tugasan 1.docx
-
Upload
faizah-arisha -
Category
Documents
-
view
25 -
download
0
description
Transcript of tugasan 1.docx
PENGENALAN
MTE 3107 Merancang dan Mengajar Matematik adalah subjek wajib diambil oleh semua
pelatih guru Matematik semester 4 bagi seluruh Institut Pendidikan Guru seluruh kampus di
Malaysia.
Perancangan pengajaran Matematik sebelum memulakan sesi P&P merupakan satu
langkah yang penting bagi memastikan kelancaran proses P&P. Selain itu ia dapat
meningkatkan keyakinan guru sewaktu berhadapan dengan murid.
Terdapat dua tugasan kerja kursus ini. Tugasan pertama kerja kursus pada kali ini
ialah kami perlu mengkaji aplikasi penggunaan pendekatan, kaedah dan juga teknik.
Kemudian kami perlu menerangkan dan membandingbeza elemen-elemen tersebut. Setelah
itu kami dikehendaki membuat laporan sebanyak 2 500 patah perkataan.
Tugasan yang kedua pula tugasan berpasangan. Dalam tugasan ini kami perlu
membuat rancangan pengajaran harian (RPH) bagi tempoh satu jam berserta resos. RPH ini
merupakan bagi subjek Matematik sekolah rendah.
1
1.0 APLIKASI PENGGUNAAN PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM P&P
MATEMATIK
1.1 PENDEKATAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pendekatan bermaksud perbuatan
mendekati atau mendekatkan, cara atau langkah yang diambil untuk
melaksanakan sesuatu tugas, usaha dan lain-lain. Pendekatan ialah satu
kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat
pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa (Kamarudin Hj. Husin,
1988). Menurut Parera (1986) pendekatan merupakan satu latar belakang
falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan
merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas
kepada sesuatu huraian). Edwart M. Anthony (1963) mengatakan pendekatan
ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap
benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Jadi di sini dapat
dirumuskan bahawa pendekatan ialah cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana
sesuatu mata pembelajaran diajar berdasarkan objektif jangka masa panjang.
Penulisan ini akan membahaskan mengenai empat (4) jenis pendekatan
pengajaran Matematik iaitu;
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektif
Pendekatan Tematik
1.1.1 Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif ialah pendekatan yang bermula daripada khusus kepada
umum. Menurut pandangan J.M Kierzek dan W. Gibson (1960), pendekatan
induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah
sesuatu generalisasi. Ia melibatkan aktiviti atau proses mengumpul dan
menganalisis maklumat-maklumat yang diperolehi kemudian membuat
kesimpulan atau rumusan.
Pembelajaran melalui induktif ialah pelajar mengalami satu proses mental
yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu
kesimpulan (B. Seaton, 1982). Pada permulaannya, guru memberikan
beberapa contoh yang spesifik. Kemudian murid dibimbing untuk berfikir,
2
mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terdapat dalam
contoh-contoh tersebut. Di sini, ia memberi peluang kepada pelajar tersebut
membuat kesimpulan sendiri. Ia juga bermatlamat kepada pembentukan
kebiasaan dan menekankan kepada pengulangan bagi mendapatkan sesuatu
rumus atau hukum.
Berikut adalah prinsip-prinsip atau konsep pendekatan induktif yang tidak
boleh dilepas pandang oleh guru sewaktu pelaksanaannya;
Contoh yang diberikan mestilah relevan dan sesuai.
Murid harus dibimbing dalam membuat rumusan.
Murid harus diberi peluang untuk memerhati dan menganalisis.
Perancangan guru mengenai sesuatu pengajaran bermula dengan
contoh yang khusus kepada kesimpulan umum.
Pengajaran lebih berbentuk konkrit.
Contoh yang diberikan mestilah bertepatan dan bersesuai dengan
keadaan sekeliling atau tahap pemikiran murid. Guru menggunakan perkataan
yang senang dan mudah difahami oleh murid. Contohnya guru memberikan
contoh mengenai kehidupan di dalam hutan kepada murid di kawasan
pedalaman. Murid perlu dibimbing dalam membuat rumusan. Di sini guru
haruslah menjadi petunjuk kepada murid dalam membuat kesimpulan agar
kesimpulan yang dibuat tidak terpesong daripada yang sepatutnya. Dengan
tahap pemikiran murid, guru perlu memberikan murid peluang untuk
memerhati dan menganalisis contoh-contoh yang diberikan agar generalisasi
dapat dilakukan. Perancangan guru haruslah bermula dengan contoh yang
khusus kepada kesimpulan umum bermaksud langkah ini akan memudahkan
murid menguasai peraturan-peraturan yang diperolehi.
