KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU...

6
1 ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG DERMA PELAJARAN KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang Derma Pelajaran - Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad. 1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi 9(3) dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 2.0 Tafsiran Di dalam Aturan-aturan ini, melainkan ada sesuatu atau perkataan yang berlainan maksudnya, maka :- 2.1 ”Anggota” mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Kecil 10 yang secara berterusan mengganggotai koperasi ini tidak kurang daripada lima tahun; 2.2 ”Calon” ertinya anggota atau anak-anak anggota yang sah disisi Undangundang, dan anak-anak angkat anggota yang diperolehi melalui proses Undang-undang atau anak tiri anggota yang telah dipeliharanya tidak kurang daripada enam tahun (mengikut tarikh perkahwinan baru); 2.3 ”Dermasiswa” maknanya dermasiswa yang dikurniakan oleh koperasi mengikut aturan- aturan ini kepada calon-calon yang mendapat kelulusan terbaik di sekolah- sekolah menengah atau pusat-pusat pengajian tinggi; 2.4 ”Lembaga” ertinya Anggota Lembaga Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad yang dibentuk menurut Undang-undang Kecil 34. 3.0 Tujuan Tujuan Kumpulan Wang Derma Pelajaran diwujudkan ialah untuk :- .1 memberi galakan kepada anggota-anggota dan anak-anak anggota di dalam meningkatkan tahap pendidikan mereka; 3.2 memberi sumbangan kewangan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di dalam bidang pelajaran di sekolah-sekolah kerajaan; atau institusi pendidikan yang berdaftar;

Transcript of KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU...

Page 1: KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/55002-aturan-kumpulanwang-… · Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

1

ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG DERMA PELAJARAN

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa

1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang Derma Pelajaran - Koperasi

Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad.

1.2 Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil Koperasi 9(3) dan

dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

2.0 Tafsiran

Di dalam Aturan-aturan ini, melainkan ada sesuatu atau perkataan yang berlainan maksudnya,

maka :-

2.1 ”Anggota” mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Undang-undang Kecil 10

yang secara berterusan mengganggotai koperasi ini tidak kurang daripada

lima tahun;

2.2 ”Calon” ertinya anggota atau anak-anak anggota yang sah disisi Undangundang, dan

anak-anak angkat anggota yang diperolehi melalui proses Undang-undang

atau anak tiri anggota yang telah dipeliharanya tidak kurang daripada enam

tahun (mengikut tarikh perkahwinan baru);

2.3 ”Dermasiswa” maknanya dermasiswa yang dikurniakan oleh koperasi mengikut aturan-

aturan ini kepada calon-calon yang mendapat kelulusan terbaik di sekolah-

sekolah menengah atau pusat-pusat pengajian tinggi;

2.4 ”Lembaga” ertinya Anggota Lembaga Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu

Pahang Timur Berhad yang dibentuk menurut Undang-undang Kecil 34.

3.0 Tujuan

Tujuan Kumpulan Wang Derma Pelajaran diwujudkan ialah untuk :-

.1 memberi galakan kepada anggota-anggota dan anak-anak anggota di dalam meningkatkan tahap

pendidikan mereka;

3.2 memberi sumbangan kewangan kepada anak-anak anggota yang

cemerlang di dalam bidang pelajaran di sekolah-sekolah kerajaan; atau

institusi pendidikan yang berdaftar;

Page 2: KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/55002-aturan-kumpulanwang-… · Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

2

3.3 memberi bantuan kewangan kepada anggota-anggota dan anak-anak anggota yang berjaya

menamatkan pengajian pelajaran di universitiuniversiti atau institusi-institusi

pengajian tinggi yang diiktiraf kerajaan.

