Kps 6014 ulasan jurnal

16
KPS 6014 : TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN TUGASAN 3 ULASAN JURNAL: Peningkatan Kes Bunuh Diri Dalam Konteks Sosioekonomi : Kesan Kawalan Ibu bapa Dan Anomie NAMA :- NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL NO.MATRIK :- M20122001290 N.PENSYARAH :- PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI

description

 

Transcript of Kps 6014 ulasan jurnal

Page 1: Kps 6014 ulasan jurnal

KPS 6014 : TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

TUGASAN 3

ULASAN JURNAL:

Peningkatan Kes Bunuh Diri Dalam Konteks Sosioekonomi : Kesan Kawalan Ibu bapa

Dan Anomie

NAMA :- NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL

NO.MATRIK :- M20122001290

N.PENSYARAH :- PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI

Page 2: Kps 6014 ulasan jurnal

ULASAN JURNAL DISEDIAKAN OLEH: NOOR SUZIANA BINTI ISMAIL

Nama Penulis:

1. ARASH HEYDARI

Allame Tabatabaei University of Tehran, Iran

2. ALI TEYMOORI

University of Queensland, St Lucia, Australia

3. HEDAYAT NASIRI

Yasouj University, Iran

Tahun:

OMEGA, Vol. 68(1) 63-76, 2013-2014

Tujuan Kajian:

Untuk mengenalpasti beberapa pembolehubah yang memberi kesan terhadap kes bunuh diri

mengikut teori model sintetik dari konteks status sosioekonomi (SES) , rasa anomie , kawalan

ibu bapa dan suicidality di kalangan pelajar University, Ahvaz , Iran.

Persoalan Kajian:

Apakah terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap bunuh diri mengikut teori

model sintetik dari konteks status sosioekonomi (SES) , rasa anomie , kawalan ibu bapa dan

suicidality di kalangan pelajar University, Ahvaz , Iran.

Page 3: Kps 6014 ulasan jurnal

Metodologi Kajian:

Pendekatan kuantitatif digunakan. Para peserta dikehendaki mengisi borang soal selidik

menjalankan empat soalan mengenai status sosioekonomi , rasa anomie , kawalan ibu bapa , dan

suicidality . Pendekatan kualitatif dan dijalankan dengan kaedah teknik temuduga, lawatan

rumah dan pemerhatian.

Sampel Kajian:

Sampel kajian terdiri daripada 350 pelajar universiti yang telah dipilih secara rawak dari Shahid

Chamran University, Ahvaz , Iran. 165 adalah pelajar lelaki dan 185 adalah perempuan berumur

diantara 18-29 tahun (M = 21.94 dan SP = 2.43 ).

Analisis Data:

Data telah dikumpul melalui borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden dengan

mengisi borang soal selidik menjalankan empat soalan mengenai status sosioekonomi , rasa

anomie, kawalan ibu bapa, dan suicidality. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan

menggunakan program “ Statistical Pachage for the Social Science for Window” atau SPSS For

Windows). Ujian Korelasi Pearson, Ujian-t dan ANOVA telah digunakan untuk menguji

hipotesis kajian.

Page 4: Kps 6014 ulasan jurnal

Dapatan Kajian:

Keputusan menunjukkan bahawa semua korelasi antara pembolehubah adalah penting . Untuk

menguji teori model, keputusan yang seragam pekali regresi menunjukkan bahawa SES

mempunyai kesan langsung ke atas kejadian bunuh diri dan kesan tidak langsung melalui

anomie dan kawalan ibu bapa. Di samping itu, kawalan ibu bapa mempunyai kesan secara

langsung ke atas kejadian bunuh diri dan kesan tidak langsung melalui anomie juga. Pengkaji

telah mengesahkan hipotesis dengan pembolehubah yang selaras dengan teori Durkheim,

