KRITIKAN SASTERA BETOL2...............

52
1.0 PENGENALAN Kritikan sastera di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu bidang baharu dan bergerak agak perlahan berbanding bidang sastera kreatif itu sendiri. Bidang kritikan sastera Melayu di Malaysia boleh dibahagiakan kepada empat era fasa perkembangan iaitu era sebelum perang dunia kedua, era sebelum merdeka, era selepas kemerdekaan dan era pemantapan. Era Sebelum Perang Dunia Kedua Menurut Hashim Awang (1988), tulisan kritikan dalam era ini juga lebih bersifat objektif dengan penilaian-penilaian yang dangkal. Sifat kritikan pada tahap ini membayangkan tahap permulaan genre kritikan di Tanah Melayu yang boleh disifatkan sangat baharu dan sangat kekurangan ilmu. Para pengkritik yang mengkritik rata-ratanya adalah golongan wartawan dan penulis yang berkerja secara sambilan. Oleh itu, kritikan yang dilakukan tidak menggambarkan mutu analitik sebagaimana sifat dan bentuk karya kritikan sastera yang difahami hari ini. Terdapat juga beberapa tulisan yang membicarakan cerpen-cerpen Ishak Hj Muhammad dan Abdul Rahim Kajai dan ternyata tulisan-tulisan itu bercorak sanjungan dan lebih awal dari itu tulisan Keris Mas tentang Sejarah Melayu sendiri (Mana Sikana,1985:169). Era Sebelum Merdeka Ramai sarjana sastera Malaysia seperti Hashim Awang, Mana Sikana, Ismail Hussein, Kassim Ahmad dan Yahya Ismail menganggapkan bahawa tradisi kritikan sastera di Malaysia dalam pengertian modennya bermula dalam tahun 1950-an. Pandangan ini berasaskan kepada perkembangannya seiring dengan 1

description

hdhdhd

Transcript of KRITIKAN SASTERA BETOL2...............

1.0PENGENALANKritikan sastera di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu bidang baharu dan bergerak agak perlahan berbanding bidang sastera kreatif itu sendiri. Bidang kritikan sastera Melayu di Malaysia boleh dibahagiakan kepada empat era fasa perkembangan iaitu era sebelum perang dunia kedua, era sebelum merdeka, era selepas kemerdekaan dan era pemantapan.

Era Sebelum Perang Dunia KeduaMenurut Hashim Awang (1988), tulisan kritikan dalam era ini juga lebih bersifat objektif dengan penilaian-penilaian yang dangkal. Sifat kritikan pada tahap ini membayangkan tahap permulaan genre kritikan di Tanah Melayu yang boleh disifatkan sangat baharu dan sangat kekurangan ilmu. Para pengkritik yang mengkritik rata-ratanya adalah golongan wartawan dan penulis yang berkerja secara sambilan.

Oleh itu, kritikan yang dilakukan tidak menggambarkan mutu analitik sebagaimana sifat dan bentuk karya kritikan sastera yang difahami hari ini. Terdapat juga beberapa tulisan yang membicarakan cerpen-cerpen Ishak Hj Muhammad dan Abdul Rahim Kajai dan ternyata tulisan-tulisan itu bercorak sanjungan dan lebih awal dari itu tulisan Keris Mas tentang Sejarah Melayu sendiri (Mana Sikana,1985:169).

Era Sebelum MerdekaRamai sarjana sastera Malaysia seperti Hashim Awang, Mana Sikana, Ismail Hussein, Kassim Ahmad dan Yahya Ismail menganggapkan bahawa tradisi kritikan sastera di Malaysia dalam pengertian modennya bermula dalam tahun 1950-an. Pandangan ini berasaskan kepada perkembangannya seiring dengan kemunculan generasi sasterawan tahun 50-an atau dengan nama ringkasnya ASAS 50. Hashim Awang meletakkan Aminuddin Baki sebagai seorang perintis kepada perkembangan kritikan Melayu moden. Tulisan Aminuddin Baki yang bersifat kritikan terhadap novel Korban Kesucian karya Keris Mas telah disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman keluaran 12 Jun 1949 (Hashim Awang,1988:104).

Aminuddin telah menjangkau sempadan teoretikal dan analitis dengan mengaplikasikan pendekatan formalistik atau struktural dan kritikannya. Dalam tahun 1950-an, perkembangan kritikan makin rancak dengan kemunculan beberapa penulis dan pengkritik dari golongan ASAS 50. antara mereka yang penting sebagai tokoh kritikan ialah Asraf dan Hamzah (Hashim Awang,1988:104). Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat ialah Aminudin Baki, Usman Awang, Keris Mas, Abu Zaki Fadhil, A.Samad Ismail dan Masuri S.N., Zubir Osman, Abdul Salam dan Awam-il Sarkam yang turut terlibat memberi pandangan dan penilaian terhadap karya-karya dan teori sastera, namun tulisan Asraf dan Hamzah lebih ke depan kerana terlibat secara langsung dalam polemik sastera yang berlaku pada tahun 1950-an.

Ada beberapa faktor yang turut mempengaruhi perkembangan genre kritikan ini, antaranya ialah pertumbuhan pesat persuratkhabaran dan majalah. Surat khabar dan majalah menjadi medan kepada para penulis dan pengkritik melahirkan buah fikiran dan pendapat tentang pelbagai isu. Faktor nasionalisme juga boleh dianggap sebagai turut membantu peerkembangan genre kritikan. Penulis dan pengkritik dalam masa yang sama adalah juga seorang pejuang kemerdekaan dan penentang penjajah. Suara-suara kritikan diluahkan menerusi tulisan dan karya kreatif. Sedikit demi sedikit, teknik dan penggunaan bahasa telah beralih dari beraliran romantis kepada aliran realisme, daripada bahasa indah dan puitisme kepada gaya bahasa patriotik dan mudah, ringkas serta denotatif.

Era Selepas KemerdekaanEra ini merangkumi tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Dalam era ini, genre kritikan semakin bertambah rancak. Perkembangan ini ada kaitanya dengan aspek-aspek pertambahan pengkritik, keragaman pendekatan dan ketelitian penulisan (HashimAwang, 1988:107). Jumlah pengkritik telah bertambah dengan ramainya serentak dengan kemunculan begitu ramai golongan penulis baharu dalam bidang kreatif, khususnya yang berpendidikan tinggi.

Ada di antaranya yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang kritikan sastera di luar dan di dalam negara seperti Muhammad Haji Salleh. Kasim Ahmad li dan Ali Ahmad. Mereka ini bukan hanya peminat sastera tetapi juga pelopor dan sarjana yang mendokong ilmu kritikan sebagai bidang pengajaran di universiti. Tulisan mereka lebih bersifat ilmiah, analitis berserta dokongan teori-teori sastera yang sememangnya mantap dan berkembang pesat pada waktu itu. Bentuk kritikan telah jauh meninggal tradisi dalam era sebelum kemerdekaan. Tulisan kritikan lebih berbentuk kritikan praktikal di samping kemajuan dalam kritikan teoretikal. Satu lagi sifat kritikan yang muncul ialah kritikan sastera yang bersifat subjektif dan tidak bersifat impresionis (Hashim Awang,1988:108). Pada penghujung tahun 1970-an berlaku satu lagi polemik penting dalam sejarah perkembangan kritikan sastera Melayu di Malaysia (selepas polemik yang melib atkan Asraf dengan Hamzah Hussin)yang melibatkan pula Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad. Polemik ini berligar tentang konsep kesusasteraan Islam.

Polemik ini menjadi faktor yang lebih mempercepatkan lagi kemunculan teori-teori sastera Melayu di Malaysia. dapat menduga aliran yang Ramli anuti. Perkembangan teori dan pendekatan analisis teks dari barat dalam tahun-tahun 1960an, khususnya pendekatan Struktural di Perancis dan teori Kritikan Baharu di Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi pemikiran para penulis dan pengkritik Melayu di Malaysia waktu itu. Ada dalam kalangan pengkritik Melayu yang mengambil teori-teori dan pendekatan-pendekatan dari Barat ini sebagai pegangan dan landasan kritikan mereka. Yahya Ismail, Shahnon Ahmad dan Baha Zain, Mana Sikana, Ramli Isin dan Rahman Shaari misalnya sangat akrab dengan pendekatan Formalisme. Umar Junus rapat dengan Strukturalisme, Psikologi pula digemari oleh Hashim Awang dan Ali Ahmad dan ramai lagi dengan pelbagai pendekatan pula. Jelasnya, perkembangan genre kritikan pada era selepas kemerdekaan, khususnya dalam tahun 1960-an dan 1970-an bertambah maju dan mula menampakkan wajahnya.

Ada beberapa faktor yang mendorong hal ini berlaku, antaranya ialahkemunculan pengkritik baharu, penerusan secara konsisten para pengkritik ASAS 50, penguasaan ilmu kritikan yang diperolehi di universiti, pengkritik memiliki kelulusan tinggi. pengaruhi teori kritikan dan pendekatan dari Barat, berkembangnya ilmu kritikan di universiti dan kerancakan penghasilan karya-karya sastera.

Era PemantapanEra pemantapan boleh dikira dari tahun 1980-an sehingga tahun 1990-an. kemunculan teori-teori baharu sastera Barat khususnya teori-teori pascamoden, wacana teori dan kritikan yang meluas serta perubahan sikap dalam kalangan sarjana dan pengkritik sastera di Malaysia. Kecenderungan mengunakan pelbagai teori dan pendekatan kritikan dari Barat sebagaimana yang diterangkan sebelum ini sememangnya terus mewarna dunia kritikan sastera Malaysia.

Tambahan pula kemunculan tokoh-tokoh pengkritik baharu seperti Mana Sikana, Sahlan Mohd Saman, Muhammad Haji Salleh, Mohd Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd Tahir, Salleh Yaapar, Rahman Shaari, Shafie Abu Bakar, Ramli Isin, Jaafar Abdul Rahim, Hamzah Hamdani, Rosnah Baharudin, Noriah Taslim dan ramai lagi menggamat dunia kritikan di Malaysia. Sementara itu, tokoh-tokoh kritikan yang muncul lebih awal seperti Usman Awang, A.Samad Said, Suhaimi Hj Muhammad, Kasim Ahmad dan Ali Ahmad terus memantapkan lagi perkembangan dalam era dengan lebih banyak karya kritikan yang dihasilkan.