4.0 Punca Kewangan

Punca kewangan bagi Kumpulan Wang Derma Pelajaran adalah diperolehi

daripada :-

4.1 keputusan Mesyuarat Agung yang memutuskan supaya tidak lebih daripada

sepuluh peratus (10%) dari baki keuntungan bersih teraudit koperasi pada

tiap-tiap tahun dipindahkan kepada Kumpulan Wang ini sepertimana yang

dibolehkan oleh Undang-undang Kecil 65(2)(d); atau

4.2 derma-derma dan sumbangan-sumbangan daripada anggota-anggota mengikut

keputusan Mesyuarat Agung; atau

4.3 derma-derma atau sumbangan-sumbangan daripada pihak-pihak lain.

5.0 Pentadbiran Kumpulan Wang

5.1 Kumpulan Wang Derma Pelajaran ini hendaklah ditadbirkan oleh sebuah

Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

Kecil 44(2)(w);

5.2 Jumlah anggota Jawatankuasa Kecil ini hendaklah seramai tidak kurang daripada

empat orang;

5.3 Jawatankuasa Kecil ini diberikuasa memilih calon-calon yang layak untuk dibawa

ke mesyuarat Lembaga;

5.4 Tempoh memohon :-

(i) bagi peperiksaan awam (SPM, STPM dan STAM), diberi tempoh

selama enam bulan selepas keputusan dikeluarkan;

(ii) bagi lulusan Tahfiz, diberi tempoh selama enam bulan selepas

keputusan dikeluarkan;

(iii) bagi kelulusan peringkat Ijazah dibuka selama setahun selepas

keputusan dikeluarkan;

5.5 Jawatankuasa Kecil hendaklah menyerahkan penyata Kumpulan Wang Derma

Pelajaran kepada Lembaga bersama-sama dengan penyata akaun yang

telah diaudit untuk makluman anggota-anggota koperasi pada tiap-tiap tahun.

Page 3: KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/55002-aturan-kumpulanwang-… · Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

3

6.0 Tahun Kewangan

Tahun kewangan bagi Kumpulan Wang Derma Pelajaran ini hendaklah bermula pada

1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

7.0 Pelaburan

7.1 Lembaga dari masa ke semasa dan apabila difikirkan sesuai boleh

melaburkan semua atau sebahagian daripada wang yang asal di dalam

Kumpulan Wang ini kepada badan atau pertubuhan atau apa-apa bentuk

yang berjamin mengikut syarat-syarat di dalam Akta Koperasi;

7.2 Faedah-faedah atau hasil-hasil yang diperolehi daripada pelaburan tersebut

hendaklah dikreditkan ke Kumpulan Wang ini.

8.0 Pemberian Hadiah Dermasiswa

8.1 Jumlah dermasiswa yang akan dihadiahkan pada tiap-tiap tahun bergantung

kepada wang yang ada di dalam Kumpulan Wang ini. Ia akan diperuntukan

oleh Lembaga pada tiap-tiap tahun dibentang di dalam Mesyuarat Agung

untuk mendapat kelulusan;

8.2 Setiap dermasiswa hendaklah tidak melebihi RM300.00 sahaja mengikut

kadar seperti berikut :-

8.2.1 (a) Lulus SPM/Setaraf -

RM250.00

8.2.2 Lulus STAM/Setaraf - RM250.00

8.2.3 (a) Lulus STPM (4A) -

RM300.00 (b) Lulus STPM (2A

& 2B) - RM250.00

8.2.4 Lulus Tahfiz Al-Quran - RM250.00

Bagi Anggota

8.2.5 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. -

RM300.00 (b) Lulus Ijazah

Pertama/Adv. Dip. - RM200.00

8.2.6 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d) - RM200.00

8.2.7 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi - RM300.00

Bagi Anak Anggota

Page 4: KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/55002-aturan-kumpulanwang-… · Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

4

8.2.8 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. -

RM300.00 (b) Lulus Ijazah

Pertama/Adv. Dip. - RM200.00

8.2.9 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d) - RM200.00

8.2.10 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi - RM300.00

8.2.11 Lulus Luar Negara - RM200.00

8.3 Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan dan menyerahkan kepada Jawatankuasa

Kecil dalam tempoh masa ditetapkan.

