KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam...

15
1 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH KRP3013 TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI-B35 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON HAPSAH BT MUNJIAT D 20102042640 019-6914501 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. AMIR HASAN DAWI TARIKH SERAH: 2 MEI 2012 TUGASAN 1

Transcript of KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam...

Page 1: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

1

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

KRP3013

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI-B35

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

HAPSAH BT MUNJIAT D 20102042640 019-6914501

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. AMIR HASAN DAWI

TARIKH SERAH: 2 MEI 2012

TUGASAN 1

Page 2: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

2

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan… ………………………………………………………………………3

Refleksi Unit 3………………………………………………………………………....4-5

Refleksi Unit 5………………………………………………………………………....6-7

Refleksi Unit 7………………………………………………………………………….8-9

Refleksi Unit 9…………………………………………………………………………10-11

Refleksi Unit 11………………………………………………………………………12-13

Rumusan…………………………………………………………………………………14

Rujukan………………………………………………………………………………… 15

Page 3: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

3

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Pendidikan merupakan aspek utama dalam kehidupan seorang manusia untuk

menjadikan kita sebagai insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta dapat

membantu dalam memajukan eknomi keluarga , masyarakat dan negara amnya.

Sebagai seorang Islam terutamanya, menuntut ilmu tidak ada batasnya

sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w: “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang

lahad.”

Begitu jualah dengan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w yang

bermaksud:“Bacalah dengan nama Tuhan kamu” yang menekankan betapa pentingnya

pendidikan kepada seluruh umat manusia untuk membentuk keperibadian unggul, jati diti

yang baik dan menjadi manusia yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Kepentingan pendidikan menjadi agenda utama negara dan pelbagai usaha telah

dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan segala perancangan bagi mengukuhkan

sistem pendidikan di negara ini berjalan dengan baik.

Menurut Hassan Langgunung di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Islam dan

peralihan Paradigma”, menjelaskan bahawa pendidikan bukanlah sekadar pengajaran

pengetahuan aau kemahiran–kemahiran pemikiran dan teknik seperti halnya pandangan

ekonomi tetapi dalam masa yang sama juga pendidikan adalah proses pengembangan

spitual, fizikal, pemikiran, intelektual, emosi dan akhlak yang akan berfungsi sepenuhnya

untuk menjadikan individu agar dapat memberi sumbangan berkesan dalam kehidupan

mereka.1

Di dalam tugasan ini akan dibincangkan dengan lebih jelas tentang corak pendidikan

meliputi matlamat pendidikan negara, reka bentuk kurikulum termasuk KLSR, KBSR dan

KSSR, pengorganisasian kurikulum di sekolah rendah serta mata pelajaran yang dipelajari

di sekolah rendah serta elemen yang diterapkan dalam melaksanakan segala perancangan

yang telah dihasratkan oleh kerajaan selama ini.

1 Husan Abdul Wahab, Majalah Pendidik, Widad Publication Sdn.Bhd., 2005,hlm.91.

Page 4: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

4

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

UNIT 3 - MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini membincangkan tentang matlamat kurikulum sekolah rendah secara umum,

kurikulum pendidikan sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan juga

matlamat kurikulum pendidikan selepas merdeka. Perbincangan juga menekankan

tentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di

Malaysia.

Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah berbeza daripada sebuah negara dengan

negara yang lain. Begitu juga di Malaysia. Kurikulum pendidikan di Malaysia adalah

bercorak tradisional manakala semasa penjajahan Inggeris pendidikan formal telah

mengenalkan sekolah venakular sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah Inggeris.

Matlamat kurikulum selepas merdeka berpandukan kepada Ordinan Pelajaran 1952 untuk

membina sebuah negara yang bersatu padu, beroreientasikan negara kita sendiri dan

menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sistem pendidikan mengalami

perubahan daripada KLSR kepada KBSR dan juga KSSR.

