KRB3063 TUGASAN 2

13

Click here to load reader

description

tugasan

Transcript of KRB3063 TUGASAN 2

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYUTAJUK PERINGKAT PENGAJARAN MENULISTUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 01 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Seri Lanang Jaya B. Haji Rohani TARIKH SERAH: 22 Nov 2013ISI KANDUNGAN

1Pengenalan Definisi Karya Agung Ciri-ciri Karya Agung

2

Aktiviti Penerapan Pertama

3

Aktiviti Penerapan Kedua

4

Penutup

5Rujukan

PENGENALANDi dalam menghasilkan pengajaran yang produktif,guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mempastikan objektif yang ingin disampaikan akan terus diterima oleh murid-murid. Ada banyak kaedah mahupun aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu menarik, berkesan dan sebagainya. Antara cara yang boleh guru jalankan adalah seperti aktiviti diskusi, main peranan,simulasi,permainan Bahasa,sosio-emosi,bercerita dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap bersesuaian. Di dalam membicarakan tugasan soalan yang berkaitan dengan karya agung,guru perlu memilih salah satu aktiviti yang bersesuaian agar murid dapat memahami isi kandungan mahupun nilai-nilai yang terdapat di dalam karya tersebut. Sebagai contoh hasil karya nukilan Profesor Dato Shanon Ahmad yang berjudul Ranjau Sepanjang Jalan. Memandangkan karya ini mempunyai tahap pemikiran yang tinggi, pastinya sukar bagi guru untuk menyampaikan ciri-ciri yang terdapat di dalam karya agung ini. Untuk itu,para guru semestinya perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai bagi menerapkan ciri tersebut ke dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. DEFINISI KARYA AGUNG Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud buatan atau ciptaan sesuatu. Agung pula membawa maksud paling besar,terutama,tertinggi, teristimewa dan terkemuka. Maka dengan ini Karya Agung boleh ditakrifkan sebagai ciptaan atau buatan yang terutama,tinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang.Karya agung merupakan karya-karya yang Berjaya meninggalkan kesan seni,ilmu,falsafah,budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca.Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.Karya agung merupakan karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau hasil kreativiti seniman,penulis dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam menggambarkan idealism,nilai pandangan hidup,adat,budi,kesedaran dari segi agama dan moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk sastera dan seni seni yang tinggi nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni,budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam kehidupan bangsa masyarakat melayu.

CIRI-CIRI KARYA AGUNGPenelitian ciri-ciri karya agung melayu dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek yang berikut: Pemikiran dalam karya agung Estetika dan kepengarangan karya agung Nilai budaya dan pandangan hidup karya agung melayu Nilai ilmu dalam karya agung Falsafah dalam karya agung klasik dan moden

AKTIVITI PENERAPAN PERTAMAAntara aktiviti yang dianggap sesuai digunakan dalam menerapkan ciri pemikiran (mesej dan isi) dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 4 adalah aktiviti bercerita. Ini kerana, aktiviti bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu aktiviti yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Melalui aktiviti bercerita latihan pemahaman,perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Menurut E.Greene ( 1976), bercerita dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku. Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau frosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang dihadapan khalayak.Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik,menggunakan gambar,sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.Berdasarkan kepada karya agung Ranjau Sepanjang Jalan dan ciri pemikiran karya agung, guru boleh menggunakan rancangan pengajaran harian seperti berikut mengikut langkah-langkah yang telah dirancang.LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Langkah 1Teks cerita Ranjau Sepanjang Jalan1. Guru mengedarkan teks cerita kepada murid.2. Guru meminta murid membaca teks dengan kuat dan jelas.BBB : Petikan Teks

Langkah 21. Guru bertanya kepada murid mengenai cerita yang terdapat dalam teks.2. Guru meminta seorang murid untuk bangun dan menceritakan kembali cerita yang terdapat dalam teks mengikut pemahaman.Teknik : Bercerita