Contoh pendekatan induktif dalam subjek Matematik ialah dalam topik
darab.
1 x 1 = 1
2 x 1 = 2
3 x 1 = 3
4 x 1 = 4
5 x 1 = 5
6 x 1 = 6
7 x 1 = 7
8 x 1 = 8
3
9 x 1 = 9
Sebagai contoh guru menampalkan sifir 1 di papan putih. Murid diminta
memerhatikan dan menganalisis operasi darab tersebut. Setelah itu guru
membantu murid membuat kesimpulan umum mengenai operasi darab yang
diberikan di atas. Di akhirnya guru meminta murid memberitahu apa yang
mereka faham daripada operasi darab tersebut. Di sini guru membetulkan
kesalahan dan kesilapan murid serta menerangkan mengenainya.
1.1.2 Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif ialah suatu pengajaran yang dimulakan dengan
melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan akan
diaplikasikan menjadi suatu fakta. Perkara ini bermaksud pengajaran yang
bermula daripada umum kepada khusus. Menurut Brian Seaton (1982)
pendekatan ini merujuk kepada suatu pembelajaran di mana murid dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Sewaktu P&P, murid akan diberikan dengan masalah. Kemudian mereka
akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan yang sesuai digunakan bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Di akhir sesi pembelajaran, murid akan
merujuk guru mengenai cara penyelesaian yang dibuat. Secara ringkasnya
guru akan kemukakan konsep/ hukum/ kesimpulan dengan menerangkan
maksud sebelum memberikan contoh-contoh yang sesuai.
Guru perlu menitikberatkan prinsip-prinsip berikut sewaktu
mempraktikkan pendekatan ini. Antaranya ialah:
Guru perlu mengadakan sesi soal jawab bersama murid
Guru perlu mencuba dan menguji tahap intelektual murid
Kepelbagaian aktiviti boleh menarik minat murid
Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dengan tajuk
Bimbingan oleh guru sepanjang proses P&P
Penialaian generalisasi dengan menggunakan situasi yang lain
tetapimasalah yang hampir sama
Contoh pengaplikasian pendekatan deduktif dalam subjek Matematik
ialah topik mencari luas segi empat. Guru memberitahu dan menerangkan
rumus mencari luas segi empat iaitu “panjang (P)” darab “lebar (L)”. Setelah
itu guru menyediakan contoh-contoh segi empat yang perlu dicari luasnya.
4
Murid menyelesaikan contoh di bawah dengan mencari luas segi empat
tersebut.
1.1.3 Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik ini merupakan gabungan antara dua pendekatan iaitu
pendekatan induktif dan pendekatan deduktif (Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Kebanyakkan guru menggunakan pendekatan ini kerana tahap pemikiran atau
kebolehan murid adalah bervariasi; tidak sama antara satu sama lain.
Terdapat murid yang lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif dan ada
juga yang lebih sesuai menggunakan pendekatan deduktif. Jadi bagi
meringankan bebanan guru, guru mengambil jalan tengah bagi memahamkan
kedua-dua belah pihak. Di sini guru boleh menjadi lebih fleksibel dan mampu
menguruskan bilik darjah mengikut kehendak murid.
Contoh pengaplikasian pendekatan eklektif dalam pengajaran Matematik
ialah dalam topik mencari perimeter.
Sekiranya guru menggunakan pendekatan yang mirip pendekatan
induktif, guru memberikan contoh-contoh pengiraan perimeter bagi bentuk
yang ada terlebih dahulu. Kemudian guru baru memberi kesimpulan umum
mengenai formula perimeter kepada murid.
Contoh perimeter yang pertama
5
5 cm
5 cm 5 cm
12 cm
3 cm
8 cm
8 cm
3 cm
11 cm
5 cm
5 cm
Contoh perimeter yang kedua
Kemudian guru membimbing murid membuat rumusan yang umum
mengenai cara mengira perimeter iaitu mengira garisan yang luaran sahaja.