Merton, Kohn, dan Agnew. Didapati bahawa peningkatan kejadian bunuh diri berlaku dalam

konteks sosio-ekonomi melalui pengaruh kawalan ibu bapa dan perasaan anomie

Melalui kedua-dua sudut psikologi dan sosiologi, didapati bahawa ciri-ciri personaliti

individu, tekanan dan persekitaran masyarakat banyak memainkan peranan penting dalam

kejadian bunuh diri dan anomie.Selain itu, Kejadian bunuh diri juga disiasat dari aspek

kecenderungan untuk cubaan membunuh diri, kejadian bunuh diri, perancangan untuk

membunuh diri dan tindakan membunuh diri yang membawa kepada kematian. Pemikiran,

perancangan dan tindakan membunuh diri merupakan ciri-ciri fenomena yang merbahaya.

Menurut Ahmadi dan Ytterstad (2007), didapati bahawa purata rakyat Iran telah membuat

cubaan untuk membunuh diri sebanyak 11 orang sehari dan sekurang-kurang 4 orang yang

mengorbankan diri mereka. Kadar kematian disebabkan membunuh diri mencatatkan nilai

tertinggi di seluruh dunia. Kebanyakan mereka melakukan cubaan membunuh diri disebabkan

oleh beberapa faktor seperti konflik individu dengan keluarga, kawan-kawan dan saudara mara.

Catatan kadar membunuh diri semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Page 5: Kps 6014 ulasan jurnal

Menurut Hemmati, Daneshasrmooz & Panahi ( 2004), mendapati bahawa min pemikirin

membunuh diri di kalangan perempuan mencatat nilai yang lebih tinggi berbanding lelaki. Selain

itu, Faktor umur, sejarah gangguan mental, perokok tegar, alkohol dan penganggur mempunyai

risiko yang tinggi dalam cubaan membunuh diri. Menurut Moradi&khademi (2002), kebanyakan

golongan yang suka membunuh diri terdiri daripada golongan muda mudi. Hal nini berlaku

disebabkan oleh gaya hidup yang mereka amalkan.

Dari segi faktor ekonomi pula, pelajar merupakan individu yang dianggap terasing dari

orang lain, ini berlaku mungkin disebabkan oleh taraf pendidikan mereka yang dianggap

tradisinal dan tidak berani untuk berumah. Selain itu, mereka jugadianggap sebagai orang

penting untuk masa hadapan.

Dari sudut pandangan sosiologi, kebanyakkan pelajar yang melakukan tindakan ini

adalah mereka yang mengalami masalah kekeliruan dalam memilih cara hidup yang betul kerana

tinggal berjauhan dengan keluarga. Mereka terdiri daripada pelajar yang mengamalkan gaya

hidup yang kolektif di asrama, keadaan bertambah buruk apabila mereka gagal untuk mengawa

nafsu selain mengasingkan diri dari kehidupan sosial yang sebenar ( Bashirie, 1996).

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh beberapa tokoh sosiologi, seperti

Burkheim (1897/1966), didapati bahawa mereka yang membunuh diri adalah mereka yang

mempunyai masalah psikologi dan masalah sosial. Masalah membunuh diri terdapat dalam dua

peringkat utama iaitu peringkat makro (struktur sosial ) dan peringkat mikro (tingkah laku dan

sikap individu ). Menurut Heydari (2011), mencadangkan bahawa anomie di peringkat mikro

Page 6: Kps 6014 ulasan jurnal

mempunyai tiga dimensi yang berbeza termasuklah meaninglessness dan rasa tidak percaya,

ketiadaan dan fetishism wang. Menurut Abercrombie (2006) pula, anomie merupakan konsep

yang merapatkan jurang diantara tindakan sosial di peringkat individu ( tahap penjelasan mikro)

dan tahap masyarakat (tahap penjelasan makro).

Teori Anomie telah diperkenalkan oleh dua orang tokoh sosiologi yang terkenal iaitu

Emile Durkheim dan Merton. Setiap tokoh ini menyatakan pendapat masing-masing berkenaan

dengan teori anomie.

