KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33...
Transcript of KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN … · (Latar Belakang Responden) 4.2.1 Tingkatan 33...
KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARIT SULONG, BATU
PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN
MD JOHADI BIN BORHAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KONSUMERISME DAN APLIKASINYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KAWASAN PARIT SULONG, BATU
PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN
MD JOHADI BIN BORHAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi Kepada
AYAHANDA DAN BONDA
( Semoga rohmu dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala)
dan
Teristimewa untuk pengorbanan isteriku
SAERAH BTE MUHAMMAD
serta putera puteriku
SITI HAJAR, SITI RAUDHAH, MOHD ARIFFUDIN DAN MOHD ISKANDAR
Serta sahabat-sahabatku yang tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan keizinannya, maka saya telah dapat
menyempurnakan penulisan dalam penyelidikan ini dengan jayanya walaupun banyak
halangan dan rintangan yang dihadapi.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang
tulus ikhlas kepada penyelia tesis, En Md Yusup Bin Kayat yang telah banyak
membantu dan memberi sokongan padu yang berterusan sehingga kajian ini dapat
disiapkan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Penghulu Saat, di atas kerjasama yang diberikan dan juga kepada mana-
mana individu-individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang
turut membantu dalam menjayakan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kementerian Pendidikan telah menyerapkan pendidikan konsumerisme ke dalam
komponen perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di
peringkat menengah rendah. Daripada kajian lepas masih ramai pelajar kurang kesedaran
tentang hak-hak mereka sebagai pengguna disebabkan sikap mereka sendiri. Penyelidikan
ini bertujuan melihat dan menghuraikan sikap, pengetahuan, tanggungjawab pendidikan
pengguna itu diaplikasi melalui amalan konsumerisme dalam kehidupan seharian di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Penghulu Saat, Parit Sulong, Batu Pahat. Johor. Responden terdiri dari pelajar tingkatan
dua dan empat sekolah tersebut. Kajian ini melibatkan 226 orang pelajar sebagai
responden. Dapatan kajian dianalisis berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal
selidik mengikut Skala Likert dan hasil analisis data dibuat dalam bentuk kekerapan dan
peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan responden masih tidak mengaplikasikan
sepenuhnya pendidikan konsumerisme di dalam kehidupan harian mereka. Di akhir kajian
ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu seperti guru
dan pihak-pihak yang tertentu untuk kebaikan bersama di masa hadapan. Hasil kajian ini
serta cadangan diharap dapat membantu pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan dalam
merancang strategi dan kaedah yang sesuai bagi mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar
khasnya dan masyarakat tentang hak-hak mereka sebagai pengguna dan mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian mereka.
vi
ABSTRACT
Ministry of Education had absorbed the consumer education into the commerce
component in the Living Skill Education for lower secondary level.
From the previous research shows that many students are less aware of their rights
as a consumer due to their own attitude. The objectives of this research is to see and to
analyse the consumerism studies so that it can be applied into daily life of the student of
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman and Sekolah Menengah Kebangsaan
Penghulu Saat, Parit Sulong, Batu Pahat. Johor. The respondent are the student of form
two and four this school. In this research, 226 student are selected as the respondent. The
data are being analysed in the form of descriptive using questionnaire based on the 'Likert
Scale' and the result from the data analysis is being explained in frequency and percentage.
This study shown respond is still not applied evenly into the consumer education in their
everyday life. At the end of research, researcher had suggested some suggestion to certain
party like the teacher and other parties for good future to be felt by all the people.