Sekiranya guru menggunakan pendekatan yang mirip pendekatan
deduktif, guru memberikan kesimpulan umum mengenai formula perimeter
kepada murid terlebih dahulu. Kemudian guru menerangkan cara-cara untuk
membuat kesimpulan umum mengenainya.
1.1.4 Pendekatan Tematik
Pendekatan tematik merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep
atau idea yang besar. Tema-tema tersebut dipecahkan kepada beberapa
komponen kecil.
Tujuan pendekatan ini diwujudkan bagi sesi P&P ialah:
Strategi berpusatkan murid
Guru dapat mencetuskan idea yang menarik untuk aktiviti yang
dirancang
Penglibatan murid secara aktif dalam pengajaran secara bertema
Kesinambungan terpelihara
Pelbagai aktiviti kemahiran digabungjalinkan semasa pelajar
melakukan aktiviti
6
5 cm
5 cm
11 cm
5 cm
5 cm
3 cm
5 cm
10 cm
13 cm
6 cm
Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan pendekatan tematik:
1) Pilih satu tema
2) Membina jaringan perancangan
3) Pilih bahan
4) Merancang aktiviti
Contoh penggunaan pendekatan tematik dalam pengajaran Matematik
ialah dalam mengajar topik ruang dan bentuk. Guru menggunakan tema
bangunan-bangunan yang terdapat di dunia. Kemudian guru meminta murid
mengeluarkan bentuk yang terdapat pada bangunan tersebut. Sebagai contoh
gambar menara condong pisa.
Bentuk yang terdapat pada menara ini ialah silinder.
Bentuk yang terdapat pada menara ini ialah segi tiga.
1.2 KAEDAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dafinisi kaedah ialah cara atau aturan
(membuat sesuatu), hokum atatu prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat. Menurut Mangatar Simanjuntak (1982) kaedah ialah satu rencana
(prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara
keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.
Pengikut pandangan Parera (1986) kaedah merupakan satu rancangan
menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tiada
bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan
kepada pendekatan. Satu rancangan tentang apa yang dilaksanakan sesuai
dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly, 2006).
Jadi kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan
bertujuan mencapai objektif spesifik iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Ia
7
juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah mengajar erti cara
mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
Penulisan ini akan membahaskan mengenai empat (4) jenis pendekatan
pengajaran Matematik iaitu;
Kaedah projek
Kaedah berkumpulan (koperatif)
Keadah inkuiri penemuan
Kaedah syarahan
1.2.1 Kaedah Projek
Kaedah projek ialah yang berpusatkan murid dan banyak
berlandaskan kepada Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Menurut M.
S. Pang (1997) kaedah ini dipelopor oleh William Kilpatrick (1871-
1965).
Murid dapat melaksanakan aktiviti ini dengan penuh minat dan
perhatian kerana pada kebiasaannya kaedah projek paling disukai oleh
murid. Kaedah projek ini tidak hanya memakan masa satu atau dua
hari. Kemungkinan memerlukan satu tempoh masa yang panjang.
Tujuan utama kaedah ini diperkenalkan ialah untuk meningkatkan
penglibatan murid dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan
kemahiran yang tidak mungkin dicapai dengan menggunakan kaedah
lain.
Berikut adalah antara garis panduan yang boleh diikuti oleh guru
sewaktu ingin menjalankan kaedah projek ini kepada murid:
i. Tujuan projek
ii. Hasil yang akan diperolehi
iii. Prosedur-prosedur khusus yang mesti dipatuhi
iv. Tarikh akhir menyiapkan projek
Contoh penggunaan kaedah projek dalam pengajaran matematik
ialah dalam tajuk ruang dan bentuk. Sebagai contoh guru meminta
murid membuat beberapa bentuk geometri yang berbentuk 3 dimensi.
Contohnya kumpulan 1 membuat bentuk prisma, kumpulan 2 membuat
bentuk kubus dan lain-lain lagi.
8
1.2.2 Kaedah Berkumpulan (Koperatif)
Arends (2001) mengatakan focus utama pembelajaran koperatif
berkisarkan kepada tiga perkara iaitu; pencapaian akademik,
penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Keadah ini
merupakan berpusatkan murid di mana dapat mengurangkan kadar
bilangan murid yang pasif di dalam bilik darjah. Murid-murid akan
berusaha dalam kumpulan masing-masing dalam mencapai satu
matlamat secara berpasukan.
