KRITIK ARTIKEL KPN 6033

6
KRITIK ARTIKEL Pendahuluan Artikel yang dikritik adalah artikel bertajuk Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia yang ditulis berdasarkan kajian oleh Robiah Sidin, Juriah Long, Khalid Abdullah dan Puteh Mohamed. Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan tidak formal, berupaya mendidik dan melatih generasi muda untuk menghayati sains dan teknologi di Malaysia. Metodologi Dari segi persampelan, sampel yang digunakan diambil dari negeri-negeri di Barat Semenanjung Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Sampel ini tidak dapat menggambarkan keseluruhan populasi di Malaysia dengan baik kerana sampel dari negeri-negeri yang agak mundur atau ketinggalan dari segi prasarana sains dan teknologi seperti negeri-negeri di Malaysia Timur dan pantai timur tidak diambilkira. . Ini menimbulkan keraguan dari segi kebolehpercayaan terhadap sampel

Transcript of KRITIK ARTIKEL KPN 6033

Page 1: KRITIK ARTIKEL  KPN 6033

KRITIK ARTIKEL

Pendahuluan

Artikel yang dikritik adalah artikel bertajuk Pembudayaan Sains dan

Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia yang

ditulis berdasarkan kajian oleh Robiah Sidin, Juriah Long, Khalid Abdullah dan Puteh

Mohamed. Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan tidak

formal, berupaya mendidik dan melatih generasi muda untuk menghayati sains dan teknologi di

Malaysia.

Metodologi

Dari segi persampelan, sampel yang digunakan diambil dari negeri-negeri di Barat

Semenanjung Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Sampel ini

tidak dapat menggambarkan keseluruhan populasi di Malaysia dengan baik kerana sampel dari

negeri-negeri yang agak mundur atau ketinggalan dari segi prasarana sains dan teknologi seperti

negeri-negeri di Malaysia Timur dan pantai timur tidak diambilkira. . Ini menimbulkan keraguan

dari segi kebolehpercayaan terhadap sampel kajian seterusnya akan merendahkan

kebolehpercayaan kajian tersebut. Bagi memastikan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap

sampel yang dipilih, penyelidik sepatutnya perlu mengambilkira semua faktor yang berkaitan

keperluan dan kemudahan sains dan teknologi di semua negeri di Malaysia dan memilih sampel

yang boleh mewakili semua keadaan yang wujud. Sebaik-baiknya pemilihan sampel hendaklah

dibuat secara rawak (Random Assignment). Walaupun bilangan sampel pelajar seramai 2608,

serta pelatih seramai 939 sesuai untuk kajian ini tetapi bilangan guru/pengajar/jurulatih seramai

Page 2: KRITIK ARTIKEL  KPN 6033

273 orang serta bilangan pakar/pentadbir sains dan teknologi yang rendah iaitu hanya seramai

32 orang merendahkan kebolehpercayaan terhadap sampel yang digunakan. Bilangan

pakar/pentadbir sains dan teknologi serta guru/pengajar/pelatih perlu ditingkatkan bagi

meningkatkan kebolehpercayaan terhadap sampel yang digunakan. Dengan sampel yang lebih

besar maka dapatan kajian ini akan dapat menggambarkan pembudayaan sains dan teknologi

yang lebih tepat dalam kalangan belia di Malaysia.

Alat Pengukuran

Kebolehpercayaan alat yang digunakan dalam kajian tidak dapat ditentukan dengan tepat

kerana tiada contoh alat pengukuran yang digunakan dilampirkan bersama-sama artikel ini.

Namun jika berdasarkan laporan yang ditulis, alat pengukuran yang digunakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi kerana ia merupakan alat tinjauan yang digunakan berdasarkan

format dan kriteria yang diubahsuai daripada Evaluative Criteria of the National Study of

Secondary School Evaluation (National Study of Secondary School Evaluation 1965) yang telah

digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan juga yang telah diubahsuai dan digunakan di

India, Mesir, Cuba dan Jepun. Alat kajian ini juga dibina berdasarkan bahan-bahan khusus

tentang pembangunan di Malaysia serta dokumen rasmi berkaitan.