Teori Anomie Emile Durkheim (1858 – 1917)

Menurut Emile Durkheim, Istilah anomie ialah sesuatu keadaan seseorang itu hilang arah

haluan ataupun keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya dalam keadaan

‘ketiadaan norma’ atau normlessness. Menurut beliau, conformity (selaras) dan obedeince

(pengukuhan) menjadi kurang penting apabila hasrat individu untuk mencapai sesuatu menjadi

mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan

menimbulkan perasaan tidak perlu kepada norma-norma masyarakat.

Teori ini berdasarkan tulisan Dudrkheim dalam menjalaskan fenomena manusia

membunuh diri disebabkan oleh keadaan masyarakat dan bukannya individu itu sendiri. Menurut

Durkheim, keadaan ini wujud kerana berlakunya keruntuhan ekonomi, perubahan sosial dan

masa ketiadaan kawalan sosial dalam masyarakat (Durkheim, 1996: 131).

Page 7: Kps 6014 ulasan jurnal

Menurut beliau lagi, konsep anomie diguna untuk menggambarkan suatu masyarakat

yang memiliki banyak norma dan nilai antara satu sama lain yang saling bertentangan. Suatu

masyarakat yang anomis (tanpa norma) tidak mempunyai pedoman mantap yang dapat dipelajari

dan di pegang oleh para anggota masyarakatnya. Selain itu, jika masyarakat tidak mempunyai

peraturan- peraturan ke atas tingkahlaku individu atau dengan erti kata lain sekiranya integriti

sesebuah masyarakat itu runtuh, seseorang individu itu akan membunuh diri atau anomie apabila

mereka mendapati diri mereka dengan dunia yang bercanggah dan mereka akan mengalami

kekecewaan yang melampau. Kekurangan integriti dan peraturan dalam masyarakat akan

menyebabkan keruntuhan norma-norma moral dan keruntuhan social dalam masyarakat.

Emile Durkheim juga berpendapat bahawa hanya proses dan sebab-sebab sosial sahaja

yang dapat menjelaskan kadar bunuh diri di dalam sesuatu kawasan. Hal ini disokong oleh

Kunce&Anderson (2002,p.155 ) yang menyatakan pendekatan tradisional untuk kajian empirikal

bunuh diri terjadi dan dipengaruhi oleh faktor sosio-ekonomi dan fakor persekitaran sosial.

Faktor-faktor kuat /rendahnya integrasi sosial dalam masyarakat , bunuh diri terdiri daripada 3

jenis yang utama iaitu:

1. Bunuh diri egoistis

Dilakukan oleh seseorang kerana integrasi sosial yang cenderung rendah dengan orang

lain

i. Egoistis I à Dalam bidang agama

ii. Egoistis IIàDalam Keluarga

iii. Egoistis III à dalam politik

Page 8: Kps 6014 ulasan jurnal

2. Bunuh diri altruistik

Seseorang melakukan bunuh diri, kerana orang tersebut mempunyai integrasi sosial yang

sangat kuatàdianggap mengabdi terhadap kelompoknya

Contoh:

i. Sati di India

ii. Harakiri di Jepun (jika kalah perang)

3. Bunuh diri anomi (kekaburan norma)

Bunuh diri yang dilakukan kerana terjadinya perubahan sosial yang berlangsung sangat

cepat, sehingga orang kehilangan pegangan hidup/pedoman hidup

Contoh:

i. Orang kaya à bangkrup

Teori Anomie Merton

Ketidaktentuan antara penekanan masyarakat bagi mencapai sesuatu matlamat juga

membenarkan individu melaksanakan pencapaian matlamat itu melalui berbagai-bagai cara.

Keadaan begini mewujudkan devian. Selain itu kebanyakan orang ingin mencapai kejayaan

daripada segi material, martabat, kekuasaan dan lain-lain lagi. Akan tetapi, hanya cara-cara

tertentu dibenarkan oleh masyarakat mencapai matlamat-matlamat itu seperti dengan taraf

pendidikan yang tinggi atau kerja bergaji tinggi.

