Kritik Studi Al

download Kritik Studi Al

of 3

description

ok

Transcript of Kritik Studi Al

KRITIK STUDI AL-QURAN, NASHR HAMID ABU ZAIDNama: Kritik Studi Al-QuranPenulis : , NASHR HAMID ABU ZAYDTerbitan: Centre for Islamic and Occidental Studies, GontorPenerbit: Seri Ghazwul FikrBahasa: Indonesia

BIODATA PENGARANGNasr Hamid Abu Zayd lahir pada 10 Julai 1943 di Quhafa propinsi Tanta Mesir Bahagian Barat. Saat berusia 8 tahun dia telah menghafal 30 juz. Pendidikan tingginya mulai S1, S2 dan S3 dalam jurusan Bahasa dan Sastra Arab di selesaikannya di Universiti Kairo dengan predikat Highest Honous. Pernah tinggal di Amerika selama 2 tahun (1978-1980), saat memperoleh biasiswa untuk PHD di Institut of Midlle Eastern Studies University of Pensylivania Philadelphia USA. Setelah karya-karyanya dinilai kurang bermutu bahkan dinyatakan menyimpang dan merusak karena isinya melecehkan ajaran Islam, menodai al-Quran dan menghina para ulama salaf, ia dan isterinya pergi meninggalkan Mesir dan menetap di Belanda sehingga sekarang. Di Belanda ia diangkat sebagai professor dalam bidang Bahasa Arab dan studi Islam dari Lieden University Kuno yang didirikan sejak tahun 1575 di Amsterdam Selatan.RUMUSAN BUKUNasr Hamid Abu Zayd berpendapat bahawa Al-Quran adalah produk Budaya(Muntaj Thaqafi). Ini bermakna ayat Al-Quran dalam keadaan realiti dan budaya. Banyak ayat dalam Al-Quran menceritakan tentang sejarah reality yang berlaku pada sesuatu kaum dan pengembangan budaya hidup yang berbeza dalam pelbagai puak dan kaum. 2 tema yang cuba diketengahkan dalam buku ini adalah :Pertama: Konsep Al-Quran yang kita kenal ini sebagai sebuah produk budaya (muntaj saqafi)Kedua: Penggunaan method pengkajian linguistic dalam pemahaman dan penafsiran al-Quran.

Seterusnya mari kita melihat pandangan Nashr Hamid Abu Zaid tentang Al-Quran1- Al-Quran sebagai teks Menerusi buku Mafhum al-Nash, pengarang mengungkapkan perbezaan antara nas dan mashaf. Menurutnya Nas bermaksud makna dan memerlukan pemahaman dan penjelasan. Manakala maksud Mashaf mentransformasikan menjadi sesuatu. Nasr Hamid membahagikan teks kepada 2 iaitu Teks Primer( Al-Quran) dan Teks Sekunder( sunnah dan pandapat para sahabat dan ulama)2- Al-Quran sebagai produk Budaya Hal ini kerana al-Quran terbentuk atas reality sosial dan budaya selama 20 tahun, proses kemunculannya dan interaksinya dengan budaya selama 20 merupakan fasa keterbentukan. Fasa seterusnya adalah pembentukan, dimana al-Quran selanjutnya membentuk budaya baru. Pada fasa pertama iaitu keterbentukan, budaya adalah sebagai subjek dan teks sebagai objek. Manakala fasa berikutnya menjadikan teks sebagai subjek dan budaya sebagai objek. Nasr Hamid juga berkata bahwa al-Quran merupakan teks manusia (nass insai) kerana sejak awal diturunkan iaitu ketika teks diwahyukan kepada Nabi Muhammad, ia berubah kepada teks illahi kerana berubah dari tanzil menjadi takwil. Menjawab kepada apa yang telah dikataka Nasr Hamid, Al-Quran bukan teks manusiawi dan Nash ILlahi buka dari kata2 Nabi Muhammad SAW.

3. Masalah Humanitasi Teks Menurut Nasr Hamid, Al-Quran tidaklah dimaksudkan untuk menjawab semua masalah manusia. Al-Quran tidak mempunyai segalanya. Banyak perkara diperolah luar dari Al-Quran. Al-Quran sepatutnya dilihat sebagai teks yang berkarakter culture sehingga terbuka terhadap pemahaman dan interpreatasi yang bersifat sejarah.

4. Masalah Teks Al-Quran Nasr Hamid cuba membuktikan Al-Quran adalah teks yang bersejarah, menurutnya, Al-Quran memuatkan pesanan pada jalan Alllah untuk manusia yang diwujudkan dalam sebuah teks berbahasa arab yang diturunkan kepada utusannya iaitu Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran juga bukan teks bahasa Arab biasa, sebagaimana teks-teks sastera Arab lainnya. Menurut Prof. Naquib al-Attas, bahasa Arab al-Quran adalah bahasa Arab bentuk baru. Sejumlah kosa-kata pada saat itu, telah diIslamkan maknanya. Al-Quran mengislamkan dan membentuk makna-makna baru dalam kosa kata bahasa Arab. Kata-kata penghormatan (muruwwah), kemuliaan (karamah), dan persaudaraan (ikhwah), misalnya, sudah ada sebelum Islam. Ringkasnya, kajian Nasr Hamid terhadap al-Quran adalah untuk kepentingan metodologi mengkaji sastera dan mengkaji kritis (al-dirasat al-adabiyyah wa al-naqdiyyah), dan bukan untuk sebaliknya, mengkaji metodologi tersebut untuk kepentingan al-Quran. Sebagai penutupnya, penolakan terhadap pandangan Abu Zaid bukan kerana ianya berasal dari barat dan penerapannya dalam Bible tetapi pandangannya sendiri yang tidak segaris dengan nilai islam.