Tidak kurang penting dalam era pemantapan ini ialah kemunculan teori-teori dan pendekatan kritikan pascamoden. Teori-teori ini dikatakan telah meninggal jauh teori-teori sastera moden. Kemunculan teori sastera Poststrukturalisme khususnya teori Dekonstruksi, kemudian New Historisisme, PostFeminisme dan sebagainya telah turut mempengaruhi perkembangan genre kritikan sastera Melayu. Mana Sikana dilihat sangat rajin menelaah teori-teori pasca moden ini dan berusaha memberi tempat dalam dunia kritikan Malaysia.Kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Penjelasan terhadap krtitik sebagai esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera, dengan tujuan menentukan sifat yang dimiliki dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritik jauh lebih seirus, adil, dan bijaksana daripada ulasan. Sementara kritikan pula merupakan cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai, dan menilai karya kesusasteraan.

Kritikan sastera merupakan suatu disiplin ilmu yang saintifik kerana ia ditumpukan kepada penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya sastera. Kritikan sastera dikatakan sebagai suatu ilmu yang saintifik kerana ia menggunakan pendekatan atau metadologi tertentu dalam membuat kritikan. Kritikan sastera melibatkan penghayatan. Proses penghayatan merangkumi apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan, serta pemikiran yang terjelma sebagai reaksi terhadap sesuatu bacaan. Analisis dalam konteks kritikan sastera bersifat menghurai, membincang, membedah, dan mendalami aspek penghayatan. Pengalaman-pengalaman apresiasi dijelaskan dengan mengemukakan bukti, contoh serta hujah yang konkrit dan munasabah.Tiga dasar utama dalam kritikan sastera ialah penghayatan, penganalisisan dan penilaian. Dengan demikian kritikan sastera dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu kritikan pada tahap penghayatan, kritikan pada tahap penganalisisan, dan kritikan pada tahap penilaian. Kritikan pada tahap penghayatan melibatkan apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan dan pemikiran. Kritikan pada tahap ini menekankan aspek penikmatan sebagaimana dirasa, difikir dan difahami oleh pengkritik.

Penafsiran dilakukan dengan melihat keseluruhan isi karya serta menampilkan pandangan dan pemikiran secara impresionistik. Kritikan pada tahap penghayatan dan penganalisisan memberi perhatian terhadap persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dan perkaitannya dengan sosiobudaya. Pengkritik akan membuat sorotan terhadap pelbagai dimensi hidup seperti masalah sosial atau ekonomi tanpa membuat sebarang penilaian. Pengkritik tidak melakukan penghakiman terhadap karya tetapi menganalisis dan menghuraikan pengertian-pengertian dalam karya tersebut berlandaskan persoalan dan komposisi karya berkenaan.

2.0KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP TEORI KRITIKAN SASTERA

2.1TEORI SEMIOTIK Teori semiotik adalah pembacaan, kajian dan analisis yang merujuk kepada tanda-tanda yang wujud dalama teks-teks karya sastera. Teori ini adalah hasil perkembangan teori strukturalisme. Pemikiran bahawa sastera yang menggunakan bahasa itu dinyatakan sebagai bahasa adalah sistem tanda dan merupakan gabungan antara dua aspek penanda dan petanda yang menghasilkan lambang.

Menurut Aart V. Zoest (1993), Ia merupakan cabang ilmu yang berurusan dengan pengkajian tanda dan segala sesuatu yang berhubungan dengan tanda seperti sistem tanda dan proses yang berlaku bagi penggunaan tanda. Tanda-tanda ini wujud dalam setiap aspek kehidupan manusia dan memahaminya maka kita perlu memahami tanda itu melalui analisis bahasanya.

Teori semiotik bermula apabila pemikiran strukturalisme Fredinand De Saussure (1857-1913) semakin berkembang. Teori ini mengkaji dalam bahasa sama ada susunan dan struktur dengan konsep utamanya simbol dan makna atau bentuk dan isi, paradigmatic dan syntagmatic yang kemudiannya dalam sastera melahirkan signifier dan signified atau penanda dan petanda. Dalam kehidupan kita setiap pertuturan, gerak laku dan perbuatan adalah kaya dengan sistem -sistem perlambangan sama ada bersifat sahih ataupun kabur iaitu lambang-lambang yang sukar difahami.

Saussure menggunakan istilah semiologi untuk ilmu tentang tanda. Teori semiologi mengkaji tanda-tanda yang dipengaruhi dan merujuk kepada kehidupan sosial. Semiologi Saussure adalah untuk memahami tanda-tanda secara sistematik dan intelektual untuk mendapatkan makna. Beliau juga meletakkan asas semiologi dengan mengkaji bahasa dalam konteks konvensi, norma sosial, perhubungan yang berkaitan dengan penghuraian sistematik, nilai-nilai sistem dalam koda, sintagmatik dan sistem-sistem konstruksional bahasa.

Roland Barthes adalah tokoh lain yang mengaplikasikan teori ini kerana amat sesuai untuk kajian bahasa terutamanya sastera yang juga merupakan aspek kebahasaan. Tegasnya, kajian bahasa semiotik amat luas dan menyeluruh dan menyentuh semua persoalan hidup kerana di dalamnya begitu kaya dengan lambang-lambang yang perlu digali makna pada setiap satunya.

Prinsip semiotik terbahagi kepada lima iaitu yang pertama, cara yang paling baik untuk menganalisis sesebuah karya ialah berlandaskan kepada pentingnya ada satu sistem yang dijadikan sebagai prinsip pertama. Kedua, semiotik cuba untuk menghubungkan sistem karya itu dengan sistem di luar karya. Sistem luar karya bermaksud segala perkara yang membawa kepada lahirnya sesebuah karya. Ketiga, kita perlu menganggap setiap apa yang dituliskan oleh pengarang boleh meainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan sesebuah karya. Keempat, kita harus melihat setiap genre sastera terdapat nilainya yang tersendiri dan mempunyai kekuatan dan aspek-aspek tertentu serta menganggap setiap genre itu ada keistimewaannya yang tersendiri.

2.2TEORI MARXISMETeori Marxisme terdapat dalam kesusasteraan Melayu Moden dan suaranya dapat didengari dalam gerakan ASAS 50. Teori ini pada awalnya bermula daripad asuatu teori ekonomi, sejarah, masyarakat dan revolusi. Teori Marxisme sering kali dianggap sebagai pencetus kajian sastera dengan politik dan kekuasaan. Pada asalnya ia adalah tulisan nukilan Karl Marx tentang ekonomi terutamnya konflik, kelas dan perkaitanya dengan cara untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan adil.

Kata-kata pujangga Marx yang membincangkan masyarakat sebagai the history of class struggle telah meresap masuk dan membawa kepada konsep teori sastera Marxist. marx berpendapat bahawa strukutur sosial sesebuah masyarakat yang berkaitan dengan sistem, peraturan, moraliti, kepercayaan, ekonomi, budaya malah kesusateraan ditentukan oleh situasidan keadaan kehidupan. Lantaran kehidupan manusia yang bersifat dinamik maka ada yang mendapat keuntungan yang lebih dan sebaliknya sehingga mencetuskan pergesaran, konflik dan pertentangan antara keduanya.

Marxisme berpendapat kajian kesusateraan hanya dapat difahami dengan sempurna jika ia tidak memisahkan masyarakat dan sejarah dalam sesebuah karya. Marxisme berpendapat bahawa kesusasteraan itu muncul daripada realistik sosial. Secara tidak langsung teori sastera Marxis melihat teks di luar karya sastera iaitu sebab dan akibat. Selain itu, ia menganggap bahawa bentuk yang betul ialah bentuk yang mencerminkan realitisecara yang paling objektif dan teks dianggap sebagai tidak asli jika tumpuan tulisan hanya kepada hal-hal yang remeh -temeh atau gambaran yang paling subjektif dan maksud yang ditulis bukan sebenarnya.

Terdapat lima model teori marxisme iaitu antaranya Model Pencerminan, Model Penerbitan, Model Pengetahuan Negatif, Model Genetik dan Model yang berpusatkan Bahasa. Model Pencerminan juga dikenali sebagai model peniruan yang melihat sastera sebagai cerminan masyarakat dengan mengambil fenomena-fenomena sosial yang benar-benar berlaku untuk dijadikan persoalan-persoalannya. Model Penerbitan memberikan penekanan kepada hubungan antara penulis dengan karya yang dihasilkan. Model Pengetahuan Negatif yang dipelopori oleh Theordor Adorno yang menyatakan seni dan realiti itu berada pada suatu jarak tertentu yang membolehkan karya sastera berada pada suatu sudut yang baik untuk mengkritik kebenaran. Model Genetik lebih melihatkan kepada unsur tragedi dalam sesebuah karya.

2.3TEORI FEMINISMETeori Feminisme adalah teori yang mengandungi konsep feminis dan kerap dipandang serong dan disalahtafsirkan bahawa teori ini bertentangan dengan nilai dan norma wanita di negara ini. Feminisme adalah perjuangan untuk menuntut hak kaum wanita untuk mendapatkan status yang sama dengan lelaki.

Sebenarnya bukan setiap perkara yang berkaitan dengan feminisme adalah radikal dan menentang lelaki secara melalu. Contoh terkini bagaimana kaum wanita di Arab Saudi yang menuntut hak mereka untuk memandu kenderaan. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa pendokong pendekatan ini radikal dan menentang patriaki secara total dan bercita-cita untuk mengubah keseluruhan kebudayaan yang mereka dakwa sebagai bersifat patriaki.