Konsep utama dalam kaedah berkumpulan menurut Kagan
(1994) ialah:
i. Pasukan
ii. Pengurusan pembelajaran koperatif
iii. Keinginan untuk bekerjasama
iv. Kemahiran untuk bekerjasama
v. Prinsip asas pembelajaran koperatif
vi. Struktur pembelajaran koperatif
Contoh pengaplikasian kaedah ini dalam P&P matematik ialah
sewaktu guru mengajar matematik, guru membuat aktiviti secara
berkumpulan. Sebagai contoh guru memberikan lembaran kerja
kepada murid. Kemudian murid duduk dalam kumpulan berbincang
sesama mereka bagi menyiapkan lembaran kerja tersebut.
1.2.3 Kaedah Inkuiri Penemuan
Inkuri bermaksud penglibatan yang menghasilkan kefahaman. Di sini
murid menemui sesuatu yang baru dalam pengalamannya. Kaedah ini
merupakan kaedah semula jadi yang berlaku ke atas diri mereka.
Kaedah ini menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Hal ini
bermaksud, murid menerokai perkara baru dengan sendirinya ataupun
dibantu oleh guru.
9
Berikut adalah antara langkah-langkah dalam pelaksanaan
kaedah inkuiri penemuan ini ialah:
i. Persediaan
a. Memerhati
b. Mencirikan
c. Mengelas
d. Menyoal
ii. Imaginasi
a. Meneroka
b. Merancang
c. Meramal
d. Membuat hipotesis
iii. Perkembangan
a. Menguji hipotesis
iv. Tindakan
a. Membuat kesimpulan
b. Melapor
c. Mendokumentasi
d. Mentaksir
Contoh penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam mata
pelajaran matematik ialah murid meneroka sendiri mengenai bentuk-
bentuk 3 dimensi daripada bentuk-bentuk 2 dimensi yang diberikan
oleh guru. Sebagai contohnya ialah guru memberikan bentuk 2
dimensi seperti segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat dan lain-
lain lagi. Murid meneroka sendiri bentuk 3 dimensi bagi segi tiga ialah
piramid. Manakala bagi bentuk segi empat sama ialah kubus dan segi
empat tepat ialah kuboid.
1.2.4 Kaedah Syarahan
Kaedah syarahan atau dikenali sebagai kaedah kuliah merupakan satu
kaedah di mana seorang guru memberikan pengajaran kepada murid
secara syarahan. Keadah ini juga dikenali sebagai kaedah tradisional.
Konsepnya ialah guru hanya ‘memenuhi tong yang kosong’ iaitu guru
hanya memberi maklumat dan info manakala murid hanya menerima.
10
Mengikut pandangan Atan Long (1980), guru dianggap sebagai
individu yang mengetahui segalanya namun sebaliknya pada murid
yang tidak mengetahui apa-apa. Dalam proses P&P seperti ini, guru
memainkan peranan yang paling penting dalam penyampaian ilmu
kepada murid.
Antara ciri-ciri kaedah ini ialah:
i. Guru memperkenalkan topik baru
ii. Huraian mesti mudah dan jelas
iii. Kawalan kelas berkesan
iv. Suara guru mestilah bernada/ berintonasi
v. Menyoal untuk mendapatkan perhatian murid
Contoh penggunaan kaedah ini dalam pengajaran Matematik
ialah sewaktu guru mengajar setiap kali topik baru dalam matematik.
Sebagai contoh guru memperkenalkan konsep ukuran panjang kepada
murid. Selain itu juga, kaedah ini digunakan oleh guru dalam
penerangan mengenai fakta-fakta dalam matematik. Contohnya
sebarang nombor yang didarabkan dengan ‘0’ jawapannya adalah ‘0’.
1.3 TEKNIK
Teknik pengajaran ialah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian
bahan pengajaran kepada murid. Teknik boleh dirumuskan sebagai kemahiran
guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti
P&P.
Penulisan ini akan menerankan mengenai lima (5) jenis teknik pengajaran
dalam Matematik iaitu;
Teknik sumbang saran
Teknik simulasi
Teknik main peranan
Teknik perbincangan
Teknik demonstrasi
11
1.3.1 Teknik sumbang saran
Pelaksanaan pembelajaran aktif dapat mewujudkan iklim
pembelajaran, di mana perkongsian idea/ maklumat boleh berlaku.
Sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang
mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam
pembelajaran yang diingini (Orlich, 2007). Ia merupakan aktiviti
perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tujuan utama
sumbang saran diwujudkan ialah bagi melatih murid mengemukakan
idea atau pandangan bernas. Di samping itu, ia juga dapat memupuk
sifat-sifat sosial.
Berikut adalah prinsip-prinsip sumbang saran:
i. Topik perbincangan haruslah bersesuaian dengan
pelajar
ii. Suasana haruslah kondusif dan harmoni
iii. Murid diberi peluang untuk mengemukakan idea
iv. Idea dilarang sama sekali dikritik atau dinilai
v. Masa adalah terkawal
Menurut Orlich, 2007 terdapat beberapa disiplin dan peraturan
yang perlu dipatuhi sewaktu sesi sumbang saran:
i. Semua idea diterima dan dicatat
ii. Tiada kritikan terhadap cadangan
iii. Ahli kumpulan perlu menambah idea rakan-rakan
iv. Ketua kumpulan haruslah member galakan kepada ahli
untuk memberikan idea
Contoh penggunaan teknik sumbang saran dalam subjek
Matematik ialah dalam topik ruang dan bentuk. Guru memberikan
nama bentuk kepada murid. Di dalam kumpulan 7-10 orang, murid
berbincang sesame mereka tentang ciri-ciri yang terdapat pada bentuk
tersebut.
12
Nama bentuk: kubus
Ciri-ciri:
Mempunyai 6 permukaan yang rata Setiap sisi mempunyai panjang yang
sama Mempunyai 12 sisi Bentuknya menyerupai bentuk
kuboid Bentuk asas ialah segi empat sama Mempunyai 8 bucu Mempunyai 11 bentangan
1.3.2 Teknik Simulasi
Teknik simulasi ialah satu senario yang diwujudkan bagi
menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah
yang sebenar dalam menyelesaikan masalah. Simulasi boleh
berbentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau
koperatif.
Penggunaan yang berkesan teknik ini bergantung pada
bagaimana cara seorang guru menyebatikan simulasi yang disediakan
ke dalam kurikulum. Kebolehan tersebut amat penting dalam menarik
minat murid. Joyce et al., 2002 mengatakan terdapat empat fasa
dalam pengaplikasian simulasi iaitu; orientasi, latihan peserta, proses
simulasi dan perbincangan.
Pada fasa orientasi guru mengemukakan topik yang ingin diajar
dan memberikan gambaran umum kepada murid. Sewaktu fasa kedua,
murid mula berjinak-jinak dengan simulasi. Manakala guru pula
memberitahu mengenai peraturan, peranan dan matlamat simulasi.
Pada fasa yang ketiga pula proses simulasi bermula. Murid melakukan
13
simulasi tersebut manakala guru sebagai pengadil atau jurulatih. Pada
fasa yang terakhir iaitu perbincangan, murid bersama guru akan
berbincang kembali mengenai simulasi yang telah dilakukan.
Contoh teknik simulasi yang boleh digunakan sewaktu
mengajar subjek Matematik ialah tajuk wang. Sebagai contoh;
“Encik Kamal mempunyai wang sebanyak RM 100. Dia memberikan RM 25 kepada anaknya
sebagai duit saku. Kemudian dia membeli sebuah buku berharga RM 20. Berapakah nilai
baki wangnya?”
Jawapannya: RM 100 – RM 25 – RM 20 = RM 55
1.3.3 Teknik Main Peranan
Main peranan ialah murid melakonkan situasi dalam kehidupan
yang sebenar. Dalam teknik ini, murid bertanggungjawab atas watak
yang perlu dilakonkan oleh mereka. Di sini ia menguji sama ada murid
tersebut cekap atau tidak dalam memegang wataknya.
Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada murid
melibatkan diri dalam lakonan. Di samping itu juga, ia mengajar murid
agar lebih bertanggungjawab terhadap watak yang dipegang oleh
mereka. Selain itu juga, murid boleh meningkatkan kemahiran
berkomunikasi yang baik antara mereka.
Contoh pengaplikasian main peranan dalam pengajaran
Matematik ialah dalam topik wang. Murid melakonkan situasi di pasar
antara pembeli dan penjual.
14
Pembeli Penjual
15
Pak cik berapa ringgit harga ayam ini?
