KPD 3026
-
Upload
nur-nur-nur -
Category
Documents
-
view
224 -
download
6
description
Transcript of KPD 3026
1
KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
TAJUK :
KURSUS : PPG PJJ SEM 1 SESI 2011/2012
KUMPULAN : EL C-06
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
AHMAD HELMI BIN KASSIM D20102044889 0199562928
NAMA PENSYARAH : Dr. Goh Swee Choo
TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011
TUGASAN REFLEKSI DAN KAJIAN TINDAKAN
2
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1.REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
3
2. REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 4 - 5
3. KAJIAN TINDAKAN 6
3
REFLEKSI MIKROPENGAJARAN
Nama aktiviti
Penerangan aktiviti Perasaan semasa menjalankan aktiviti
Kegunaan aktiviti Tindakan
Set induksi
Saya telah memberikan setiap murid dengan gula-gula yang mempunyai pelbagai perisa dan murid makan gula-gula tersebut.
Saya mengajukan soalan kepada semua murid.
- Apakah rasa gula-gula yang telah makan tadi?.
- Ada murid menjawab rasa manis, masam, dan masin.
- Apakah organ yang digunakan untuk merasa makanan?
- Murid menjawab lidah.
Saya berasa gembira dengan aktiviti yang saya jalankan ini kerana murid-murid kelas memberikan respon yang baik ketika aktiviti set induksi dijalankan.
Saya juga dapati murid juga seronok mengikuti aktiviti ini kerana dapat makan gula-gula. Cuma ada segelintir murid mahu makan lebih banyak gula-gula lagi.
Aktiviti ini perlu di kawal dengan baik supaya murid makan gula-gula dengan baik untuk mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku.
Untuk memberikan pengetahuan tentang rasa setiap makanan yang dimakan.
Menyediakan gula-gula pelbagai jenis rasa.
Menunjukkan organ yang terlibat dengan deria rasa.
4
REFLEKSI MAKROPENGAJARAN
Nama aktiviti
Penerangan aktiviti Perasaan semasa menjalankan aktiviti
Kegunaan aktiviti Tindakan
Makropengajaran
Saya telah memberikan setiap murid dengan pelbagai jenis makanan pelbagai rasa.
Saya mengajukan soalan kepada semua murid.
- Apakah rasa makanan yang telah makan tadi?.
- Ada murid menjawab rasa manis, masam,tawar, pahit dan masin.
Saya berasa gembira dengan aktiviti yang saya jalankan ini kerana murid-murid kelas memberikan respon yang baik ketika aktiviti set induksi dijalankan.
Saya juga dapati murid juga seronok mengikuti aktiviti ini kerana dapat makan merasai pelbagai makanan. Selain itu, dalam sesi soal jawab juga, saya dapati murid-murid memberikan respon yang baik ketika soalan di ajukan dan perbincangan dijalankan. Murid mengankat tangan ketika hendak menjawab soalan.
Pada sesi aktiviti kumpulan pula, saya dapati setipa kumpulan menjalankan perbincangan dengan baik dan ada wujud kerjasama yang aktif di antara rakan kumpulan. Murid juga berkongsi idea sesame mereka untuk menyelesaikan tugasan yang saya bekalkan.
Saya juga berpuas hati dengan tugasan yang di lakukan oleh murid-murid di dalm aktiviti kumpulan yang dijalankan. Saya dapati murid-murid kreatif membuat tugasan dan
Untuk memberikan pengetahuan tentang kumpulan makanan mengikut jenis rasa makanan.
Menyediakan makanan pelbagai jenis rasa.
Menyediakan pelbagai gambar jenis makanan.
5
kekemasan kerja yang dilakaukan baik.
Selain itu saya juga gembira objektif pelajaran yang disampaikan pada hari ini telah tercapai. Yang mana semua murid dapat mengetahui jenis makanan mengikut pengelasan asid, alkali dan neutral. Ini dapat dilihat pada tugasan kumpulan yang dilakukan. Semua kumpulan berjaya menyelesaikan solan tugasan dengan baik dan semua betul.
Sesi penutup juga, didapati murid dapat menyatakan kembali apa yang telah dipelajari oleh mereka.
