Kuasa Facebook Wa Cakap Lu

download Kuasa Facebook Wa Cakap Lu

If you can't read please download the document

description

kuasa

Transcript of Kuasa Facebook Wa Cakap Lu

  • 4

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    40 Tips Tingkatkan Jualan Melalui Facebook

    TIPS-TIPS MEMBUAT IKLAN FB ADS TIPS #1 : FOKUS BINA FANS, BUKANNYA TRAFIK

    Tahukah anda, menjual kepada fans adalah lebih mudah berbanding menjual kepada non-fans.

    Kenapa ? Ini mereka yang telah LIKE page anda, iaitu fans anda, lebih mengenali anda dan

    produk anda berbanding mereka yang masih belum jadi fans (non-fans). Untuk menjual lebih

    mudah kepada mereka, anda perlu konsisten dalam membina relationship, engagement dan

    sentiasa tingkatkan kredibiliti/kepercayaan mereka terhadap page anda.Anda bagaimana? Dah

    mula kumpulkan fans yang relevan dengan page anda? Jika belum, anda boleh mulakan

    membina fans anda menggunakan FB Ads, Like marketing. Apabila jumlah fans page anda

    melebihi 5000, adalah mudah untuk membina iklan yang menyasarkan fans anda sendiri. TIPS #2 : GUNAKAN GAMBAR YANG RELEVAN, MEMUKAU

    Dalam FB Marketing, gambar atau imej memainkan peranan besar untuk menarik perhatian

    audiens dan seterusnya mampu membuatkan mereka berminat atau berniat untuk membeli.

    Gambar mempunyai nilai sentiment yang sangat tinggi Jika anda seorang penjual tudung, cuba

    gunakan gambar model menggayakan tudung tersebut. Jika jual produk kencantikan muka,

    anda boleh gunakan gambar testimonial pengguna. Jika anda jual ubat kuat ?Gunakan gambar

    produk (jangan gambar yang bukan- bukan ye) seperti gambar kiasan.Jual t-shirt?Mungkin anda

    boleh gunakan gambar model memakai t-shirt.Extra tips Gunakan gambar yang mampu

    memainkan emosi prospek! Emosi prospek mudah dicuit dengan menggunakan gambar yang

    mempersembahkan unsur-unsur adjektif seperti cantik, mudah, cepat, murah, jimat, lain dari

    lain, ekslusif dll. TIPS #3 :GUNA PERKATAAN-PERKATAAN YANG MAHAL PADA IKLAN

    Di Facebook terlampau banyak iklan. Mungkin kita akan tenggelam jika mesej pemasaran kita

    kurang berkesan. Nak beriklan di Facebook perlu mengandungi mesej pemasaran yang

    gagah.Antaranya guna perkataan-perkataan yang mahal pada iklan. Penggunaan perkataan

  • 5

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    yang akan membuatkan orang klik pada iklan kita, sebagai contoh, PERCUMA, TERKINI, BARU,

    MUDAH, BONUS, CEPAT adalah perkataan yang mahal dan menarik minat untuk orang klik. TIPS #4 : FAHAMI SIAPA BAKAL PELANGGAN KITA

    Tak kenal, maka tak dapat pembeli lah! Jadi, cuba kenali pelanggan anda sebaiknya. Kenali

    maklumat demografi mereka (umur, jantina, pekerjaan, status family dll) , di mana mereka, apa

    yang mereka suka, apa yang mereka buat, apa masalah mereka, apa situasi mereka, apa

    mereka inginkan dan sebagainya. Semakin anda mengenali mereka, semakin mudah anda

    menjual kepada mereka.Setuju ? TIPS #5: ORANG SUKA PERGI KE KEDAI YANG RAMAI ORANG

    Katakan anda ingin makan ikan bakar di satu kawasan yang belum pernah anda pergi yang

    mana terdapat lebih dari 10 restoran ikan bakar yang bersebelahan antara satu sama lain. Anda

    pergi yang mana satu? Saya yakin anda pasti akan memilih restoran yang memiliki paling ramai

    pelanggan bukan? Begitu juga di Facebook! Orang membeli dari fanpage yang paling ramai

    pelanggan! Iaitu ramai fans, ramai komen! Jadi, tingkatkan jumlah fans anda dan tingkatkan

    respons di fanpage anda!

