KPD 3026 Esei Menilai Rakaman Video

8
EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2 TAJUK KUMPULAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NAMA TUTOR E-LEARNING: 1 PEMARKAHAN MENILAI RAKAMAN VIDEO SATU SESI PENGAJARAN. PELAJAR PERLU MENILAI SALAH SATU ASPEK KEMAHIRAN MIKRO PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM RAKAMAN VIDEO TERSEBUT.

description

MENILAI RAKAMAN VIDEO SATU SESI PENGAJARAN. PELAJAR PERLU MENILAI SALAH SATU ASPEK KEMAHIRAN MIKRO PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM RAKAMAN VIDEO TERSEBUT.

Transcript of KPD 3026 Esei Menilai Rakaman Video

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2012

MENILAI RAKAMAN VIDEO SESI PENGAJARANDARI ASPEK KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN

Melalui pengajaran makro yang saya telah laksanakan, saya telah menggunakan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun saya memilih untuk menilai aspek kemahiran sumber di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan.

Di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, saya menggunakan radas yang lengkap untuk menunjukkan satu ujikaji kepada murid-murid. Seiring dengan pendapat Brunner yang mengatakan penggunaan radas sebagai sumber pengajaran dalam pembelajaran mata pelajaran Sains akan memberikan hasil yang berkesan kepada murid. Penglibatan murid dalam ujikaji tersebut telah mendedahkan mereka kepada satu pengalaman baru. Pembelajaran ini telah melibatkan beberapa anggota tubuh badan murid untuk mereka meneroka dan memegang sesuatu yang tidak selalu dijumpai. Di dalam situasi ini penggunaan radas-radas yang saya sediakan seperti bikar, kaki retot, kasa dawai, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, bikar dan termometer menyebabkan mereka lebih mudah mengingati proses-proses dalam isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Murid-murid saya ini adalah murid-murid berprestasi rendah oleh itu mereka perlu pendedahan kepada lebih banyak bahan maujud. Kaedah in jugai membolehkan mereka memperoleh maklumat dengan cara yang berlainan. Sumber-sumber ini telah menggalakkan perkembangan kognitif mereka akibat proses interaksi antara mereka dengan sumber berkenaan. Sebagai contoh, semasa saya menunjukkan ujikaji kepada mereka, mereka dapat menghidu bau gas daripada penunu Bunsen. Mereka juga datang kehadapan dan melihat dengan dekat proses-proses perubahan yang berlaku pada air. Mereka berpeluang merasai wap daripada air mendidih dan juga titisan air yang terdapat pada jubin dengan jari mereka.

Selain daripada itu radas yang digunakan juga sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran yang telah saya rancang. Objektif saya iaitu memahami bahawa bahan boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain manakala hasil pembelajaran pula terdiri daripada 2 daripada 3 bahagian yang terlibat secara langsung dalam penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran. Bahagian A adalah untuk menguasai isi kandungan iaitu pada akhirnya dapat menyatakan air boleh berubah bentuk dan mampu untuk menjelaskan proses perubahan keadaan air. Bahagian B pula, pada akhir pengajaran dan pembelajaran mereka dapat membuat pemerhatian, inferens serta membuat ramalan ke atas ujikaji yang dijalankan oleh saya serta memperolehi gambaran mental tentang ujikaji tersebut apabila kesemua radas-radas itu sudah disimpan. Bahagian C yang terakhir terlibat secara tidak langsung dengan sumber pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan iaitu mereka dapat mengamalkan nilai-nilai saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama dengan rakan-rakan dan rajin serta tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. Ini bermaksud mereka bekerjasama, rajin dan tabah mendengar arahan saya semasa ujikaji tersebut dan juga semasa penerangan menggunakan papan putih.