Hopefully, the result from this research and suggestions are able to help the school and
Ministry of Education in planning the best strategy and a suitable procedure in order to
awake the student and the society about their rights as the consumers and apply them into
their daily life.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
viii
1.7 Skop Kajian 5
1.8 Definisi Istilah Kajian 6
1.8.1 Pengguna 6
1.8.2 Konsumerisme 6
1.8.3 Aplikasi 6
1.8.4 Kehidupan seharian 7
1.8.5 Tanggungjawab 7
1.8.6 Sikap 7
1.9 Penutup 7
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Konsumerisme 9
2.2.1 Faktor Sikap Terhadap Amalan
Konsumerisme. 12
2.2.2 Faktor Pengetahuan Tentang
Hak-Hak Pengguna. 14
2.2.3 Faktor Tanggungjawab Pengguna
Dalam Amalan Konsumerisme 17
2.2.4 Faktor Pengaplikasian Amalan
Konsumerisme dan Peraturan 19
Dalam Kehidupan Seharian
2.3 Penutup 24
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Populasi 26
3.4 Pemilihan Sampel 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Tatacara Kajian 29
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Penutup 32
BAB IV ANALISIS KAJIAN 4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden)
4.2.1 Tingkatan 33
4.2.2 Jantina 34
4.2.3 Umur 34
4.2.4 Pernah Belajar Tajuk
Konsumerisme 34
4.2.5 Minat Dalam Mata Pelajaran
Perdagangan dan Keusahawanan 35
4.2.6 Sekolah Ada Persatuan Pengguna 35
4.2.7 Adakah Anda Ahli Persatuan
Pengguna Di Sekolah Anda 36
4.2.8 Berapa Wang Saku Diberi Oleh
Ibu Bapa Dalam Seminggu 36
4.2.9 Pendapatan Ibu Bapa 37
x
4.2.10 Bilangan Ahli Dalam Keluarga
Yang Masih Dalam Tanggungan 37
Ibu Bapa / Penjaga
4.3 Analisis Data Bahagian B 38
4.3.1 Mengenal pasti
sikap pelajar terhadap amalan
konsumerisme dalam kehidupan
seharian? 38
4.3.2 Mengenal pasti pengetahuan
pelajar tentang hak-hak mereka
sebagai pengguna? 41
4.3.3 Mengenal pasti tanggungjawab
pelajar dalam amalan konsumerisme
dalam kehidupan seharian mereka? 43
4.3.4 Mengenal pasti pengaplikasian
pelajar terhadap peraturan yang
mereka perolehi ke dalam kehidupan
seharian mereka ? 45
4.4 Penutup 47
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan 48
5.3 Perbincangan 51
5.3.1 Mengenal pasti sikap pelajar
terhadap amalan konsumerisme
dalam kehidupan seharian? 51
5.3.2 Mengenal pasti pengetahuan
pelajar tentang hak-hak
mereka sebagai pengguna? 53
xi
5.3.3 Mengenal pasti tanggungjawab
pelajar dalam amalan konsumerisme
dalam kehidupan seharian mereka? 55
5.3.4 Mengenal pasti pengaplikasian
amalan konsumerisme dan peraturan
yang mereka perolehi dalam
kehidupan seharian mereka? 56
5.4 Cadangan 58
5.4.1 Kepada Pelajar 58
5.4.2 Kepada Guru 58
5.4.3 Pihak Pentadbir Sekolah 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 59
RUJUKAN 60 - 63 LAMPIRAN Lampiran A – F 64 – 74
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai populasi dan sampel 26
3.2 Taburan item 28
3.3 Perubahan Skala Likert Lima kepada Skala
Tiga Mata 31
3.4 Kriteria penilaian skor 31
4.1 Taburan frekuensi dan peratusan responden
mengikut tingkatan 33
4.2 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut
jantina 34
4.3 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut
umur 34
4.4 Taburan frekuensi dan peratusan pernah belajar
tajuk konsumerisme 34
4.5 Taburan frekuensi dan peratusan responden mengikut
minat dalam mata pelajaran Perdagangan dan
Keusahawanan 35
4.6 Taburan frekuensi dan peratusan sekolah ada
persatuan pengguna 35
4.7 Taburan frekuensi dan peratusan responden adakah
anda ahli persatuan pengguna di Sekolah. 36
4.8 Taburan frekuensi dan peratusan responden berapa
wang saku diberi oleh Ibu Bapa dalam seminggu 36
4.9 Taburan frekuensi dan peratusan responden pendapatan
Ibu bapa 37
xiii
4.10 Taburan frekuensi dan peratusan responden bilangan
ahli dalam keluarga yang masih dalam tanggungan
ibu bapa / penjaga 37
4.11 Analisis mengenal pasti sikap pelajar terhadap amalan
konsumerisme dalam kehidupan seharian? 38
4.12 Analisis mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang
hak-hak mereka sebagai pengguna? 41
4.13 Analisis mengenal pasti tanggungjawab pelajar dalam
amalan konsumerisme dalam kehidupan seharian? 43
4.14 Mengenal pasti pengaplikasian pelajar terhadap amalan
konsumerisme dalam kehidupan seharian mereka? 45
xiv
SENARAI SINGKATAN
BIL SINGKATAN
APP Akta Perlindungan Pengguna
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
DPN Dasar Pengguna Negara
EAPM Etika Amalan Perniagaan Malaysia
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
ERA Konsumer
Malaysia Pendidikan dan Penyelidikan Malaysia
FOMCA Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia
IOCU International Organisation Of Consumer Union
ITM Institut Teknologi Mara
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah.
