Kpmt 2016 Bm - Indeks

3
Kerja Projek Matematik Tambahan 2016 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Halaman 1 Kek boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa. Ia sering kali menjadi pencuci mulut yang digemari dalam pelbagai majlis. Rajah 1 di atas menunjukkan bahan-bahan resepi Kek Coklat yang menjadi kegemaran ramai. BAHAGIAN 1 Harga bagi barangan yang dijual berbeza di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Pembeli cenderung untuk membeli barangan di kedai yang menawarkan harga yang berpatutan. Anda dikehendaki melaksanakan satu kajian tinjauan terhadap harga bagi lima item yang berlainan berdasarkan resepi dalam Rajah 1. Kajian tinjauan ini perlu melibatkan tiga buah kedai yang berlainan. (a) Kumpulkan gambar atau keratan akhbar bagi item yang telah anda pilih. (b) Catatkan dapatan anda seperti dalam Jadual 1. Item Harga (RM) Nama Kedai 1 Nama Kedai 2 Nama Kedai 3 1. Tepung gandum (1 kg) 2. Gula Kastor (1 kg) 3. Mentega (250 g) 4. Telur (Gred A) (10 biji) 5. Serbuk Koko (100 g) Resepi Kek Coklat (1 kg) Bahan-bahan: Tepung Gandum 160 g Gula Kastor 240 g Mentega 130 g Telur Gred A 6 biji Serbuk Koko 40 g *Anggaran 1 biji telur adalah 65 g Sumber: http://mas-dapurmas.blogspot.my/2012/09/kek- span-coklat-ayat-sendiri.html Rajah 1 Jadual 1 *Gambar adalah sekadar hiasan

description

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN JPN SABAH 2016

Transcript of Kpmt 2016 Bm - Indeks

Page 1: Kpmt 2016 Bm - Indeks

Kerja Projek Matematik Tambahan 2016

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Halaman 1

Kek boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa. Ia sering kali menjadi pencuci mulut

yang digemari dalam pelbagai majlis. Rajah 1 di atas menunjukkan bahan-bahan resepi Kek

Coklat yang menjadi kegemaran ramai.

BAHAGIAN 1

Harga bagi barangan yang dijual berbeza di antara satu kedai dengan kedai yang lain.

Pembeli cenderung untuk membeli barangan di kedai yang menawarkan harga yang

berpatutan.

Anda dikehendaki melaksanakan satu kajian tinjauan terhadap harga bagi lima item yang

berlainan berdasarkan resepi dalam Rajah 1. Kajian tinjauan ini perlu melibatkan tiga buah

kedai yang berlainan.

(a) Kumpulkan gambar atau keratan akhbar bagi item yang telah anda pilih.

(b) Catatkan dapatan anda seperti dalam Jadual 1.

Item Harga (RM)

Nama Kedai 1 Nama Kedai 2 Nama Kedai 3

1. Tepung gandum (1 kg)

2. Gula Kastor (1 kg)

3. Mentega (250 g)

4. Telur (Gred A) (10 biji)

5. Serbuk Koko (100 g)

Resepi Kek Coklat (1 kg)

Bahan-bahan:

Tepung Gandum 160 g

Gula Kastor 240 g

Mentega 130 g

Telur Gred A 6 biji

Serbuk Koko 40 g

*Anggaran 1 biji telur adalah 65 g

Sumber:

http://mas-dapurmas.blogspot.my/2012/09/kek-

span-coklat-ayat-sendiri.html

Rajah 1

Jadual 1

*Gambar adalah sekadar hiasan

Page 2: Kpmt 2016 Bm - Indeks

Kerja Projek Matematik Tambahan 2016

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Halaman 2

(c) Bina sekurang-kurangnya dua perwakilan data yang sesuai untuk membanding beza

harga yang dipilih. (Penggunaan ICT digalakkan)

(d) Berdasarkan perwakilan data yang telah anda bina dalam Bahagian 1(c), bincangkan

perbezaan harga. Buat kesimpulan berdasarkan perbincangan tersebut.