Oleh kerana ketidakadilan struktur sosial, tidak semua orang mendapat peluang yang

sama. Contohnya, orang miskin telah dinafikan hak kemasyarakatan yang sepenuhnya untuk

Page 9: Kps 6014 ulasan jurnal

mendapat pendidikan yang tinggi disebabkan oleh masalah kewangan (Robert Merton, 1957:

131). Bagi mereka yang inginkan kejayaan, terdapat dorongan yang kuat supaya mereka

melakukan apa-apa sahaja termasuk jenayah bagi mencapai matlamat mereka. Hal ini dijelaskan

oleh Merton, iaitu orang-orang yang gagal mencapai matlamat dalam hidupnya sanggup

melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira sama ada dia melanggar norma-norma kehidupan

bermasyarakat ataupun tidak.

Menurut Merton lagi, terdapat lima cara adaptasi individu untuk mencapai tujuan budaya

dari yang wajar sampai menyimpang dari norma sebenar, iaitu:

a. Konformiti(Conformity) - Konformiti merupakan sikap menerima budaya dengan cara

mengikuti tujuan dan cara yang ditentukan oleh masyarakat.

Contoh : seseorang yang ingin menjadi orang kaya berusaha untuk merealisasikan

impiannya dengan cara mendapatkan pendidikan yang tinggi dan bekerja keras.

b. Inovasi (Innovation)- Inovasi merupakan sikap menerima secara kritis, cara-cara

mencapai tujuan yang sesuai dengan nilai budaya sambil menempuh rintangan yang tidak

mampu untuk dilakukan.

Contoh : seseorang yang ingin menjadi orang kaya, tetapi kedudukannya di tempat yang

sedia ada tidak memungkinkan membolehkan dia mendapat gaji yang besar, sehingga ia

melakukan jalan pintas memperoleh kejayaan yang senang.

c. Ritualisme (Ritualism) - Ritualisme merupakan sikap menerima budaya yang

diperkenalkan namun menolak tujuan-tujuan kebudayaan,sehingga perbuatan ritualisme

berpegang teguh pada akidah-akidah yang berlaku namun mengorbankan nilai sosial

budaya yang ada.

Page 10: Kps 6014 ulasan jurnal

Contoh : seorang karyawan bekerja bukan untuk memperoleh kekayaan, tetapi hanya

sekadar untuk memuaskan perasaan puas hati sahaja.

d. Pengasingan Diri (Retreatism) - Pengasingan diri merupakan sikap menolak tujuan-

tujuan ataupun cara-cara tertentu untuk mencapai tujuan yang telah menjadi sebahagian

daripada kehidupan masyarakat ataupun lingkungan sosialnya.

Contoh : para pemabuk dan pemakai narkoba yang seakan-akan berusaha melarikan diri

dari masyarakat dan lingkungan.

e. Pemberontakan (Rebeliion) - Pemberontakan merupakan sikap menolak sarana dan

tujuan-tujuan yang disahkan oleh budaya masyarakat dan menggantikan dengan cara

yang baru.

Contoh : Kaum pemberontak yang memperjuangkan ideologinya melalui perlawanan

bersenjata. Daripada kelima-lima cara yang diberi, cara adaptasi konformitas merupakan

cara yang boleh membentuk perilaku yang tidak menyimpang, sedangkan keempat-empat

cara adaptasi lainn termasuk dalam bentuk tingkahlaku yang menyimpang.

Untuk memperjelaskan pemahaman anda mengenai cara adaptasi individu menurut Merton,

perhatikan pernyataan di bawah:

Cara Adaptasi Tujuan Budaya

1. Melembagakan konformiti, inovasi, ritualisme, pengasingan diri dan pembenrontakan

Keterangan : sikap menerima , menolak, penolakan terhadap nilai-nilai yang berlaku dan

berusaha untuk menggantinya dengan nilai-nilai baru.

