Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

6
KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah- sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils” . Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun

Transcript of Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

Page 1: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)

Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal

formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan

akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di

sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada

zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri

seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit

kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang

boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya

mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama,

tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-

1956)

TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)

Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan

di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya

ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan

kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM

Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di

Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah

menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah

Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan

Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini.

Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu

mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku

tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan

kerajaan.

Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah

ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga

Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang

Page 2: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan

persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Perkembangan Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London

di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.

Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan

Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan

pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan

adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat

untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah

mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang

getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara

India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi

di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834.

Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.

Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah

estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh

Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah

Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah

Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India.

Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah Inggeris

Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum

mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan

mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:

1. untuk semua bangsa;

2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;

3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar

berpatutan;

4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu

Kira-kira;

Page 3: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;

6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;

7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;

8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan

penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada

tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh

kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala

Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka

Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.

Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.

Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah

diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap

kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan

Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan

dan Laporan Razak 1956.

Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya

menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan

guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang

mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh

dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)

Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di

dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan

di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan

Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969

Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara

dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat

penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun

Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak

Page 4: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang

tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan

September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:

“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang,

termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud,

dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara

dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun

jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem

pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan

masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu

kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,

perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu

murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan

diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional,

jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik,

Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling

diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.

Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan

berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu

pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri

mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang

Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat

ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan

sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem

tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih

Page 5: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional

ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman Dahulu

Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah

Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat

mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina

yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula

berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan

aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok

untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan

kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan

asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa

kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah

beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini

seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan

Laporan Razak 1956.

Pendidikan Zaman Sekarang

Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem

pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam

Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek

pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang

telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar

yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu

memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan

prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan

vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang

kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang

Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam

Page 6: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat

pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam

menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja

mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi

maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada

organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya

menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang

mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika

pelajar.

Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran

berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga

pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang

untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi

membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau

membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap

meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan

setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah

mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada

masa akan datang.

Kesimpulan

Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan

British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa

banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula

daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada

sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi.

Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika

tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira

etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang

berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa

kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar

sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan

barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya

seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini

sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para

Page 7: Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf

individu yang berjaya.