dalam membincangkan perlaksanaan sulh dan keberkesanannya di Mahkamah
Syariah rujukan akan dibuat kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan ini termasuk
Enakmen Tatacara Mal Syariah, Kaedah-kaedah Tatacara Mal (Sulh), Manual Kerja Sulh
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Pekeliling Ketua Hakim.
KONSEP SULH DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Konsep Sulh
Perundangan antara medium terbaik dalam menyelesaikan pertikaian khususnya dalam
masalah rumah tangga. Namun, perundangan boleh menjadi langkah terakhir dalam
menegakkan keadilan. Dengan itu, pendekatan awal yang diguna pakai adalah perundingan
antara pihak yang terlibat dalam pertikaian. Umumnya, kaedah rundingan atau permuafakatan
secara damai bukanlah perkara baru dalam sistem pengadilan Islam. Malah telah dipraktikkan
semenjak sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai Rasul dan terus diamalkan oleh
generasi kemudian.
Berlitigasi melalui mahkamah bukanlah mudah. Ia melibatkan proses yang rumit
dan kompleks. Dalam proses ini, pihak yang terlibat dalam pertikaian terpaksa bersikap
defensif dan ofensif untuk mendapat atau mempertahankan hak masing-masing. Dalam
keadaan ini, meskipun mahkamah berfungsi sebagai institusi yang membuat keputusan
terhadap kes-kes yang dipertikai, namun tidak semestinya dicapai melalui prosiding di depan
hakim. Dengan kata lain, menghadiri prosiding mahkamah merupakan salah satu daripada
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
27
mekanisme yang ada untuk menyelesaikan pertikaian. Selain itu, penyelesaian juga boleh
dicapai berasaskan persetujuan bersama atau melalui sulh tanpa menerusi proses litigasi. 1
PERSPEKTIF SYARAK
Definisi
Sulh dari sudut bahasa diertikan sebagai sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan
perdamaian dan kata lawannya ialah permusuhan dan persengketaan.2 Ibnu Manzur
menyatakan sulh merupakan kata nama daripada al-musalahah yang bererti damai dan
perkataan lawannya ialah al-mukhasamah iaitu saling bertikaian atau permusuhan.3Dari
istilah syarak pula Sulh bermaksud “suatu aqad yang dengannya tamat sesuatu pertikaian“4
atau “suatu aqad yang menghasilkan suatu persetujuan ( kompromi ) dan menghilangkan
persengketaan.5 Fuqaha mazhab Syafie mentakrifkan sulh sebagai akad yang menyelesaikan
pertikaian. Manakala fuqaha Hanbali mentakrifkan sulh sebagai akad yang membawa kepada
persetujuan bersama antara dua pihak yang bertikai.6
Ada juga yang merujuk Sulh dalam terma yang lain iaitu mediasi. Mediasi boleh
didefinisikan sebagai “proses di mana satu pihak (pihak ketiga atau mediator) membantu dua
pihak yang bertikai antara satu sama lain berunding dan mencapai penyelesaian secara
damai”. Ini bermakna mediasi merupakan ‘perundingan secara terpimpin’ (assisted
negotiation) secara langsung kepada pihak-pihak yang bertikai oleh mediator’7
1 Raihanah Azahari, 2008. Sulh Dalam Kes Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. hlm 31.
2 Kementerian Wakaf Islamiah Kuwait, 1412H/1992, Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Kuwait : Darul al-Sofwah, juz
27, hlm. 323.
3 Ibnu Manzur. 1990. Lisan al-Arab. Beirut : Dar Sadir. Jil 2. hlm 516-517.
4 Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Sharbiniy, al-Iqna, Dar al-Kutub al-Alamiyyah :
Beirut, t.th, jid 2, hlm 66, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Sharbiniy, Mughni al-
Muhtaj, Kaherah : al- Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jil.3, hlm.135, Sulayman bin Muhammad bin Umar,
Hashiah al-Bujayrimiy, Dar al-Kutub al-Alamiyyah : Beirut, t.th, jil 2, hlm 582.
5Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-Manhajiy, 1998,Damshik : Dar al-Qalam, jil 3, hlm.149.
6 al-Ramli. 1982. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh Majallah al-Ahkam. Beirut: Dar al-Fikr al-‘llmiyyah. Jil 4.
hlm 2.