    TIPS #6 : MENJUAL PADA WAKTU ORANG BERDUIT

    Jika nak menjual, jual lah pada ketika orang berduit.Iaitu waktu gaji masuk.Pada waktu ini,

    memang lebih mudah menjual berbanding hari biasa. Kita boleh buat iklan tentang produk kita

    kepada prospek ketika ini, ataupun anda boleh follow up semula mereka yang pernah berminat

    dengan produk anda (orang yang komen dan juga yang PM). AMARAN: Jangan menjual di hari-

    hari PERAYAAN! Ataupun sehari dua sebelum perayaan! Ini kerana prospek anda sedang berada

    di alam lain ketika itu! (mood raya) TIPS #7 : ELAKKAN JAM 12AM 9AM

    Why? Why? Kenapa nak dielakkan masa ni? Mudah je jawapannya! Kan ini waktu tidur dan

    waktu orang nak bergerak ke tempat kerja! Jika anda buat Facebook Ads pada ketika ini, agak

  • 6

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    sia-sia! Kenapa ? Jika audiens layari Facebook pada waktu ini, mereka layarinya menggunakan

    smartphone mereka, di atas katil sambil berbaring! Satu kedudukan yang kurang sesuai untuk

    membuat pembelian.Anda boleh kurangkan bajet iklan anda untuk perlahankan iklan anda,

    ataupun pause iklan anda sepanjang tempoh ini. TIPS #8 : JUAL MANFAAT, BUKANNYA PRODUK

    Anda kena tahu, orang membeli disebabkan MANFAAT yang bakal mereka perolehi dari produk

    yang dibeli. Orang membeli steam iron kerana dapat bantu mereka menggosok baju dengan

    cepat, mudah dan selamat di pagi hari. Orang membeli produk pemutih wajah kerana mereka

    ingin kelihatan cerah, cantik dan menawan. Kaum Adam membeli produk ubat kuat kerana

    mereka ingin nampak hebat di depan isteri mereka. Wanita Melayu membeli baju kurung di FB

    kerana mereka ingin kelihatan cantik, menawan lagi tertawan. Beli aircond, bukan sebab

    aircond tu cantik, canggih, tapi aircond tu boleh memberi kesejukan pada kita, tak panas! Orang

    beli cermin mata anti silau sebab ianya dapat kurangkan silau.Orang beli Burger Bakar sebab

    ianya nampak sedap, lazat berkrim.Anda pula bagaimana?Apa manfaat produk anda? TIPS #9 : SUKA, KENAL, PERCAYA

    Di Facebook, anda juga perlu gunakan konsep ini. Pertama, buatkan audiens suka dengan page

    anda.Bagaimana nak buat orang sukakan page anda?Anda boleh gunakan gambar yang

    menarik, yang lain dari lain, atau gunakan ayat-ayat yang memikat. Ini mampu buatkan audiens

    sukakan page anda! Seterusnya, kenalkan diri anda kepada mereka.Tunjukkan siapakah anda di

    sebalik fanpage anda.Anda boleh tunjukkan diri anda, ataupun syarikat anda. Letakkan nama,

    alamat, website dan sebagainya yang mampu membantu buatkan orang mengenali anda. Dan

    seterusnya buatkan mereka percaya dengan anda, dan juga produk yang

    dijual.Bagaimana?Anda boleh gunakan testimonial, tunjukkan pengiktirafan terhadap produk

    anda, mahupun endorsement dari mereka yang berpengaruh. Belum pernah cuba ? Cer cuba TIPS #10 :75% ORANG MEMBELI DISEBABKAN EMOSI

    Pernah dengar fakta ini ? Ya, 75% pembelian dibuat disebabkan emosi! Sebagai contoh awek

    saya, suka sangat membeli jubah di Facebook disebabkan teruja dengan fesyen, warna, dan ke-

    eksklusif-annya.Pantang lihat jubah yang cantik-cantik, terus saja beliau membelinya. Dan

    seorang student saya, berjaya menjual 1000 unit steam iron dalam masa 7 hari di Facebook