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
KPDN & HEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan
Hal Ehwal Pengguna.
MPPN Majlis Pengguna Negara
MPPPK Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan
PKBS Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah.
PPIM Pengujudan Persatuan Pengguna Islam
SPSS Statistical Package For Social Science
TTPM Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
UTM Universiti Teknologi Mara
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 64
B Surat Kebenaran Dari Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan 69
Malaysia
C Surat Kebenaran Dari Jabatan
Pendidikan Negeri Johor 70
D Surat Kebenaran UTM 71
E Kajian Rintis 72
F Borang Sampel 74
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kementerian Pendidikan telah menyerapkan pendidikan konsumerisme ke
dalam komponen perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup bagi tingkatan satu hingga tiga dan mata pelajaran perdagangan bagi tingkatan 4
dan 5. Perkembangan ini sesuai dengan keadaan sebilangan besar pengguna di negara
ini yang masih tidak tahu tentang hak-hak pengguna dan tindakan yang boleh di ambil
ke atas peniaga.
Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna
Kebangsaan ( MPPPK) untuk menyelaras kegiatan perlindungan pengguna pada 14 hb.
Julai 1973 oleh Tun Hussein Onn yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah
mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) pada tahun
2000 yang berperanan menasihati kementerian melibatkan isu-isu kepenggunaan.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan MPPN itu seiring dengan
penggubalan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Pada masa sekarang di Malaysia
undang-undang ini dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna. Penubuhan MPPN itu menurutnya di lihat akan menampung
kekurangan Majlis Penasihat Pelindung Pengguna-Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
yang mempunyai bidang kuasa terhad iaitu hal-hal di bawah Akta Kawalan Harga
1946.
2
Mengikut kurikulum komponen perdagangan dan keusahawanan dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah menyatakan tujuan penting dalam
pelajaran tersebut supaya pelajar-pelajar dapat mengamalkan kemahiran asas
perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira serta keusahawanan yang
berkemahiran tentang konsumerisme. Walaupun banyak kempen-kempen yang
dilakukan oleh persatuan-persatuan pengguna tetapi masih lagi tidak tahu tentang hak-
hak mereka sebagai seorang pengguna.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat pengguna. Pelajar sering
menjadi mangsa keadaan akibat dari sikap tidak bertanggungjawab para peniaga. Ramai
pelajar tidak mengambil tahu apakah makanan yang dimakan oleh mereka semasa di
luar kawasan sekolah. Terutamanya sewaktu menunggu bas atau sebelum dijemput
untuk pulang selepas waktu persekolahan. Penjualan makanan ringan berleluasa
terdapat berhampiran pintu masuk sekolah atau di luar pagar kawasan sekolah.
Terdapat berbagai aduan mengenai keracunan makanan, sakit perut dan
sebagainya. Namun demikian, peniaga tidak menghiraukan kebersihan, kesihatan dan
kesejahteraan kanak-kanak atau pelanggan kecil mereka masih meneruskan penjualan
makanan yang bukan sahaja tidak berkhasiat, malah tidak bertanggungjawab langsung
untuk memberi sedikit perhatian kepada aspek kebersihan. ( Buletin perlindungan
Pengguna, Mac 2001 )
Ini menunjukkan ramai pelajar masih tidak sedar tentang perlunya pengetahuan
terhadap perkara yang tidak selamat yang boleh membawa kemudaratan ke atas diri
mereka supaya dapat dielakkan daripada membeli barangan tersebut. Sikap peniaga
yang sentiasa memandang kepada keuntungan menyebabkan berlaku perkara yang
memudaratkan pelanggan mereka.