7 Salleh Buang, Kertas Kerja Kursus Mediasi Mahkamah Syariah Selangor. 22-24 April 2002 di Hotel
Quality. Shah Alam. hlm. 2.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
28
Dari definisi tersebut dapat difahami bahawa, sulh menjadi penyelesai suatu
pertikaian antara pihak yang bertikai dalam sesuatu isu dengan cara persetujuan bersama
antara mereka sendiri, bukannya diputuskan pihak ketiga yang lain. Juga dapat difahami
bahawa sulh merupakan aqad penyelesaian, untuk mencapai aqad penyelesaian tersebut
pelbagai kaedah boleh digunakan selama mana kaedah tersebut tidak bertentangan dengan
hukum syarak.
Sulh Dari Sudut Siasah Syarciyyah
Pentakrifan sulh yang diamalkan di Mahkamah Syariah dari sudut undang-undang dan
praktikalnya, sulh merupakan suatu kaedah penyelesaian secara damai dan redha meredhai
di mana pihak-pihak bertikai terhadap sesuatu tuntutan atau permohonan menghadiri satu
proses perbincangan di dalam suatu majlis perundingan yang dipimpin secara rasmi, yang
diatur oleh pegawai mahkamah. Proses inilah merupakan sebahagian dari siasah
syar’iyyah yang mana ia merupakan suatu usaha dari pihak pemerintah yang mempunyai
kuasa yang luas dalam menguatkuasakan apa-apa peraturan dan larangan untuk menjaga
kepentingan umum. Sesuai dengan pengertian siasah menurut Ibnu Aqil yang menyatakan:
“Siasah Syar’iyyah ialah apa-apa tindakan (kerajaan) yang membawa kepada manusia
kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun ianya tidak
ditetapkan oleh Rasulullah SAW dan tidak terdapat dalam wahyu yang diturunkan.”
Sementara Ibnu Najim pula mentakrifkan sebagai:
“Sesuatu tindakan yang diiambil oleh pemerintah, yang pada pandangannya boleh
menjaga kepentingan umum, sekalipun tidak terdapat dalil yang khusus mengenainya.”
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
29
Dari takrif di atas maka, jelaslah bahawa sulh yang dijalankan di Mahkamah Syariah
merupakan sebahagian dari siasah syar’iyyah dan menepati konsep syarak.
Dalil Pensyariatan Sulh
Islam sememangnya menggalakkan amalan sulh berdasarkan sifatntya yang
mengutamakan perdamaian secara redha meredhai. Pensabitan sulh terdapat dalam Al-
Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Ma’qul8 :
Al-Quran :
Maksudnya: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka
damailkanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain,
maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah. Jika ia
kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil ( menurut hukum Allah )
serta berlaku adillah kamu ( dalam segala perkara ) sesungguhnya Allah mengasihani
orang-orang yang berlaku adil”.10
Maksudnya : “ Dan jika seorang perempuan bimbang ( akan timbul ) dari suaminya
“nushuz” ( kebencian ) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka ( suami
isteri ) membuat perdamaian di antara mereka ( suami isteri ), membuat perdamaian dia
8 Kementerian Wakaf Islamiah Kuwait, Mausu’ah al-Fiqhiyyah, hlm. 323.
9 al-Quran, al-Hujurat 49 : 9.
10
Semua terjemahan adalah dari Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Edisi Kedua
Belas, 2001.
11
al-Quran, an-Nisa’ 4 : 128.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
30
antara mereka berdua ( secara yang sebaiknya) kerana perdamaian itu lebih baik ( bagi
mereka daripada cerai berai )”.
Ayat lain yang menyebut tentang sulh ialah:
Maksudnya : “ Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka, kecuali (
bisikan-bisikan ) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau
mendamaikan di antara manusia”.
As-Sunnah :
Maksudnya : “ Perdamaian ( sulh ) itu diharuskan ( dalam urusan ) di antara kaum
muslimin, kecuali sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan
sesuatu yang haram” .
( Hadis riwayat at-Tirmizi dan beliau menilainya sohih )
Rasulullah SAW juga amat menggalakkan umatnya untuk mencari perdamaian dan
mengelakkan pertikaian sesama sendiri. Peristiwa Rasulullah SAW menyelesaikan
pertikaian di antara pembesar Quraiysh mengenai hak untuk meletakkan Hajr al-Aswad
membuktikan amalan sulh ini benar-benar dianjurkan oleh Islam. Malahan baginda sendiri
menganjurkan penyelesaian pertelingkahan secara sulh walaupun baginda mempunyai
kemampuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan secara bersendirian. Rasulullah
12
al-Quran. an-Nisa’ 4 : 114.
