KRITIK JURNAL
-
Upload
norfarahin-abd-rahman -
Category
Documents
-
view
51 -
download
2
Transcript of KRITIK JURNAL
1.0 Sinopsis
Jurnal ini menerangkan bolehkah seorang guru untuk menjadikan seorang murid
yang bermoral. Jurnal ini juga menerengkan bagaimana pendidikan moral bermula
dengan dasar pendidikan guru. Selain guru, sekolah juga memainkan peranan dalam
membentuk moral dan peribadi murid. Di samping itu, jurnal ini juga menerangkan
kebaikan bermoral. Penulis menggunakan definisi moral dengan menggunakan kamus
dalam talian dan pendapat beberapa tokoh sebagai rujukan dalam memberikan maksud
kebaikan bermoral. Guru merupakan agen pembentukan moral yang penting dalam
kalangan murid-murid. Petikan jurnal ini menerangkan secara langsung iaitu berkaitan
pemahaman manusia secara teoritical keliru dengan kewujudan manusia vang bersifat
baik. Manusia bersifat baik ini dikatakan akan membawa masalah kerana bersifat baik
adalah baik tetapi tidak sempurna. Walau bagaimanapun, sebagai seorang manusia
yang baik tidak bermakna bahawa seseorang itu perlu benar-benar tidak melakukan
sebarang kesalahan , matlamat untuk menjadi manusia yang betul-betul sempurna
adalah mustahil kecuali Nabi yang mempunyai sifat maksum. Manusia boleh
berkelakuan baik, namun mereka tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan boleh
mempunyai kelemahan . Jadi matlamat pembentukan moral pada manusia secara
objektifnya untuk mewujudkan hubungan interpersonal antara manusia secara adil dan
menyeluruh selain mendapatkan faedah kepada diri sendiri iaitu akal kemoralan. Tabiat
moral yang baik meningkatkan keupayaan seseorang untuk membuat pertimbangan
rasional. Idea Sommers yang orang boleh menjadi baik dengan mengamalkan biasa ,
tabiat moral menarik dan selesa. Ia menunjukkan bahawa moral belajar dan / atau
diajar boleh menjadi kebaikan untuk lain-lain. Ini menunjukan peranan guru dalam
pendidikan moal adalah satu yang relevan dan patut dipertingkatkan. Di samping itu,
terdapat 3 perkara penting yng guru perlu laksanakan bagi memastikan pembentukan
moral terhadap individu berkesan. Perkara tersebut ialah menunjukkan tingkah laku
yang baik, menggalak tingkah laku tersebut serta memberi ganjaran kepada tingkah
laku yang berterusan. Oleh itu, amat penting bagi guru untuk memberi panduan kepada
murid mengenai tingkah laku yang berkesan.
1
2.0 Kekuatan
Melalui pembacaan mengenai jurnal ini, banyak yang boleh dikenal pasti iaitu
beberapa kelebihan dan kelemahan dalam penulisan beliau. Selain itu, melalui
pembacaan jurnal ini dapat memperoleh hasil pembelajaran melalui kajian terhadap
jurnal tersebut.
Kelebihan utama yang terdapat pada jurnal ini ialah penulis memberikan fakta
dengan buktinya sekali. Dalam penulisan yang baik, fakta yang diberi harus lengkap
dengan bukti yang nyata dan betul. Misalnya, pada permulaan penulisan jurnal tersebut
penulis sudah menyatakan suatu fakta yang secara terang, ringkas dan sangat mudah
untuk difahami oleh pembaca. Fakta yang diterangkan berdasarkan pendapat daripada
pelbagai tokoh yang menyatakan tentang pendidikan dan bagaimana untuk membentuk
individu yang baik serta bermoral.
Di samping itu, salah satu cara untuk menjadikan jurnal itu sebagai penulisan
yang berkesan dan menarik ialah dengan pemilihan dan penggunaan sumber-sumber
yang berkesan. Penulis jurnal ini ada menggunakan pelbagai jenis sumber iaitu sumber
pertama dan juga sumber kedua. Penulis juga bijak dalam memasukkan sumber
supaya selaras dengan isi.
