Krp 3974 rph inovasi
-
Upload
che-aishah-abd-aziz -
Category
Documents
-
view
107 -
download
3
Transcript of Krp 3974 rph inovasi
KRP 3974 LATIHAN MENGAJAR
TUGASAN:
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
RPH INOVASI
BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
TEKNIK: IKATAN DAN CELUPAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK KUMP. E-LEARNING NO.
TELEFON
CHE AISHAH BINTI
ABD. AZIZ
D20112055626 UPSI K00519
( A 142PJJ)
019 5960250
PENSYARAH PN.NOR AZLIN IRYANI BT MOHD NOOR
TARIKH HANTAR 18 APRIL 2015
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
HARI : Jumaat
TARIKH : 11/ 4/ 2015
MASA : 11.05-12.05 am
KELAS : 5 Zamrud
BILANGAN MURID : 27 orang
BIDANG 2 : Membuat Corak Dan Rekaan
TAJUK : Alas Meja Guru
TEMA : Corak Tidak Terancang
AKTIVITI : Ikatan dan Celupan
BBM : Kain kapas putih,
Pewarna makanan warna merah, hijau, kuning dan
biru, pincagari, tali serap air, getah, batu,
syiling,kayu dan lain-lain bahan yang sesuai.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
i.. Murid pernah melihat pelbagai jenis corak tidak terancang menerusi pembelajaran PSV yang
lepas , corak pada pakaian seharian, juga menerusi media elektronik dan cetak seperti
internet,facebook, Instagram, televisyen dan majalah.
ii. Murid telah mempelajari teknik membuat corak dan rekaan pada pelajaran lepas.
iii. Murid pernah melihat pelbagai corak pada alas meja dirumah.
PENERAPAN NILAI :
i. Menghargai alam benda dan hasil kreativiti orang lain disekeliling kita.
ii. Disiplin dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian dan ketika melakukan
aktiviti seni.
iii. Mempelbagaikan ekperimen memanipulasikan bahan secara kreatif.
STANDARD KANDUNGAN : Modul 2 ( Membuat Corak Dan Rekaan )
2.1 Persepsi Estetik
2.2 Aplikasi Seni
2.3 Ekspresi Kreatif
2.4 Apresiasi Seni
STANDARD PEMBELAJARAN :
2.1 Persepsi Estetik
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Garisan - pancaran atau tebal atau nipis
2.1.1.2 Jalinan - tampak
2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - garisan
2.2 Aplikasi Seni
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - gelang getah atau tali rafia, batu atau guli atau alatan lain yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kain kapas dan pewarna bahan lain yang sesuai
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - ikatan dan celupan
2.3 Ekspresi Kreatif
2.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif.
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik corak tidak terancang dengan teknik ikatan dan
celupan
2.3.4 Menggunakan hasil corak untuk membuat rekaan
2.4 Apresiasi Seni
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
2.4.3 Memberikan ulasan karya rakan secara lisan
KEUSAHAWANAN : Pendedahan kepada peluang perniagaan dan rekacipta
pelbagai produk kreatif berasaskan tekstile.
KREATIVITI DAN INOVASI : Menyusun, mencantum pelbagai media mengikut
imaginasi, pemerhatian dan pengamatan sendiri.
TMK : Komputer, video dan slaid power point
OBJEKTIF : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan dapat:
1. Menghasilkan karya dengan menggunakan teknik ikatan dan celupan
menerusi gabungan penggunaan media mengikut proses dan aplikasi
teknik, secara kreatif.
2. Mengaplikasikan bahasa seni visual dengan memilih dan
memanipulasikan idea secara kreatif menggunakan warna-warna primer
dan sekunder dan jalinan tampak pada corak tidak terancang.
3. Menyatakan hasrat apresiasi guna hasil corak untuk membuat rekaan
terhadap hasil karya sendiri
Fasa/Langkah /
masa Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan / Strategi
Pembelajaran
MENCUNGKIL
IDEA / SET
INDUKSI
( 5 minit )
1.Guru menunjukkan 3 sample corak dan
melekatkannya dipapan putih.