13
al-Hafiz bin Hajar al-Asqalaniy, Bulugh al-Maram, Pustaka Toka Putra : Semarang, Bab al-Sulh, Hadis
No. 894, hlm. 179.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
31
SAW juga menunjukkan kecenderungannya kepada penyelesaian secara sulh melalui
hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, yang bermaksud:
“Saya hanya seorang manusia biasa dan kamu membawa kepada saya pertikaian antara
kamu. Andainya satu pihak antara kamu mengemukakan tuntutannya dengan cara yang
lebih menarik dan pihak lain sehingga saya memberi keputusan yang tidak benar kepada
pihak itu, iaitu memberi hak satu saudara ke saudara yang lain, ia harus tidak
menerimanya sebab itu adalah sebahagian dari neraka.”14
Hadith ini dengan jelas membuktikan bahawa Rasulullah SAW lebih menyukai
penyelesaian pertikaian yang di buat secara sukarela sesama pihak bertikai daripada
membuat keputusan melalui kaedah perbicaraan.
Ijma’:
Ulama’ Islam pada sepanjang zaman sependapat bahawa aqad rundingan bertepatan
dengan syarak. Ada meriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. berkata :
“Suruhlah mereka yang bertelingkah supaya duduk semeja agar mereka berunding. Jika
hakim memutuskan, mereka akan saling akan saling membenci“. Kata-kata Saidina Umar
r.a. ini diucapkan di hadapan para sahabat dan tidak sesiapapun yang membantahnya.
Dengan ini mereka mencapai kata sepakat bahawa rundingan ( sulh ) dibenarkan oleh
syarak”.15
Ulama bersepakat dan menggalakkan amalan sulh dilaksanakan di dalam kes-kes
yang dibenarkan menurut al-Quran dan al-Sunnah. Hadis Riwayat al-Tarmizi dari Amru
bin ‘Awf Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Sulh, hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jika
ianya mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan dan
14
al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail. Sahih Buhkari. Kitab al-Sulh. Jil 3.
15
Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-Manhajiy, hlm. 150.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
32
sebenarnya orang Islam itu terikat dengan janjinya kecuali dalam perkara yang
mengharamkan apa telah dihalalkan dan sebaliknya”.16
Sulh juga dibenarkan sekiranya perkara itu melibatkan hak manusia (haqal-ibad)
dan tidak dibenarkan di dalam kes yang melibatkan hak Allah seperti hudud.
Ma’qul :
Sulh mengangkat kerosakan dan kefasadan yang berlaku antara orang Islam. Pertengkaran
dan permusuhan sebab berlakunya kefasadan dan melalui sulh akan mengangkat kefasadan
tadi.17
Menurut Kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu18
, jumhur ulama’ berpendapat,
terdapat empat rukun sulh iaitu dua orang yang beraqad, sighah, perkara yang dipertikaikan
dan ganti sulh.
PERTIKAIAN YANG BOLEH DISULHKAN19
Sebagaimana dalam definisi sulh, pada dasarnya terdapat beberapa isu yang penyelesaian
pertikaian boleh digunakan kaedah sulh iaitu :
1. Sulh di antara orang Islam dengan orang bukan Islam ( musyrikin ) dengan akadnya
di dalam bab al-jizyah dan al-aman sebagaimana firman Allah SWT :
16
al-Sana’ani, 2000. Subul as-Salam. jil 3. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. hlm 59.
17
Kementerian Wakaf Islamiah Kuwait, Mausu’ah al-Fiqhiyyah, hlm. 325-326.
18
Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Sulh Dalam Perundangan Islam. Jurnal Undang-undang IKIM.
Vol. 4 No 2 (Julai-Disember 2000). hlm. 11-12.
19
al-Sharbiniy, Mughni al-Muhtaj, Kaherah : al- Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jil 3, hlm 135.
20
al-Quran, al-Anfal 8 : 61.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
33
Maksudnya : “ Dan jika mereka ( pihak musuh ) cenderung kepada perdamaian, maka
engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallahlah kepada Allah.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
2. Sulh di antara pemerintah dengan pemberontak dalam bab pemberontakan seperti
firman Allah SWT :
Maksudnya : Maksudnya: “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang,
maka damailkanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang
lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah.
Jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil ( menurut hukum
Allah ) serta berlaku adillah kamu ( dalam segala perkara ) sesungguhnya Allah
mengasihani orang-orang yang berlaku adil”.
3. Sulh dalam aqad-aqad dalam bab muamalat sebagaimana yang menjadi sumber
perbahasan utama dalam konsep sulh.
