KPP6114 - M20151000483 TUGASAN 1.pdf

download KPP6114 - M20151000483 TUGASAN 1.pdf

of 5

Transcript of KPP6114 - M20151000483 TUGASAN 1.pdf

  • SIVASANKER A/L MARIAPPAN M20151000483

    KPP6114 KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL Page 1

    KPP6114

    KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    A(M151)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    SIVASANKER A/L MARIAPPAN M20151000483 012-5730185

    [email protected]

    NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR.QISMULLAH YUSUF

    TARIKH SERAH: 03 OKTOBER 2015

    CONTOH KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

    DI SEKOLAH

  • SIVASANKER A/L MARIAPPAN M20151000483

    KPP6114 KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL Page 2

    CONTOH KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

    DI SEKOLAH

    Kepimpinan instruksional di sekolah boleh didefinisikan sebagai menggalakkan guru

    untuk mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjanya, dan

    bersedia untuk mengerahkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Ini

    menunjukkan pemimpin instruksional merupakan faktor utama untuk kejayaan perubahan

    sekolah dan pencapaian sekolah. Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas

    dalam tahun 1980an dan 1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan,

    pelaksanaan perubahan, dan penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai

    negara oleh pengkaji-pengkaji terdahulu menjadi asas kepada konsep kepimpinan

    instruksional (Hallinger, 2003; Hallinger, Taraseina, & Miller, 1994). Ini sekali gus telah

    mengukuhkan kepercayaan di kalangan penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa

    kepimpinan instruksional adalah faktor utama yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan.

    Kepimpinan instruksional merujuk kepada segala tingkah laku guru besar yang

    dilaksanakan dengan tujuan memajukan dan menambah baik proses pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah yang melibatkan guru, murid, ibu bapa, perancangan sekolah,

    pengurusan sekolah, kemudahan sumber, dan budaya sekolah. Kepimpinan instruksional

    merujuk kepada tiga dimensi iaitu pertama menentukan misi sekolah di mana terdapat dua

    fungsi dalam dimensi ini iaitu merangka matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat

    sekolah. Dimensi kedua ialah menguruskan program pengajaran dengan tiga fungsi iaitu

    menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras kurikulum, dan memantau kemajuan murid.

    Dimensi ketiga adalah mewujudkan iklim pembelajaran sekolah dengan lima fungsi iaitu

    mengawal waktu pengajaran, mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif untuk guru,

    menggalakkan pembangunan professional, dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.

  • SIVASANKER A/L MARIAPPAN M20151000483

    KPP6114 KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL Page 3

    Objektif Organisasi

    SJK(T) Methodist

    Malim Nawar

    Di sekolah SJK(T) Methodist Malim Nawar, pemimpin yang berkredibliti iaitu

    Pn.P.Devaki a/p M.K.Perumal (Guru Besar) mengutamakan Pelan Pembangunan Pendidikan

    Malaysia dalam arus kemajuan sekolah dengan menitikberatkan Kurikulum, Kokurikulum

    serta imej sekolah dalam Kepimpinan Instruksional beliau.

    Pn.P.Devaki a/p M.K.Perumal bukan sekadar pemimpin yang memberi arahan malah

    beliau sendiri sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Phd. (Falsafah Kedoktoran).

    Pimpinan gaya tersendiri beliau menghasiklan sekolah ini telah mendapat Anugerah Khas

    Baiah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2011.

    Kepimpinan Instruksional beliau membolehkan beliau melibatkan diri secara

    menyeluruh dalam bidang pembangunan sekolah. Gaya kepimpinan beliau boleh dirumuskan

    seperti berikut :-

    1. Objektif Organisasi (SJKT Methodist Malim Nawar)

    Visi Sekolah :- Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Misi Sekolah :- Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

    Piagam Pelanggan :- Bahawasanya kami warga SJK(T) Methodist Malim Nawar akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami : # Melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan berakhlak mulia # Memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid di sekolah ini # Menjalinkan hubungan yang baik antara guru, ibubapa, dan mesyarakat setempat # Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin # Mewujudkan kepimpinan dan perkhidmatan yang adil kepada semua

  • SIVASANKER A/L MARIAPPAN M20151000483

    KPP6114 KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL Page 4

    2. Dasar dan Objektif Kualiti (SJKT Methodist Malim Nawar)

    Guru Besar Pn.P.Devaki a/p M.K.Perumal komited untuk menyedia dan melaksanakan

    Pengajaran dan Pemudahcaraan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan murid-murid di

    sekolah ini. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi

    keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara

    berterusan di SJK(T) Methodist Malim Nawar.

    Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti berserta dengan objektifnya disemak

    dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian

    dengan keperluan sekolah untuk memenhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan

    murid-murid dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan, bimbingan dan pembentukan sahsiah,

    gerakerja luar, pentadbiran serta perhubungan dengan komuniti dan agensi luar. Dasar kualiti

    ini di sebar luas kepada seluruh warga SJK(T) Methodist Malim Nawar melalui media cetak,

    taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.

    Objektif Kualiti SJKT Methodist Malim Nawar

    Meningkatkan prestasi akademik sebanyak 5 peratus berdasarkan kepada tahun semasa atau mencapai minima

    80 peratus lulus keseluruhan

    Memastikan 100 peratus

    aduan pelanggan yang diterima

    diambil tindakan supaya

    pengurusan SJKT Methodist Malim Nawar berjalan

    lancar

    Melaksanakan pengurusan

    kewangan yang efisyen tanpa teguran audit

  • SIVASANKER A/L MARIAPPAN M20151000483

    KPP6114 KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN INSTRUKSIONAL Page 5

    Kepimpinan instruksional Guru Besar SJKT Methodist Malim Nawar Pn.P.Devaki a/p

    M.K.Perumal memberi kesan yang positif dalam menyediakan guru-guru ke arah

    melaksanakan perubahan. Kepimpinan beliau adalah proaktif, terutamanya berkaitan dengan

    pengajaran dan kepentingan murid-murid serta bertindak sebagai pemimpin instruksional.

    Dengan sistem pendidikan yang berkembang dan berubah, peranan yang dijangka daripada

    guru besar sekolah sebagai pemimpin instruksional telah menjadi semakin kompleks.

    Pn.P.Devaki a/p M.K.Perumal sedar bahawa beliau harus berubah dahulu bagi melaksanakan

    transformasi di sekolah dan menunjukkan sokongan terhadap perubahan ini. Oleh itu,

    Pn.P.Devaki a/p M.K.Perumal merupakan seorang pemimpin instruksional dan sebagai

    seorang agen perubahan telah menguasai kecekapan-kecekapan baru yang diperlukan bagi

    melaksanakan perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.