  • 7

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    dengan hanya menggunakan video demo sahaja! (buat FB ads). Anda boleh mainkan emosi

    prospek untuk membeli dengan penggunaan gambar, video, ayat dan juga tawaran anda. TIPS #11 : TINGKATKAN TRAFIK

    Fanpage menarik, produk ada permintaan, gambar memukau, ayat menjual power belum

    bermakna produk anda boleh senang-senang saja terjual! Anda perlu buat perkara paling

    penting dalam pemasaran, iaitu tarik trafik, iaitu pelawat ke post di fanpage anda. Sedikit

    trafik, sedikit lah potensi jualannya! Banyak trafik, banyaklah peotensi jualannya! Bagaimana

    nak tarik trafik ?Apa lagi, gunakan lah FB Ads! (Contohnya - Saya kalau nak sales RM5k sehari,

    saya kena dapatkan trafik sebanyak 1000 klik sehari. ) TIPS # 12 : KIRA CONVERSION RATE

    Dari 100 pelawat yang klik post iklan anda, berapa ramai yang menjadi pembeli? Jika ada 1

    pembeli dari 100 klik tadi, conversion rate iklan post anda 1%.Kira conversion rate iklan anda

    setiap hari atau sebaik saja anda mencapai klik sebanyak 100 klik. Tak dapat conversion rate 1%

    selepas 1 hari ataupun selepas 100 klik, anda perlu berbuat sesuatu. Mungkin boleh mencuba

    audiens yang baru, ataupun gunakan gambar dan ayat iklan yang baru. TIPS #13 : PRODUK YANG BANYAK MANFAAT, JANGAN JUAL SEMUA MANFAAT.

    Selalu kita tengok mana-mana iklan pemasaran letakkan semua manfaat produk dalam iklan

    mereka. Contohnya ada satu produk boleh ubat penyakit gout, kencing manis, darah tinggi, dan

    macam-macam lagi, pendek kata kita selalu anggap produk ni ajaib boleh ubatkan semua

    penyakit. Cuba ambil satu sahaja manfaat produk. Dalam hal ini saya ambil penyakit kencing

    manis. Jadi saya boleh target iklan hanya kepada orang yang kencing manis sahaja.

  • 8

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    TEKNIK DENGAN PELANGGAN DAN BAKAL PELANGGAN TIPS #14 : GUNA STRATEGI PEMASARAN MENGIKUT ISU SEMASA.

    Contoh isu semasa, harga barang naik selepas pilihanraya. Buat satu post Facebook berkenaan

    isu minyak naik dan bagi solusi macam mana produk anda boleh bagi bantu masalah kenaikan

    minyak. Contohnya masa harga minyak naik mungkin ramai orang cadangkan untuk dapatkan

    produk penjimat minyak. Kita boleh juga memberi solusi lain seperti memberi cadangan

    dengan cara tingkatkan pendapatan seperti perniagaan internet

    TIPS #15 : GUNA BALIK POST-POST FACEBOOK YANG MEMPUNYAI YANG

    TINGGI.

    Mungkin ada banyak post Facebook anda yang mempunyai komen dan like yang tinggi. Copy

    dan paste balik post-post ini ke dalam note pad simpan dalam laptop atau desktop kita.Bila

    nak gunakan balik?Mungkin selepas 2-3 bulan kemudian, guna balik post ini. TIPS #16 : 1 HARI KHAS TULIS BANYAK POST DAN SIMPAN DALAM NOTEPAD.

    Pernah tak sampai satu masa kita tiada idea nak post apa kat Facebook Pages kita. Cuba

    reservekan satu hari untuk tulis post Facebook 30-50 post dan simpan dalam notepad. Jadi

    tak adalah masalah tiada idea nak tulis apa. Cuma buka balik notepad kita copy dan paste

    balik. Boleh juga terus jadualkan post kita melalui fungsi schedule post di Facebook Pages.

    TIPS #17 : UPDATE AKTIVITI SYARIKAT/PERNIAGAAN.