4. Sulh antara suami isteri dalam bab al-shiqaq sebagaimana firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Maksudnya : “ Dan jika seorang perempuan bimbang ( akan timbul ) dari
suaminya “nushuz” ( kebencian ) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka
( suami isteri ) membuat perdamaian di antara mereka ( suami isteri ), membuat
perdamaian dia antara mereka berdua ( secara yang sebaiknya) kerana perdamaian itu lebih
baik ( bagi mereka daripada cerai berai )”.
21
al-Quran, al-Hujurat 49 : 9.
22
al-Quran, an-Nisa’ 4 : 128.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
34
5. Sulh di antara dua pihak yang bertikai di dalam urusan-urusan lain seperti qisos.
Semua bentuk sulh di atas menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan pihak-
pihak yang bertikai dalam apa jua permasalahan untuk menyelesaikan secara baik iaitu
persetujuan bersama ( sulh ). Tetapi perlaksanaan sulh tersebut terikat kepada jenis isu
yang menjadi punca perbalahan. Antara penyelesaian tersebut termasuklah dalam isu
peperangan, pemberontakan ( jenayah ), muamalat ( harta ), kekeluargaaan mahupun lain-
lain hak yang dibenarkan oleh hukum syarak.
PERLAKSANAAN SULH DI MAHKAMAH SYARIAH23
Sejak tahun 1996 pihak pengurusan atasan telah memberikan komitmen yang serius
terhadap perlaksanaan Perkhidmatan Sulh. Ini dibuktikan melalui Bengkel Penyelarasan
Sulh di Mahkamah Syariah yang telah diadakan pada 21-23 Ogos 1996 dengan kerjasama
Bahagian Hal Ehwal Islam JPM dan Kerajaan Negeri Perlis dalam mana 2 kertas kertas
telah dibentangkan iaitu :
Konsep Sulh Mengikut Undang-undang Islam
Prof. Madya Dr. Abdullah bin Abu Bakar
Perlaksanaan Sulh di Bawah Pentadbiran Mahkamah Syariah
Tan Sri Dato’ Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman
Aida Melly Tan Mutalib, salah seorang pelanggan Mahkamah Syariah juga pernah
menyuarakan ketidakpuasan hati beliau secara terbuka kepada media tempatan berkenaan
kelewatan tempoh penyelesaian kes beliau. Promosi negatif sebegini telah memberi kesan
kepada imej Mahkamah Syariah secara keseluruhannya. Lebih memberi tekanan adalah
teguran DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua Agama Islam Selangor pada
tahun 2003 berhubung kelewatan penyelesaian kes Mahkamah Syariah yang membawa
kepada titah Baginda supaya suatu kajian yang terperinci dilaksanakan.
JKSM melalui Cawangan Penyelidikan telah menyediakan peruntukan yang
mencukupi untuk menjalankan penyelidikan bertajuk Kajian Tempoh Penyelesaian Kes-
kes Pembubaran Perkahwinan di Mahkamah Seluruh Malaysia ( 1998-2002 ) yang telah
23
Buletin JKSM (Jabatan Perdana Menteri ), Mac 2009.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
35
dijalankan selama hampir 2 tahun. Kajian ini bukan sahaja melibatkan kos perjalanan dan
penginapan yang agak tinggi tetapi juga kos perlantikan perunding luar yang melibatkan
kajian serta analisis data yang lebih professional.
Dengan tujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan Mahkamah Syariah serta faedah kepada pelanggan, JKSM telah
mewujudkan suatu perkhidmatan baru kepada pelanggan iaitu Perkhidmatan Sulh.
Perlaksanaan Majlis Sulh telah didahului oleh negeri Selangor sejak 2001 diikuti oleh
MSWP pada 2005 dan diperluaskan aplikasinya ke atas Mahkamah Syariah negeri yang
lain.
Perkembangan mutakhir melalui penstrukturan semula JKSM yang telah diluluskan
oleh JPA melalui waran perjawatan bil A62 tahun 2008, Cawangan Pendaftaran telah
dinaik tarafkan sebagai Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod ( BPKR ). Kini
terdapat 4 seksyen di bawah BKPR iaitu Seksyen Rayuan, Seksyen Keurusetiaan, Seksyen
Rekod dan termasuklah Seksyen Sulh. Melalui pewujudan Seksyen Sulh ini, ia berperanan
untuk menyelaras dan menambahbaik pelaksanaan proses Majlis Sulh yang diamalkan oleh
Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
MAJLIS SULH
Definisi
Al-Sulh mengikut hukum syarak membawa maksud “ suatu aqad yang dengannya tamat
sesuatu pertikaian “.24
Di dalam amalan perundangan sivil ianya disebut mediasi “ to
succeed in finding a solution to disagreement between people or groups “25
( Suatu usaha
mencari cadangan penyelesaian terhadap perbalahan di antara dua pihak ).
