kraftradisional.docx

5
1.3Membincangkan contoh-contoh fungsi motif-motif ragam hias tersebut kepada budaya ketika itu. Terdapat persamaan dalam kebanyakkan kraf tradisional dimana motif alam semulajadi flora dan fauna digarap dalam ragam hias kraf tradisonal. Contohnya motif dalam batik dan ukiran mempunyai persamaan iaitu motif alam,haiwan abstrak,motif organik dan geometri. Menurut Siti Zainon Ismail, (1986) terdapat gambaran bentuk motif yang direka berdasarkan pengalaman hidup atau apa yang dilihat dan dialami dalam persekitaran seharian Kehadiran motif-motif tersebut dalam ragam hias ukiran dan batik adalah unsur budaya alam Melayu dan nusantara adalah sama. Seni memainkan peranan dan mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan manusia. Seni dalam kraf tangan mempunyai tujuan tertentu, kepada individu adalah lebih kepada ekspresi diri, emosi, ekstetik dan kerohanian manakala dari sudut sosial lebih kepada kebudayaan bangsa,komunikasi, keagamaan dan pendidikan. Dalam kraf tradisional Melayu fungsi motif mempunyai kaitan dengan budaya masyarakat pada ketika itu. Selain itu masyarakat Melayu lama turut mempercayai motif alamsemulajadi mempunyai kuasa magisnya tersendiri. Kepercayaan ini dinamakan animisme dan ia telah wujud dan diwarisi oleh masyarakat Melayu kuno sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kononnya kuasa magis dapat menghindarkan manusia daripada diganggu oleh makhluk halus atau khianat. Makhluk halus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ia boleh membawa kecelakaan kepada manusia. Bagi mengatasi masalah ini, mereka mengadakan upacara pemujaan untuk mengusir makhluk jahat itu, mereka juga menggunakan simbol-simbol tertentu supaya dapat menakut-nakutkan makhluk halus ini seperti motif kepala cicak dalam kraf ukiran kayu. Bentuk kepala cicak distailisasikan kepada bentuk yang lebih ringkas

Transcript of kraftradisional.docx

Page 1: kraftradisional.docx

1.3Membincangkan contoh-contoh fungsi motif-motif ragam hias tersebut kepada budaya ketika itu.

Terdapat persamaan dalam kebanyakkan kraf tradisional dimana motif alam semulajadi flora dan fauna digarap dalam ragam hias kraf tradisonal. Contohnya motif dalam batik dan ukiran mempunyai persamaan iaitu motif alam,haiwan abstrak,motif organik dan geometri. Menurut Siti Zainon Ismail, (1986) terdapat gambaran bentuk motif yang direka berdasarkan pengalaman hidup atau apa yang dilihat dan dialami dalam persekitaran seharian Kehadiran motif-motif tersebut dalam ragam hias ukiran dan batik adalah unsur budaya alam Melayu dan nusantara adalah sama. Seni memainkan peranan dan mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan manusia. Seni dalam kraf tangan mempunyai tujuan tertentu, kepada individu adalah lebih kepada ekspresi diri, emosi, ekstetik dan kerohanian manakala dari sudut sosial lebih kepada kebudayaan bangsa,komunikasi, keagamaan dan pendidikan. Dalam kraf tradisional Melayu fungsi motif mempunyai kaitan dengan budaya masyarakat pada ketika itu.

Selain itu masyarakat Melayu lama turut mempercayai motif alamsemulajadi

mempunyai kuasa magisnya tersendiri. Kepercayaan ini dinamakan animisme dan ia telah

wujud dan diwarisi oleh masyarakat Melayu kuno sebelum kedatangan Islam ke Tanah

Melayu. Kononnya kuasa magis dapat menghindarkan manusia daripada diganggu oleh

makhluk halus atau khianat. Makhluk halus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ia

boleh membawa kecelakaan kepada manusia. Bagi mengatasi masalah ini, mereka

mengadakan upacara pemujaan untuk mengusir makhluk jahat itu, mereka juga

menggunakan simbol-simbol tertentu supaya dapat menakut-nakutkan makhluk halus ini

seperti motif kepala cicak dalam kraf ukiran kayu. Bentuk kepala cicak distailisasikan

kepada bentuk yang lebih ringkas dan kemudian ia dipakukan di pepenjuru bumbung rumah

dan berfungsi sama seperti „hulu balang‟ menjaga dan menghalang rumah daripada dimasuki

pencuri. Bentuk kepala cicak diukir dengan melubangkan (tebuk tembus)kedua-dua bahagian

mata dengan saiz yang agak besar. Dipercayai seolah-olah ada makhluk lain di rumah itu

yang tidak tidur, sentiasa berjaga dan keadaan mata yang bulat lagi besar itu dapat menakut-

nakutkan makhluk halus.Selain itu nilai moral turut diselitkan dalam motif kraf tradisional

Melayu. Unsur moral seperti berbudi pekerti mulia, lemah lembut dan beradab sopan

merupakan tingkah laku yang sangat dititikberatkan dalam masyarakat Melayu. Keperibadian

yang mulia menjamin seseorang itu dapat hidup dalam masyarakat Melayu yang

mengamalkan cara hidup menghormati orang lebih tua dan pemimpin, bergotong-royong,

bekerjasama,bertolak-ansur dan prihatin kepada jiran. Mesej moral ini disampaikan dalam

senikraf dengan menggunakan motif-motif fauna atau haiwan yang telah distailisasikan dari

