KRITIKAN SOSIAL DALAM PUISI IMAM AS-SYAFIE RA

8
E-Proceeding of the 2 nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 210 KRITIKAN SOSIAL DALAM PUISI IMAM AS-SYAFIE RA Muhamad Fairuz Ali Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) 25150 Kuantan, Pahang +6019-9396526 [email protected] 1 Dr Che Radiah Mezah dan 2 Dr Mohd Sukki Othman Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia +6019-6053123 1 , +6019-3241364 2 [email protected] 1 , [email protected] 2 ABSTRAK Puisi adalah salah satu daripada komponen sastera yang utama. Nilai puisi ini setanding dengan komponen sastera yang lain seperti novel, cerpen dan beberapa lagi jenis karya. Keutamaan puisi ini adalah terletak pada irama dan bentuknya yang menitik beratkan nilai keindahan. Selain itu, puisi juga mempunyai keindahannya yang tersendiri maksud dan hala tujunya yang tersendiri. Antaranya adalah dengan memaparkan kritikan sosial terhadap pembaca dan masyarakat pada ketika itu sama ada aspek positif atau negatif. Justeru, kajian ini dijalankan untuk memaparkan kritikan sosial dalam puisi Imam as-Syafie RA. Hal ini kerana Imam as-Syafie adalah ilmuan yang terkenal di segenap dimensi ilmu seperti Bahasa, fikah, Hadith, al-Quran dan sebagainya termasuklah cabang ilmu sosiologi. Secara keseluruhannya, puisi Imam As-Syafie RA ini bukan sahaja mengandungi nasihat yang baik tetapi juga menerapkan aspek sosial melalui beberapa frasa yang diutarakan. Dengan ini, Aspek-aspek seperti moral, nilai etika, budi pekerti, kelas masyarakat, serta latar belakang dalam puisi Imam as-Syafie RA ini akan dapar dipaparkan serta diharapkan menjadi pengajaran dan tauladan pada masyarakat kini dan mendatang. Kata kunci : Puisi, Imam as-Syafie, Kritikan Sosial, Sosiologi, Sastera.

Transcript of KRITIKAN SOSIAL DALAM PUISI IMAM AS-SYAFIE RA

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 210

    KRITIKAN SOSIAL DALAM PUISI IMAM AS-SYAFIE RA

    Muhamad Fairuz Ali

    Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)

    25150 Kuantan, Pahang

    +6019-9396526

    [email protected]

    1Dr Che Radiah Mezah dan 2Dr Mohd Sukki Othman

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti

    Putra Malaysia,

    43400 Serdang, Selangor, Malaysia

    +6019-60531231, +6019-32413642

    [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Puisi adalah salah satu daripada komponen sastera yang utama. Nilai puisi ini setanding dengan

    komponen sastera yang lain seperti novel, cerpen dan beberapa lagi jenis karya. Keutamaan puisi ini

    adalah terletak pada irama dan bentuknya yang menitik beratkan nilai keindahan. Selain itu, puisi

    juga mempunyai keindahannya yang tersendiri maksud dan hala tujunya yang tersendiri. Antaranya

    adalah dengan memaparkan kritikan sosial terhadap pembaca dan masyarakat pada ketika itu sama

    ada aspek positif atau negatif. Justeru, kajian ini dijalankan untuk memaparkan kritikan sosial

    dalam puisi Imam as-Syafie RA. Hal ini kerana Imam as-Syafie adalah ilmuan yang terkenal di

    segenap dimensi ilmu seperti Bahasa, fikah, Hadith, al-Quran dan sebagainya termasuklah cabang

    ilmu sosiologi. Secara keseluruhannya, puisi Imam As-Syafie RA ini bukan sahaja mengandungi

    nasihat yang baik tetapi juga menerapkan aspek sosial melalui beberapa frasa yang diutarakan.

    Dengan ini, Aspek-aspek seperti moral, nilai etika, budi pekerti, kelas masyarakat, serta latar

    belakang dalam puisi Imam as-Syafie RA ini akan dapar dipaparkan serta diharapkan menjadi

    pengajaran dan tauladan pada masyarakat kini dan mendatang.

    Kata kunci : Puisi, Imam as-Syafie, Kritikan Sosial, Sosiologi, Sastera.