24
al-Sharbiniy, al-Iqna, hlm 66, al-Sharbiniy, Mughni al-Muhtaj, hlm.135, Sulayman bin Muhammad bin
Umar, Hashiah al-Bujayrimiy, hlm 582.
25
Sunt. Sally Wehmeier, Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English, 2000, 6th
Edition,
Oxford University Press, hlm.733.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
36
Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan al-Sulh sebagai satu ikatan
perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kompromi perdamaian antara dua atau
lebih pihak yang berselisih faham / bertikai.
Prosedur Kerja Sulh
Pegawai Sulh perlu memberikan perhatian dan mematuhi prosedur sulh seperti yang
termaktub di dalam Manual Kerja Sulh JKSM dan Pekeliling Ketua Hakim (Kod Etika
Pegawai Sulh dan Manual Kerja Sulh), Pekeliling Ketua Hakim [Bidangkuasa Pegawai
Sulh (Hakim)], Arahan Amalan JKSM 3/2002 (Pemakaian Sulh), Arahan Amalan JKSM
7/2002 (Cara menyimpan dan Melupuskan Catatan Pegawai Sulh) dan Arahan Amalan
JKSM 8/2002 (Prosedur Penyerahan Notis Sulh). Prosedur sulh akan bermula dari
pendaftaran dan akan berakhir sehingga selesai kes tersebut di Mahkamah.
1. Kes didaftarkan di Mahkamah :
Dalam hal ini, prosedur di dalam pendaftaran kes di Mahkamah diikuti seperti biasa.26
Kedudukan proses sulh ini sebenarnya mengambil sebahagian daripada kedudukan proses
pra perbicaraan dan perbicaraan seperti yang ditetapkan di dalam undang-undang.27
2. Pendaftaran menilai kes bicara atau kes sulh :
Pendaftar sebenarnya memainkan peranan yang begitu penting di Mahkamah. Seorang
pendaftar akan menentukan proses perjalanan kes dan menapis kes-kes yang di rasakan
boleh dirujuk kepada Majlis Sulh atau dibawa terus ke Mahkamah untuk perbicaraan.
Pendaftar bertanggungjawab dalam menentukan sesuatu tuntutan atau permohonan itu
boleh melalui kaedah sulh atau tidak. Tuntutan atau permohonan yang boleh diselesaikan
melalui kaedah sulh boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu pertama, tuntutan atau
permohonan menurut enakmen Undang-undang Keluarga Islam kedua, tuntutan atau
26
Seksyen 42 dan Seksyen 43 EPPIS89, Seksyen-sekysen 2(1)4, 45 EUKIS84 serta Arahan Amalan 4,
Tahun 2000 JKSM dan pekeliling Ketua Hakim MSS 4/2000
27
Hal ini mengambil kira dari 5 proses asas perjalanan kes Mal seperti yang ditetapkan di dalam undang-
undang iaitu penentuan bidangkuasa, prosedur pendaftaran, prosedur pra perbicaraan, prosedur perbicaraan
dan prosedur selepas perbicaraan.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
37
permohonan selain yang melibatkan Undang-undang Keluarga Islam yang diperuntukkan
dalam bidangkuasa asal Mal Mahkamah Syariah. Tuntutan atau permohonan menurut
enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang boleh diselesaikan melalui kaedah sulh ini
adalah :
a) Tuntutan kerana melanggar janji untuk berkahwin / pertunangan.
