KONSEP SYAHADATAIN

download KONSEP SYAHADATAIN

of 15

description

Setiap muslim amat perlu memahami konsep syahadatain agar syahadahnya diterima.

Transcript of KONSEP SYAHADATAIN

KONSEP SYAHADATAIN

KONSEP SYAHADATAINOLEHSAPIYAH BINTI MD.RANGGAJaPIM/IPGKPMMPENGENALANSetiap individu muslim sama ada dari ibu bapa muslim atau yang menganuti Islam wajib mengetahui dan memahami konsep syahadah.Semakin kita mengetahui, mengerti, memahami konsep syahadah secara mendalami maknanya, semakin kuat kesedaran kita untuk menunaikan tuntutan-tuntutannya.Kalimah syahadah bukan setaraf dengan kata-kata ikrar biasa yang diucapkan oleh manusia kerana ia mengandungi konsep yang melambangkan keluasan dan kesempurnaannya.Kita wajib meyakini bahawa syahadah merupakan syarat yang pasti dan asasi bagi setiap yang ingin menganuti Islam. Ia wajib diulangi ketika solat tidak kurang dari 9x dalam sehari semalam, juga dikumandangkan di udara setiap masuk waktu solat tidak kurang dari 15x .2/6/20152smr/ipgkpmmPENGERTIAN SYAHADAHDari segi bahasa: iaitu hadir dan menyaksikan juga ilmu dan yakin yang dihasilkan oleh kedua hal tadi dalam diri seseorang.Syahadah juga mengandungi pengertian ikrar, iktikad, pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan.Jika seseorang melafazkan syahadah dengan lidah tetapi menyalahi apa yang tersirat dalam hatinya, ia disebut syahadah yang dusta ( ) . Manakala syahadat yang menepati antara lidah dan hatinya disebut syahadah yang benar ( ).2/6/2015smr/ipgkpmm3BUKTI DARI NASSurah al-Munafiqun: 1

Apabila orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasulullah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau adalah rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.2/6/2015smr/ipgkpmm4HUKUM ORANG YANG MELAFAZKAN SYAHADAHSetiap orang yang melafazkan syahadah dengan kerelaan hatinya untuk menganuti Islam adalah dikira muslim, yang mempunyai hak-hak dan wajib diperlakukan ke atasnya segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam.Jika benar pada ucapan lidahnya dan hatinya maka ia adalah muslim dan mukmin di sisi Allah dan di sisi manusia.Jika sebaliknya, ia adalah muslim dan mukmin di sisi manusia tetapi tidak mukmin di sisi Allah s.w.t.2/6/2015smr/ipgkpmm5Bukti-bukti dari NasSurah al-Baqarah, 2: 14Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: Kami telah beriman. Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: Sesungguhnua kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok .

Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan disembah melainkan Allah , dan mereka beriman dengan apa yang aku bawa. Apabila mereka melakukan demikian terselamat darah mereka dan harta mereka daripada aku kecuali dengan haknya. Perhitungan mereka itu di atas Allah. (Muttafaqun Alaihi)2/6/2015smr/ipgkpmm6Rukun Syahadah 1: Syahadah pertama merupakan penyaksian kita ke atas hakikat kebenaran Allah. Ia mengandungi 2 rukun :

i. Nafi ( ) : menafikan segala bentuk tuhan sembahan manusiaii. Ithbat ( ) : menetapkan hanya Allah tuhan yang sebenar yang berhak disembah

Firman Allah SWT yang bermaksud:Allah menerangkan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , (yang sentiasa mentadbir sekelian alam) dengan keadilan dan malaikat serta orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan demikian), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: 18)2/6/2015smr/ipgkpmm7Rukun Syahadah ke-2: Syahadah kedua menegaskan penyaksian kita ke atas hakikat kerasulan Muhammad s.a.w. Ia mengandungi 2 rukun iaitu:i. meyakini dan membenarkan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allahii. Meyakini bahawa apa yang dibawa oleh Baginda adalah benar daripada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya. (Surah Al-Hasyr: 7)

2/6/2015smr/ipgkpmm8TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAHREDA : Kita mesti reda Allah SWT itu tuhan kita yang wajib disembah dan diesakan dari segi zat, sifat dan afal-Nya.TAKUT KEPADA ALLAH: Umat Islam hanya perlu takut kepada Allah SWT dan melaksanakan perintah Allah sekalipun dibenci sesuai dengan firman-Nya: Jangan kamu takutkan manusia dan hendaklah kamu takut akan aku. (Surah Al-Maidah: 41)SYUKUR KEPADA ALLAH : Kita perlu bersyukur kepada Allah atas nikmat-Nya lahir dan batin, pada semua keadaan dan tempat. 2/6/2015smr/ipgkpmm9TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAHMENCINTAI ALLAH : Islam menyuruh kita mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada cinta terhadap harta benda dan anak isteri. Katakanlah (wahai Muhammad), jika bapa-bapa, anak-anak dan saudara-saudara,kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya). (Surah at-Taubah: 24)2/6/2015smr/ipgkpmm10 MENGIKUT DAN MENGAMALKAN SUNNAH NABI:Kita hendaklah berhakimkan kepada Rasulullah s.a.w. dalam setiap urusan hidup . Firman Allah SWT yang bermaksud:Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan. Kemudian mereka tidak berasa dala hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.(Surah An-Nisa: 65) 2/6/2015smr/ipgkpmm11TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAHTAWAKKAL KEPADA ALLAH :Kita perlu bertawakkal dan memohon pertolongan kepada Allah SWT dalam setiap perkara (selepas melakukan usaha dan ikhtiar dalam memperoleh sesuatu). Firman Allah SWT yang bermaksud:Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan rasul-Nya kepada mereka sambil berkata : Cukuplah Allah bagi kami , Allah akan memberi kepada kamu daripada limpah kurnianya, demikian juga Rasul-Nya, sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah.(Surah At-Taubah: 59) 2/6/2015smr/ipgkpmm12TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAHMEYAKINI HUKUM / PERATURAN ALLAHKita perlu meyakini bahawa tidak ada hukum atau peraturan lain melainkan hukum Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mempunyai hak untuk memilih keputusan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata (Surah Al-Ahzab :36)2/6/2015smr/ipgkpmm13TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAHTAAT KEPADA PEMIMPINKita juga mesti taat kepada siapa yang mentaati Allah SWT dan memusuhi siapa yang memusuhi Allah SWT dan hendaklah melakukan dua perkara tersebut kerana Allah bukan kerana mengikut nafsu. Mafhum firman Allah SWT:Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali yang akrab (juga bererti pemimpin, teman, pelindung dan penolong) dengan meninggalkan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah. (Surah Ali Imran: 28)2/6/2015smr/ipgkpmm14TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAHRUMUSANSYAHADAH dengan makna persaksian, kenyataan atau perkhabaran mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iktikad. Seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dengan ikhlas dan penuh kerelaan hati dikira sebagai muslim dan berhak diperlakukan ke atasnya segala hukum Islam.Syahadah juga mengandungi ciri-ciri akidah Islam (rukun iman), yang bererti tidak terdiri binaan Islam tanpa asas syahadah. (Hadis Iman, Islam, Ihsan).Syahadah pertama melambangkan hakikat ketuhanan manakala syahadah kedua melambangkan hakikat nubuwwah yang mana keduanya terkandung dalam rukun iman. Pernyataan kedua syahadah ini pula terkandung dalam rukum Islam yang paling utama.Seorang muslim adalah terikat dengan tuntutan kedua syahadah tersebut.

2/6/2015smr/ipgkpmm15