6
KAJIAN TINDAKAN
TAJUK KAJIAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN
KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) BAHAGIAN B BAGI
MURID TAHUN 4
SK LKTP JENGKA 24
AHMAD HELMI BIN KASSIM
DISEDIAKAN OLEH : :
7
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1Abstrak
2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lepas
3Fokus Kajian
4Objektif Kajian
5Kumpulan Sasaran
61. Pelaksanaan Kajian
1.1 Tinjauan Masalah
1.2 Analisis Tinjauan Masalah
1.3 Merancang Tindakan
1.4 Melaksanakan Tindakan
a) Aktiviti 1- Teknik kata kuncib) Aktiviti 2- Latihan Menjawab
Soalan modul
1.5 Refleksi Kajian
2. Cadangan Lanjutan
7 Lampiran
8Bibloigrafi
8
ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi mencari jalan penyelesaian
kepada masalah murid Tahun Empat Cemerlang yang lemah dalam menjawab soalan
bahagian B kertas sains yang melibatkan kemahiran proses sains (KPS). Seramai 20 orang
murid Tahun Empat terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan
menggunakan kaedah temu bual, membuat pemerhatian, dan latihan berdasarkan KPS.
Dapatan daripada tinjauan itu, saya dapati murid-murid tahun empat amat lemah dalam
mencari jawapan dan maklumat di dalam soalan ketika menjawab soalan pada bahagian B
yang menguji kemahiran proses sains (KPS). Dari pemerhatian sebelum kajian tindakan
yang saya jalankan, berdasarkan soalan latihan yang diberikan di dalam kelas, seramai 12
orang murid langsung tidak menjawab soalan yang diberikan, ruangan jawapan yang
disediakan dibiarkan kosong. Manakala seramai 6 orang murid lagi hanya mampu
menjawab solaan yang diberikan dengan hanya menyalin petikan sahaja dan memberikan
jawapan yang tidak tepat mengikut kehendak soalan yang dikehendaki dan 2 orang murid
menjawab dengan serdahana baik. Untuk mengatasi masalah ini, saya menjalankan kajian
dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi penerangan tentang teknik menjawab
soalan sains bahagian B. Melalui aktiviti ini, saya menerangkan kepada murid tentang
kaedah mendapatkan maklumat daripada soalan. Pertama saya membuat penerangan
terlebih dahulu dengan mengedarkan lembaran kertas yang mempunyai teknik-teknik untuk
menjawab soalan KPS. Disini murid diterangkan dengan teliti setiap KPS yang diuji dalam
soalan bahagian B. Seterusnya murid diberi modul latihan menjawab soalan KPS. Saya
telah menyediakan modul kps itu sendiri. Melalui pemerhatian Saya juga didapati murid-
murid juga menghadapi masalah untuk mengingat perkataan atau kata kunci bagi
menjawab soalan KPS yang diuji.Oleh yang demikian, saya menyarankan setiap murid
untuk menghafal setiap kata kunci cara menjawab solan KPS yang diuji. Saya menguji
murid-murid melalui kaedah temubual dan penyoalan setiap orang murid. Didapati
pencapain murid tahun empat ada peningkatan selepas kajian ini dijalankan. Sekiranya ada
displin dan pembacaan yang lebih di kalangan murid-murid tahun empat, ia mampu
meningkatkan lagi markah pencapaian mereka.
9
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Di dalam kelas tahun 4 cemerlang, terdapat 3 kategori pencapaian murid iaitu baik,
serdahana dan lemah . Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan latihan
kerja rumah, ujian dan latihan di dalam kelas, didapati murid tahun 4 amat lemah dalam
mencapai markah yang baik pada bahagian B subjek Sains. Keadan ini menyebabkan
kegagalan murid umtuk mendapat keputusan A dan lulus dengan baik. Ini kerana soalan
bahagian B menyumbang 40% markah ( 20/20 ) dari keselurahan markah. Berdasarkan
latihan yang diberikan ketika P&P dijalankan di dalam kelas saya dapati mereka amat lemah
untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan bagi menjawab soalan bahagian
B yang melibatkan soalan menguji kemahiran proses sains (KPS). Ada di antara murid
langsung tidak menjawab soalan bahagian B, mereka membiarkan ruangan jawpan kosong
tanpa diisi dengn jawapan. Manakala ada juga segelintir murid menyalin semula soalan
yang ditulis pada ruangan jawapan. Keadaan ini amat merugikan murid kerana melepaskan
markah begitu sahaja. Selain daripada itu, melalui soal jawab saya dengan murid, saya
dapati murid-murid saya tidak dapat menghafal kata kunci untuk menjawab solan bahagian