b) Tuntutan berbangkit dari suatu perceraian seperti :
* Muta’ah
*Nafkah ‘Iddah
*Nafkah Tertunggak
*Harta Sepencarian
*Harta Maskawin
*Hal-hal lain yang difikirkan munasabah
c) Tuntutan hak jagaan anak (Hadhanah) dengan melihat kepentingan anak-anak
tersebut dalam tempoh perkahwinan mahupun selepas penceraian
d) Tuntutan Nafkah Anak
e) Permohonan pelaksanaan perintah mahkamah
3. Setelah kes sulh dikenalpasti, notis sulh dikeluarkan :
a) Tidak memberi tarikh bicara dalam tiga bulan dari tarikh pendaftaran
Jangkamasa tiga bulan merupakan tempoh biasa untuk sesuatu penyelesaian yang
melibatkan Majlis Sulh secara berkala. Ini bertujuan memberikan ruang secukupnya bagi
pihak Pegawai Sulh menjalankan Majlis Sulh. Sekiranya penyelesaian dapat dibuat cepat
iaitu kurang dari tempoh tiga bulan tersebut, persetujuan kedua-dua belah pihak itu boleh
dibawa terus ke hadapan Hakim untuk direkod dan dijadikan perintah. Manakala jika
sebaliknya masa tiga bulan tersebut boleh dipanjangkan tanpa terikat dengan tarikh
perbicaraan yang ditentukan dengan membuat permohonan di Mahkamah.
b) Menentukan tarikh sulh
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
38
Walaupun kes ini adalah kes sulh, penetapan tarikhnya adalah terikat dengan Arahan
Amalan JKSM 2/2001 iaitu tarikh Majlis Sulh juga akan diberikan dalam tempoh 21 hari
dari tarikh pendaftaran kerana tarikh tersebut “dianggap” tarikh pertama bagi sebutan kes
itu. Tempoh ini perlu dipatuhi bagi memastikan kurangnya kes tertunggak dan aduan
kelewatan kes di Mahkamah.
c) Mengeluarkan notis sulh bagi memastikan kehadiran pihak-pihak
Setelah Pendaftar menetapkan tarikh Majlis Sulh, Notis Sulh hendaklah “dikeluarkan” dan
“diserahkan” mengikut kaedah serahan saman ( Arahan Amalan JKSM 8/2003 ) kepada
pihak-pihak bagi memastikan kehadiran pihak-pihak pada tarikh dan waktu tersebut.
4. Kehadiran pihak-pihak ke Majlis Sulh :
Majlis Sulh hendaklah dibuat dalam Majlis khusus kerana seboleh-bolehnya akan dibuat di
dalam bilik khusus dengan kehadiran pihak-pihak dan pegerusi sahaja. Orang awam tidak
dibenarkan menghadiri Majlis Sulh.
5. Keputusan Majlis Sulh samada berjaya atau gagal :
Setelah selesai Majlis Sulh, keputusan Sulh ditetapkan sama ada ianya berakhir dimana
pihak-pihak dapat menamatkan Majlis Sulh dengan penyelesaian tuntutan atau perlu
dibawa kepada perbicaraan. Walau bagaimanapun, berjaya atau tidak bukanlah ukuran
utama bagi Sulh ini, tetapi ianya kembali kepada matlamat Majlis Sulh iaitu mewujudkan
satu proses yang adil bagi kedua-dua pihak membuat perundingan, bukan sekadar
mencapai atau mewujudkan suatu penyelesaian tertentu. Atau dengan kata lain ialah fokus
utama Majlis Sulh ialah kepada “perjalanan” proses Sulh itu, bukan hanya kepada
“destinasinya”28
Maka keadaan berikut merupakan tindakan kepada penyelesaian Majlis Sulh :
28
Abu Bakar bin Haji Mohd, Sulh : Perlaksanaan dan Isu (Pengalaman di Mahkamah Syariah Selangor).
Kertas Kerja Kursus di Institut Latihan Islam Malaysia. 19 Februari 2003.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
39
a) Bagi Majlis Sulh yang berjaya persetujuannya baik sebahagian atau keseluruhannya
akan di bawa ke hadapan Hakim untuk dijadikan sebagai Perintah Mahkamah.
Sebarang persetujuan yang dicapai hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Persetujuan
( Perjanjian Penyelesaian ) dan ditandatangani oleh pihak-pihak di hadapan Pengerusi
di dalam Majlis Sulh dan akan dibawa kepada Hakim untuk direkodkan sebagai
Perintah Mahkamah.
b) Bagi Majlis Sulh yang gagal, baik keseluruhannya atau sebahagiannya, ia akan dibawa
kepada proses sebutan atau perbicaraan sebelum keputusan dan perintah dibuat oleh
Hakim Bicara. Satu laporan akan dikeluarkan kepada Mahkamah untuk tindakan
selanjutnya iaitu proses sebutan dan perbicaraan seperti proses kes-kes bukan sulh
yang lain.