B
A
C
2.Guru membuat demonstrasi ringkas
dihadapan murid menggunakan tisu.
Murid melihat sambil meneliti corak
yang ditunjukkan oleh guru.
Murid melihat apa yang dilakukan guru.
Murid teruja melihat corak yang
terhasil.
Pengetahuan sedia
ada murid
Inkuiri penemuan
Kaedah:
Demonstrasi
PENDEKATAN:
Pemerhatian aktif
dan melekatkan corak tersebut dipapan putih.
Contoh hasil corak
3. Guru menyoal murid tentang corak
manakah yang sepadan dengan sample corak
yang ditunjukkan dipapan putih.
Murid menyatakan corak sample C
hampir menyerupai corak yang
dihasilkan guru tadi.
Hasil corak / sample C
LANGKAH 1 /
STRUKTUR
IDEA
(15 minit)
Guru menunjukan tayangan video batik ikat
dan celup sebagai maklumat tambahan
kepada murid.
Guru menerangkan tentang aktiviti PSV
hari ini.
1.Guru menunjukkan media /bahan-bahan
yang perlu :
i. kain kapas berwarna putih
ii. warna arcalic (merah,kuning,biru)
Murid melihat tayangan 3 minit video
penghasilan batik ikat dan celup.
Murid meneliti semua bahan yang
ditunjukkan oleh guru dan murid sama-
sama memeriksa bahan-bahan yang
dibawa.
TMK:
Komputer,
video, LCD,
speakers.
BBM:
Kain,warna,
batu,guli,kayu,
syiling,sarung
tangan,getah,
tali
iii. besen
iv.sarung tangan
v.getah,tali,batu,guli dan kayu
2.Hamparkan kain kapas di atas meja dan
ikatkan dengan menggunakan batu,guli dan
dengan pelbagai cara.
3. Sediakan bancuhan warna dalam besen
yang berlainan untuk setiap satu.
a.merah
b.hijau
c.kuning
d.biru
Murid meneliti teknik ikatan yang
digunakan.
Murid melihat cara ikatan yang
dilakukankan oleh guru.
Bersoal jawab dengan guru tujuan
teknik ikatan ke atas kain putih tersebut.
Melihat bancuhan warna yang
disediakan oleh guru.
NILAI:
Ketelitian ,
bekerjasama dan
menghormati.
Teknik Penghasilan:
Ikat dan celup
Kaedah:
Tunjukcara /
Demonstrasi
Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Berpusatkan guru dan
murid
4. Celupkan dalam warna yang disediakan
dalam besen mengikut kreativiti masing-
masing.
5. biarkan seketika kemudian buka ikatan
pada kain dan lihat hasil.
6. Jemur/keringkan kain tersebut pada pagar
sekolah atau dibawah kipas.
Gambar contoh.
Memerhati teknik celupan yang
dilakukan oleh guru.
Murid juga dimaklumkan boleh
menggunakan kaedah lain seperti :
i.gunakan “straw” untuk meletakan
warna.
ii.berus lukisan
iii.pincagari tanpa jarum
Bantuan alat di atas akan lebih
memudahkan murid mencampur warna.
Murid membuat pemerhatian aktif.
Murid teruja dengan hasil yang
ditunjukkan itu.
Strategi:
Pemerhatian
berasaskan Sumber
Aplikasi teknik:
Ikat dan celup
LANGKAH 2/
APLIKASI
IDEA.
( HASIL )
(30 minit)
1.Sebelum memulakan proses ikatan dan
celupan, guru maklumkan bahawa semua
murid mematuhi perkara-perkara berikut :
“check point” fasa aktiviti yang disediakan
bagi mengelakan murid bertumpu terlalu lama
disatu-satu “Check point” sahaja.
Maklumannya:
“Check point” 1-tempat ikatan kain
“Check point” 2-tunjukan ikatan pada guru.
“Check point 3”-tempat celupan
“Check point 4”- tempat buka ikatan pada
kain.