Nilai : Berani

Langkah 3Melakonkan kembali cerita Ranjau Sepanjang Jalan yang telah dibaca

Watak dalam cerita:1.Lahuma2.Jeha3.Tuk Penghulu4.Sanah5.Pelakon tambahan ( anak Lahuma dan Penduduk kampung)6.Pencerita1. Guru meminta murid melakonkan kembali cerita yang terdapat dalam teks Ranjau Sepanjang Jalan2. Guru memilih beberapa murid untuk memegang watak yang terdapat di dalam teks.3. Guru memilih seorang murid untuk menjadi watak pencerita.4. Guru memberikan masa kepada murid untuk membuat persediaan.5. Setelah aktiviti lakonan berakhir,guru membuat kesimpulan.6. Guru menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam cerita tersebut.BBB: Petikan Teks

Teknik : Bercerita dan Sosio-Drama

Nilai : yakin

Di dalam rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh guru dengan merujuk kepada rancangan di atas, guru boleh memulakan aktiviti dengan mengagihkan salinan teks cerita dari petikan novel Ranjau Sepanjang Jalan.Petikan novel perlulah diringkaskan mengikut tahap murid dengan sesuai. Setelah murid menerima salinan teks yang diedarkan, guru boleh meminta murid untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dengan bacaan yang kuat dan jelas serta dengan intonasi yang sesuai. Semasa pembacaan teks dilakukan, murid perlulah memahami akan isi cerita dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang novel sebenar.Langkah berikutnya,guru akan bersoal jawab dengan murid untuk memastikan kefahaman murid tentang petikan. Guru boleh bertanyakan sama ada watak di dalam cerita, mesej penyampaian, serta nilai yang terdapat di dalam petikan tersebut. Setelah dapat mempastikan kefahaman murid tercapai, guru boleh meminta salah seorang murid yang dipilih secara rawak untuk menceritakan kembali cerita yang dibaca mengikut kefahaman masing-masing.Seterusnya, untuk memastikan murid memahami isi dan mesej yang ingin disampaikan, guru boleh menambah aktiviti bercerita dengan tambahan aktiviti sosio-drama untuk memastikan pengajaran lebih menarik dan seterusnya murid lebih memahami mesej yang ingin disampaikan. Di dalam aktiviti ini, guru akan memilih beberapa orang murid untuk membwakan watak seperti di dalam cerita Ranjau Sepanjang Jalan. Sepanjang aktiviti sosio-drama ini dijalankan, guru boleh menjadi sebagai pengantara bagi mempastikan cerita yang disampaikan adalah betul dan tepat. Pada pengakhiran cerita, guru boleh menambah tokok dengan memberikan pengajaran dan seterusnya rumusan kepada cerita tersebut dimana isi dan mesej yang sebenar yang ingin pengarang cerita Ranjau Sepanjang Jalan ingin sampaikan.

AKTIVITI PENERAPAN KEDUAUntuk penerapan kedua pula, aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam menerapkan ciri nilai budaya dan pandangan hidup karya agung di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid-murid mengeluarkan buah fikiran dan pandangan dengan bernas. Selain itu, aktiviti perbincangan juga melibatkan interaksi dua hala antara murid dengan murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Aktiviti ini lebih berpusatkan kepada murid iaitu murid membuat perbincangan antara satu sama lain, berkongsi maklumat dan memberi serta menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Tambahan lagi, aktiviti perbincangan juga adalah satu aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan melihat kepada rancangan pengajaran yang telah dirancangkan beberapa langkah yang sesuai.LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Langkah 1Teks cerita Ranjau Sepanjang Jalan1.Berdasarkan kepada teks,guru menyoal murid tentang budaya dan pandangan hidup yang terdapat dalam teks.2.Murid membuat penyenaraian nilai yang dijumpai.3.Murid menyebut nilai yang dijumpai di dalam teks secara kuat.BBB : Petikan Teks

Nilai : Berusaha

Teknik: Perbincangan (antara guru dan murid)

Langkah 2Nilai:1.Bekerjasama2. Kasih saying3. Kepercayaan kepada Tuhan4. Berusaha1. Guru menrangkan nilai-nilai yang telah dijumpai secara ringaks.2. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dengan setiap kumpulan mewakili nilai yang telah disenaraikan.3. Murid berbincang tentang nilai yang telah diberikan oleh guru sesama ahli kumpulan.BBB : Petikan Teks