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 211

    1. Pendahuluan

    Puisi adalah salah satu daripada komponen sastera yang utama. Ia adalah karangan yang berbentuk

    syair, pantun, sajak dan sebagainya. Nilai puisi ini setanding dengan komponen sastera yang lain

    seperti novel, cerpen dan beberapa lagi jenis karya. Keutamaan puisi ini adalah terletak pada irama

    dan bentuknya yang menitik beratkan nilai keindahan.

    Puisi Islam pula mempunyai keindahannya yang tersendiri. Cabang ilmu sastera ini mempunyai

    rentak dan irama yang sama pada setiap baitnya. Keindahan makna dan lafaz menjadi hiasan pada

    sesebuah puisi dan berperanan mempengaruhi manusia dalam menyampaikan sesuatu makna,

    arahan dan nasihat.

    Puisi ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan manusia dalam menyampaikan perasaan

    dan pemikiran penyair kepada masyarakat. Justeru, sejarah memperlihatkan apabila zaman berganti

    zaman, pemikiran manusia mula berubah dan matang. Keadaan ini juga memberi pengaruh dan

    kesan terhadap puisi-puisi yang dihasilkan.

    Puisi juga mampu berfungsi sebagai bahan pembelajaran kepada masyarakat kerana sifatnya yang

    indah dan berguna. Karya ini mampu menerangkan kepada pembaca tentang kriteria dan tahap

    sosial yang sedang berlaku pada ketika itu seperti tahap kekayaan, bentuk tempat tinggal, pakaian,

    kekuasaan, cara pemerintahan, ilmu dan lain-lain. (Dyah, 2010)

    2. Kritikan sosial

    Kritikan sosial adalah frasa yang terdiri dari dua perkataan iaitu kritik dan sosial. Menurut Dewan

    Bahasa dan Pustaka, kritik bermaksud analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni. Ia juga

    merangkumi ulasan terhadap sesuatu karya. Sosial pula bererti segala perkara yang berkaitan

    dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Ia merangkumi tahap atau sistem peradaban, kebudayaan,

    perkembangan dan kemajuan sesebuah bangsa.

    Dalam erti kata yang lain, kritikan sosial bermaksud pengajaran, penilaian dan pengajian tentang

    keadaan masyarakat pada zamannya. Ia berfungsi sebagai memberi pelajaran dan contoh kepada

    masyarakat dan pembaca zaman kini tentang perihal keagungan kejatuhan masyarakat zaman yang

    dikaji. (Dyah, 2010)

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 212

    3. Pernyataan Masalah

    Dalam aspek puisi, di sebalik puisi yang telah banyak mewarnai kehidupan sepanjang zaman ini, ia

    juga tergambar tentang situasi dan keadaan masyarakat zaman itu yang menjurus kepada aspek

    keilmuan, taham kemewahan, pakaian, cara hidup sehinggalah kepada aspek terbesar iaitu

    ketamadunan. Namun, penerangan tentang hal ini dalam puisi memerlukan tafsiran lanjutan dan

    mendalam kerana unsur ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sosiologi, linguistik, kognitif,

    saintifik, dan sebagainya.

    Pemaparan unsur sosial ini berbeza mengikut struktur masyarakat, sempadan jarak dan masa.

    Perkara-perkara yang berbentuk kiasan ini dengan perumpamaan dan perlambangan yang dibuat

    kajian dan tafsiran lanjutan atas perbezaan ini (Mustaffa, 2005). Sebagai contoh satu metafora yang

    dibuat dalam puisi Melayu menyebut sifat garang seperti singa. Namun, dalam puisi Arab sering

    mengaitkan sifat berani seperti singa.Ini adalah kerana berbeza topografi dan budaya menyebabkan

    sesuatu objek itu berbeza tanggapan.

    Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur kritikan sosial yang terdapat dalam puisi Imam as-

    Syafie bagi memaparkan nilai-nilai pendidikan dan pengajaran yang boleh diambil daripada buku

    himpunan puisi Imam as-Syafie ini.