Page 11: Kps 6014 ulasan jurnal

2. Berdasarkan pandangan seorang tokoh psikolog asal Australia yang terkenal dengan

teori psikoanalisasinya bernama : Sigmund Freud (1856-1939) menyatakan bahawa

dalam diri manusia terdapat tiga bahagian penting, iaitu berkait dengan hal-hal berikut:

a. Keadaan tidak sedar: manusia akan membuat keputusan berdasarkan naluri dan mudah

terpengaruh oleh gerak hati mereka.

b. Ego: Bahagian diri yang bersifat sedar dan rasional yang berfungsi menjaga pintu

keperibadian.

c. Supergo: Bahagian dalam diri yang telah menyerap nilai-nilai kebudayaan yang

berfungsi sebagai suara hati. Menurut Fried, tingkahlaku yang menyimpang terjadi pada

diri seseorang apabila seseorang itu terlalu mengawal sehingga tidak terkawal dan

muncul bersama dengan superego yang tidak aktif, sementara dalam waktu yang sama

ego tidak berhasil memberikan keseimbangan.

3. Berdasarkan sudut pandang biologi, Sheldon mendefinisikan ciri-ciri tubuh kepada tiga

dasar, iaitu:

1. Endomorph (bundar, halus, dan gemuk)

2. Mesomorph (berotot dan atletis)

3. Ectomorph (tipis dan kurus)

Setiap gaya tubuh mempunyai kecenderungan sifat-sifat keperibadian. Contohnya,

penjahat pada umumnya bergaya mesomorph. Sedangkan Cesare Lombroso, seorang

kriminologi dari Italia berpendapat bahawa orang jahat memiliki ciri-ciri ukuran rahang

dan tulang pipi panjang, memiliki kelainan pada mata yang tajam, tangan dan jari-jari

besar, dan susunan gigi abnormal. Adapun ciri-ciri pelaku kriminal menurut Casare

Lomboso adalah sebagai berikut : “ Teori biologis mendapati banyak kritikan dan

Page 12: Kps 6014 ulasan jurnal

keraguan kebenarannya, sehingga para ilmuwan sosial beranggapan bahawa faktor

biologis merupakan faktor yang secara relatif dan tidak penting pengaruhnya terhadap

penyimpangan tingkahlaku”.

Selain Emile Durkheim dan Merton, terdapat juga tokoh-tokoh lain memberi pendapat

mereka berkenaan dengan anomie. Menurut Srole (1958), anomie ditafsirkan sebagai

“pengasingan diri”. Perasaan ini termasuklah pengasingan dengan masyarakat, institusi sosial,

perasaan ketiadaan serta perasaan berputus asa.

Kesimpulan:

Kajian ini merumuskan bahawa kurikulum mungkin boleh dianggap sebagai persimpangan

antara rumah dan budaya sekolah mereka. Selain itu, kemasukan budaya dalam kurikulum

menunjukkan kerumitan interaksi naratif ini. Realiti ini menunjukkan mengapa percubaan

untuk mencapai kata sepakat mengenai amalan kurikulum yang sesuai adalah begitu sukar.

Percanggahan kehidupan pelajar adalah berbeza kerana ia telah dibangunkan dan dilaksanakan

oleh orang lain, perspektif yang kurikulum dan persekolahan yang dibentuk sangat berbeza.

Page 13: Kps 6014 ulasan jurnal

Rujukan

Kamus penguin sosiologi. Oleh : Abercrombie, N. , Hill , S., & Turner, BS (2006). Harmondsworth , UK: Penguin.

Menguji teori-teori ketegangan struktur. Jurnal Penyelidikan dalam Jenayah dan Kenakalan Oleh: Agnew , R.( 1987)., 24, 281-286.

Asas bagi teori bebanan am jenayah dan delinkuensi. Oleh: Agnew , R. ( 1992). Kriminologi, 30 (1), 47-88.