Melalui perbincangan ini juga, dinyatakan dengan jelas matlamat KBSR iaitu untuk

mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Matlamat yang ingin

dicapai di dalam KBSR dapat dilihat melalui mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-

murid. Dinyatakan juga dengan jelas objektif KBSR seperti menguasai Bahasa Melayu

dan kemahiran asas 3M.

Matlamat KSSR juga dinyatakan dengan jelas iaitu melahirkan insan yang seimbang,

berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan

teknologi perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan serta

kerohanian, sikap dan nilai.

Page 5: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

5

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Empat tonggak

pendidikan

UNESCO

Belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk

hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.

2. Matlamat

pendidikan

Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang

diharpakan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan.

3.

Matlamat kurikulum Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan.

4.

Pendidikan asas Membaca, menulis dan mengira.

5.

Matlamat dan

objektif

Matlamat adalah hasrat jangka panjang manakala objektif adalah

hasrat yang lebih konkrit melalui langkah-langkah tertentu dan

dalam jangka masa yang lebih pendek.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Melalui perbincangan ini, saya lebih memahami perbezaan antara matlamat dan objektif

dalam pendidikan. Pemahaman saya tentang matlamat pendidikan sebelum dan semasa

penjajahan Inggeris serta selepas kemerdekaan lebih jelas dan sistematik.

Sebagai guru, saya adakalanya keliru tentang matlamat dan objektif sistem pendidikan di

negara kita ini. Melalui pembacaan berulang kali ini, saya mengharapkan agar diri saya lebih

mudah untuk mengingati dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari ini. Matlamat

KSSR adalah pemurniaan daripada matlamat KBSR dan merupakan penambahbaikan yang

amat berguna jika guru-guru lebih memahami tajuk perbincangan dalam unit ini.

Namun sebagai manusia biasa juga dan hanya mengajar di sebuah sekolah yang rata-

ratanya murid-murid berada di dalam tahap sederhana adakalanya agak sukar bagi saya

merealisasikan segala objektif yang ingin dicapai oleh sistem pendidikan yang sentiasa

berubah ini dalam kadar tertinggi. Namun saya sedar sebagai pelaksana dasar, usaha

kerajaan ini amat baik dan perlu diteruskan.

Page 6: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

6

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

UNIT 5 - MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini, perbincangan meliputi asas-asas penentuan mata pelajaran dan mata

pelajaran – mata pelajaran yang terdapat di dalam KBSR dan KSSR.

Penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada kurikulum yang telah ditetapkan. Di

Malaysia , mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat

KBS atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Mata pelajaran dalam KBSR dapat dikategorikan kepada tiga yang utama iaitu mata

pelajaran teras, wajib dan tambahan.

Mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid

dan menjadi asas utama pendidikan murid di sekolah rendah- Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Sains Matematik, Pendidikan Islam , Moral, Kajian Tempatan.

Mata pelajaran wajib pula kategori mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua

murid-Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Muzik.

Manakala mata pelajaran tambahan pula diajar bagi murid yang berminat-Bahasa

Arab, Tamil dan China.

Mata pelajaran dalam KSSR pula dibahagikan kepada Tahap 1 dan 2. Tahap 1

dikelompokkan kepada tiga iaitu :

Modul Teras Asas – Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam Moral,

Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Matematik.

Modul Teras Tema- Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia

Negaraku.

Modul Elektif – Bahasa Arab, China, Tamil, Iban dan Kadazandusun.

Bagi Tahap 2 pula, mata pelajaran dalam KSSR berteraskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;

Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Sikap dan Nilai dan

Kemanusiaan. Dalam unit ini juga diterangkan secara terperinci mata pelajaran yang

terkandung dalam KSSR.

Page 7: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

7

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Modul Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenal

pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara

modular dan bersifat kendiri-lengkap.

2. Literasi Berbahasa Kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

3.

Dimensi instrinsik

dan dimensi sosial

Keperluan individu dan keperluan sosial

4.