9.0 Kelayakan Memohon

Dermasiswa boleh dihadiahkan kepada calon mengikut kelayakan iaitu :-

9.1 Bagi dermasiswa adalah dihadiahkan kepada calon yang mendapat

kelayakan cemerlang seperti berikut :-

Peperiksaan

9.1.1 Lulus SPM/Setaraf - min 8A / A+ / A-

9.1.2 Lulus STAM/Setaraf -

9.1.3 (a) Lulus STPM - 4A

(b) Lulus STPM - 2A 2B (minima)

9.1.4 Lulus Tahfiz Al-Quran - 20 Juzuk ke atas

Bagi Anggota

9.1.5 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 3.0 – 4.00

(b) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 2.0 – 2.99

9.1.6 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d)

9.1.7 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi

Bagi Anak Anggota

9.1.8 (a) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 3.5 – 4.00

(b) Lulus Ijazah Pertama/Adv. Dip. - PNGK 3.0 – 3.49

9.1.9 Lulus Ijazah Lanjutan (Master/Ph.d)

9.1.10 Lulus Doktor Perubatan/Farmasi

9.1.11 Lulus Luar Negara Tanpa PNGK di universiti yang diiktiraf

Page 5: KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/55002-aturan-kumpulanwang-… · Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

5

9.2 Kelulusan peperiksaan di atas mestilah diperolehi oleh calon dari sekolah kerajaan,

universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.

Pemberian hadiah dermasiswa ini adalah tertakluk kepada syaratsyarat yang

dikenakan oleh Lembaga.

9.3 Di dalam keadaan di mana anak suami-isteri adalah anggota koperasi ini, maka salah

seorang sahaja yang layak memohon hadiah untuk anaknya di bawah aturan-

aturan ini;

9.4 Anggota-anggota ini tidak boleh menuntut bahawa hadiah-hadiah di bawah Kumpulan

Wang ini sebagai satu haknya.

9.5 Anggota-anggota yang tidak membayar atau terhenti ”tidak menikmati

sebarang kemudahan dari Kumpulan Wang ini”.

10. Permohonan

Permohonan untuk mendapat dermasiswa hendaklah dibuat di dalam borang yang

disediakan oleh Lembaga sepertimana yang dilampirkan bersama-sama ini.

Lembaga hendaklah membuat penyelidikan jika perlu bagi menentukan pemberian

dermasiswa ini.

11. Penggantungan Derma

11.1 Jika kedudukan Kumpulan Wang ini mengalami kesulitan dari segi

kewangan, maka Lembaga hendaklah menggantung akan aktivitinya

sehingga kewangan itu dapat dipulihkan semula;

11.2 Anggota-anggota koperasi hendaklah diberitahu melalui surat-surat pekeliling

mengenai penggantungan atau pemulihan Kumpulan Wang ini.

12. Penalti

Jika terdapat sebarang tuntutan palsu atau tidak memenuhi syarat anggota

berkenaan akan dikenakan ”penalti selama dua tahun (hilang semua kemudahan

daripada Kumpulan Wang ini di dalam tempoh tersebut)”.

13. Audit

Akaun Kumpulan Wang ini hendaklah diaudit bersekali dengan lain-lain akaun

koperasi.

Page 6: KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU …kppmpt.com/kppmpt_dashboard/aturan/55002-aturan-kumpulanwang-… · Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang

6

14. Makluman

Lembaga hendaklah membentangkan di dalam Mesyuarat Agung, laporan-laporan

mengenai aktiviti Kumpulan Wang ini serta cadangan-cadangan bagi

memajukannya.

15. Pertikaian

Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas aturan-aturan ini atau timbul

apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada

Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengikut Undang-undang Kecil 80.

16. Perlaksanaan

Perlaksanaan Aturan-aturan ini berkuatkuasa seperti di bawah :-

(i) Bagi peperiksaan awam mulai __________________;

(ii) Bagi kelulusan Ijazah berkuatkuasa mulai _______________.