Selain itu, kelebihan jurnal ini turut terletak pada aturan penulisan yang
sistematik dan tersusun. Penulis cuba membuat kronologi terhadap penulisan beliau
supaya pembaca boleh mengikuti cerita tersebut dan tidak lari daripada mesej atau
tema yang cuba disampaikan kepada pembaca. Misalnya, penulis menerangkan
tentang sesuatu tajuk mengikut perenggan. Contohnya, bagi perenggan pertama
penulis menerangkan pengenalan bagi jurnal yang telah dibuat. Hal ini dapat
memberikan gambaran awal kepada pembaca. Seterusnya, bagi perenggan kedua
pula, penulis menerangkan kebaikan bermoral. Isi yang ketiga pula ialah aspek moral
dalam pekerjaan guru. Isi seterusnya ialah bagaimana untuk memberikan perhatian
kepada murid da nisi yang terakhir ialah kesimpulan. Hal ini dapat memudahkan
pembaca dalam memahami jurnal tersebut.
2
Dalam sesuatu penulisan, apabila penulis menggunakan atau merujuk kepada
sumber lain iaitu hasil kajian orang lain, maka penulis harus memberi penghargaan
kepada penulis yang dirujuk dengan menyertakan rujukan di akhir ayat yang diambil
atau digunakan. Selain itu, penulis boleh menyenaraikan sama ada tajuk, nama penulis,
tahun, atau tajuk penulisan tersebut sebagai rujukan.
3.0 Kelemahan
Seterusnya, kelemahan jurnal ini ialah banyak menggunakan ayat yang panjang
dan berputar belit. Ayat yang panjang akan membuatkan pembaca cepat merasa
bingung dan bosan. Penulis jurnal ini kurang bijak dalam menghasilkan ayat yang
mantap dan padat. Cuma terdapat beberapa ayat sahaja yang betul-betul ringkas,
padat dan mudah difahami. Justeru itu, ayat yang panjang tidak menarik kerana ianya
hanya lebih mengelirukan kerana pembaca terpaksa membaca berulang kali untuk
memahami sesuatu isi tersebut. Secara keseluruhannya, penulis ini juga gemar
menggunakan ayat yang panjang-panjang.
Di samping itu, penulis banyak menggunakan fakta sahaja. Kebanyakan isi-si
semuanya berbentuk akademik dan lebih kepada fakta yang terikat. Penulis seolah-olah
mengharap kepada rujukan buku sahaja. Saya juga mendapati, penulis kurang
memberi pandangan dan pendapat beliau sendiri. Sebaliknya, asyik menerangkan fakta
sahaja. Seharusnya penulis mesti memberi kritikan, cadangan atau pandangan beliau
sendiri sama ada menyokong atau menolak pendapat daripada rujukan yang beliau
perolehi. Oleh itu, menyebabkan penulisan beliau ini menunjukkan penulis kurang mahir
dalam melahirkan pemikiran sendiri dan menunjukkan penulis bergantung sepenuhnya
kepada nota rujukan. Penulis boleh memberi pendapat atau mengkritik mengenai kajian
yang dibuat.
Selain itu, penulis juga perlu memberi penekanan terhadap sokongan atau
bantahan terhadap sesuatu idea. Sekiranya penulis menyokong sesebuah idea, penulis
haruslah menguatkan huraian dengan memberi sebab kepada pilihan tersebut supaya
pembaca dapat memahami dengan lebih jelas kehendak penulis di dalam jurnal
3
tersebut. Sekiranya penulis menyokong sesebuah idea, penulis haruslah menguatkan
huraian dengan memberi sebab kepada pilihan tersebut supaya pembaca dapat
memahami dengan lebih jelas kehendak penulis didalam jurnal tersebut. Contohnya,
maksud kebaikan bermoral. Penulis perlu bersetuju dengan satu pendapat tokoh sahaja
supaya tidak mengelirukan pembaca.
4.0 Cadangan Penambahbaikan
Untuk penambahbaikkan jurnal, penulis perlu menyatakan pendirian sama ada
menyokong ataupun menolak idea dari sumber rujukannya. Malahan, sokongan
tersebut perlulah dikaitkan dengan responden, sebagai contoh penulis menyatakan
faktor-faktor dalam pendidikan moral, penulis perlu memberikan idea seperti cadangan
secara jelas ataupun langkah-langkah wajar bagaimana seorang guru dapat mengajar
murid-murid menjadi lebih bermoral.
