KRP3033 PERBANDINGAN KURIKULUM MENGIKUT ERA

16
PEMARKAHAN PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH LAPORAN ANALISIS 2 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A18(A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING:

description

Perbandingan kurikulum mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Transcript of KRP3033 PERBANDINGAN KURIKULUM MENGIKUT ERA

PEMARKAHANPPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARANSEKOLAH RENDAH

LAPORAN ANALISIS 2DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A18(A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH HANTAR : 27 APRIL 2013LAPORAN ANALISIS 2(Perbandingan Kurikulum Mengikut Era)Nama: No. ID :1. Disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a. Nama disiplin/mata pelajaran : BAHASA MELAYU

b.Tahun: TAHUN 2

2. Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR

DIMENSI HORIZONZAL

a. Skop/liputan KLSR : Era ini adalah untuk menguji murid untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Fokus kurikulum utama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 adalah untuk membaca dan menghafal sahaja. Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ).KBSR : Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran bernilai tambah. Era KBSR adalah untuk meningkatkan tahap literasi murid-murid dan kemahiran kognitif mereka. Terdapat tiga kategori dalam era KBSR iaitu Mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid dan menjadi asas utama pendidikan murid di sekolah rendah - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Matematik, Pendidikan Islam , Moral dan Kajian Tempatan. Mata pelajaran wajib pula kategori mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid - Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni dan Muzik. Manakala mata pelajaran tambahan pula diajar bagi murid yang berminat-Bahasa Arab, Tamil dan China.KSSR : Mata pelajaran dalam KSSR pula dibahagikan kepada Tahap 1 dan 2. Tahap 1 dikelompokkan kepada tiga iaitu; Modul Teras Asas meliputi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Matematik. Modul Teras Tema pula terdiri dari subjek Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia Negaraku. Modul Elektif adalah terdiri dari mata pelajaran Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan dusun. Bagi Bahasa Melayu Tahun 2 pula, dalam KSSR berteraskan 6

tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi, dan keterampilan diri.( 3 markah)b. Kesepaduan/integrasi KLSR: Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama disetiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Mata pelajaran Bahasa Melayu memainkan peranan penting bagi berkomunikasi antara pelbagai kaum di sekolah. Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf.KBSR: Matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Contohnya, melalui pengajaran Bahasa Melayu bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yangbaik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terusmembaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.KSSR: Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Konsep dalam era KSSR adalah yang terperinci dan tersusun dimana warga pendidik mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi membentuk atau menukar cara pembelajaran, kandungan mata pelajaran kepada yang lebih menarik dan mudah. Contohnya, pengajaran Mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja kajian di kelas tetapi guru perlu memupuk sikap penggabungjalinan dengan mata pelajaran Pendidikan moral dari segi nilai kerjasama antara murid.( 3 Markah)c. Imbangan KLSR: Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada akademik dan kokurikulum sahaja. Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang terdapat dalam buku teks. Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M adalah secara umum sahaja dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Kebanyakkan murid-murid tidak pandai untuk membaca dalam bahasa melayu. Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. KLSR lebih bercorak umum dan lebih berfokus kepada hafalan dan pada masa yang sama teknik pengajaran guru juga lebih bertumpu kepada kaedah kelas di mana guru menggunakan buku teks sebagai sumber tambahan dan pengunaan sumber alternatif bagi pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Contohnya, semasa waktu pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas guru boleh memberikan aktiviti bersenam supaya minda murid lebih aktif dan cergas.KBSR : Terdapat tiga komponen utama dalam KBSR iaitu Komunikasi, perkembangan individu dan manusia dan persekitarannya. Komponen pertama adalah supaya murid boleh membaca, menulis dan mengira (3M). Perkembangan individu adalah dari segi memperolehi ilmu pengetahuan yang sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka. Seterusnya manusia dan persekitarannya membantu menguasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penghantar. Komponen yang ketiga iaitu persekitarannya sangat penting bagi mengimbangi murid-murid dengan pelajaran. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar bukan saja mendapat ilmu membaca dan menulis tetapi mereka juga perlu memperoleh nilai dan pembentukan sikap (spt sedar kepentingan menjaga alam sekitar) dan kemahiran (tahu bagaimana menjaga alam sekitar).KSSR : KSSR pula lebih memberi penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan di dalam bilik darjah. Dalam KSSR selain konsep kesepaduan ia juga fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran asas 3M dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul, menjadikannya 4M. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. KSSR berfokus kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam Bahasa Melayu. Standard lebih jelas dinyatakan bagi kandungan dan pembelajaran dalam KSSR. KSSR dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu bertujuan membekalkan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran abad ke-21.(3 markah)DIMENSI VERTIKAL