“Check point 5”-jemur kain
2.Murid dibahagikan kepada kumpulan A,B
dan C tetapi melakukan aktiviti secara
individu. Setiap kumpulan berjumlah 9 orang.
Murid-murid mendengar arahan dan
penerangan guru dengan teliti dan
memberi respon tanda faham dengan
peraturan yang dinyatakan oleh guru itu.
Murid memberi respon kepada guru.
Nilai : tekun,teliti,
sabar dan juga
bekerjasama.
Aplikasi teknik:
Ikat dan celup.
Inovasi dan
kreativiti:
Menjana idea kreatif
menerusi pemerhatian dan pengetahuan baru
serta digabungkan
dengan pemgalaman
lalu
Media:
Kain kapas
(12 x12 kaki )
Warna,getah, tali, batu,
guli,syiling dan kayu.
Murid dilepaskan secara berperingkat-
peringkat.
3.Guru menyoal murid adakah mereka sudah
bersedia untuk melakukan aktiviti hari ini.
*Dengan bantuan gajet seperti webcam atau
smart phone dan monostand guru
merakamkan gelagat murid-murid sepanjang
berlangsungnya aktiviti menghasilkan corak
tidak terancang dengan teknik ikatan dan
celupan.
mencelup dan mewarna
1.Kumpulan A yang akan mulakan
dahulu bersedia dengan bahan masing-
masing.
2. Kumpulan A dilepas dan diikuti
dengan kumpulan B dan C selepas
kumpulan A melepasi “Checkpoint 1“
dan seterusnya hingga selesai.
3. Setiap kumpulan memulakan aktiviti
secara individu dengan membuat ikatan
mengikut kreativiti masing-masing.
4. Murid menunjukkan ikatan yang telah
siap kepada guru. Setelah berpuas hati
dengan ikatan, murid bergerak ke
“Check point” seterusnya.
Penerapan Nilai:
Kerjasama,
Bertoleransi, yakin diri.
Teori Kecerdasan
Pelbagai:
Belajar cara Belajar dan
KBKK
Bahasa senivisual:
Kenali media dan
aplikasi bahan secara
kreatif
Tujuan murid bergerak dalam kumpulan ialah
untuk mengelakkan murid bersesak-sesak di
setiap “Check point” yang disediakan.
Guru memberikan tepukan dan ucapan
tahniah kepada semua murid.
5.Aktiviti berlangsung hingga semua
kumpulan selesai melakukan aktiviti dan
menjemur kain masing-masing.
Contoh hasil
Murid melihat hasil kreativiti masing-
masing yang sedang dijemur
LANGKAH 3/
PENILAIAN
IDEA.
( 7 minit)
1.Kemudian guru meminta semua murid
duduk bersama guru untuk melihat paparan
slaid tentang produk yang boleh
dihasilkan daripada batik ikat dan celup.
2.Guru menyoal murid tentang:
i.Pendapat mereka berkaitan hasil produk ikat
dan celup yang dipaparkan tadi?
ii.Apakah produk yang mereka ingin hasilkan
jika berpeluang menggunakan media yang
lebih besar saiznya. (kain )?
Murid berkumpul bersama-sama guru
untuk melihat paparan slaid tersebut.
i.Murid-murid memberikan respon
kepada setiap persoalan guru.
ii.Beberapa orang murid bangun
menyatakan hasrat mereka
Nilai:
Menghormati sesama
rakan dan hasil karya
Kreativiti Dan
Inovasi:
Menjana pemikiran
kreatif dan inovatif
berdasarkan penelitian
dan penegetahuan yang
diperolehi untuk
mencipta produk
sendiri suatu hari nanti.
iii.Apakah elemen Bahasa seni visual yang
terdapat pada aktiviti hari ini ?
iv.Apakah perasaan mereka selepas selesai
melakukan aktiviti pada hari ini ?
3.Guru menjemput 3 orang murid kehadapan
dan menceritakan perasaan dan menyatakan
guna hasil coraknya sendiri untuk sesuatu
rekaan pilihannya.
iii.Murid menyatakan tentang unsur seni
seperti jalinan, simetri, mengikut
fahaman masing-masing.
iv.Murid-murid menyataan perasaan
masing-masing terhadap aktiviti seni
yang dilakukan pada hari ini.