Toril Moi (1985) menyatakan bahawa para feminis telah menggunakan konsep-konsep ini untuk merujuk kepada beberapa perkara. Belaiu menyatakan bahawa isu-isu politik hanya dapat difahami dengan mencadangkan konsep feminism diertikan sebagai merujuk kepada isu dan kedudukan politik wanita, femaleness (wanita) diertikan sebagai merujuk kepada aspek fizikal atau bilogi dan feminity (kewanitaan) diertikan sebagai tingkah laku yang diingini oleh kebudayaan.

Kritikan feminis dicirikan oleh aktiviti politik dalam menentang patriaki dan seksisme. Dengan mengetengahkan seorang pembaca wanita, kritikan sastera feminis menyedarkan kita betapa signifikannya kod-kod seksual di dalam sesebuah teks yang dianalisis. Kritikan feminis juga mengkaji bagaimana citra wanita dalam sastera sering kali ditonjolkan sterotaip tentang wanita dan sedikit pun tidak mencerminkan kerumitan dan kompleksiti jiwa wanita tetapi lebih membela kaum lelaki.

Kritikan feminis juga mengkaji semula usaha pengkritik sastera dalam megemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan sastera tentang watak wanita. Dalam usaha tersebut, feminis cuba menarik perhatian kita kepada isu serta pengarang wanita yang tidak dimasukkan ke dalam sejarah. Kritikan feminis juga menganalisis wanita yang dieksploitasi dan dimanipulasikan.

2.4TEORI PSIKOANALISISDasar teori psikoanalisis ialah bawah sedar terstruktur seperti bahasa. Antara pelopor teori ini adalah Sigmund Freud dan Jacques Lacan. Lacan menjelaskan nahawa keperluan adalah tidak sama dengan keinginan. Keinginan didorong oleh kuasa diri yang aktif ke arah nafsu. Nafsu selalu mengatasi tuntutan luar biasa yang muncul dalam diri seseorang. Kadang kala, ia membawa seseorang ke masa silam dan selalu pula mendorongnnya mengisinya dengan apa yang diperlukan pada masa kini. Setiap detik dan waktu manusia digoda dan berjuang untuk memenuhi memenuhi keinginannya.

Perbincangan tentang konsep bawah sedar, bahasa dan teks Lacan yang diutarakan telah menggantikan konsep triniti freud yang menjadi dasar teorinya iaitu id, ego dan superego dengan imiginari, simbolik dan kebenaran. Kritikan sastera Lacan menganalisis struktur keinginan seperti yang dibina oleh diri dan ditentukan dengan hubungan perlambangan. Teori sastera Lacan sebenarnya mudag difahami daripada perbicaraan konsep imiginari sebagai keperluan, simbol realiti keperluan dan real dunia penuh tanda-tanda. Kritikan psikoanalisis Lacan dapat dikaitkan dengan kajian terhadap teks, subjek, perwatakan, tekstualisme, pengarang dan hubungannya dengan bacaan.

Pendekatan kritikan psikoanalisis telah melahirkan beberapa tanggapan yang berkait langsung dengan proses kepengkaryaan, seperti aliran kesedaran (conscious) dan separuh sedar (subconscious). Pengkarya dikatakan mendapat ilham secara separuh sedar, kemudian dia akan menggunakan ilham itu untuk berkarya. Sewaktu berkarya pengkarya berada dalam sedar. Sesuatu karya akan dianggap baik jika sekiranya dalam waktu subconscious pengkarya dapat melukiskan apa-apa yang tergambar sewaktu dia mengalami subconscious itu.

Pendekatan Psikoanalisis sangat sesuai diterapkan terhadap teks dan juga pengarang. Aspek kejiwaan watak-watak dalam teks dapat ditelusuri dengan baik terutama watak-watak yang mengalami tekanan jiwa. Selain watak dalam teks, pendekatan ini juga dapat digunakan untuk menyelusuri proses pengkaryaan pengarang dalam menghasilkan karya.

Dalam pemikiran Lacan terhadap susunan perwatakan manusia adalah hasil daripada pelbagai penentu sosial. Maka, Lacan meneroka hubungan antara tidak sedar dengan masyarakat manusia. Sesebuah teks biasanya mempunyai satu atau lebih subteks. Analisis teori Lacan membuka perspektif dengan penentu sosial.ia adalah isu-isu yang berhubungan antara bawah sedar dengan apa yang ada disekelililngnya. seperti manusia dan sosial yang mempengaruhi pembinaan sesebuah teks.

2.5TEORI PASCASTRUKTURALISMEPascastrukturalisme adalah fahaman yang menandakan berakhirnya strukturalisme. Kemunculan pascastrukturalisme adalah akibat daripada penentangan terhadapn strukturalisme dan menyaksikan kemunculan dekonstruktif yang akhirnya menentang strukturalisme itu sendiri. Teori ini dipelopori oleh Jacques Derrida dan Paul de Man. Pascastrukturalisme ialah suatu proses membongkar segala apa yang dipercayai terhadap sistem-sistem teks, kesatuan, transformasi dan segala istilah lainnya untuk membebaskan teks dengan peraturan yang dikatakan penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Teori pasca pascastrukturalisme bersifat interdisiplin dan heterogen. Pascastrukturalisme hanya ditelaah melalui strukturnya yang dilambangkan dalam kata, maka pada dasarnya, kata tersebut tidak selamanya mampu menampung hakikat makna.

Prinsip utama teori pascastrukturalisme ialah bahawa makna terutamnya hasil daripada tanda-tanda tidak stabil dan tidak pernah selesai. Teks-teks sastera sentiasa berubah maknanya menurut pentafsir, penilai, zaman dan waktu. Teori ini juga menentang naratif besar sebaliknya mengagungkan karya-karya bersifat naratif kecil. Sementelah, teks yang sangat digemari ialah teks-teks interstekstual, parodi, metahistografik, realisme magis, kits, lotta dan sebagainya. Teori pascastrukturalisme sebenarnya memberikan kebebasan berkearya dan kebebasan dalam menilai teks-teks sastera tersebut.

2.6 TEORI KRITIKAN BARUIstilah Kritikan Baru ini digunakan untuk merujuk kepada teori dan kritikan sastera yang bermula dengan karya I.A. Richardsdan T.S. Eliot di England pada masa sebelum perang, dan diteruskan lagi oleh para tokoh seperti John Crowe Ransom, W.K. Wimsatt, Clenth Brooks dan Allen Tate di Amerika Syarikat pada tahun empat puluhan, lima puluhan dan enam puluhan.Teori ini menyaran agar diperbaharui perhatian terhadap sastera sebagai sastera. Teori ini memperlakukan teks sastera sebagai satu objek yang pada hakikatnya terpisah daripada pengarang dan konteks sejarahnya. Kritikan Baru adalah bersifat empiris dan humanis. Kesimpulannya, pengkritik baru menegaskan bahawa kritikan dapat mencapai darjah keobjektifan serta kejituan yang sama seperti yang dapat dicapai oleh kesarjanaan tradisional.

3.0ANALISIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR MELALUI TEORI SEMIOTIK

3.1PENGENALANSaya telah memilih novel 'Saudagar besar Dari Kuala Lumpur' untuk melaksanakan tugasan kritikan sastera ini. Novel ini telah dikarang oleh Sasterawan Negara yang pertama iaitu SN Keris Mas. Novel ini telah diterbitkan pada 1982 oleh Utusan Melayu (M) Bhd. Novel ini setebal 365 halaman terbahagi kepada 44 bab. Saya telah memilih teori semiotik untuk melaksanakan kritikan sastera terhadap novel ini.

Keris Mas ialah tokoh sastera tanah air yang pertama dipilih untuk menerima Anugerah Sastererawan Negara yang disampaikan oleh Yang di-Pertan Agong pada 26 April 1981 di bangunan Parlimen. Antara sumbangan besar beliau ialah karya-karya beliau mengungkapkan pengalaman orang Melayu dalam zaman-zaman yang genting iaitu melalui trauma semasa pendudukan Jepun, ancaman komunis Bintang Tiga, perjuangan menentang Malayan Union, dan seterusnya perjuangan mencapai kemerdekaan serta penyesuaian dengan perubahan-=perubahan selepas merdeka.

3.2TEORI SEMIOTIK Semiotik Peirce

Menurut Panuti Sudjiman dan Aart V. Zoest (1992). Pierce semasa menekuni dan menyusun teori semiotiknya percaya bahawa kehidupan manusia dipenuhi dan dikelilingi oleh tanda dan tanda berperanan penting dalam kegiatan berfikir manusia. Tanpa tanda, manusia tidak dapat berkomunikasi Tanda merupakan segala sesuatu yang dapat diamati atau dapat ditangkap sebagai tanda serta dapat diberikan hubungan segi tiga dengan ground, denototum dan interpretant. Peirce menyatakan ground adalah latar daripada tanda yang mendasari tanda sehingga menjadi tanda. Sesuatu tanda itu merupakan sebahagian keseluruhan peraturan, perjanjian dan kebiasaan yang disebut sebagai kod. Peirce mengaitkan tanda yang berdasarkan ground dengan menggolongkannya kepada qualisign, sinsign dan legisign.

Qualisign ialah kualiti yang ada pada tanda seperti kata-kata keras, lembut, lemah dan merdu. Sinsign pula ialah tanda yang berdasarkan kemunculannya dalam kenyataan. Setiap sinsign mengimplikasikan peristiwa peristiwa memperoleh bentuk daripada sifat seperti berdehem, langkah kaki ketawa, nada kasar dalam suara dan sebagainya. Legisign ialah tanda yang berdasarkan suatu peraturan yang berlaku secara umum sebuah konvensi dan sebuah kod. Oleh itu semua bahasa merupakan legisign kerana ia peraturan yang berlaku secara umum, sebuah konvensi dan sebuah kod dalam masyarakat yang berkongsi bahasa dan budaya yang sama. Maka, legisign ialah tanda yang mudah difahami oleh penerima tanda.