    4. Metodologi

    Kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan yang melibatkan data kualitatif, iaitu data yang

    dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif atau penerangan. Pendekatan kualitatif dalam kajian ini

    adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Ia digunakan bagi menganalisis puisi Imam

    as-Syafie dan seterusnya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

    Pemilihan penyair, iaitu Imam As-Syafie RA ini adalah kerana beliau merupakan ilmuan terbilang

    dalam segenap bidang termasuk sains. Dr Mujhid Musafa Bahjat (1986) turut mengiktiraf Imam as-

    Syafie dengan menerangkan bahawa imam ini memiliki kemampuan berbahasa yang tinggi, sastera

    yang kukuh serta Bahasa Arab yang sempurna. Selain itu, Imam as-Syafie juga disifatkan sebagai

    tokoh gemilang pada zaman Abbasi awal dengan ketamadunan ilmu yang tinggi dan perkembangan

    syair yang pelbagai. Kemampuan imam ini diiktiraf oleh golongan Quraisy, kemampuan menghafal

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 213

    yang tinggi, adab dan kesungguhan dalam menuntut ilmu, memiliki kalam yang fasih serta pakar

    dalam Bahasa dan nahu.

    Para ilmuan masa kini di Malaysia juga turut mengiktiraf keilmuan Imam As-Syafie RA ini. Antaranya

    Dr. Ridzuan Ahmad dan Umar Muhammad Noor. Dr. Ridzuan Ahmad (2012) menyatakan bahawa

    pemikiran dan fikh Imam As-Syafie RA ini menjadi amalan dan darah daging umat Islam di nusantara

    ini. Umar Muhammad Noor (2013) pula mengumpamakan ilmu Imam As-Syafie RA seperti samudera

    yang sangat luas dan dalam dan terdapat pelbagai mutiara yang masih belum tersentuh oleh tangan

    manusia hingga ke hari ini.

    Selain itu, pemilihan teks kajian ini iaitu Diwan as-Syafie hasil himpunan Muhammad 'Aff az-Zub

    sahaja. Hal ini kerana himpunan ini diambil dari sumber yang sahih dan terpilih seperti Mu'jam al-

    Udab', ilyah al-Auliy', abaqt as-Ashfiy', al-Bidayah wa an-Nihyah dan sebagainya.

    5. Imam As-Syafie RA

    Imam As-Syafie RA adalah antara empat imam besar yang mengasaskan mazhab dalam Islam. Beliau

    adalah imam yang paling terkenal dan ramai pengikut kerana beliau mempunyai susur galur dari

    bangsa Quraisy dan keluarga keturunan Rasulullah SAW. Nama sebenar beliau adalah Muhammad

    bin Idrs bin Abbs bin Uthmn bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazd bin Hsyim bin Abdul Mulib bin

    Abdul Manf.

    Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Kembara ilmu Imam As-

    Syafie RA bermula di Masjid al-Haram melalui pengajian al-Quran dan Hadith oleh Imam Ism'il

    Kustantni dan ilmu fikah daripada Imam Muslim bin Khalid al-Zanji, sebelum menuju ke

    perkampungan Bani Huzail untuk mempelajari syair. Seterusnya, beliau mempelajari kitab Muwaa'

    karya Imam Mlik bin Anas sebelum merantau ke Baghdad, Parsi, Yaman dan Mesir untuk

    mempelajari bahasa Parsi, bahasa Arab, puisi, ilmu hisab, kedoktoran dan firasat.

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 214

    6. Diwan Imam As-Syafie RA

    Imam As-Syafie RA banyak mengarang karya berkualiti untuk rujukan dan panduan umat sehingga ke

    hari ini. Sebilangan pendapat mengatakan sejumlah lebih 113 buah karya yang telah dihasilkan oleh

    Imam As-Syafie RA ini (as-Syafie I. , 1989). Antaranya karya beliau yang mahsyur adalah Al-Hujjah, Al-

    Imlk, Al-Umm, Mukhtaar al-Muzni, Al-Rislah, Ahkmul Quran dan lain-lain lagi. Namun, Dwn

    Imam As-Syafie RA bukanlah hasil karya beliau. Kitab ini adalah himpunan puisi beliau yang

    dikumpulkan oleh Muhammad 'Afif az-Zu'by melalui himpunan puisi Arab yang mempunyai riwayat

    yang sahih dan kuat.