Bangga dengan produk
Buatan Malaysia.
Bahasa Seni Visual:
jalinan, simetri,
garisan,warna dan
aplikasi bahan secara
kreatif’
PENUTUP /
PENGUKUHAN
(3 MINIT)
Guru memberi pujian kepada semua murid
dan mengambil foto kenangan bersama-sama.
Guru meminta murid bersama-sama
membersihkan tempat aktiviti hari ini.
Guru memuji sikap murid-murid dan
memberikan tepukan tahniah sekali lagi
Murid bergambar sambil menunjukkan
hasil karya masing masing bersama guru
Murid bergotong royong membersihkan
kawasan tempat aktiviti hari ini
Semua murid gembira memberikan
tepukan kepada rakan dan diri sendiri.
Penerapan
nilai:
Menghormati dan
menjaga kebersihan
dan bertanggung
jawab
REFLEKSI/
IMPAK
Bil. Murid hadir : 27/27 orang Bil. Murid tidak hadir : 0
Kelas 5 Zamrud adalah kelas pertama/cemerlang akdemik
Bil. Murid hadir : 25/27 orang Bil. Murid tidak hadir : 2 ( terlibat kriket peringkat
Daerah )
Kelas 5 Zamrud adalah kelas pertama/cemerlang akdemik
22 orang murid berjaya menghasilkan karya dengan menggunakan teknik ikatan dan celupan menerusi gabungan
penggunaan media mengikut proses dan aplikasi teknik, secara kreatif.
3 orang murid orang murid agak kecewa kerana hasil pertama mereka tidak menjadi kerana terlalu banyak
mencampur warna di atas setiap warna utama. Oleh kerana itu saya memberi mereka peluang kedua untuk
hasilkan karya mereka semula dan akhirnya mereka berjaya hasilkan corak yang agak menarik juga.
5 orang murid berpeluang menceritakan aplikasikan bahasa seni visual dengan memilih dan memanipulasikan
idea secara kreatif menggunakan warna-warna primer dan jalinan tampak pada corak tidak terancang.
3 orang murid berpeluang menyatakan hasrat apresiasi guna hasil corak untuk membuat rekaan terhadap hasil
karya sendiri.
1. Keseluruhannya semua murid berjaya hasilkan corak tidak terancang dengan dengan menggunakan
teknik ikatan dan celupan menerusi gabungan penggunaan media mengikut proses dan aplikasi teknik,
secara kreatif dan diberi penilaian TP tahap 5 berdasarkan pentaksiran DSKP PBS psv
Hasrat yang pada mulanya ingin menggunakan dye sebenar terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab. Namun
begitu saya masih lagi menggunakan kain sebagai bahan utama dan menggantikan dye dengan warna archalic.
Hasilnya masih tetap menarik kerana warnanya yang terang.
Rasionalnya saya menunjukkan paparan slaid power point pada akhir pelajaran ialah untuk membuka minda
murid-murid tentang betapa luasnya pasaran industri batik ikat dan celup ini. Selain itu saya juga memberi
Pendedahan tentang peluang pekerjaan dan memupuk minat untuk berkarya dengan menjana kreativiti yang ada
dalam diri mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru walaupun dari benda yang kecil.
Kebanyakan murid menyatakan yang mereka tidak pernah terfikir bahawa hasil tekstile ikat dan celup ini boleh
menjadi produk yang sangat-sangat menarik seperti apa yang mereka lihat pada paparan tersebut.
Peringatan guru: Utamakan kebersihan dan kekemasan kawasan ketika beraktiviti.
TAHAP PENCAPAIAN MURID BERDASARKAN DSKP PSV:
TP1 : Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan
apa yang telah dipelajari.
TP2 : Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara
yang asas.
TP3 : Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
TP4 : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik
TP5 : Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
TP6 : Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru
secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.