Penyelesaian Kes Melalui Manual Kerja Sulh29
Satu Manual Kerja Sulhtelah digubal untuk digunapakai dan dipatuhi oleh semua Pegawai
Sulh. Antara objektif manual kerja ini ialah bertujuan untuk memperjelas dan
menyeragamkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua Pegawai Sulh dalam
mengendalikan Majlis Sulh.
Manual Kerja Sulh ini menggariskan proses bermula dengan kenyataan awal
Pegawai Sulh atau al-Ta’aruf, pembentangan awal pihak yang bertikai, perbincangan
bersama, pertemuan sebelah pihak (private caucus), perundingan bersama,
penghakimanberasaskan persetujuan dan kes diserahkan kembali. Manual Kerja Sulh juga
mengutamakan konsep kerahsiaan bagi menjamin perlaksanaan Sulh dengan lebih
berkesan. Majlis Sulh akan dilaksanakan melalui dua cara iaitu secara Marathon atau
Berkala. Perlaksanaan Majlis Sulh secara marathon bermakna ianya dilaksanakan hanya
dengan sekali panggilan atau perbincangan sahaja bersama pihak-pihak bertikai.
Kebiasaannya iahanya mengambil masa yang singkat dan mampu mempercepatkan kes
selesai.
29
Azmee Hj.Hussin (pnyt). 2002, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya : Jabatan Perdana
Menteri.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
40
Majlis Sulh yang dijalankan secara berkala atau bertempoh dilaksanakan lebih dari
sekali sesi bergantung kepada budi bicara Pegawai Sulh. Tempoh perlaksanaan Majlis Sulh
Berkala ini ialah dalam masa 3 bulan dan boleh dilanjutkan dengan membuat permohonan
di Mahkamah. Bentuk Majlis Sulh ini mengambil masa yang agak lama dan memerlukan
kerjasama dari pihak bertikai untuk hadir pada setiap sesi Majlis Sulh.
Keberkesanan Perlaksanaan Sulh
Secara umumnya, kaedah penyelesaian melalui konsep sulh telah menunjukkan kesan yang
positif. Kajian Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada tahun 2002 mendapati kaedah
ini berjaya mengurangkan hampir 65 peratus kes di Mahkamah Syariah Selangor sejak
ianya diperkenalkan pada tahun 2001,30
Faktor utama kes berjaya diselesaikan melalui kaedah sulh banyak bergantung
kepada sikap dan keterbukaan pihak-pihak yang terlibat di dalam Majlis Sulh. Berikut ialah
di antara faktor-faktor tersebut:-
1) Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tuntutan di luar
mahkamah.
2) Kedua-dua pihak sedia memberi dan menerima serta bersedia berunding secara
ikhlas dan terbuka, bukannya secara emosi atau membalas dendam.
3) Kedua-dua pihak sedar bahawa penyelesaian adalah bagi kepentingan-kepentingan
di masa hadapan.
4) Kedua-dua pihak sedar pro dan kontra jika kes dibawa kepada perbicaraan.
Kaedah sulh ini juga menarik perhatian masyarakat berdasarkan kepada
keunikannya iaitu kaedah ini menjanjikan penyelesaian pertikaian secara konsep situasi
menang-menang (“win-win situation”) di antara pihak bertikai. Kaedah Sulh juga
30
“Sulh Produk Baru Mahkamah Syariah “. Berita Harian. 17 September 2002. Di Melaka dari Januari
2004-September 2004. 67 peratus, di Wilayah Persekutuan dari April 2004-September 2005, 35 peratus dan
di Singapura, 60 peratus kes berjaya diselesaikan melalui kaedah Sulh.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
41
mengutamakan elemen kerahsiaan kedua belah pihak di mana ianya tidak akan di dapati
sekiranya pertikaian dibicarakan di Mahkamah. Di antara faktor utama kegagalan
penyelesaian melalui kaedah Sulh antaranya ialah:-
1) Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada keupayaan untuk membuat sebarang
keputusan.
2) Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada komitmen sebenar untuk menyelesaikan
pertikaian seperti kerap kali tidak hadir di Majlis Sulh.
3) Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada persediaan sewajarnya.
4) Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada maklumat untuk membuat keputusan.
5) Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada dipengaruhi oleh pihak ketiga yang terlalu
berkeras.
Terdapat juga kes-kes melibatkan pihak bertikai yang kurang toleransi dan bersikap
tidak baik. Kes-kes rumit yang tidak dapat diselesaikan di antara kedua belah pihak juga
mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dibicarakan di Mahkamah seperti kes
melibatkan banyak individu dan ahli keluarga. Kegagalan kaedah Sulh ini akan
mengakibatkan kelewatan penyelesaian dan menambah bilangan kes di Mahkamah yang
semakin hari semakin bertambah.