Denototum ialah unsur kenyataan yang ditunjukkan oleh tanda. Pinggan misalnya ialah sebuah kenyataan yang lain seperti kuali dan pokok. Denototum tidak semestinya bersifat konkrit kerana ia boleh terdiri daripada abstrak. Ia terdiri daripada sesuatu yang pernah ada, dapat dibayangkan atau tidak dapat dibayangkan. Semua yang dapat difikirkan boleh dianggap sebagai denototum. Berdasarkan denototum, Pierce menggolongkan tanda kepada tiga jenis iaitu ikon, indeks dan simbol.

Ikon adalah tanda yang merujuk terus kepada objek yang digambarkan atau yang dibawa oleh objek dengan subjek. Proses memahami dan menghayati dunia cerita dalam karya sastera berjalan lancar sekiranya penerima tanda melepasi tataran semiotik pada karya sastera. Dalam erti kata yang lain, penerima tanda yang memiliki atau berkongsi bahasa dan budaya yang sama dengan pengirim tanda tidak menghadapi masalah dalam menginterpretasikan tataran semiotik yang dikirimkan oleh pengirim tanda. Mereka mengenali aturannya, konvensinya dan kodnya yang berlaku secara umum itu.

Perkataan ikon berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud bayang, bayangan, mirip, kemiripan, keserupaan, replika, analogi dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita membaca karya SN A. Samad Said iaitu Lantai T-Pinkie, watak T-Pinkie yang hidup sebagai penari dan berkelana dengan masalah cinta dan maruah adalah ikon kepada watak Salina dalam novel Salina oleh penulis yang sama.

Menurut Puji Santosa (1993), Indeks ialah tanda yang menunjukkan hubungan sebab akibat antara penanda dengan petandanya dan memberikan makna yang lebih jauh lagi kerana segala-galanya berlaku dengan fenomena dan simptom yang menyatakan ada perkara yang mendorong sesuatu itu berlaku. Selain menunjukkan hubungan sebab-akibat, indeks juga merupakan tanda yang mengacu pada sesuatu, yang menyebabkan kita menoleh, yang mengejutkan, menggoncangkan, menyentuh, melukai, menggerakkan hati kita atau membuat kita marah kerana kesemua ini dapat dihubungkan pada penanda dan petandanya yang memiliki sifat-sifat.

Menurut Paul Cobley dan Litza Janz (2002), simbol ialah tanda yang hubungan antara penanda dengan petandanya bersifat arbitrari dan konvensional atau berasiolasikan kesepakatan masyarakat semata-mata. Bahasa ialah contoh tanda simbol.Malah keupayaan manusia berbahasa membolehkan mereka mencipta pelbagai jenis simbol untuk tujuan pengetahuan, pemikiran, perasaan dan sebagainya.

Interpretant ialah tanda yang terdapat dalam fikiran penerima tanda setelah penerima tanda mengenal pasti tanda tersebut. Peirce menggolongkan interpretant kepada rheme, dicent sign dan argument. Argument ialah tanda langsung yang memberikan alasan tentang sesuatu dan tanda ini memberi penjelasan tentang daya kebenaran daripada sistem-sistem semiotik yang kita hadapi dan membuatkan kita berwaspada terhadap sebarang bentuk penipuan. Gelap misalnya ialah tanda argument apabila seseorang mengatakan "Bilik ini gelap" kerana seseorang itu menilai ruang tersebut bersesuaian sekali untuk dikatakan gelap. Pada penilaian tersebut mengandungi nilai kebenarannya.

Oleh itu, penerima tanda yang menguasai bahasa dan budaya Melayu tidak menghadapi masalah untuk memahami dan menghayati dunia cerita dalam novel 'Saudagar besar dari Kuala Lumpur'. Dari perspektif yang berbeza, penerima tanda membaca novel ini bermula daripada kata demi kata dan ayat demi ayat yang setiap satunya mempunyai makna, terikat dengan representatif tanda yang dikirimkan oleh Keris Mas.

Ikatan inilah yang menjadikan pengirim tanda membawa penerima tanda masuk ke dalam dunia ceritanya. Ikatan ini bermula daripada judul novel lagi. Judul dan dunia cerita dalam novel menunjukkan hubungan indeksikal iaitu menghubungkan judulnya 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' dengan dunia cerita dalam novel ini. Hal ini menunjukkan bahawa Keris Mas membina judul novel secara sinekdoki dalam bahagian totum pro parte. Dengan membina judul secara totum pro parte tentulah Keris Mas mengharapkan sesuatu daripada penerima tanda. Paling tidak, Keris Mas mengharapkan tanda yang sedemikian akan memberi daya tarikan kepada penerima tanda mencari tanda-tanda yang lain dalam dunia ceritanya untuk mendapatkan tanda yang penuh tentang orang yang menjadi saudagar besar dari Kuala Lumpur.Daripada sejumlah tanda ikon yang dimunculkan oleh Keris Mas dalam dunia ceritanya itu, penerima tanda mengetahui bahawa ikon yang dimaksudkan sebagai saudagar besar dari Kuala Lumpur itu ialah Encik Muhammad. Keris Mas memberikan banyak tanda kepada ikon ini untuk menunjukkan hubungan kemiripan antara penanda (Encik Muhammad) dengan petandanya (saudagar besar). dari segi kemiripan, ikon ini diberikan tanda seorang yang berpengaruh, ahli perniagaan yang berjaya dan lahir daripada golongan bangsawan.

'Pintu bilik pejabat itu tertutup dengan amat perlahan. Dia berdiri di situ melihat-lihat sekeliling bilik yang kemas dan teratur. Dia tidak pernah suka menunggu. Tarafnya selalu menyebabkan dia ditunggu -bukan menunggu. Tetapi dengan orang seperti ini dia mesti boleh bertolak ansur, merendahkan sedikit rasa ketinggian dan kekayaannya.' ( SBDKL : 1 )

'Pandangannya itu terhenti pada potret besar di tengah-tengah dinding jati, tepat di bahagian atas kepala sandaran kerusi pusing itu. Bingkainya berwarna perak, kontras tajam dengan warna jati dari potret itu sendiri. Seorang lelaki gagah, bertanjak, berbaju Melayu cekak musang dengan beberapa pingat kebesaran di atas dada sebelah kiri dan sebuah bintang pecah lima tergantung di tengah dada dengan tali reben tiga warna berkalung ke tengkuk. Di bahagian bawah potret tertulis pada sekeping kertas putih yang ditampalkan : Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman. ( SBDKL : 3 )

"Satu," kata Encik Muhammad, "uruskan supaya saya dapat berhubung dengan telek kepada Presiden Syarikat Frankfurt Import-eksport dI Frankfurt, hari ini juga." ( SBDKL : 8 )

Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman, anak Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendahara Muda adalah orang besar wilayah yang pertama berkongsi dengan tauke Cina melombong biji dalam wilayahnya. Orangkaya Bendaahara Muda ialah pahlawan yang melawan campur tangan Inggeris memungut cukai di wilayahnya. ( SBDKL : 10 )

Menurut Alex Sibor (2003), dicent sign ialah tanda yang sesuai dengan kenyataan atau tanda yang memberikan hubungan yang wujud antara tanda dengan denototum dan menampilkan informasi tentang petandanya. Dicent sign dapat dilihat pada tempat yang sering berlaku kemalangan jalan raya. Pada tepi jalan raya itu, diletakkan tanda yang menunjukkan di situ kerap berlaku kemalangan jalan raya.

Tanda ini merupakan tanda dicent sign kerana ia bersesuaian dengan kenyataan. Orang yang dilahirkan daripada golongan bangsawan selalunya memang seorang yang kaya raya dan mempunyai perniagaan yang besar serta berjaya dalam lapangan kerjayanya. Encik Muhammad dalam dunia cerita ini memang merupakan ikon seorang saudagar besar.Menyirat makna 'dari Kuala Lumpur' pada indeks tempat yang menjadi latar tempat seorang saudagar besar itu datang merupakan tanda rheme.

'Tiba-tiba Encik Muhammad berhenti kerja. Dan tiba-tiba dia dibawa ke kampung Jeram Medang, Pekan Tualang, wilayah Sungai Tualang. Itulah kali pertama dia dibawa ke kampung dan diperkenalkan kepada keluarga suaminya.'( SBDKL : 22 )

'Baru sebulan yang lalu dia pulang bersama isteri dan anaknya serta pula dengan sahabat anaknya yang juga setiausahanya, Mahani. Tak kan orang tua ini mengharapkan dia akan datang lagi sekeluarga. Dia mengharapkan kedatangannya seorang diri begini menimbulkan kesan pada abangnya akan tanda adanya urusan penting bukan sekadar pulang bercuti-cuti sahaja.'( SBDKL : 36 )

Rheme ialah tanda yang memungkinkan penerima tanda menafsirkannya berdasarkan pilihan. Sebagai contoh, orang yang merah matanya mungkin menandakan orang itu baharu menangis, penyakit mata, baru bangun daripada tidur ataupun ingin tidur. Dalam novel Saudagar besar dari Kuala Lumpur, kita dapat lihat Keris Mas sengaja membiarkan pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Muhammad ini adalah seorang ahli perniagaan yang jujur dan baik atau pun sebaliknya. Hal ini kerana apabila disebut 'Kuala Lumpur' semacam ada sesuatu yang tidak baik disebabkan kota Kuala Lumpur yang pesat membangun dan melahirkan pelbagai jenis manusia daripada yang baik sehingga yang paling jahat.