Page 2: kraftradisional.docx

bentuk asal seperti yang dituntut dalam ajaran agama Islam yang melarang peniruan makhluk

ciptaan Allah. Motif haiwan ini dipilih bagi mengingatkan kepada manusia bahawa kadang

kala ada baiknya perlakuan haiwan tertentu dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

Motif fauna iaitu itik pulang petang yang terdapat pada ukiran rumah-rumah tradisional

Minangkabau di Negeri Sembilan untuk bertujuan untuk menyampaikan mesej daripada

pengukir iaitu kita patut mengikut dan taat setia kepadaraja dan pemimpin, tidak sombong

dan tidak mengatasi orang yang berada di hadapanbagi menjamin keamanan dan

kesejahteraan dalam masyarakat. Situasi ini amatlah sesuai engan fahaman masyarakat

Melayu yang amat tebal dengan kesetiaan kepada raja dan pemimpin yang menjadi teras

dalam keseluruhan bidang kehidupan mereka. Selain itu juga motif-motif kraf ini turut

menggambarkan animisme yang mengandungi unsur-unsur simbolik berkaitan dengan

kehidupan rohaniah manusia. Simbol didefinisikan oleh Needham yang dipetik oleh

Othman Yatim (1989), sebagai sesuatu yang mewakili sesuatu perkara yang lain dimana

beliau berpendapat bahawa simbolisme adalah penting kerana ia bertujuan menandakan

sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia untuk mematuhi dan

mengenali nilai-nilai yang patut ada untuk mereka hidup bersama-sama. Selain itu motif

bunga disusun dalam tekstil pakaian Melayu seperti cindai, songket penuh, teluk berantai atau

jong sarat hanya boleh dipakai oleh raja, ini kerana institutsi raja amat penting pada masa itu.

Pengkarya menggunakan simbol keagungan raja dibezakan melalui corak atau pun susunan

bunga.

1..4 Menghuraikan aktiviti masyarakat tradisional yang dapat dikaitkan dengan

ragam

hias kraf tradisional.

Kegiatan ekonomi masyarakat tradisional pada masa dahulu seperti pertanian,

nelayan,dan lain-lain sedikit sebanyak turut mempengaruhi motif ragam hias yang dihasilkan

dalam kraf tradisional.

Bagi aktiviti nelayan umpamanya, ukiran yang terdapat pada operahu mempunyai

maksud tertentu. Ukiran dan lukisan ini mempunyai mitos dan simbolik tertentu yang

difahami oleh pengukirnya. Perahu nelayan biasanya mempunyai bangau dan okok, bentuk

bangau yang digayakan oleh pengukir seperti naga, itik, wayang kulit dan bentuk daun.

Nelayan mempercayai bangau ini mempunyai roh dan semangat yang dapat menjaga mereka

ketika berada di lautan. Masyarakat dahulu, mencipta kraf yang adalah untuk kegunaan

harian sahaja di antaranya seperti dalam kenduri-kendara yang memerlukan tikar anyaman

Page 3: kraftradisional.docx

sebagai alas tempat duduk dan adalah kurang sopan jika tuan rumah membiarkan tetamu

yang hadir duduk di atas lantai. Tembikar dijadikan pasu hiasan jambangan bunga, periuk

belanga, bekas menyejukkan air minuman atau pinggan mangkuk. Untuk mencantikkan

kraftangan tersebut motif-motif flora seperti bunga teratai,bunga mangga dan bunga raya

digunakan sebagai hiasan pada kraftangan tersebut.Mengikut Dunn dipetik oleh Siti Zainon

(1986), hubunganantara manusia Melayu dengan hutan telah wujud sejak kira-kira

20,000 tahun yanglampau apabila hutan digunakan sebagai tempat tinggal, sumber

makanan dan keperluanharian. Hubungan ini telah menjadikan penyebab bagi orang

Melayu lama mengaplikasikan sumber alam sebagai motif dalam kraftangan mereka.

Tumbuh-tumbuhan dipilih sebagai motif, di antaranya ialah kerana peranannya berkait rapat

dengan kehidupan orang Melayu sebagai tumbuhan perhiasan yang dapat mengindahkan

perkarangan rumah seperti bunga kertas, anggerik, raya, matahari, kekwa,kaca piring,

bakung, cina dan ketamguri. Ada juga yang berfungsi sebagai penghias halaman yang boleh

mengeluarkan bau wangi seperti mawar, melor, kenanga, cempaka dan tanjung. Oleh itu

tidak hairanlah motif bunga menjadi ragam hias pada kraf tradisional Melayu,

Jelaslah motif kraftradsional terhasil daripada kepekaan masyarakat tradisional terhadap

alam sekitar. Masyarakat dahulu menganggap alam bukan sahaja cantik dan menarik mmalah

menganndungi falsafah senndiri yang boleh dijadikan ragam hias.

Ubah-ubahlah ayat,,jgn tiru 100%