Kejayaan sesuatu Majlis Sulh banyak bergantung kepada faktor pihak bertikai.
Oleh itu, setiap pihak hendaklah serius dan bersungguh-sungguh untuk mencari
penyelesaian. Pihak bertikai ini hendaklah sedar tentang konsep “sifat memberi sebelum
menerima”, jujur dalam memberi maklumat yang lengkap dan benar, menghormati pihak
lawan dalam sesi Majlis Sulh yang dilaksanakan, memahami apa yang dibincangkan dalam
Majlis Sulh dan mampu menyatakan perasaannya. Setiap pihak juga hendaklah mampu
menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang melampau dan tidak relevan. Faktor
inilah yang sebenarnya menjadi resepi kejayaan sesebuah Majlis Sulh.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
42
PENUTUP
Kaedah Sulh merupakan salah satu alternatif yang efektif kepada masyarakat selain kaedah
perbicaraan dan timbangtara untuk mendapatkan penyelesaian. Keberkesanan perlaksanaan
Sulh di Mahkamah Syariah membuktikan bahawa kaedah ini mampu untuk mengurangkan
masalah kes tertangguh yang membelenggu Mahkamah Syariah selama ini.
Meskipun peruntukan perlaksanaannya tidak mengandungi elemen yang
bertentangan dengan syarak, masih ada perkara yang perlu diberi perhatian dan
penambahbaikan. Masih ramai yang tidak mengetahui fungsi sulh dan ada juga keberatan
untuk menyelesaikan tuntutan melalui kaedah ini. Bagi menjamin perlaksanaan sulh yang
lebih berkesan, ianya amat memerlukan kepada peranan yang dimainkan oleh ke semua
pihak yang terlibat. Pihak-pihak bertikai perlu rela untuk mencari jalan penyelesaian dan
berfikiran terbuka serta ada sifat redha meredhai. Manakala pihak yang mengendalikan
Majlis Sulh perlulah memahami fungsi dan tanggungjawab serta berpegang kepada etika
yang ditetapkan. Di samping itu para peguam juga perlulah menggalakkan anak guamnya
untuk menyelesaikan tuntutan melalui kaedah Sulh.
RUJUKAN
al-Quran al-Karim.
Terj. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, 2001. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur : Dar al-Fikr.
al-Asqalaniy, al-Hafiz bin Hajarat. Bulugh al-Maram. t.th, Semarang : Pustaka Toka Putra.
Bab al-Sulh.
al-Sana’ani, (2000). Subul as-Salam. Jilid 3. Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Sharbiniy, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad. al-Iqna. t.th. Jilid 2. Beirut : Dar
al-Kutub al-Alamiyyah.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
43
al-Sharbiniy, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad. Mughni al-Muhtaj. t,th. Jilid 3.
Kaherah : al- Maktabah al-Taufiqiyyah.
al-Sharbiniy, Shamsuddin Muhammad bin Muhammad. Hashiah al-Bujairimiy. t.th. Jilid
2. Beirut : Dar al-Kutub al-Alamiyyah.
al-Ramli. (1982). Nihayah al-Muhtaj ila Syarh Majallah al-Ahkam. Jilid 4. Beirut: Dar al-
Fikr al-‘llmiyyah.
Azmee Hj. Hussin (pnyt). (2002), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Putrajaya :
Jabatan Perdana Menteri.
Ibnu Manzur. (1990). Lisan al-Arab. Jilid 2. Beirut : Dar Sadir.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2001) , Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada
Pengertian al-Quran. Edisi Kedua Belas, Kuala Lumpur : Dar al-Fikr.
Kementerian Waqaf Islamiah Kuwait. (1412H/1992), Jilid 27. Mausu’ah al-Fiqhiyyah.
Kuwait : Darul al-Sofwah.
Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-Manhajiy. (1998). Damsyik : Dar al-Qalam.
Raihanah Azahari, (2008). Sulh Dalam Kes Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Sulh Dalam Perundangan Islam. Jurnal Undang-
undang IKIM. Volume 4 No 2 (Julai-Disember 2000).
Sunt. Sally Wehmeier, Oxford Advances Learner’s Dictionary of Current English 2006 6th
Edition, Oxford University Press.
Salleh Buang, Kertas Kerja Kursus Mediasi Mahkamah Syariah Selangor. 22-24 April
2002 di Hotel Quality. Shah Alam.