Pada indeksikal ini, ikon Encik muhammad bersimpati dengan kesusahan dan kepayahan orang kampungnya yang sebelum ini hidup susah. Beliau mahu mengubah status kehidupan mereka dengan mewujudan peluang pekerjaan yang mampu mengubah nasib orang kampungnya. Encik muhammad berbincang dengan simbol orang yang berkuasa iaitu Yang Berhormat Muhd. Yusof dan abangnya Penghulu Mahmud. Indeksikal simpati ialah perasaan ikon Encik Muhammad kepada simbol-simbol terebut dapat dilihat dengan jelas dalam dialognya di bawah ini:

"Saya pun sangat sangat merasa bersyukur dapat bersemuka dengan Yang Berhormat. Perkara kemajuan di wilayah Tualang selamanya menjadi fikiran saya. Dan saya tentu memerlukan bantuan dan sokongan orang seperti Yang Berhormat" ( SBDKL : 71 )

"Beginilah Yang Berhormat," katanya. " Saya rasa saya sudah faham duduknya sekarang ini. Janganlah bimbang. Kalau Yang Berhormat setuju eloklah serahkan saja soal ini kepada saya. Urusan antara abang saya dengan Tauke Chan itu biarlah saya saja menyelesaikannya. Saya rasa kita berdua boleh bekerjasama untuk mencapai cita-cita memajuka wilayah Tualang dengan rakyatnya yang miskin itu." ( SBDKL : 73 )

Indeks perasaan ini terpancar pada pada tanda kata deiktik 'kita' yang mengidentifiikasikan rasa kebersamaannya untuk membantu bersama-sama dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf memajukan penduduk wilayah Tualang. Yang Berhormat tidak pulak membantah cadangan ikon ini. Beliau bersetuju untuk mengalah kerana beberapa simbol yang terdapat pada ikon ini. Simbol Yang Berhormat menyirat makna jawatan yang disandang oleh ikon ini iaitu wakil rakyat dalam wilayah itu. Simbol ini juga menyirat makna kuasa dan pengaruh.

Simbol ini diperkukuhkan lagi dengan simbol Yang Berhormat yang menyirat makna ikon ini bermartabat tinggi dalam masyarakatnya. Sementara simbol saudagar besar yang berjaya dI Kuala lumpur menyirat makna kekayaan dan kemampuan ikon ini. Semua simbol ini yang bergabung dengan ikon ini telah memberikan nilai-nilai seperti kuasa, pengaruh, kekayaan dan penghormatan kepada dirinya. Nilai-nilai terhad ini tidak dimiliki oleh ikon-ikon lain dalam mukimnya. Hal ini memberikan kekebalan kepadanya untuk menjadikan ikon-ikon lain menurut sahaja cadangan dan kemahuannya.

Oleh itu, tanda-tanda bahawa ikon ini ingin membantu mengubah nasib penduduk kampungnya sebenarnya tidak ditentang hebat dariapada mana-mana ikon yang dimunculkan oleh Keris Mas dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ini.Terdapatnya tanda indeks menyesalnya ikon ini terhadap orang kampung kerana selam ini beliau berkelana di bandar besar Kuala Lumpur untuk memajukan diri tetapi tidak membantu penduduk kampungnya.

"Paksu ini nampaknya sudah insaf sekarang. Dia mula mahu menolong anak-anak saudaranya. Dulu dia tidak peduli. Dia sibuk dengan perniagaannya saja." ( SBDKL : 134 )

Selain itu, tanda indeks menyesal, indeksikal kecewa dan sinikalnya ikon ini terhadap ikon yang bersimbolkan kekuasaan dan kedudukan dalam masyarakat diluahkan kepada ikon Yang Berhormat Muhd. Yusuf

"Mudah-mudahan kalau Yang Berhormat tahan ke sana ke mari dan tidak berdiam diri saja senang-senang, tentu kesuburan ini tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kemakmuran yang melimpah-limpah. Yang Berhormat bukan tak tahu orang Melayu dari dulu lagi lebih berpendapat gemuk itu tanda makmur." ( SBDKL : 66 )

'Encik Muhammad ketawa juga tetapi tidak terbahak-bahak. Dia sebenarnya tidak pandai ketawa kuat-kuat, apalagi lama-lama dan bersambung-sambung seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat di depannya itu. Lemak yang banyak sperti ini, fikirnya, tidak akan berkumpul kalau tidak kerana kemewahan;mewah pangkat, mewah nama, mewah kuasa, mewah harta, mewan makan, mewah minum, mewah waktu dan mewah kesenangan' ( SBDKL : 66 )

Melalui tanda indeks hubungan sebab akibat, Keris Mas berhasrat menyampaikan mesej yang penting. Bagi Keris Mas, ikon melayu yang mempunyai simbol pangkat, kedudukan, kuasa, pengaruh dan kekayaan dalam masyarakat ialah tidak semestinya merosakkan masyarakat. Ikon ini boleh sahaja berubah untuk mencetuskan perubahan masyarakat ke arah kebaikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada anaknya sendiri.

"Ayah dan emak tidak usah berpura-pura dengan dengan Rahim. Tak ada gunanya. Rahim tahu ayah menjadi salah seorang tenaga penting dalam proses pembangunan ekonomi orang Melayu walaupun ayah hanya berfikir untuk mencari kekayaan bagi kepentingan ayah saja. Orang-orang macam ayah sudah banyak jumlahnya dalam negeri kita sekarang. Makin banyak orang macam ayah makin berjaya rancangan pembangunan ekonomi orang Melayu." ( SBDKL : 217 )

Dalam menganalisis pendekatan semiotik, prinsip utama adalah memahami sistem utama yang boleh dijadikan prinsip utama dalam sesebuah karya yang ingin dikaji. Dalam novel 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' ini, kita dapat lihat bahawa tema dan mesej utama yang ingin disampaikan oleh Keris Mas ialah mengangkat martabat orang Melayu supaya setanding dengan masyarakat bukan Melayu baik dari segi ekonomi mahupun kualiti hidup dan akhirnya mewujudkan satu sistem nilai dalam budaya yang berubah. Perkara ini jelas disampaikan oleh pengarang melalui ikon lain iaitu Tan Sri Syed Aris,

"Jangan lupa kita dalam bidang yang sama dengan cita-cita politik kerajaan untuk mengisi matlamat tiga puluh peratus penyertaan orang Melayu dalam dunia dagang dan perusahaan." ( SBDKL : 61 )

Ungkapan ini membuktikan bahawa sistem utama yang ingin diketengahkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ini ialah sistem ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kita dapat lihat latar masa dalam novel ini adalah sekitar 70-an yang mana berlakunya zaman transisi selepas berlakunya tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mungkin hanya sekelumit episod tentang kehidupan, tetapi novel ini boleh ditelaah kerana perjalanan ceritanya yang berkisarkan persoalan nilai melalui tanda ikon yang ditonjolkan Setiap ikon yang dikemukan mempunyai sikap, wawasan, nilai, pandangan (worldview) dan kepercayan masing-masing. Hal ini dapat dilihat pada ikon Rahim anak kepada Encik Muhammad yang belajar di luar negara mempunyai sistem kepercayaan tersendiri.

"Dia teringat juga kemudiannya surat Rahim tiba-tiba menjadi ganjil; sering menyindir-nyindir orang kaya yang tamak harta; menyebut keruntuhan moral dunia zaman ini." ( SBDKL : 77 )

Hal ini berlaku lantaran salah faham yang Rahim menyangka ayahnya ingin mengambil kesempatan daripada orang Kampung Pulai.

"Supaya jangan menentang ayahnya kerana salah sangka sahaja, perlulah dia diberi maklumat yang lengkap. Pak Cik Muhammad pun bukan orang yang busuk hati. Malah dia akan mempunyai sifat yang mulia lebih dari Rahim. Kalau Pak Cik Muhammad masih muda sudah tentu dia lebih menarik dan menawan dibandingkan dengan Rahim. Pak Cik Muhammad tidak mungkin bermaksud jahat terhadap orang Kampung Pulai."( SBDKL : 197)

Kajian semiotik menghubungkan sistem karya iaitu dengan sistem di luar karya bermaksud segala perkara yang membawa lahirnya sesebuah karya.Sistem kehidupan atau kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan tersebut. Kita dapat melihat lahirnya novel 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' ini sistem kehidupan yang berlaku dalam masyarakat Melayu dan Cina. Jika sebelum ini, tempat tinggal orang Melayu sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah kampung. Hatta, kawasan kediaman orang di kawasan bandar pun turut dikenali sebagai kampung seperti Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat. Seperti mana yang difahami bahawa sejarah pecah dan perintah pada zaman penjajahan British telah mengatur pola penempatan sedemikian rupa. Perkara ini ditegaskan dalam novel ini:

"Saya tidak melihat ada orang Melayu menjadi saudagar besar seperti orang kita. Dan saya tak pernah dengar mereka pernah berkongsi dengan orang kita. Saya kira mereka bukan orang perniagaan." ( SBDKL : 14)Setelah DEB dilaksanakan barulah penyusunan semula pembahagian kek ekonomi menjadi sama rata dan pola penempatan berlaku. Sejak itu orang Melayu mula berhijrah dan tinggal di bandar. Tentang kehadiran orang Melayu ke bandar, Keris Mas menukilkannya secara sinis. Beliau menggambarkan tokoh korporat Cina, Datuk Tan Chong Seng dan isterinya tersenyum lebar di akhir perbualan.

"Jauh dari kampung setinggan di lembah bukit, terdengar kokokan ayam. Datuk Tan memandang wajah isterinya dan Datin Tan tersenyum lesu." ( SBDKL : 15 )

Kampung setinggan di lembah bukit di bandar adalah tempat kediaman orang Melayu berpindah masuk. Sebahagian mereka yang datang ke bandar itu tanpa mempunyai modal dan pelajaran tinggi. Mereka bukanlah golongan yang berjaya. Di bandar mereka membina kehidupan dengan membanting tulang empat kerat. Penghijarahan seperti ini berlaku dalam kalangan golongan muda dari kampung Pulai dan antara meraka ialah Mat Akil, Ali dan Kasim. Mereka adalah rata-ratanya menjadi pekerja bahawan seperti pemandu, jaga kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sebilangan orang Melayu lain yang berjaya dalam sektor ekonomi moden seperti perdagangan dan bidang perkhidmatan profesional di bandar adalah mereka yang mempunyai pendidikan tinggi. Namun bilangannya tidak banyak. Seperti yang kita maklum, mereka yang berjaya dalam pelajaran sebelum merdeka secara dasarnya ialah anak-anak bangsawan dan aristokrat. Kesemua kisah tentang status dan kedudukan digarap dengan baik oleh Keris Mas dalam 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' yang diwakili oleh ikon utama Encik Muhammad, Sudin dan Mat Akil. Encik Muhammad keturunan Orang Besar Daerah, Mat Akil ialah orang kampung biasa dan Sudin ialah golongan pertengahan kerana dia pernah menerima pendidikan menengah kerana beliau adalah anak kepada imam.