    7. Kritikan Sosial dalam Diwan as-Syafie

    Puisi-puisi dalam Diwan as-Syafie ini terdiri daripada pelbagai tema dan makna tersirat dalam

    memberikan pedoman dan panduan kepada pendengar dan pembaca. Dalam masa yang sama, ia

    juga sekaligus menerangkan tentang cara hidup masyarakat arab dan perihal berkaitan dengannya

    untuk dijadikan panduan kepada pembaca masa kini.

    Antara perihal sosial yang dibahaskan dalam puisi Imam as-Syafie ini adalah seperti di bawah.

    Penyair memberi tafsiran tentang maksud dan peranan golongan-golongan yang berpengaruh dalam

    masyarakat iaitu ahli Fikah, para pemimpin serta hartawan sebagaimana yang diungkapkan melalui

    bait puisi:

    Ahli Fiqah, pemimpin dan orang kaya.

    Ahli Fiqah adalah orang yang faqih dalam perbuatannya

    * dan bukan hanya faqih pada kata-kata dan penulisannya sahaja

    Pemimpin yang baik adalah orang yang boleh memimpin dengan ketokohannya

    * bukanlah pemimpin yang memimpin pada kaum dan tenteranya sahaja.

    Orang kaya adalah orang yang kaya dengan keadaannya

    * bukannya orang yang kaya dengan pangkat dan harta

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 215

    Bait puisi ini juga merupakan nasihat kepada ahli Fiqah itu sendiri termasuk penyair serta golongan

    pemimpin dan para hartawan. Ahli Fiqah adalah mereka yang mencipta atau mengasaskan hukum

    dan kaedah Fiqah berdasarkan sumber dari al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini diberi nasihat dan

    teguran oleh penyair untuk melakukan apa yang dibicarakan sebagaimana frasa ( ) dan

    bukannya sekadar meniti di bibir semata-mata.

    Selain itu, Ahli fikah adalah golongan yang pakar agama dan mahir dalam hokum-hakam Islam.

    Golongan ini menjadi tempat rujukan dan pertanyaan bagi mereka yang mempunyai masalah dalam

    syariah. (Ahmad Mukhtar, 2008) Pemimpin ( juga golongan penting dalam ( ) dan hartawan (

    masyarakat Arab pada ketika itu sehingga berpengaruh dalam pembentukan tamadun dan

    pemikiran.

    Selain itu, Imam as-Syafie merupakan penyair yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga

    Rasulullah SAW. Beliau juga menyatakan bahawa keluarga Baginda SAW wajib dicintai oleh umat

    Islam seperti yang digambarkan dalam bait di bawah:

    Mencintai keluarga Rasul adalah kewajipan dari Allah SWT

    Wahai keluarga Rasul! Mencintai kalian * Diwajibkan Allah menurut al-Quran yang diturunkanNya

    Kalian dikurniakan dengan kemuliaan yang besar, sesungguhnya kalian

    * barang siapa yang tidak berselawat ke atas kalian, maka tidak sah solat baginya

    Dalam puisi ini, Imam as-Syafie menyeru agar manusia mencintai keluarga Rasulullah SAW

    sebagaimana perintah Allah menerusi frasa ( ). Selain itu, penyair sendiri adalah

    dari keturunan Rasulullah SAW dan lahir di bumi para nabi (Muhammad Ibrhim, 2002).

    Penyair juga menyentuh tentang keluarga Rasulullah SAW yang juga wajib disayangi oleh umat Islam

    dan perlu diangkat sebagai idola masa kini kerana bersifal Kmil (sempurna).

    Selain itu, satu lagi unsur sosial yang disentuh oleh penyair adalah ketinggian ilmu dan adab dalam

    mencarinya sebagaimana dalam puisi berikut:

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 216

    Ilmu dan taqwa hiasan manusia

    Bersabarlah dalam menerima teguran (kerenah) dari guru

    * kerana kegagalan menerima ilmu itu adalah dengan melarikan diri daripadanya

    Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir dalam menuntut ilmu,

    * hendaklah ia bersedia menghadapi kejahilan untuk seumur hidupnya

    Sesiapa yang berlalu masa mudanya tanpa menuntut ilmu

    * maka bertakbirlah empat kali sebagai tanda kematiannya

    Pemuda sejati di hadapan Allah SWT adalah pemuda yang berbekal ilmu dan taqwa

    * Jika dua bekalan itu tidak dimiliki, maka tiada guna lagi hidupnya

    Puisi ini membicarakan tentang kepentingan menuntut ilmu semasa muda. Begitu juga dengan

    mendalami fiqh dan Islam yang sentiasa perlukan kepada ilmu sebelum diamalkan kerana khuatir

    amalan ibadah yang tidak disertakan dengan ilmu akan menjadi taklid semata-mata.