a. Urutan/sekuen KLSR: Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah. Aspek seperti ini mebantutkan lagi urutan antara tahun 1 hingga tahun 6 dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 2. Contohnya pengajaran teori asas dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu seperti menghafal sahaja tidak membantu sama sekali urutan di peringkat tahun 3 dan seterusnya untuk menyelesaikan, memahami atau menjawab soalan.KBSR : KBSR adalah sistem baru yang menekankan komponen nilai nilai murni. Sekuan dalam era ini, pelajar - pelajar bukan Islam wajib lulus Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. KBSR akan memastikan taraf pendidikan yang diberikan kepada pelajar adalah yang terbaik, berkualiti memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal sememangnya penting, kerana ia dapat membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat.KSSR : KSSR digubal berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Contohnya Mata Pelajaran Bahasa Melayu tahun 2 menekankan Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca dimana murid-murid boleh menggunakkan kemahiran asas tersebut untuk memperolehi ilmu baru. KSSR digubal berdasarkan standard adalah mengambil kira beberapa faktor seperti;a) Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. b) Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. c) Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) d) Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. e) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (3 markah)

b. Kesinambungan/kontinuiti KLSR: Silibus yang statik dan perlu diselesaikan untuk peperiksaan. Di awal pengenalan KLSR, kerajaan Malaysia ketika itu amat menitik beratkan akademik dalam membasmi buta huruf bagi melahirkan rakyat yang mampu bersama-sama membangunkan negara berdasarkan acuan sendiri. Melalui KLSR juga, pihak kerajaan komited untuk memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipupuk dan disemai melalui penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Rasa kecintaan ke atas bumi Malaysia disemai di dalam diri anak-anak yang lahir di Malaysia dari peringkat awal persekolahan hingga ke akhir hayat. Contohnya kandungan Bahasa Melayu tahun dua bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafalan seperti sahaja seperti struktur ayat, tatabahasa dan sebagainya.KBSR : KBSR mengabung jalin kemahiran serta penyerapan isi daripada mata pelajaran lain. Pengajaran dalam bentuk kumpulan dan individu digunakan. Pengajaran dengan penglibatan murid secara aktif (berpusatkan murid) juga amat digalakkan di peringkat sekolah. Program pemulihan kepada murid yang lemah dan pengayaan kepada yang cerdas berasaskan keputusan ujian diagnosis. Penilaian formatif juga digunakan bagi menilai perkembangan dan kemajuan murid. Program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Contohnya Peperiksaan SPM diwajibkan lulus Bahasa Melayu bagi mendapat sijil serta kemasukkan uiversiti dan alam pekerjaan.KSSR: KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. Melalui era KSSR bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu tahun 2, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum hingga akhir tahun 6. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan dari tahun 1 hinga tahun 6. Pembelajaran Bahasa Melayu dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR.(3 markah)3. Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih. a. Pandangan/Ulasan : Menurut pandangan saya, perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya KSSR. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan kehendak perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibanding bezakan antara satu dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan misi untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan melahirkan insan berjaya. Kurikulum bersepadu adalah kurikulum yang mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran. Kurikulum standard - kurikulum yang berasaskan kepada standard seperti standard kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya. (2 markah)4. b. Cadangan : Tajuk tugasan ini amat sesuai sebagai rujukan kepada semua guru kerana melalui tajuk guru, ibu bapa dan murid akan memahami tujuan sebenar berlakunya perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut era KLSR, KBSR dan KSSR. Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan itu, sistem pendidikan yang berkonsepkan pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita turut berakhir. Perubahan arus globalisasi juga telah menyebabkan beberapa pindaan dan perubahan terhadap Akta Pelajaran dan juga kurikulum pendidikan negara. Misalnya, KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam kontan mata pelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan KBSR diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR). Satu kurikulum baru telah diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Kurikulum ini adalah selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti yang sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih. Perubahan seperti ini amat membantu untuk melahirkan generasi yang serba boleh, berpengetahuan tinggi serta menjadi sebagai modal insan kepada generasi masa depan. Perbandingan displin mengikut era KLSR, KBSR Dan KSSR adalah menepati keadaan masa kini yang semakin mencabar dan melahirkan anak bangsa yang berjaya. Senario sekarang ialah perubahan yang tidak terancang kian cepat dan pantas serta dunia tanpa sempadan, institusi sekolah tidak dapat dielakkan kerana ianya berfungsi dalam dunia yang sentiasa berubah, memerlukan sekolah turut berubah untuk mengadaptasikan dengan persekitaran global. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keberkesanan dan prestasi yang lebih optimum, sekolah perlu berubah kerana struktur kurikulum sedia ada agak kurang relevan dan efisien, untuk menghasilkan insan cemerlang yang berpengetahuan luas tetapi mengikut acuan Negara kita Malaysia. (3 markah)