Menurut Mohd Hamdan Hj Adnan ( 2000), Sikap “tidak apa” di kalangan
pengguna telah berkembang dalam diri pengguna disebabkan peningkatan taraf hidup
3
juga. Ini menyebabkan mereka tidak berasa perlu untuk mempelajari kaedah penerapan
tabiat membeli dan mengguna secara bijak atau untuk melobi pihak pembuat dasar
untuk mengundi kepada peraturan yang menjurus kepentingan pengguna.
Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho
berkata tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang menaikkan harga
barangan tanpa kebenaran. Dari kenyataan beliau membawa maksud pengguna sering
kali menjadi mangsa dan tersepit di tengah-tengah golongan peniaga yang membuat
keuntungan lumayan. (Utusan Malaysia, 5.Okt. 2000)
Para Peniaga di seluruh negara telah diberi amaran supaya tidak menjadikan
alasan untuk menaikkan harga barangan keperluan pengguna sesuka hati selaras dengan
kenaikan harga minyak dunia. Peniaga dengan sesuka hati sahaja akan menaikkan
harga barangan dan ini akan menjejaskan harga barang di pasaran. Tindakan peniaga
yang ingkar mengikut cita rasa mereka akan mengakibatkan kenaikan harga barangan
tanpa dapat dibendung.
Menurut Mohd Hamdan Hj Adnan (2000), sebenarnya teknologi juga telah
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pendidikan terhadap corak
kefahaman pengguna dalam penyelesaian masalah dan kerumitan pasaran moden
supaya dapat mengurangkan kejahilan, kekeliruan dan kekecewaan pengguna.
Penggunaan internet secara meluas akan meningkatkan jurang maklumat antara
pengguna kaya dan pengguna miskin. Kesan dari teknologi ini mengakibatkan
meningkatnya taraf kehidupan yang pesat yang telah mencipta skop yang luas terhadap
barang dan perkhidmatan yang boleh dipilih oleh pengguna dan menyebabkan
pengguna sukar membuat pilihan.
Menurut Mohd Hamdan Hj Adnan ( 2000), kebanyakan pengguna berbelanja
mengikut rasa hati dan nafsu mereka. Alat sebaran am pula digunakan secara meluas
untuk memujuk pengguna membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan
yang ditawarkan. Iklan banyak menggoda pengguna dengan berbagai janji dan rayuan
supaya membeli produk dan perkhidmatan mereka. Tidak hairanlah pengguna hari ini
semakin menghadapi masalah untuk membahagi atau mengagihkan pendapatan mereka
dengan bijak.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Sekarang ini kita telah menghadapi pelbagai masalah berkaitan konsumerisme.
Oleh kerana terdapat pelbagai masalah, maka pengkaji ingin mengkaji masalah ini
dengan mengkaji tajuk konsumerisme dan aplikasinya dalam kehidupan seharian
pelajar di sekolah Menengah di Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat dari aspek sikap,
pengetahuan dan kefahaman, tanggungjawab serta pengaplikasian terhadap amalan
konsumerisme yang mereka perolehi di dalam kehidupan seharian mereka.
1.4 Objektif Kajian.
a) Mengenal pasti sikap pelajar terhadap amalan konsumerisme dalam
kehidupan seharian.
b) Mengenal pasti pengetahuan pelajar tentang hak-hak mereka sebagai
pengguna.
c) Mengenal pasti tanggungjawab pelajar dalam amalan konsumerisme dalam
kehidupan seharian mereka.
d) Mengenal pasti pengaplikasian pelajar terhadap amalan konsumerisme yang
mereka perolehi ke dalam kehidupan seharian.
1.5 Persoalan kajian
a) Adakah sikap pelajar terhadap amalan konsumerisme dalam kehidupan
seharian mereka.
b) Adakah pelajar mempunyai pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai
pengguna
c) Adakah pelajar bertanggungjawab dalam amalan konsumerisme dalam
kehidupan seharian mereka.
d) Adakah pelajar mengaplikasikan amalan konsumerisme yang mereka
perolehi ke dalam kehidupan seharian mereka.