Kosmo Punca Banjir

1
Kosmo, 5 jun 2014 Pembangunan tidak terkawal punca banjir kilat KUALA LUMPUR Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) tidak menolak kemungkinan pembangunan yang pesat di sekitar kawasan kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak menjadi faktor utama kawasan berkenaan dilanda banjir kilat petang semalam. Timbalan Presiden Peka, Dr. Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pembangunan yang padat menyebabkan bilangan pokok besar yang merupakan ejen penyerapan air di sekitar kawasan UIAM semakin berkurangan. Menurut beliau, kesan pembangunan itu menyebabkan berlakunya hakisan sehingga membuatkan sungaisungai menjadi cetek dan ia tidak mampu menampung jumlah aliran air yang banyak. "Ketiadaan pokokpokok besar ini menyebabkan air hujan mengalir secara terus ke saliran seperti parit dan longkang serta sungai lalu melimpah di daratan apabila ia melebihi kapasiti. "Oleh itu, kita perlu mengelakkan penebangan pokok secara besar- besaran apabila membangunkan sesebuah kawasan bagi mengelakkan insiden banjir kilat di UIAM berulang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Abdul Razak ialah pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Sementara itu, seorang pakar geologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo turut sependapat dengan Peka dan menegaskan, pembangunan pesat sekitar Gombak menyebabkan sistem perparitan di situ tidak dapat menampung taburan hujan yang tinggi. Tegas beliau, sistem perparitan sedia ada di negara ini memang gaga! menampung kadar hujan yang tinggi disebabkan pembangunan yang semakin pesat. Jelasnya, cara terbaik untuk menangani kejadian banjir kilat termasuk di UIAM adalah dengan mengkaji semula aspek saliran dan memperbanyakkan kawasan serapan hujan supaya air meresap dalam tanah. "Hujan ekstrem bermaksud kadar taburan hujan yang terlalu banyak disebabkan masalah fenomena pemanasan global yang melanda dunia waktu ini," katanya. Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagaimanapun menolak fenomena El Nino yang dijangka melanda negara pada Jun sehingga Ogos ini sebagai punca banjir kilat di UIAM. Katanya, fenomena itu lebih kepada cuaca panas dan kering

Transcript of Kosmo Punca Banjir

Kosmo, 5 jun 2014Pembangunantidakterkawalpuncabanjirkilat KUALALUMPURPertubuhan PelindungKhazanahAlam(Peka) tidakmenolakkemungkinanpembangunan yangpesatdisekitar kawasankampusUniversitiIslam AntarabangsaMalaysia(UIAM) diGombakmenjadifaktorutama kawasanberkenaandilandabanjir kilatpetangsemalam. TimbalanPresidenPeka,Dr. AbdulRazakAbdulRahmanberkata, pembangunanyangpadat menyebabkanbilanganpokokbesar yangmerupakanejenpenyerapan airdisekitarkawasan UIAMsemakinberkurangan. Menurutbeliau,kesanpembangunan itumenyebabkanberlakunya hakisansehinggamembuatkan sungaisungaimenjadi cetekdaniatidakmampumenampung jumlahaliranairyang banyak. "Ketiadaanpokokpokokbesar inimenyebabkanairhujanmengalir secarateruskesaliranseperti paritdanlongkangserta sungailalumelimpahdidaratan apabilaiamelebihikapasiti. "Olehitu,kitaperlumengelakkan penebanganpokoksecarabesarbesaran apabilamembangunkan sesebuahkawasanbagimengelakkan insidenbanjirkilatdi UIAMberulang,"katanyaketika dihubungiKosmo!semalam. AbdulRazakialahpensyarahdi UniversitiPutraMalaysia. Sementaraitu,seorangpakar geologi,Prof.EmeritusDatukDr. IbrahimKomooturutsependapat denganPekadanmenegaskan, pembangunanpesatsekitar Gombakmenyebabkansistem perparitandisitutidak dapatmenampungtaburan hujanyangtinggi. Tegasbeliau,sistemperparitan sediaadadinegara inimemanggaga!menampung kadarhujanyangtinggi disebabkanpembangunan yangsemakinpesat. Jelasnya,caraterbaikuntuk menanganikejadianbanjir kilattermasukdiUIAMadalah denganmengkaji semulaaspek salirandan memperbanyakkan kawasan serapan hujansupaya airmeresapdalamtanah. "Hujanekstrembermaksudkadar taburanhujanyangterlalubanyak disebabkanmasalahfenomena pemanasanglobalyangmelanda duniawaktuini,"katanya. BeliauyangjugaNaibCanselor UniversitiMalaysiaTerengganu (UMT)bagaimanapunmenolak fenomenaElNinoyangdijangka melandanegarapadaJunsehingga Ogosinisebagaipuncabanjir kilatdiUIAM.Katanya,fenomena itulebihkepadacuacapanasdan kering