Kontrak Boleh Batal

20
Kontrak Boleh Batal Nuarrual Hilal bin Md. Dahlan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Transcript of Kontrak Boleh Batal

Page 1: Kontrak Boleh Batal

Kontrak Boleh Batal

Nuarrual Hilal bin Md. DahlanKolej Undang-undang, Kerajaan dan

Pengajian AntarabangsaUniversiti Utara Malaysia

Page 2: Kontrak Boleh Batal

Topik-Topik

• Pengenalan

• Takrif Kontrak Boleh Batal

• Kontrak Terbatal

• Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan

• Kerelaan Bebas

Page 3: Kontrak Boleh Batal

1. Pengenalan

• Seksyen 2(h) AK:• ‘Sesuatu kontrak yang sah ialah sesuatu perjanjian

yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang’• ‘Yang Boleh Dikuatkuasakan oleh Undang-

Undang’ bermaksud, pihak-pihak dalam kontrak boleh mengambil tindakan ke atas pihak yang mungkir kontrak dan mendapat relif atau pampasan daripada Mahkamah

Page 4: Kontrak Boleh Batal

Contoh 1

• A berkontrak dengan B untuk membeli saham B di Scomi Berhad dengan harga RM 7.00 sesaham untuk 10 lot saham

• A gagal untuk meneruskan transaksi dengan B

• B boleh mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah ke atas A agar A mematuhi kontrak yang telah dibuatnya

Page 5: Kontrak Boleh Batal

• Seksyen 2(g) AK:

• ‘Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, adalah tidak sah dan batal’

Page 6: Kontrak Boleh Batal

Contoh 2

• A berjanji dan setuju untuk menjual pistol revolver dengan harga RM 500 kepada B

• Pistol revolver adalah barangan jualan yang dilarang penjualan oleh kerajaan

• Apabila B gagal untuk membayar setelah A menyerahkan pistol itu, A tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas B kerana barang jualan itu adalah dilarang oleh undang-undang

• Perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan.• Perjanjian itu bukan satu kontrak menurut AK.

Page 7: Kontrak Boleh Batal

Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan oleh Undang-Undang

• Kontrak Boleh Batal (voidable contract);

• Kontrak Terbatal (void contract); dan

• Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan (unenforcable contract)

Page 8: Kontrak Boleh Batal

1. Kontrak Boleh Batal

• Seksyen 2(I) AK:

• ‘Kontrak boleh batal ialah satu perjanjian yang sah pada awalnya sehingga diketepikan oleh pihak-pihak yang berkontrak’

Page 9: Kontrak Boleh Batal

• Kontrak boleh batal mungkin memenuhi semua ciri yang diperlukan dalam sesuatu kontrak tetapi dalam masa yang sama ia mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan kontrak itu dikategorikan sebagai kontrak boleh batal. Pihak yang berkontrak boleh mengetepikan dan membatalkan kontrak yang telah dimasuki atas alasan terdapat unsur yang boleh membatalkan kontrak tersebut

Page 10: Kontrak Boleh Batal

Contoh 3

Latif seorang yang tidak sempurna akalnya telah memasuki perjanjian dengan Bank Rakyat di mana Latif meminjam sejumlah RM 30,000.00 dan akan membayar kepada Bank sejumlah RM 500 selama 7 tahun

Bank Rakyat boleh membatalkan kontrak itu atau boleh tidak membatalkan kontrak itu

Kontrak yang dimasuki oleh Latif dan Bank Rakyat disebut sebagai KONTRAK BOLEH BATAL

Page 11: Kontrak Boleh Batal

2. Kontrak Terbatal(Void Ab initio)

• Kontrak terbatal adalah sejenis perjanjian yang dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri atau kehendak sesuatu kontrak

• Contohnya kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak

Page 12: Kontrak Boleh Batal

Contoh 4

• A seorang kanak-kanak berumur 10 tahun telah memasuki satu kontrak jual beli tanah dengan B

• A membayar RM 10,000 untuk mendapatkan tanah B di Napoh

• Kontrak A dan B terbatal dari awalnya (kontrak terbatal – void ab initio)

Page 13: Kontrak Boleh Batal

4. Kontrak Yang Tidak Boleh Dikuatkuasakan

• Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan ialah satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undang-undang kerana gagal memenuhi keperluan dan formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut atau undang-undang

Page 14: Kontrak Boleh Batal

Contoh 5• A ada tanah di Jitra. • Tanah A adalah tanah simpanan melayu• Menurut undang-undang, tanah simpanan melayu

tidak boleh dijual kepada orang yang bukan melayu

• B seorang warganegara Amerika Syarikat (bukan melayu) berminat dengan tanah itu dan memasuki kontrak dengan A dengan harga RM 500,000

• Sekiranya A gagal meneruskan kontrak itu, B tidak boleh mengambil tindakan ke atas A kerana kontrak A dan B adalah kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan

Page 15: Kontrak Boleh Batal

5. Kerelaan Bebas

• Seksyen 10 AK:

• ‘Semua perjanjian akan menjadi kontrak yang sah jika dibuat dengan kerelaan bebas oleh pihak-pihak yang berkontrak’

Page 16: Kontrak Boleh Batal

Contoh 7• A ada kereta• B minat dengan kereta A• A dan B memasuki kontrak jual beli kereta dengan

harga RM 100,000• Kontrak A dan B sah sekiranya tiada paksaan

daripada B tentang penjualan kereta itu• Paksaan wujud sekiranya B akan membunuh

keluarga A jika A tidak menjual kereta A kepada B dengan harga RM 100,000 sedangkan harga pasaran kereta A adalah RM 1 juta

Page 17: Kontrak Boleh Batal

• Seksyen 13 AK:

• ‘Persetujuan bebas ditakrifkan sebagai pihak-pihak bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama’

Page 18: Kontrak Boleh Batal

Contoh 8

• A penjual kereta terpakai proton wira• B minat dengan kereta wira biru, 1.5 cc dan

dibuat pada tahun 2000• A dan B memasuki kontrak• Sekiranya A jual kereta wira biru, 1.5 cc

tetapi dibuat pada tahun 1995, kontrak itu dikatakan sebagai kontrak yang dibuat tanpa persetujuan bebas B - batal

Page 19: Kontrak Boleh Batal

• Seksyen 14 AK:

• ‘Kerelaan seseorang itu dianggap bebas selagi tidak wujud salah satu daripada unsur-unsur berikut:

• Paksaan

• Pengaruh tak berpatutan

• Fraud

• Salahnyataan

• khilaf

Page 20: Kontrak Boleh Batal

SEKIAN