B. Mereka juga masih tidak faham cara untuk mendapatkan maklumat dari petikan soalan.
Ada juga murid yang masih tidak faham kehendak soalan. Ini mengkibatkan keputusan bagi
subjek sains untuk kelas tahun 4 amat membimbangkan. Namun jika murid-murid yang
lemah dibimbing dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul,
keadaan masalah ini akan dapat diatasi. Cuma masalah di sini adalah terdapat murid kelas
ini terdiri dari murid-murid pemulihan.
10
2. FOKUS KAJIAN
Berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang dijalankan, hampir
keseluruhan murid gagal menjawab dengan baik soalan-soalan di bahagian B. pencapaian
tertinggi adalah 8/20 markah. Hanya seorang sahaja yang mendapat markah 8/20 markah,
seramai 13 orang mendapat markah antara 7-3, manakala bilangan murid mendapat
markah 0 adalah seramai 6 orang. Memandangkan hasil ujian yang tidak memuaskan dan
amat membimbangkan, maka saya terfikir untuk membuat kajian bagaimana untuk
meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan
murid-murid ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :
Kurang pembacaan dan latihan di rumah
Tidak mengaplikasikan kaedah guru mengajar
Murid gagal menghafal kata kunci menjawab soalan
Murid tidak membaca soalan dengan teliti
Terdapat murid dari kelas pemulihan
Keadaan ini membuatkan saya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencari jalan
penyelesaian bagi mengatasi masalah yang di hadapi ini. Dalam kajian tindakan ini saya
mengeluarkan faktor-faktor kelemahan di atas dan lebih memfokuskan kepada teknik
menjawab soalan bahagian B dengan baik di kalangan murid.
3. OBJEKTIF KAJIAN
11
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B dengan
betul.
3.1.2 Objektif Khusus
i Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam
soalan kemahiran proses sains bahagian B.
ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di dalam
soalan kemahiran proses sains bahagian B
iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains dengan
betul.
iv Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 4 SK LKTP JENGKA 24 yang terdiri
daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.
12
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian terhadap masalah
tersebut dilihat daripada aspek berikut :
a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di dalam
soalan melalui temu bual.
b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B.
c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas mempelajari
sesuatu topik dalam subjek Sains.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
a) Hasil Temubual Dengan Murid
Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 15/20
orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang
dipelajari, 5/20 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak
membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak boleh membaca dengan
baik.
b) Analisa Lembaran Kerja
Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga
ditinjau dengan terperinci melalui lembaran kerja yang diberikan. Sebahagian
murid tidak membuat pembetulan jawapan bagi soalan yang salah
13
Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :
i) Istilah KPS tidak digaris pada soalan.
ii) Murid terlalu lemah menguasai istilah penting dalam KPS seperti
membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan mentafsir
data.
iii) Gagal menggunakan maklumat yang diberi di dalam soalan.
iv) Tidak menghafal kata kunci untuk menjawab solan KPS
c) Hasilnya keputusan pencapaian murid ini dapat dilihat melalui beberapa latihan
yang telah diberikan..
Jadual 1 : keputusan dari latihan yang diberikan
( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)
Perkara yang di uji Bilangan murid
Murid tidak dapat menjawab
Kps Tujuan (a) 10
Murid tidak dapat menjawab soalan
mengawal pemboleh ubah (b) 18
Murid tidak dapat menjawab soalan
mentafsir data (c) 18
14
5.3 Merancang Tindakan
Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah menentukan
aktiviti yang perlu dilaksanakan.