Penggunaan sumber ini telah membolehkan saya mendekati semua murid-murid yang mempunyai pelbagai aras kebolehan kerana sudah menjadi sifat ujikaji yang dapat menarik perhatian murid. Ujikaji yang berlaku secara maujud ini telah meningkatkan minat terhadap topik yang dipelajari yang juga akibat daripada proses interaksi dengan sumber yang disediakan. Sepanjang ujikaji dijalankan murid sentiasa ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selepasnya. Mereka juga tidak berasa bosan kerana terdapat kelainan yang bersesuaian. Ini boleh dilihat apabila murid sentiasa duduk di tempat masing-masing dan tidak berjalan. Mereka juga kurang bercakap antara satu sama lain. Ini sebenarnya bukanlah kelaziman mereka kerana mereka adalah murid aktif dan berprestasi rendah yang lebih berminat untuk membuat perkara lain selain daripada memberi tumpuan kepada pembelajaran. Hasil daripada minat yang dapat diwujudkan akibat sumber ini, mereka dapat memahami isi kandungan dengan lebih baik.

Penggunaan radas untuk membuat ujikaji juga telah berjaya membawa kepada pencetusan idea dikalangan murid-murid ini. Ujikaji yang berlaku secara maujud memudahkan murid-murid saya memproses maklumat sepanjang pembelajaran. Sumber yang digunakan sangatlah sesuai kerana murid saya ini mempunyai Kecerdasan Ruangan iaitu keupayaan membuat gambaran mental dan Kecerdasan Logikal-Matematikal yang sangat rendah. Saya tidak membiarkan murid-murid bergantung sepenuhnya kepada ujikaji yang dijalankan kerana mereka adalah murid berprestasi rendah. Mereka perlu bimbingan saya atau mereka akan memperolehi konsep yang salah. Dengan adanya bahan ujikaji sebagai sumber yang paling sesuai dihadapan mereka, maka memudahkan mereka mencari pembolehubah-pembolehubah yang terlibat serta membuat ramalan tentang apakah yang akan berlaku seterusnya. Mereka juga mudah membuat inferens tentang ujikaji tersebut.

Dengan sumber yang digunakan saya dapat menjalankan satu aktiviti iaitu melukis semula ujikaji yang telah dijalankan. Ini dilakukan di bahagian aplikasi. Saya meminta mereka untuk melukis semula ujikaji yang telah disaksikan secara berkumpulan dalam bentuk rajah. Oleh itu mereka dapat mengingati dengan lebih baik tentang proses-proses perubahan air yang mereka perlu belajar. Soalan menggunakan rajah ujikaji tersebut merupakan soalan yang agak popular dan pernah dikeluarkan di dalam soalan UPSR dan banyak terdapat soalan seumpama ini di dalam buku-buku rujukan yang dijual di pasaran. Oleh itu sekurang-kurangnya mereka dapat menjawab satu soalan yang sama atau seumpamanya. Daripada sumber berbentuk ujikaji sahaja pelbagai soalan telah saya dapat kemukakan. Ini kerana ujikaji yang saya laksanakan itu merangkumi banyak isi kandungan pelajaran. Beberapa proses perubahan air terlibat dalam ujikaji ini. Selain daripada itu, ujikaji tersebut membolehkan saya membuat lembaran kerja yang telah saya berikan kepada murid-murid. Mereka juga tidak perlu membuat rujukan daripada buku kerana kesemua jawapan adalah berkait rapat dengan ujikaji yang disaksikan. Mereka hanya perlu berfikir sahaja dan ini bukanlah mudah untuk murid-murid saya. Tetapi inilah cara yang berkesan untuk melatih mereka untuk berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga dapat dilatih untuk memperkembangkan Kemahiran Ruang atau kemahiran menggambar di dalam mental. Di sebabkan ujikaji itu maujud dan bukan hanya sebuah illustrasi di dalam buku maka ini dapat memanjangkan sedikit ingatan mereka terhadap apa yang mereka fahami pada hari tersebut.