"Engkau percaya atau tidak, terpulanglah," katanya meneruskan."Tapi aku pasti ayah engkau, Imam Saad itu, tidak marah pada engkau." ( SBDKL : 90)

Kita juga dapat lihat bahawa nilai-nilai moden telah meresap masuk kehidupan penduduk kampung sebelum DEB dilaksanakan. Bagaimanapun nilai itu tidak merebak sebagaimana ia berlaku selepas DEB dilaksanakn. Sebagai contoh, pada dekad 1960-an itu sudah ada wanita yang minum di kedai-kedai kopi. Gaya hidup seperti ini masih boleh diterima oleh semua anggota masyarakat kampung. Sungguhpun nilai-nilai moden sudah diterima oleh semua secara meluas, tidaklah bermakna nilai-nilai tradisional diketepikan langsung. Perubaha tersebut boleh dianggap bercampur seperi asimilasi dan akomodasi kehidupan dalam mendepani kehidupan moden.

Dalam kehidupan moden, kejayaan ditandai dengan kekayaan. Individu yang berjaya ialah individu yang dapat mengumpulakan kekayaan . Seandainya seseorang itu berkuasa, dia akan menggunakan kuasanya untuk mendapatkan kekayaan sebanyak mungkin. Kedudukan, status dan kelas diukur mengikut kekayaan yang dimilik oleh seseorang. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah seorang yang kaya dan bercita-cita mahu menambah kekayaannya.

"Orang di Kuala Lumpur tidak ada kerja lain melainkan mengejar wang, kemewahan dan keseronokan. Encik Muhammad tidak mengira apa pun halangan di hadapannya dia tetap jalan terus hingga kalau mungkin, seluruh wang dalam negeri ini terkumpul dalam simpanan dan kekuasaanya." ( SBDKL : 291 )"Encik Muhammad mencapai kejayaannya kerana dia berani. Dia berani menghadapi apa juga cabaran. Tetapi juga keberanian sahaja yang menjadi keutamaan pada saudagar besar itu. Dia cerdik. Dia memasang perangkap. Dia menjerumuskan lawan ke dalam perangkap itu. Dan orang tidak tahu di mana Encik Muhammad menahan perangkapnya." ( SBDKL : 295 )

Nilai individualistik memang terdapat dalam budaya Melayu. Ikon-ikon dalam dunia cerita novel Saudagar Besar dari Kuala lumpur ini pada umumnya adalah mereka yang mengutamakan nilai ini. Penghulu Mahmud pada mulanya bersedia mengetepikan hak warisnya apabila beliau berpakat dengan Tauke Chan dan Yang berhormat Muhd. Yusuf untuk memajukan tanah pusakanya manakala Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula melakukan apa sahaja untuk memelihara kepentingan politiknya untuk meneruskan survival dalam politik. Begitu juga dengan Encik Muhammad yang mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun. Sudin bersedia menjadi broker untuk mendapatkan wang dengan mudah. Mat Akil pula bersedia melakukan apa sahaja walaupun perlu berbunuhan demi mendapatkan idaman hatinya. Nilai individualistik sering kali digambarkan oleh Keris Mas dalam bentuk bayangan fikiran Sudin:

"Yang Berhormat Muhd. Yusuf ada motifnya. Dia mahu menambah kekuatan politiknya di wilayah itu. Tauke Chan ada motifnya. Dia ingin meluaskan lagi sayap kekayaannya. Jika motif kedua orang itu tercapai dia pasti akan mencapai motifnya pula. Dia mahu melepaskan dirinya daripada belenggu hutang. Tetapi keluarga Penghulu Mahmud itu apakah motifnya? Kalau Penghulu Mahmud mahu memegang wang banyak sebelum dia mati, adiknya tauke besar dari Kuala Lumpur itu mungkin mempunyai cara lain menambah kekayaannya. ( SBDKL : 45)

".....ayah sekarang bertambah mabuk nampaknya. Kereta buruk Peugeot 404 itu sudah digantinya dengan sebuah Mercedes 240D." ( SBDKL : 23)

Semiotik itu adalah tanda dan petanda yang berlaku dalm kehidupan seharian. Status dan darjat juga diterapkan diterapkan dalam novel ini untuk mengkritik isu tersebut. Pengungkapan itu membayangkan nilai tersebut masih nyata dalam realiti kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu. Dalam 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, walaupun perkara ini secara tipikal dinukilkan oleh Keris Mas melalui novelnya ini dengan mewujudkan babak, iaitu ketika Puan Sri Sharifah Mu'nah tidak dapat tidur kerana bimbang puterinya, Sharifah Mahani dilamar oleh pemuda yang bukan berketurunan Syed.

"Jangan tidur dulu. Awak tak ingat Mahani itu anak kita dan kita ini keturunan Syeikh Syed Salim Makky." ( SBDKL : 30 )Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur merakamkan percampuran nilai-nilai tersebut secara pergolakannya. Setiap nilai cuba menempatkan diri masing-masing dalam senario yang berubah itu. Pada tempat dan keadaan tertentu, nilai moden seperti nilai kejayaan diri, materialisme menjadi nilai utama dan pada tempat dan keadaan lain, nilai kemurahan hati dan hidup seadanya dianggap lebih mulia. Keris Mas bukan sahaja ingin memaparkan pergolakan tetapi cuba juga untuk mencadangkan apa yang sepatutnya harus berlaku. Seseorang pengarang seperti dinyatakan sebelumnya, menulis buakan sahaja untuk bercerita semata-mata tetapi untuk menyampaikan agenda tertentu.

Prinsip semiotik yang menganggap apa sahaja yang ditulis oleh pengarang boleh memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan sesebuah karya. Berasiolasikan tajuk novel, tema, jalan penceritaan dan perwatakan boleh sahaja kita ungkapkan novel ini memberi keutamaan pada nilai-nilai moden seperti kejayaan diri dan kekayaan. Cuma di akhir cerita, mungkin kesimpulan dan cadangan pengarang bahawa nilai moden itu harus digabungkan dengan nilai tradisonal seperti kekeluargaan dan kepentingan bersama agar budaya Melayu yang lahir daripada Dasar Ekonomi Baru itu membentuk suatu budaya yang mantap. Pengarang bukan sahaja penulis tetapi juga pemikir dan intelektual dan itulah yang diserlahkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur tentang ranah budaya bangsanya. Keris Mas telah menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sekali.

Prinsip semiotik yang terakhir melihat pendekatan ini melihat setiap genre sastera ada nilainya yang tersendiri.Setiap genre itu mempunyai kekuatan pada aspek-aspek tertentu dan menganggap genre itu ada keistimewaannya yang tersendiri. Semiotik menganalisis unsur-unsur istimewa yang terdapat dalam karya itu haruslah dilihat dalam konteks dirinya dan bukannya dibandingkan dengan karya-karya yang lain. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana mengetengahkan nasib bangsa Melayu dan cara untuk memajukan diri mereka tanpa bergantung pada orang lain.REFLEKSIMelalui tugasan yang telah saya siapkan ini, secara peribadinya saya merasakan ia telah memberi pelbagai pengalaman dan juga pengetahuan yang baru kepada saya berkaitan ilmu kritikan sastera. Jika sebelum ini saya hanya membaca novel namun kini saya berpeluang mempelajari cara mengkritik hasil karya sastera. Tambahan pula ini adalah baru tugasan semester tiga semenjak saya menjejakkan kaki ke Program PISMP. Di sini saya akan menceritakan apa yang telah saya perolehi dan pengalaman-pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang proses untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Secara jujurnya, melalui tugasan ini saya telah dapat mempelajari dan mengetahui banyak ilmu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Malah mungkin jika saya tidak diberikan peluang untuk mengkaji dan menyiapkan tugasan ini, saya langsung tidak akan mengetahuinya. Melalui tugasan ini saya dapat memahami konsep dan prinsip teori-teori sastera seperti Semiotik, Marxisme, Feminisme, Psikoanalisis, Pascastrukturalisme dan kritakan Baru. Saya memilih teori Semiotik untuk melaksanakan tugasan kritikan sastera ini. Hal ini kerana saya pernah mendengar dan terbaca mengenai semiotik. Namun begitu, saya belum lagi menguasai ilmu ini. Walaubagaimanapun, selepas melaksanakan tugasan ini, saya mendapat ilmu dan inpu yang berguna berkaitan ilmu semiotik ini.

Sebelum ini walaupun saya pernah mengambil subjek Kesusateraan Bahasa Melayu di sekolah, saya masih tidak mampu memahami dan kurang berminat dengan subjek tersebut. Namun selepas mempelajari subjek Kritikan Sastera (PSE 3101) melalui didikan En. Shamsudin Bin Abu Bakar membuatkan saya semakin memahami dan meminati kembali subjek ini. Melalui tunjuk ajar dan bimbingan beliau membuatkan saya semakin bersemangat untuk mendalami subjek ini jika diberi peluang sekali lagi.