a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu:
i. Penerangan tentang teknik kata kunci menjawab soalan Sains Bahagian B
ii.Latihan menjawab soalan Modul kps Sains Bahagian B
6. Melaksanakan Tindakan
a) Aktiviti 1 :
Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B
Kaedah ini digunakan untuk menerangkan kepada murid tentang teknik dan kata kunci bagi
menjawab soalan Sains Bahagian B. Bagi kaedah ini saya menggunakan paparan slide
Microsoft Word bagi menerangkan tentang teknik dan kata kunci kepada murid-murid. saya
menyediakan beberapa soalan untuk dijawab oleh murid. Di sini Saya lebih memfokuskan
soalan yang mudah mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada
perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual
Contoh Soalan: ( pembolehubah di manipulasi dan bergerakbalas )
- Di sini kata kunci yang digunakan ialah dengan menggunakan singkatan :
i. Pembolehubah di manipulasi (PDM )
ii. Pembolehubah bergerakbalas ( PGB )
15
Maklumat yang boleh didapati dari carta.
2000 2001 2001 20030123456
Kepupusan Haiwan di Selangor
Tahun
Kata kunci :
PDM
PGB
16
KATA KUNCI MENJAWAB SOALAN KPS SAINS
1.PEMBOLEHUBAH :
A) DIMANIPULASI ( PDM) .. perkara/bahan yang berbeza@berlainan@tidak samaB) BERGERAKBALAS (PGB )…hasil eksperimen / hasil kajian
2.TUJUAN
Untuk mengkaji hubungan diantara…..PDM… dengan …..PGB…
3.POLA / CORAK PERUBAHAN
i. bertambah
ii. berkurang
iii.mendatar
4. HUBUNGAN ANTARA
Jika….pola PDM…PDM.. maka ….pola PGB…. PGB…
5.KESIMPULAN
Jika….pola PDM…PDM.. maka ….pola PGB…. PGB…
6.DUA MAKLUMAT
i. PDM
ii. PGB
7.INFERENS
- bagi jawapan berkaitan alasan @ sebab
8.PEMERHATIAN
- Nyatakan apa yang diperhatikan pada soalan @ gambarajah.
17
PEMERHATIAN:
Hasil dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, saya mendapati 8 orang
murid menunjukkan reaksi yang baik manakala sebahagian lagi masih
kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan dan ada segelintir murid langsung tidak
dapat memahami apa yang telah diterangkan. Setelah ’hand out’
kata kunci cara menjawab soalan bahagian B diedarkan dan saya menerangkan cara
merujuknya barulah murid yang masih belum memahami tadi dapat memahami cara
menjawab soalan. Bagi murid pemulihan mereka langsung tidak
faham apa yang telah saya terangkan. Saya dapati murid-murid hanya dapat menjawab
soalan bahagian B dengan berpandukan “hang out “ yang saya edarkan. Jika tidak merujuk
lembaran itu, didapati mereka gagal menjawab soalan bahgian B dengan baik.
Refleksi :
Dalam lingkungan 60 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan
manakala 40% lagi gagal menjawab. Mereka yang gagal menjawab, dibenarkan menyalin
jawpan dari rakan-rakan sebagai kerja pembetulan.
.
18
Aktiviti 2 :
Latihan Menjawab Soalan Modul Kps
Pada aktiviti ini, saya memberikan modul soalan KPS yang dibina oleh saya sendiri kepada
setiap murid. Di dalam modul ini terdapat soalan-soalan latihan mengikut KPS berpabdukan
soalan pepriksaan. Sebelum menjawab soalan latihan di dalam modul, saya murid diminta
supaya mengingat kembali teknik-teknik menjawab soalan seperti memahami maklumat
yang terdapat dalam perenggan / penyataan ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan
mencari kata kunci soalan dengan menggaris di bawahnya.Murid dikehendaki mencari
maklumat penting dan menggariskan kata kunci yang terdapat pada soalan. Setiap murid
dipantau melakukan aktiviti tersebut agar semua murid dapat mengaplikasikan teknik kata
kunci yang telah diterangkan.
Pemerhatian
Hasil dari pemerhatian yang dijalankan. Saya dapati terdapat murid yang masih cuai dalam
mengariskan perkataan KPS dan ada juga segelintir murid yang tidak tidak ingat teknik-
teknik menjawab soalan. Sebahagian murid tidak dapat mencari maklumat yang terdapat
dalam soalan seperti dalam perenggan / ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan
mencari kata kunci dengan menggaris di bawahnya. Ada juga murid yang masih teragak-
agak untuk mengaris perkataan KPs. Bagi mengatasai masalah ini, saya memanggil murid-
murid yang lemah secara personal di meja saya. Di sini saya menerengkang dengan lebih
jelas apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Murid-murid yang lemah juga dibimbing oleh
rakan sebaya. Terdapat sedikit peningkatan cara menjawab dan mencari maklumat pada
soalan di kalangan murid yang lemah. Namun saya masih belum mencapai kepuasan
sehingga mereka ini betl-betul boleh mendapat markah yang baik pada solaan bahagian B.