Papan putih juga merupakan satu daripada sumber pengajaran dan pelajaran yang saya gunakan. Papan putih amat penting kerana setiap isi kandungan yang saya berikan perlu saya catatkan di atas papan putih. Tanpa catatan di atas papan putih murid mungkin akan terlepas pandang dengan apa yang saya katakan dihadapan. Murid-murid saya ini bukanlah murid yang mempunyai motivasi intrinsik dalam menimba ilmu. Oleh itu mereka tidak pernah mengambil nota atau mencatat maklumat penting yang dikatakan oleh guru di dalam kelas. Dengan adanya papan putih mereka lebih jelas dengan apa yang disampaikan oleh guru. Selepas saya memberi penerangan, saya menulisnya di papan putih. Ini membolehkan murid-murid saya lebih memahami apa yang saya sampaikan. Penggunaan papan putih tersebut telah banyak membantu dalam pengajaran pada hari itu seiring dengan tulisan saya yang besar dan jelas telah membolehkan mereka mudah melihat dan membaca serta mengingati apa yang saya tulis. Saya juga tidak menulis dengan panjang tetapi cukup sekadar kata kunci isi pelajarannya sahaja. Murid saya merupakan murid yang malas untuk membaca. Penggunaan papan putih membolehkan mereka lebih mudah mengingati melalui gambaran visual. Selain daripada itu rajah yang saya lukis pada papan putih membolehkan mereka melihat dengan jelas dan faham transformasi ujikaji sebenar ke dalam bentuk gambar rajah yang berlabel. Ia mempunyai kesan ke atas ingatan apabila papan putih tersebut dapat digunakan sebagai panduan murid untuk melukis semula di atas kertas yang dibekalkan kepada mereka.

Radas-radas untuk ujikaji dan juga papan putih yang saya gunakan dapat mengukuhkan konsep Sains yang saya ingin sampaikan kepada murid. Penggunaan sumber ini adalah seiring denga pendapat Brunner yang mengatakan bahawa manusia melalui 3 proses dalam pembelajarannya iaitu mendapat maklumat baru, penukaran maklumat, menguji relavansi dan ketepatan pengetahuan. Menurut Edgar Dale The Cone Of Experience yang menerangkan bahawa the more sensory channels possible in interacting with a resourse, the better the chance that many students can learn from it. Edgar Dale menyatakan bahawa lebih banyak deria yang terlibat dalam berinteraksi dengan sesuatu sumber maka pembelajaran murid akan menjadi lebih baik. Secara keseluruhannya saya mendapati penggunaan sumber seperti radas dan juga papan putih adalah yang paling sesuai dan berupaya meningkatkan pengetahuan, menguatkan ingatan dan meningkatkan tempoh perhatian mereka terhadap pembelajaran.Rujukan:

1. Potensi Manusia (laman web), diambil pada Okober 2012, diperolehi daripada http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/d-potensi-manusia-kpli.pdf2. Why Are Teaching Aids Important? (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.ehow.com/about_6365616_teaching-aids-important_.html3. Lesson Materials And Teaching Aids (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.ukcle.ac.uk/resources/teaching-and-learning-strategies/lesson-materials-and-teaching-aids/4. Using Learning Resources To Enhance Teaching And Learning (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.faculty.londondeanery.ac.uk/e-learning/small-group-teaching/Using_learning_resources_to_enhance_teaching_-_learning.pdf5.Choosing And Using Teching And Learning Materials (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.decd.sa.gov.au/policy/files/links/Choose_use_ booklet_FA.pdf6. Modul Praktik Pengajaran Mikro (laman web), diambil pada Oktober 2012, diperolehi daripada http://www.slideshare.net/putra_kedah2010/kemahiran-sumber-pengajaran-dan-pembelajaran

PEMARKAHAN

MENILAI RAKAMAN VIDEO SATU SESI PENGAJARAN. PELAJAR PERLU MENILAI SALAH SATU ASPEK KEMAHIRAN MIKRO PENGAJARAN YANG TERDAPAT DALAM RAKAMAN VIDEO TERSEBUT.

1