Harga ayam ini RM 6.50 sekilogram. Jadi kamu bolehlah pilih dahulu. Kemudian pak cik timbang.
Ok pak cik. Saya ambil yang ini.
Beratnya 1.5kg nak. Jadi harganya ialah RM 9.75.
Ok pak cik. Ini duitnya RM 10
Ini bakinya 25 sen. Selamat membeli ya.
Di atas merupakan dialog perbualan antara penjual dan juga
pembeli. Guru boleh mempelbagaikan lagi dialog antara murid.
Sebagai contoh dialog antara ibu dengan anak-anaknya mengenai
pemberian wang saku dan sebagainya.
1.3.4 Perbincangan
Perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan
murid dalam persekitaran pembelajaran (Gauthier, 2001). Ia
bermaksud sebagai suatu aktiviti yang mengeluarkan dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan utamanya ialah melatih murid
meluahkan perasaan dan idea yang bernas. Selain itu juga, menurut
pandangan Arends (2001) ia akan meningkatkan pemikiran dan
membantu murid membina kefahaman kandungan, meransang
penglibatan serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru
dalam melakukan teknik perbincangan:
i. Menarik perhatian murid dengan tajuk perbincangan
ii. Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
melantik ketua
iii. Memberikan tugas kepada setiap kumpulan
iv. Memantau aktiviti perbincangan
v. Meminta laporan hasil perbincangan
Contoh pelaksanaan teknik perbincangan dalam P&P Matematik
ialah dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh guru
mewujudkan situasi seperti berikut:
Murid berbincang sesama mereka bagaimana bagi mendapatkan jawapan kepada
persoalan tersebut. Di antara mereka wujud komunikasi dan pendapat dalam menyelesaikan
masalah tersebut.
16
“Encik Musa bertolak dari Tanjung Malim dan tiba di Seremban pada pukul 4.30 petang.
Beliau berhenti berehat di Tapah selama 30 minit. Jika perjalanan tersebut mengambil masa
4 jam 30 minit, pukul berapakah beliau bertolak dari Tanjung Malim?”
1.3.5 Teknik Demonstrasi
Teknik demonstrasi adalah suatu jenis teknik di mana P&P yang
melibatkan kemahiran guru menunjuk cara bagi melakukan sesuatu di
hadapan murid. Murid pula perlu memerhatikan dan memberi tumpuan
sepenuhnya sebelum mengulangi semula apa yang telah ditunjukkan
oleh guru.
Tujuan tunjuk cara ini diperkenalkan adalah seperti berikut:
i. Murid dapat mencontohi langkah-langkah guru dalam P&P
ii. Dapat mengukuhkan ingatan murid tentang langkah
pelaksanan
iii. Memudahkan pemahaman serta menimbulkan minat murid
iv. Murid mendapat latihan amali yang betul
v. Guru dapat membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh
murid secara terus
vi. Membina keyakinan murid supaya dapat melakukan
demonstrasi secara individu
Berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan yang perlu dilakukan
oleh guru bagi menggunakan teknik tunjuk cara ini.
Perancangan
o Guru perlu membuat penentuan topik dan
objektif
o Guru perlu merancang langkah tunjuk cara
o Guru perlu menyediakan alatan dan radas
o Guru perlu memastikan keadaan penyusunan
tempat
Pelaksanaan
o Guru perlu membuat penerangan mengenai
tujuan demonstrasi
o Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai
model hidup
o Guru menggunakan radas dan alatan mengikut
langkah-langkah yang betul
o Guru perlu mewujudkan interaksi dua hala bagi
menarik perhatian
17
Latihan
o Murid perlu mencontohi prosedur yang guru
tunjukkan
o Guru membetulkan kesilapan murid
Penutup
o Guru berbincang dengan murid mengenai aktiviti
o Murid membuat rumusan
Contoh penggunaan teknik tunjuk cara dalam P&P Matematik
ialah dalam topik timbangan. Sebagai contoh guru menyediakan
beberapa jenis barang untuk ditimbang. Kemudian guru
memperkenalkan alat penimbang kepada murid. Setelah itu guru
menunjukkan cara bagi mendapatkan bacaan barang yang ditimbang
menggunakan alat penimbang. Setelah semuanya selesai, guru
meminta murid menimbang lima jenis barang serta merekodkan
bacaannya.
18