Nilai : Bekerjasama

Teknik: Perbincangan (antara ahli kumpulan)

Langkah 31. Guru meminta setiap ahli kumpulan untuk ke hadapan kelas.2. Setiap kumpulan akan membincangkan kekuatan nilai yang mereka wakili berdasarkan teks Ranjau Sepanjang Jalan.3. Di setiap akhir perbincangan kumpulan.,guru membuat kesimpulan dan rumusan.BBB: Petikan Teks

Teknik : Perbincangan(antara murid dengan murid)

Nilai : Berani

Di dalam pengajaran ini, guru boleh memulakan langkah dengan aktiviti bersoal jawab dengan murid setelah mengedarkan salinan petikan kepada setiap murid. Soal jawab yang dijalankan perlulah berdasarkan kepada petikan yang menyentuh tentang ciri-ciri budaya dan pandangan hidup di dalam petikan. Selain itu, guru dan murid akan berbincang tentang nilai yang diperolehi dan meminta murid menyenaraikan seberapa banyak nilai yang terdapat dalam petikan dan menyebutnya dengan kuat di dalam kelas.Setelah itu, guru boleh mengambil langkah yang kedua dengan menerangkan serba sedikit nilai utama yang telah guru pilih. Seterusnya guru akan membahagikan murid kepada empat kumpulan untuk membincangkan nilai budaya dan pandangan hidup yang telah guru pilih dengan lebih jelas.Setiap kumpulan akan diberi satu nilai untuk dibincangkan kekuatannya berdasarkan dalam petikan yang diberi. Guru akan memberi masa dalam 10 hingga 15 minit untuk murid membuat aktiviti perbincangan dengan ahli kumpulan di bawah kawalan dan panduan guru.Langkah seterusnya, setiap kumpulan akan diminta ke hadapan kelas untuk membincangkan nilai yang telah diberi dengan kumpulan yang lain. Setiap kumpulan akan membincangkan nilai tersebut serta kekuatanya berbanding dengan nilai yang diperolehi kumpulan yang lain. Di dalam aktiviti ini, guru membenarkan murid lain untuk bertanyakan soalan sekiranya terdapat kelemahan ataupun kekuatan di dalam nilai yang dibincangkan. Pada akhir perbincangan setiap kumpulan, guru akan bertindak membuat rumusan serta memberikan keismpulan yang sesuai dengan nilai yang telah dipilih.

PENUTUPJelas sekali di sini, dapat kita lihat bahawa dengan menerapkan mana-mana ciri yang terdapat di dalam karya agung melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih,sedikit banyak dapat mendedahkan kepada murid-murid akan kekuatan karya yang dipilih oleh guru seperti dari Novel Ranjau Sepanjang Jalan. Ini membolehkan murid berfikir secara matang dan bijak mencari isi-isi yang tersurat dan tersirat di dalam petikan yang diberi. Selain daripada itu, dengan aktiviti yang dipilih dan bersesuaian dapat menambah lagi keseronokan murid di dalam pengajaran yang disampaikan. Tambahan pula, untuk mengharapkan murid menghayati keseluruhan isi cerita adalah suatu perkara yang mustahil memandangkan novel Ranjau Sepanjang Jalan mempunyai aras yang tinggi bagi tahap pemikiran murid sekolah rendah. Akan tetapi, melalui aktiviti yang dijalankan,ia mampu untuk memberi pemahaman yang baik kepada murid walaupun guru hanya memberi petikan daripada novel tersebut. ( 1652 patah perkataan)

RUJUKAN1. Dr. Seri Lanang Jaya Bin Hj. Rohani,Prof madya Dr. Abd Rahman Bin Napiah, Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Md.Idris & Dr. Hj. Naffi Bin Mat . (2013). Penghayatan Karya Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia.Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam ( 1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

4. Tuan Jah Yusof dan Faridah Nazir ( 2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd5. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

6. www.slideshare.net/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik

1