Mata Pelajaran Teras

Tahap 2 KSSR

Mata pelajaran yang akan diajar diklasifikasikan mengikut lima

tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Sains dan Teknologi,

Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Sikap dan

Nilai serta tunjang Kemanusiaan.

5.

Mata Pelajaran

Elektif Tahap 2

KSSR

Mata pelajaran yang diajar mengikut tunjang Komunikasi dan

contoh mata pelajaran seperti Bahasa Arab, Tamil, China , Iban

dan Kadazandusun.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Mendalami bacaan dalam unit 5 ini, memberikan saya lebih kefahaman tentang mata

pelajaran-mata pelajaran yang perlu diajar dalam KBSR dan juga KSSR. Pengetahuan dan

pengalaman ini akan digunakan dengan baik apabila saya mengajar dalam KSSR bagi

Tahap 2 nanti. Sekarang ini saya mengajar dalam mata pelajaran Matematik Tahun 2 dan

setelah menelaah unit ini, saya mula memahami corak kurikulum yang akan saya hadapi

nanti apabila saya mula mengajar dalam Tahap 2 KSSR.

Bukan mudah merealisasikan segala yang dihasratkan oleh kerajaan dalam perubahan

dunia pendidikan ini. Bagi saya sebagai guru dalam abad 90-an berdepan dengan

perubahan teknologi pendidikan yang merentasi kurikulum pendidikan membuatkan saya

perlu peka dan berusaha untuk merubah pemikiran dan cara kerja seiring dengan

perubahan yang diinginkan.

Page 8: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

8

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

UNIT 7 – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang berkait dan berlaku dalam waktu yang

sama. Jika tiada guru (pengajaran) maka tiadalah murid (pembelajaran). Pembelajaran

berlaku apabila seseorang individu terlibat dalam penyelesaian masalah.

Dalam pengajaran, terdapat dua aliran falsafah pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan

Tradisional dan Falsafah Pendidikan Kontemporari. Selain dari itu, dari segi ilmu juga

terdapat dua perspektif iaitu perspektif objektivis (melaksanakan kaedah deduktif dalam

pengajaran) dan perspektif konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif).

Dalam pembelajaran pula, dalam unit ini hanya membincangkan empat teori dan model iaitu

behaviourisme, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pelbagai

kecerdasan.

Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga fasa iaitu fasa sebelum pengajaran,

semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran

yang berupaya mencapai objektif yang telah ditetapkan yang diajar secara kelas,

berkumpulan ataupun secara individu.

Selepas berlakunya pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif diperlukan bagi

mengesan dan mengenalpasti tahap pencapaian dan penguasaan murid. Jika terdapat

murid lewat menguasai aktiviti pemulihan perlu dilaksana. Perkembangan intelek individu

murid tidak sama dan ia memerlukan guru memikirkan strategi yang berbeza. Bagi murid

yang mempunyai penguasaan dan kemahiran yang tinggi, kelas pengayaan diperlukan

untuk memperkembangkan penguasaan murid ke tahap yang lebih tinggi.

Unit ini juga menerangkan tentang kelas bercantum yang wujud di sekolah-sekolah kurang

murid (SKM). Ia diwujudkan apabila bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah

kurang dari 15 orang. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas tersebut adalah

berbeza, justeru guru perlu memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan bagi semua murid.

Page 9: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

9

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan

penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Kaedah kelas Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan

mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas

2. Kaedah kumpulan Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam

satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat

pembelajaran yang sama

3.

Kaedah individu Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa sebab

seperti kerja individu

4.

Pemulihan Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid

yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam

menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan

mengira.

5.

Pengayaan Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras

kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang

mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang

tinggi, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang biasa

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Dalam unit ini, saya dapat mendalami kemahiran dan teknik pengajaran saya agar para

pelajar dapat manfaat dalam pembelajarannya. Kepelbagaian cadangan dan kaedah

pengajaran memberikan saya cetusan idea-idea. Sebagai guru, saya amat menyedari tugas

yang terpaksa saya laksanakan ini adalah begitu berat sekali. Amanah yang

dipertanggungjawabkan kepada saya dan seluruh guru di Malaysia ini perlu direalisasikan

menjelang Malaysia ke arah negara maju 2020.