Kaedah Penyelidikan

Penyelidikan ini dilaksanakan menggunakan pelbagai kaedah iaitu tinjauan pendapat,

kajian senarai semak analisis keperluan, temu bual dan teknik delphi yang telah diubahsuai. Ini

bermakna para pengkaji menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Penggunaan

kaedah yang pelbagai bagi mengumpul data dapat memastikan kebolehpercayaan yang tinggi

Page 3: KRITIK ARTIKEL  KPN 6033

terhadap data yang dikumpul dan pelbagai cara pengumpulan data ini juga akan meningkatkan

kesahan kajian yang dijalankan. Selain itu Para penyelidik juga menggunakan pengesahan

beberapa orang pakar sains dan teknologi daripada universiti dan pentadbir dari institut latihan

terlibat bagi mendapatkan piawai untuk kaedah temubual. Pengesahan ini akan memastikan hasil

dapatan temubual yang diperolehi benar-benar tepat dan sah.

Analisis Data

Berdasarkan kaedah kajian, didapati analisis data bagi kajian ini tidak dapat memberi

gambaran yang jelas dan tepat kerana semua data hanya dianalisis menggunakan peratus semata-

mata. Penjelasan tentang sesuatu variable hanya dibuat berdasarkan peratus sebahagian dari

petunjuk yang diperolehi. Sepatutnya variable yang dikaji dinyatakan dengan jelas serta semua

petunjuk yang dikaji dikumpulkan ke dalam konstruk-konstruk tertentu bagi memudahkan

analisis dijalankan dan huraian yang lebih jelas dapat dibuat. Analisis yang baik akan dapat

menerangkan korelasi dan kesan yang lebih tepat supaya segala dasar yang dibuat benar-benar

dapat memberi kesan maksimum seperti yang diharapkan. Berdasarkan dapatan yang

ditunjukkan serta pelbagai variable yang dikaji, analisis yang lebih sesuai bagi kajian ini adalah

menggunakan analisis HLM (Hierarchical Linear Modeling ). Kaedah Statistik HLM ini

membolehkan kesan variable dilihat dengan lebih tepat diperingkat belia ataupun persekitaran.

Dengan itu segala kekurangan yang akan memberi impak yang besar dapat diberi perhatian dan

diambil tindakan yang sewajarnya.

Dapatan dan Perbincangan

Page 4: KRITIK ARTIKEL  KPN 6033

Dapatan dan perbincangan yang ditulis dalam artikel ini sukar dikaji kerana cara

persembahannya tidak mesra pembaca. Jadual tentang sesuatu huraian tidak disusun mengikut

isu yang sedang dihuraikan. Ini menyukarkan pembaca merujuk dapatan yang diterangkan.

Huraian yang dibuat juga adakalanya tiada didalam jadual misalnya pernyataan berikut:

“Kebanyakan pelajar berminat menjadi ahli professional dalam bidang sains, teknikal,

kejuruteraan, perubatan, arkitek dan keusahawanan. Sikap para pelajar Maktab Rendah Sains

MARA adalah paling positif berbanding pelajar lain iaitu; Sekolah Menengah Sains, Sekolah

Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Harian”

Pernyataan ini tidak dibuktikan dengan data kajian oleh itu ia menimbulkan keraguan seterusnya

merendahkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian ini. Objektif kajian yang disasarkan juga

tidak diliputi sepenuhnya. Objektif ke-5 iaitu mencadangkan satu piawai kandungan, proses serta

kemudahan bagi pembudayaan sains dan teknologi tidak di jelaskan dapatan maupun

perbincangannya. Keadaan ini juga akan mengakibatkan kepincangan keseluruhan kajian yang

dilaksanakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dan diperbaiki

dalam kajian ini bagi membolehkan dapatan kajian ini dimanfaatkan untuk pembuat dasar serta

sebagai rujukan ahli-ahli akademik maupun masyarakat.