Di samping itu, penulis juga boleh menambahkan tarikan pembaca. Penulis
seharusnya memulakan sesuatu perenggan dengan melabelkan kata kunci sebagai
tajuk untuk memudahkan pembaca. Penulisan juga tidak semestinya tajuk itu berbentuk
formal. Hal ini kerana, penulisan sesebuah jurnal tidaklah terikat dengan format
penulisan seperti karangan ataupun surat rasmi.
Selain itu, penulis sesebuah jurnal layak dan bebas dalam memilih idea untuk
menaikkan semangat pembaca. Justeru, penulis secara tidak langsung boleh
membangkitkan semangat pembaca jurnal. Sebagai contoh, penulis boleh
mengeluarkan hujah-hujah daripada Menteri Pelajaran mengenai kelakuan murid yang
tidak bermoral mengikut tahun supaya dapat memberikan bukti yang lebih tepat dan
dapat memberikan gambaran kepada pembaca mengenai kelakuan yang tidak
bermoral murid.
Seterusnya, jurnal adalah bebas untuk menertakan item-item gambarajah untuk
mengukuhkan bukti penulis ada bersama responden. Ini akan menambah lagi
keyakinan pembaca untuk terus mengikuti jurnal tersebut. Jurnal juga boleh disertai
dengan hasil dapatan dalam jadual, rajah, atau carta alir .
4
5.0 Rumusan
Analisis jurnal ini menernagkan bagaimana kita boleh menilai sama ada kanak-
kanak telah menerima pakai tingkah laku yang baik dan prinsip-prinsip moral. Hal ini
dapat ditunjukkan dalam rangka yang lebih besar seperi yang ditunjukkan dalam
gambarajah iaitu faktor-faktor dalam pendidikan moral ialah faktor yang paling besar
ialah murid itu sendiri, faktor guru, faktor sekolah dan faktor pengajaran guru. Di
samping itu, guru perlu menetapkan satu contoh yang baik agar dapat diikuti dan
dicontohi murid. Guru juga perlu menitikberatkan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat mengikuti nilai tersebut. Guru perlu
memastikan murid tidak menghafal nilai-nilai tersebut tetapi mereka perlu belajar
melalui pemikiran mereka dan memahami. Mereka akan menerima pakai nilai-nilai di
dalam hati mereka jika mereka mendapati mereka terpuji dan berikut bernilai. Hanya
dengan cara ini boleh tingkah laku moral yang baik dan bertukar menjadi tabiat
sepanjang hayat. Menurut Aristotle, melihat tindakan seseorang adalah cara terbaik
untuk menilai watak dan beliau tingkah laku moral. Ia adalah tindakan yang
menceritakan tentang sifat dan tingkah laku seseorang moral. Oleh itu , moral adalah
hasil daripada nilai-nilai intrinsik. Tambahan pula, phronesis , kebijaksanaan moral atau
praktikal, adalah pengetahuan yang membolehkan pemilik untuk bertindak dengan baik
atau "melakukan perkara yang betul" dalam keadaan tertentu ( Aristotle, 2011) dalam
erti kata lain , pemantulan juga pada kuasa yang wujud berkaitan dengan, untuk
Sebagai contoh, berfikiran terbuka dan perspektif (Seligman et al. , 2005). Guru dapat
menunjukkan akhlak mereka melalui pengajaran dan tingkah laku mereka secara
keseluruhan dan murid-murid boleh, dengan bantuan dan bimbingan daripada guru,
memikirkan untuk diri mereka sendiri sama ada guru (atau sesiapa lain ) tingkah laku
adalah sesuatu yang mereka anggap terpuji, berharga, bernilai pakai , dan yang baik
(Woodward , 1994). Menurut Keefer (1996), cara kita memperoleh pengetahuan
praktikal kegiatan berharga kita sendiri mengajar kita dalam tugas-tugas yang kita
berhutang kepada orang lain. Dapat mengenal pasti tugas-tugas kita berhutang kepada
orang lain memerlukan apa yang perlu untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna
dan memuaskan.
5