Page 10: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

10

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

UNIT 9 – BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Perbincangan yang terdapat dalam unit 9 ini antara lain menerangkan tentang bahan

pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikategorikan mengikut jenis dan cara

penggunaannya. Jenis-jenis bahan pengajaran dan pembelajaran termasuklah bahan

bercetak, CD-ROM dan DVD ROM , internet , bahan siaran radio dan televisyen , relia ,

replika dan sebagainya. Penerangan lanjut bagi setiap jenis bahan pengajaran dan

pembelajaran turut dihuraikan dengan memberi contoh dan cara-cara menggunakannya

dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui contoh-contoh hyang diberi akan dapat

memberikan idea untuk guru menggunakannya dalam topik-topik yang difikirkan sesuai.

Unit 9 ini seterusnya membincangkan rasional penggunaan bahan dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan merujuk kepada teori-teori pembelajaran. Penggunaan bahan

pengajaran dan pembelajaran tanpa merujuk kepada teori pembelajaran memungkinkan

objektif pembelajaran tidak tercapai kerana ia melibatkan pelbagai perkara yang harus

diambil kira sama ada dri pihak guru mahu pun murid.

Penerangan dalam unit 9 ini turut menekan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab

dalam pengurusan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui empowerment yang

diberi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ini maka penggunaan bahan pengajaran

dan pembelajaran akan lebih terurus, teratur dan digunakan semaksimum mungkin.

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Bahan pengajaran Bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksana

pengajaran sesuatu tajuk atau topik tertentu

2. Bahan pembelajaran Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti

atau proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam

kelas.

3.

Bahan bercetak Merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

contohnya modul , buku teks , buku latihan dan aktiviti, buku

Page 11: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

11

sumber, buku rujukan dan sebagainya.

4.

Dokumen standard

kandungan (DSK)

Pernyataan saintifik tentang perkara-perkara yang murid perlu

ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan,

merangkumi aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan nikai.

5.

Dokumen standard

pembelajaran (DSP)

Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

6. Modul Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah

dikenal pasti untuk kuasai oleh murid serta diorganisasi secara

modular dan bersifat kendiri lengkap (self-contained)

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Perbincangan dalam unit ini memberi ruang pengetahuan saya tentang penggunaan bahan-

bahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang terbukti menjadi satu cara terbaik

yang dapat digunakan oleh terhadap murid-murid dalam meningkat pencapaian dalam mata

pelajaran. Adalah lebih tepat jika dikatakan dengan jenis bahan yang sesuai untuk topik-

topik yang tertentu akan dapat meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran.

Selain dari itu ianya turut menjadi daya penarik kepada murid untuk mengikuti pengajaran

yang disampaikan oleh guru apatah lagi jika guru-guru sangat kreatif dengan menggunakan

pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran. Tidak keterlaluan jika dikatakan

penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana memberi

keuntungan sama ada kepada guru dalam segi peningkatan profesionalisme mahu pun

murid dari segi pencapaian dan keseronokan untuk belajar.

Page 12: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

12

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

TAJUK

UNIT 11 – PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Perkembangan kurikulum di negara kita telah mengalami beberapa perubahan. Mulai tahun

1982, KBSR telah menggantikan KLSR secara berperingkat-peringkat. Kemudian mulai

2011 pula KSSR telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan standard pembelajaran. Dalam

KSSR murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Sehubungan

dengan itu, pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid sekolah

rendah.

Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi

nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke

atas maklumat yang bertujuan untuk tindakan susulan ke arah peningkatan prestasi.

Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data

kuantitatif dan data kualitatif. Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian

formatif dan sumatif. Penialain formatif dijalankan bagi mengesan tahap penguasaan dan

kemajuan murid untuk membaiki kelemahannya serta merta. Penilaian sumatif pula

dijalankan secara formal seperti Peperikasaan Pertengahan Tahun.

Dasar KSSR telah mengenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) yang merupakan

pentaksiran yang dikendalikan oleh sekolah yang melibatkan peringkat perancangan,

pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah. Dalam PBS guru

berperanan sebagai fasilitator, pemerhati, pengumpul makluamat, memberi maklum balas

dan memperbaiki.

Beberapa kaedah pengumpulan bukti PBS juga telah dicadangkan iaitu kaedah cerapan,

ujian, tugasan atau pentaksiran prestasi juga pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja

berkumpulan. Dalam PBS petunjuk Standard Prestasi berasaskan kategori tertentu seperti

Band 1, Band 2 hinggalah Band 6 berdasarkan mata pelajaran.

Page 13: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

13

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan

1. Menaakul Kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan

membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta atau andaian

2. Pemulihan Proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau

membetulkan sesuatu yang tidak betul

3.

Pentaksiran Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi

maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan

membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke

atas maklumat

4.

Portfolio Koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan

dan sumber yang releven dengan objektif mata pelajaran

5.

Standard prestasi Pernyataan generik tenang aras pencapaian pelajar dalam

sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan

DSK dan DSP untuk pentaksiran

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks

profesionalisme keguruan anda.

Di dalam unit 11 ini, apa yang saya fahami adalah perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran ( P&P ) yang dirancang dan disusun secara sistemetik akan membantu

matlamat dan objektif P&P tercapai secara berkualiti. Manakala pentaksiran dan penilaian

akan menentukan keberhasilannya.

Sebagai guru, saya kira pengetahuan ini amat berharga kepada saya kerana kesibukan di

sekolah membuatkan saya sendiri lupa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan

konsep, corak kurikulum dan sebagainya. Hanya melalui kehadiran di dalam kursus

terutamanya untuk KSSR pada tahun lepas banyak mengingatkan kembali kepada

perubahan yang telah berlaku dalam sistem pendidikan hari ini.

Sebagai guru, saya akan cuba melaksanakan segala pengetahuan ini dengan mengajar

bersungguh-sungguh agar segala hasrat kerajaan yang ingin menjadikan pendidikan di

Malaysia bertaraf dunia tercapai. Insyaallah.

Page 14: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

14

RUMUSAN

Bagi menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara

menyatakan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Perubahan dasar dalam pendidikan negara daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah

kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dan diganti dengan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah(1993) serta diikuti dengan KSSR yang dilaksanakan keseluruhannya di

sekolah rendah pada tahun 2011 telah menampakkan kesungguhan usaha kerajaan untuk

mengubah sistem pendidikan negara ke arah pendidikan globalisasi.

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan negara ini, para

pendidik haruslah memainkan peranan dan bersatu-padu menggembleng tenaga bagi

merealisasikan hasrat kerajaan dalam transformasi pendidikan ini.

Page 15: KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH · PDF filetentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di Malaysia. Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

15

RUJUKAN

Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan,Guru dan Sekolah, Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah, Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma Publications

Sdn. Bhd.

Ikhsan Othman. Norila Md Salleh. Abdul Talib Mohamed Hashim.Mohmad Noor Mohmad

Taib. Abu Bakar. Zaini Abdullah.2011. KRP Kurikulum dan Pengajaran Sekolah

Rendah. Tanjung Malim: Pusat Pendidikan Luar.

Mohd. Kamal Kamaruddin.2011. Pengajian Malaysia dan Kenegaraan, Kuala Lumpur:

Global Mediastreet Sdn.Bhd.

Pendidik.2006. Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Agenda Berterusan

Kementerian Pelajaran.Hlm. 15-19. Ampang, Selangor: Widad Publication Sdn.Bhd.