BAHAGIAN 2

Badan pengawas sekolah anda ingin melengkapkan kemudahan bilik pengawas yang sedia

ada. Cadangan bagi melengkapkan bilik berkenaan adalah menyediakan satu set komputer

riba dan projektor LCD. Bagi mengumpul dana untuk kemudahan tersebut, satu projek

Jualan Kek Coklat telah dirancang.

(a) Lengkapkan Jadual 2 berdasarkan pilihan anda bagi pembelian bahan-bahan dalam

Bahagian 1.

Bahan

Kuantiti yang

digunakan untuk

membuat kek

1 kg

Harga pada

tahun 2011

(RM)

Harga pada

tahun 2016

(RM)

Perubahan Indeks

Harga dari tahun

2011 ke tahun

2016

Tepung gandum 160 g Menokok 10%

Gula Kastor 240 g Menokok 5%

Mentega 130 g Menokok 30%

Telur (Gred A) 6 biji Menyusut 5%

Serbuk Koko 40 g Menokok 7%

Jadual 2

(b) Hitungkan indeks gubahan bagi membuat sebiji kek coklat pada tahun 2016

berasaskan tahun 2011. Seterusnya, jelaskan maksud indeks gubahan yang

diperolehi tersebut.

(c) Pada tahun 2011, kek coklat itu telah dijual pada harga RM 20.00 sebiji. Tentukan

harga jualan yang sesuai bagi kek coklat pada tahun 2016.

(d) Merujuk kepada harga pasaran semasa bagi satu set komputer riba dan projektor

LCD, tentukan bilangan minimum kek coklat yang perlu dijual bagi menampung

perbelanjaan tersebut.

Page 3: Kpmt 2016 Bm - Indeks

Kerja Projek Matematik Tambahan 2016

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Halaman 3

BAHAGIAN 3

Badan pengawas menerima tempahan daripada pihak sekolah bagi sambutan Hari Guru

peringkat sekolah. Kek coklat yang ditempah berbentuk silinder dan berjisim 3 kg, seperti

yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

(a) Sekiranya 1 kg kek coklat mempunyai isipadu 3800 cm

3 dan kek yang ditempah

berketinggian 7 cm, hitungkan diameter dalaman bagi acuan kek yang digunakan

untuk memuatkan kek coklat 3 kg yang ditempah.

(b) Kek coklat tersebut dibakar dalam ketuhar yang berukuran 80.0 cm panjang, 60.0 cm

lebar dan 45.0 cm tinggi.

(i) Sekiranya isipadu kek dikekalkan seperti yang di atas, teroka dengan

menggunakan pelbagai nilai ketinggian, h cm, dan nilai diameter, d cm yang

sepadan bagi acuan kek tersebut. Catatkan dapatan anda dalam bentuk jadual.

(ii) Bentukkan satu persamaan bagi mewakili hubungan linear antara h dan d.

Seterusnya, plotkan satu graf yang sesuai.

(iii) Daripada graf anda, tentukan nilai

1. d apabila h = 10.5 cm,

2. h apabila d = 42 cm

PENEROKAAN LANJUTAN

Tentukan dimensi bagi kek berbentuk silinder berjisim 3 kg yang memerlukan jumlah krim

segar yang minimum untuk hiasan kek. Gunakan sekurang-kurangnya dua kaedah

penyelesaian yang berbeza termasuk penggunaan kalkulus.

Nyatakan sama ada kek dengan dimensi tersebut sesuai untuk dibakar dalam ketuhar yang

dinyatakan dalam Bahagian 3(b). Berikan penerangan bagi menyokong jawapan anda.

REFLEKSI

Semasa anda melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai

murni yang telah anda amalkan? Gambarkan pendapat atau perasaan anda terhadap perkara

tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif seperti menggunakan simbol, ilustrasi,

lukisan atau lagu.

h cm

d cm

Rajah 2