    Frasa yang menjadi paparan dari puisi di atas adalah ( ) yang bermaksud

    Bersabarlah dalam menerima teguran (kerenah) dari guru. Hal ini kerana pada zaman Imam as-

    Syafie ini iaitu zaman Abbasiyah adalah zaman yang terkenal dengan kegemilangan ilmu dan

    pengetahuan yang tinggi. Salah satu cara untuk menuntut ilmu zaman ini juga adalah dengan

    menjadi pembantu atau budak suruhan kepada tuan guru. Dengan permintaan guru yang

    kadangkala merumitkan, pelajar tersebut perlu bersabar dalam usaha untuk memperoleh

    keberkatan ilmu sepanjang kehidupannya bersama tuan guru.

    Frasa yang menjadi tumpuan adalah pada kalimah takbir empat kali iaitu ( ) yang

    ditegaskan oleh Imam as-Syafie RA yang menggambarkan Solat Jenazah iaitu takbir sebanyak empat

    kali.

    Ini turut dinyatakan sendiri oleh Imam as-Syafie (1989) dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan

    Solat Jenazah ini adalah sunnah Rasulullah SAW. yang mengandungi takbir empat kali dengan

    diselangi bacaan ummu al-Quran, selawat serta doa kepada jenazah.

  • E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 217

    Frasa ini menunjukkan penyair mempunyai hubungan dan pengetahuan yang amat mendalam dalam

    bidang agama. Hal ini kerana Imam as-Syafie adalah seorang ilmuan Islam yang terkemuka dan

    merupakan pengasas ilmu Usul Fiqah. Antara karya beliau yang membahaskan tentang Fiqah ini

    adalah kitab al-Umm yang membicarakan pendapat baharu atau Qaul jadd dalam Fiqah serta kitab

    ar-Rislah yang membahaskan mengenai ilmu Usul Fiqah.

    8. Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya, puisi Imam As-Syafie RA ini bukan sahaja mengandungi hikmah dan nasihat

    yang padu tetapi juga meliputi gambaran sosial melalui beberapa frasa yang diutarakan. Hal ini

    mampu mengukuhkan pemahaman serta menambah keyakinan pembaca dan pendengar tentang

    situasi yang berlaku pada masa itu.

    Selain itu, konflik sosial boleh berlaku akibat perbezaan latar belakang seperti kekayaan, ketinggian

    ilmu, tahap sosial, kehormatan, politik, ekonomi dan lain-lain lagi. Dalam masa yang sama,

    kepelbagaian taraf dan bidang ini menjadikan masyarakat itu maju dan saling melengkapi agar

    mampu tumbuh sebagai tamadun yang tinggi dan kekal dalam tempoh masa yang lama.

    Rujukan

    Ahmad Mukhtar, '. . (2008). Mu'jam al-Lughah al-Arabiyah al-Mu'asoroh. Beirut: 'Alam al-Kutub.

    as-Syafie. (1989). Al-Umm [terj.]. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

    as-Syafie, M. b. (1990). al-Umm. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

    az-Zu'b, M. '. (1971). Diwan as-Syafie. Beirut: Dar al-Jil.

    Bahjat, M. M. (1986). Syi'ir as-Syafie. Baghdad: Jami'ah Baghdad.

    Dyah, A. A. (2010). Kritik Sosial dalam Novel Berjuta-juta dari Deli. Surakarta: Universitas Sebelas

    Maret.

    Muftaffa, M. (2005). Peribahasa : Yang tersirat di sebalik tang tersurat. Pusat Penerbitan Universiti

    UITM Shah Alam.

    Muhammad Ibrhim, S. (2002). Diwan al-Imam as-Syafie. Kaherah: Maktabah al-Quran.

    Ridzuan, A. (2012). Fiqh Imam Syafie. Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd.

    Umar, M. N. (2013). Mengenali Imam Asy-Syafi'i. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.