Refleksi
Dalam aktiviti ini, bimbingan yang lebih rapat dapat dilakukan dan kerjasama antara rakan
sekelas amat memberangsangkan. 80% murid boleh menjawab soalan di dalam dengan
cemerlang.
19
7. REFLEKSI KAJIAN
Setelah saya melakukan segala aktiviti yang telah di rancangkan, saya mendapati ada
sedikit perubahan terhadap murid saya dalam menjawab soalan KPS sains pada soalan
bahagian B. hasil dari latihan di dalam modul, saya dapati murid dapat menjawab dengan
cemerlang walaupun ada segelintir murid masih belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Saya dapati murid sudah mampu mengenal KPS yang di soal di dalm solaan dan mencari
maklumat di dalam petikan soalan. Saya merasakan kajian tindakan yang saya jalankan ini
berjaya mencapai objektif walaupun tidak sepenuhnya. Cuma memerlukan lebih banyak
masa lagi untuk lebih berjaya.
8. CADANGAN LANJUTAN
Dari dapatan hasil kajian ini, saya akan meneruskan kajian tindakan ini lagi dengan
menambahkan pelbagai aktiviti lagi bagi memastikan murid-murid yang lemah dapat
menguasai dan mendapat markah pada soalan bahagian B. Saya bercadang membuat
teknik puzzle dalam bagi meningkatkan daya ingatan murid-murid untuk mengingat kata
kunci sains. Selain itu, penambahbaikan yang akan dijalankan juga ialah dengan
melaksanakan sesi penyoalan bagi setiap murid dan pembacaan beramai-ramai kaedah
menjawab solan setiap KPS di dalam kelas.
20
LAMPIRAN
CONTOH SOALAN DI DALAM MODUL KPS.
.
2002 2003 2004 20050
2
4
6
TAHUN
KELUASAN STADIUM
1. APAKAH TUJUAN PENYIASATAN DI ATAS.………………………………………………………………………………………………………………………………………..
2. APAKAH PEMBOLEHUBAH DI MANIPULASI………………………………………………………………………..
3. APAKAH PEMBOLEHUBAH BERGERAKBALAS.…………………………………………………………………………
4. APAKAH POLA TAHUN.………………………………………………
5. APAKAH POLA KELUASAN STADIUM.…………………………………………………….
6. APAKAH HUBUNGAN DI ANTARA PEMBOLEHUBAH DI ATAS.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
7. APAKAH KESIMPULAN PENYIASATAN DI ATAS.………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
8. APAKAH PEMERHATIAN PENYIASATAN DI ATAS.……………………………………………………………………………
21
SAIZ TELUR PENYU KUANTITI GARAM KUANTITI AIR / ML
20 3 640 3 760 3 880 3 9
1. APAKAH TUJUAN PENYIASATAN DI ATAS.………………………………………………………………………………………………………………………………………..
2. APAKAH PEMBOLEHUBAH DI MANIPULASI………………………………………………………………………..
3. APAKAH PEMBOLEHUBAH BERGERAKBALAS.…………………………………………………………………………
4. APAKAH POLA PEMBOLEHUBAH BERGERAKBALAS.………………………………………………
5. APAKAH POLA PEMBOLEHUBAH DI MANIPULASI.…………………………………………………….
6. APAKAH HUBUNGAN DI ANTARA PEMBOLEHUBAH DI ATAS.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
7. APAKAH KESIMPULAN PENYIASATAN DI ATAS.………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
8. APAKAH PEMERHATIAN PENYIASATAN DI ATAS.………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
22
BIBLIOGRAFI
1.Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur.
2. Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI
3. www.teachersrock.net/ kajian %20 tindakan .htm
4. researchipbmm2008.blogspot.com/.../contoh-kajian tindakan.