Kejayaan seseorang banyak bergantung kepada usaha dan pengalaman yang diperolehi. Tugasan ini memberikan pengalaman dan cabaran kepada saya dan membuatkan saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Pengalaman dan ilmu yang saya dapat melalui pengumpulan isi pelajaran yang untuk melaksanakan tugasan ini. Ilmu yang diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, internet, akhbar dan sebagainya banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. BIBLIOGRAFI

Aart Van Zoest. (1993). Semiotika: Tentang Tanda, Cara Kerjanya dan Apa yang Kita Lakukan Dengannya. Jakarta: Yayasan Sumber Agung.Abdul Halim Ali. (2010). Diakses pada 21 Februaru 2014 http://teorisastera.blogspot.com/search?updated-max=2010-07-29T17:49:00-07:00&max-results=10&reverse-paginate=trueAlex Sabor. (2003). Semiotika Komunikasi. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.A, R. H. (2005). Teori sastera kontemporari. Bandar Baru Bangi, Selangor: Pustaka Karya.Hashim, A., & Temu Kritikus dan Sastrawan. (1984). Perkembangan kritikan sastera di Malaysia. Jakarta: Ditjen Kebudayaan Depdikbud: Dewan Kesenian Jakarta.Hashim, A. (1988). Kritikan kesusasteraan: Teori dan penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.Keris, M. (1982). Saudagar besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Keris, M., & A, B. H. (1981). Esei pilihan Keris Mas: Kesusasteraan bahasa dan kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Maimunah,. (1992). Panduan menganalisa aspek-aspek di dalam cereka: Penganalisaan novel Saudagar besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas. Shah Alam: Biro Penyediaan Teks (Biroteks), Institut Teknologi Mara.Mana, S. (1985). Mendekati drama. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana.Mohd, P. M. (2005). Kajian & ulasan STPM: Novel saudagar besar dari Kuala Lumpur. Shah Alam: Federal -Marshall Cavendish Education.Moi, Toril. (1985). Sexual, Textual Politics: Feminist Literacy Theory. London: Methuen.Panuti Sudjiman dan Aart Van Zoest. (1992). Serba serbi Semiotika. Jakarta: Penerbit GT Gramedia Utama.Puji Santosa. (1993). Ancangan Semiotika dan Pengkajian Susastera. Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung.Rahman, S. (1988). Kritikan sastera Melayu: Pendekatan dan pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.Seminar Pemikiran Sasterawan Negara :, Jaafar, A. R., Mohd, A. D., & Muhamad, I. F. H. (2005). [Pemikiran Keris Mas sebagai tonggak pembangunan sastera kebangsaan]: : prosiding Seminar Pemikiran Sasterawan Negara : Keris Mas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Selamat Bin Saimun (2010) Diakses pada 20 Februari 2014 ttp://mimbarkata.blogspot.com/2013/05/saudagar-besar-dari-kuala umpur-i.htmlZaid Harith. (2009). Diakses pada 22 Februari 2014 http://aduweh.blogspot.com/2009/07/teori-semiotik.html

LAMPIRAN

BIODATA KERIS MASKamaluddin Muhamad adalah Sasterawan Negara Malaysia 1981. Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik.Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Tawalih School, Sumatera iaitu sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab .Keluarganya berharap beliau akan bekerja sebagai guru agama. Seterusnya sambung belajar di Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera (Maktab Perguruan Islam) bagi melayakkan beliau menjadi seorang guru. Beliau juga belajar bahasa Belanda. Kemudian belajar di Pitman College, Singapura (1940) untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London.Namun pengajiannya terhalang kerana Perang Dunia Kedua meletus.Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi exco penerangannya. 1947, Keris Mas hadir dalam Kongres PKMM di Singapura mewakili negeri Pahang.Semasa penjajahan Jepun, Keris Mas bekerja sebagai kerani di gudang percetakan Dai Nippon Insatsu di Singapura.Apabila British kembali ke Tanah Melayu pada 1948, beiau berkhidmat di akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu di Singapura. Tumpuan tugas beliau ialah memastikan majalah Mastika dan akhbar Utusan Zaman mendapat tempat di hati pembaca.Beliau pindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka setelah dijemput oleh Ungku Aziz yang menjadi pengarah DBP cawangan Johor Bharu sebagai Ketua Bahagian Pengarang (1 Julai 1966 - 30 Jun 1971) dan sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai 1 Julai 1971 hingga 10 Jun 1977. Beliau bertangungjawab sebagai Ketua Pengarang majalah Dewan Sastera dan Dewan Bahasa . Keris Mas bersara pada tahun 1977.Keris Mas ahli aktif dalam Angkatan Sastera 50 atau 'Asas 50' Novel dan cerpen Asas 50 cenderung kepada 'Seni untuk Masyarakat'.Mereka pernah menghantar 'Memoranda Asas 50' kepada kerajaan dan membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu.Kegigihannya menyebabka beliau dilantik sebagai Ketua Satu ASAS 50.Semasa berkhidmat di DBP, beliau aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).eris Mas dalam berkarya telah menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen pertamanya berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar di majalah Suluh Malaya (1 Jun 1946). Semua cerpen-cepennya terkumpul dalam antologi cerpen: Mekar dan Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1963) dan Pertentangan (1968).Antologi cerpen Patah Tumbuh juga pernah menjadi teks subjek Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM.Antara novel penghasilan Keris Mas ialah Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1983) dan Rimba Harapan (1985). Novel Rimba Harapan telah diterjemahkan oleh Adibah Amin kepada 'Jungle of Hope' dan diangkat sebagai teks kajian komponen sastera, Bahasa Inggeris SPM.Beliau banyak menghasilkan karya kreatif lama sebelum ASAS 50 ditubuhkan.Novel pertamanya, Pahlawan Rimba Malaya' (1976) lebih pendek daripada manuskrip asalnya kerana penerbit berhadapan kekurangan kertas . Pahlawan Rimba Malaya, Korban Kesuciannya dan Anak Titiwangsa merupakan tiga buah novel yang sederhana.Pahlawan Rimba Malaya ditulisnya selepas pendudukan Jepun sementara Korban Kesuciannya (1949) ditulisnya semasa bekerja di Utusan Melayu. Anak Titiwangsa pula(1967) dihasilkan semasa di DBP.Selaku Pegawai Penerangan PKMM, beliau menulis sebuah cerpen perjuangan bertajuk Darah dan Air Mata (majalah Kenchana; 15 Oktober 1947). Antara 1950-1960-an beliau cukup aktif menghasilkan cerpen bermutu berkisar tentang masyarakat Melayu tempatan dan berunsur didaktik.Persoalan yang relevan pada masa itu yang digarap oleh beliau ialah soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat dan sosial-politik sesudah merdeka 1957 .Semua berdasarkan pengalaman Keris Mas di Pahang dan seluruh Tanah Melayu / Singapura sejak tahun 1940-an hinggalah sesudah merdeka 1957.Beliau dipilih sebagai penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka selama setahun (1 Julai 1977 hingga 30 September 1978).Sebagai Penulis Tamu, beliau menulis memoir mengenai penglibatannya dalam perkembangan sastera sepanjang 1945-1977.Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya (1979-1980) dan membantu dalam kursus penulisan kreatif. 1980-an, Keris Mas menghasilkan novel 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' - novel sosiopolitik yang disiarkan setiap minggu di akhbar Mingguan Malaysia.Beliau dilantik sebagai Penulis Tamu DBP sekali lagi (1985-1986) dan berjaya menghasilkan sebuah novel yang berjudul Rimba Harapan.Beliau menerima 'Anugerah Pejuang Sastera' dan membawa pulang RM10 000.00 , watikah daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada 29 Mei 1976. Perdana Menteri melantik beliau sebagai Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera (1971-1976), dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara 1979. Beliau penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama (1981). Majlis diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Yang di Pertuan Agong. Tahun 1987, beliau menerima Anugerah ASEAN (dalam bidang kesusasteraan).Keris Mas juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 5 Ogos 1989.[1][2][3]Kolej kediaman mahasiswa di UKM, Bandar Baru Bangi turut dinamakan sebagai 'Kolej Keris Mas'.Hasil Penulisan :1. Anak Titiwangsa: DBP, 2010.2. Darah dan air mata: kumpulan cerpen pilihan: DBP, 2006.3. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur: DBP, 2003.4. Sasterawan negara Keris Mas: tanggapan tokoh dan sarjana/ diselenggarakan oleh A. Karim Abdullah & A. Rahim Abdullah: DBP, 2001.5. Jungle of hope / Keris Mas; (terjemahan) Adibah Amin.: DBP, 2000.6. Koleksi terpilih sasterawan negara Keris Mas / penyelenggara A. Rahim Abdullah: DBP, 1995.7. Dua novel Keris Mas: Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya / diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah: DBP, 1993.8. Kumpulan cerpen 1946-1989: DBP, 1992.9. Patah tumbuh: Cerita-cerita pendek dikumpulkan dan dibicarakan oleh Syed Husin Ali:Fajar Bakti , 199110. Perbincangan gaya bahasa sastera: DBP, 1988.11. Rimba harapan: DBP, 1986.12. Blood and tears: Fajar Bakti, 198413. Esei pilihan Keris Mas: kesusasteraan, bahasa, dan kemasyarakatan / disusun oleh A. Bakar Hamid.: DBP, 1981.14. Laporan Panel Anugerah Sastera Negara, 1981: DBP, 1981.

Terjemahan ke dalam bahasa Rusia :15. Keris Mas. Nashi Torgovie Ryadi (Kedai Sederet Di Kampung Kami). Terjemahan B. Parnikel U Obochini Shosse. Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerita Pendek Penulis Melayu Moden). Penyusun B. Parnikel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1963.16. Keris Mas. Oni Ne Ponimayut (Mereka Tidak Mengerti). Terjemahan R. Korigodsky Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerita Pendek Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnikel. Prakata oleh B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.17. Keris Mas. Chudo-Pechka (Dapur Ajaib). Terjemahan E. Cherepneva Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini), 1979, 5, hlm. 11-16.Keris Mas. Oni Ne Ponimayut (Mereka Tidak Mengerti). Terjemahan R. Korigodsky Izbrannie Proizvedeniya Pisateley Yugo-Vostochnoy Azii (Karya Pilihan Penulis Asia Tenggara). oscow: Khudozhestvennaya Literatura, 1981.Keris Mas atau Kamaludin Muhamad meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 9 Mac 1992 kerana sakit jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Beliau terlantar di hospital beberapa lama kerana penyakit misteri.Beliau meninggalkan isteri Roswita Ali, dua anak Hayati dan Amir, dan tujuh orang cucu.

SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPURNOVEL INI secara keseluruhannya cuba membincangkan kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkanl oleh kerajaan pada tahun 1970 demi membasmi kemiskinan terutama di kalangan orang melayu.

Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep ASAS 50, iaitu Seni untuk Masyarakat, Keris Mas juga dapat dilihat menggerakkan novel tesebut dari aspek perpaduan antara kaum. Selain itu, novel ini juga ditulis berkemungkinan kesan daripada buku Revolusi Mental tulisan Datuk Senu Abdul Rahman (1970) yang membincangkan tentang ehwal sejarah bangsa Melayu.

Keris Mas menggunakan buku Revolusi Mental dalam penulisan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur kerana semangat Melayu yang cuba dimotivasikan oleh buku ini jelas dapat dilihat pada seorang tokoh utama yang menjadi pusat naratif novel ini, iaitu Muhammad. Hampir keseluruhan sikap yang cuba dimotivasikan itu terimej pada watak tersebut.

Namun begitu, perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada inti pati penting daripada DEB untuk melihat sejauh mana pandangan Keris Mas terhadap pelaksanaan dasar di Malaysia.

DEB telah dibahagikan kepada tujuh perkara sebagai garis panduan kerajaan mencapai dasar tersebut dan Keris Mas telah menerapkan beberapa dasar yang penting dan seterusnya menjadi pokok perbincangan dalam novelnya.

Perkara pertama, dalam DEB ialah pengurangan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum secara muktamad dari segi pendapatan, pekerjaan dan kekayaan. Seperti yang dicatatkan dalam Buku Dasar Ekonomi Baru: Inti pati, matlamatnya adalah untuk membawa perubahan dalam sistem ekonomi terutamanya dalam kalangan orang Melayu kerana kerajaan percaya bahawa sistem 'aparteid' telah digunakan oleh kolonial Inggeris dalam agihan ekonomi di Tanah Melayu demi keselamatan mereka.

Demi mengubah status orang-orang Melayu yang telah ketinggalan jauh itu, kerajaan telah menyarankan agar orang-orang Melayu bekerja keras dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi negara. Cadangan kerajaan ini adalah untuk melihat kebolehan dan memberi pengalaman kepada orang Melayu dalam pembahagian dan pembangunan sumber ekonomi.

Dalam novel ini, Keris Mas telah memberi peranan penting kepada Muhammad, iaitu seorang saudagar yang menguruskan sebuah anak syarikat milik saudagar Cina, Datuk Tan Chong Seng. Syarikat ini menguruskan import eksport lada hitam. Namun kebijaksanaan dan sikap hemah Muhammad telah melawan arus sikap orang Melayu lama. Kebenaran ini diperlihatkan apabila Datuk Tan kagum pada kebolehan dan keberanian Muhammad dalam membuat sesuatu rundingan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan kepada Muhammad dalam mentadbir dan mengurus anak syarikatnya menyebabkan beliau menjadikan Muhammad sebagai rakan kongsi perniagaan dalam syarikat import eksport lada hitam.

Berdasarkan contoh di atas, Keris Mas cuba membentuk personaliti watak Melayu yang dikehendaki oleh DEB. Dalam dasar kerajaan tersebut orang Melayu harus diberi peluang saksama membentuk kekayaan baru dalam proses pembangunan negara. Selain itu orang Melayu juga harus berani merebut peluang, seperti Muhammad yang mencuba menerima cabaran dan risiko dalam bidang perniagaan.

Dalam perkara pertama DEB itu juga dimaklumkan bahawa untuk memperkembangkan kebolehan orang Melayu, langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam mempertingkatkan kebolehan orang-orang Melayu ialah memberikan pendidikan dan latihan kemahiran terutama kepada generasi muda. Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana generasi mudalah nanti yang akan mewarisi kepimpinan negara seterusnya.

Selain untuk membangunkan negara melalui pendidikan, kerajaan juga melihat faktor pendidikan sebagai tonggak penting membentuk satu sistem nilai baru kepada generasi muda terutamanya dari segi perpaduan negara dan penyatuan kaum. Seruan kerajaan ini telah dilukiskan oleh Keris Mas pada watak Rahim, iaitu anak kepada Muhammad dan Robert, anak kepada Datuk Tan. Kedua-dua mereka sedang menuntut di England, berumur 23 tahun, rakan karib dan mengambil pengkhususan dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan lombong.

Kedua-dua watak ini sebenarnya ialah wakil generasi muda yang menjadi harapan kerajaan untuk sama-sama menggerakkan pembangunan negara seperti dalam pernyataan DEB tentang pentingnya pendidikan dalam negara membangun.

Sehubungan dengan itu, jika kita melihat bidang pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga selaras dengan galakan kerajaan yang mahu bidang kemahiran tinggi. Pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu juga secara tersirat digambarkan oleh Keris Mas betapa bidang kejuruteraan yang sinonim dengan pembangunan adalah penting dan simbol kepada pembangunan negara.

Selain itu, imej Rahim yang mewakili orang Melayu dan Robert yang mewakili orang Cina dan merupakan rakan karib sejak bersekolah lagi adalah imej perpaduan antara kaum yang cuba diutuskan oleh Keris Mas dalam novel ini.

Dalam perkara pertama DEB juga disentuh tentang rancangan pembangunan wilayah baru atau dikenali sebagai tanah rancangan seperti Felda. Melalui program tanah rancangan ini, kerajaan menempatkan orang Melayu dan seterusnya menyediakan sumber pekerjaan kepada mereka. Tujuan tanah rancangan ini adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu yang keseluruhan masih tinggal di desa-desa yang telah kekurangan sumber dan mengalami kejumudan sikap menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan. Program tanah rancangan ini juga berkaitan dengan perkara kedua DEB yang penting, iaitu membasmi kemiskinan terutama orang-orang Melayu. Mengikut pemerhatian kerajaan yang serius, pada tahun selepas merdeka kadar kemiskinan sangat tinggi di kawasan luar bandar dan juga orang-orang Melayu di bandar.

Justeru, dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas menggambarkan imej orang Melayu di Lembah Tualang dan Jeram Medang, iaitu kampung Muhammad yang rata-rata masih bergantung hidup pada sawah dan getah yang pada waktu itu tidak lagi menjadi sumber pendapatan penting. Faktor ini menyebabkan penduduk Melayu di situ berada dalam kemiskinan. Untuk menyelesaikan kemelut kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang, Muhammad, telah mengusahakan perpindahan orang Lembah Tualang dan Jeram Medang ke tanah rancangan Felda.

Dalam perkara ketiga DEB pula, kerajaan mahu melibatkan orang-orang Melayu ke dalam sektor-sektor moden. Penglibatan orang Melayu ini penting demi menjamin kesamarataan agihan sumber hasil bumi negara dengan bangsa asing.

Oleh itu melalui Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas telah meneroka satu bidang yang baru walaupun bidang ini sebenarnya telah diceburi oleh pembesar Melayu di zaman kolonial British dahulu. Bidang yang dimaksudkan itu ialah bidang perlombongan bijih timah. Lembah Tualang ini menurut pendapat pakar kaji bumi masih lagi kaya dengan hasil bijih timah. Hal ini menarik minat Datuk Tan dan rakan kongsinya Muhammad yang mempunyai pengaruh keturunan di Lembah Tualang untuk menjalankan kembali projek cari gali bijih timah di sana.

Hasrat ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana proses kemasukan orang Melayu, Muhammad ke dalam satu bidang perniagaan yang moden, iaitu dalam sektor perlombongan. Di samping itu, kerjasama yang digambarkan antara Datuk Tan dan Muhammad melambangkan bagaimana bentuk agihan itu boleh terjadi.

Dalam perkara keempat DEB pula kerajaan mahu menggiatkan penggunaan sumber tenaga sepenuhnya dalam sektor moden. Dalam erti kata lain kerajaan mahu mengurangkan masalah pengangguran terutama dalam kalangan orang Melayu.

Perkara kelima DEB pula menggariskan bentuk peranan kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan serta agensi yang berkaitan dalam membentuk ekonomi negara. Dalam novel ini, watak YB Muhammad Yusuf adalah sebagai wakil kerajaan negeri. Beliau menjadi rujukan Muhammad dalam menyelesaikan isu tanah penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang. Dengan kuasa kerajaan yang miliki oleh YB Muhammad Yusuf, beliau telah menguruskan perpindahan penduduk Lembah Tualang ke tanah rancangan Felda.

Sebagai seorang pengarang Islam, Keris Mas telah memberi penilaian kepada DEB yang secara keseluruhan masih mempunyai kelemahan. Kelemahan yang dikesani oleh Keris Mas ialah tentang aspek pembangunan rohaniah Islam. Atas kesedaran ini juga, Keris Mas telah melontarkan pemikirannya tentang perlunya pembangunan agama seiringan dengan pembangunan fizikal agar pembangunan yang ingin dicapai dan dicita-citakan oleh kerajaan itu lengkap dan sempurna.Justeru melalui tokoh generasi muda Rahim yang mendapat pendidikan di luar negara dan Lebai Maarup yang hanya mendapat pendidikan setakat SPM melontarkan pesan kepada Muhammad dan juga kerajaan bahawa dalam mengejar kekayaan asas-asas keagamaan jangan dipinggirkan.

Selain itu, Muhammad, iaitu seorang saudagar dari Kuala Lumpur yang menjadi judul novel secara simboliknya ialah imejan kepada DEB. Rahim secara simbolis mewakili golongan intelektual-akademik yang akhirnya berjaya mengingatkan ayahnya tentang nilai-nilai budaya bangsa yang harus dipelihara dalam mengejar kekayaan material.

Lebai Maarup pula lambang kepada golongan agama-ulama yang mahu pembangunan rohani tidak dipinggirkan juga akhirnya berjaya mengingatkan Muhammad tentang kepentingan agama dalam mengejar pembangunan fizikal. Manakala YB Muhammad Yusuf lambang kepada kuasa kerajaan. Begitulah Keris Mas membuat penilaiannya terhadap DEB yang dirangka oleh kerajaan untuk memacukan pembangunan negara Malaysia.

27