    Nampakkan bahawa bisnes kita hidup. Update gambar ofis, gambar tengah membungkus,

    gambar tengah pos, dan macam-macam lagi. Semua ini akan meyakinkan bahawa Facebook

    Page kita adalah sebuah bisnes yang serius bukan part time atau main-main. Ia akan

    tingkatkan keyakinan orang untuk membeli walaupun anda hanya bisnes dari rumah.

  • 9

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    TIPS #18 : BUAT CONTEST, TAWARKAN HADIAH. Guna duit dari hasil keuntungan produk, labur untuk hadiah untuk contest. Contest adalah

    salah satu cara untuk Fan Facebook anda terus keep in touch dengan anda. Melalui contest

    juga boleh viralkan Facebook Pages anda untuk lebih banyak Fan. Contest membuatkan fans

    kita dihargai, orang yang bukan fans pun teringin jadi fan kita.

    Apabila iklan anda memberikan keuntungan, dengan conversion rate yang bagus, dengan ROI

    (return on investment) yang bagus, kenapa anda tak tingkatkan bajet iklan? Sayang duit?

    Dengan meningkatkan bajet iklan, ianya dapat bantu anda tingkatkan lagi jumlah trafik ke post

    iklan anda, dan seterusnya mampu tingkatkan jualan dan keuntungan anda. Ada bran ? TIPS CLOSING PELANGGAN

    TIPS #19 : RESPON PELANGGAN DIIKUTI PERTANYAAN.

    Lepas respon pelanggan akhiri ayat kita dengan pertanyaan juga. Contoh, bila pelanggan

    bertanya tentang produk, akhiri dengan soalan seperti tuan, nak beli berapa unit ye?, tuan

    nak buat pembayaran melalui Maybank atau CIMB?, galakkan pelanggan terus respon kepada

    kita. Jawapan diikuti dengan soalan akan meningkatkan lagi potensi pelanggan untuk membeli. TIPS #20 : LEBIH CEPAT ANDA RESPONS, LEBIH CEPAT MEREKA MEMBELI

    Camne tu? Jika anda terima komen di post anda, ataupun terima PM (personal messages) di

    inbox anda, sila respons sepantas yang boleh! Lebih-lebih lagi pada waktu orang bekerja 9am

    4pm. Kenapa ?Jika mereka memberikan respons pada waktu ini, ianya memberi petanda

    bahawa mereka memang berminat dengan produk anda.Dan pada ketika itu, mereka memang

    sedang berada di page anda menunggu respons dari anda pula. Jangan tunggu sehari dua baru

    nak respons :-) TIPS #21 : PROSPEK TAKKAN MEMBELI SELAGI TIADA TEKANAN

    Nak menjual kena tekan si prospek ke? Oh tidak! Tidak! Bukan begitu bos. Maksudnya di sini,

    kita boleh gunakan sense of untuk memberi tekanan dalaman kepada prospek untuk

  • 10

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    BERTINDAK SEGERA! Bertindak untuk MEMBELI! Bagaimana?Anda boleh adakan jualan terhad

    mungkin dari segi kuotanya, atau dari segi masa, iaitu bagi dengan meletakkan dateline untuk

    prospek bertindak membeli. Sebagai contoh, anda boleh lihat contoh ini 5 UNIT LAGI -

    BEDAK TANAKA, UNTUK YANG SUKAKAN KECANTIKAN. AMARAN pastikan tawaran anda

    benar-benar wujud, bukannya trick semata-mata hanya bertujuan untuk menarik perhatian

    prospek sahaja. TIPS #22 : TAWARKAN PELANGGAN MEMBELI LEBIH DENGAN HARGA DISKAUN

    Jika pelanggan setuju untuk beli dari kita satu unit, cuba tawarkan offer tak masuk akal seperti

    harga diskaun beli 3 unit kami bagi harga diskaun RMXXX, Nak Atau beri BONUS

    beli 5 unit kami bagi buku panduan kuruskan badan dalam masa 7 . TIPS-TIPS AYAT JUALAN

    TIPS #23 : STRATEGI HABIS

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin bahawa produk anda

    akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh

    dengan keyakinan anda, malah anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan

    anggaran jangka masa bila produk anda akan habis dijual.

    Contoh ayat ; ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu

    TIPS #24

    Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan pemasangan apa apa

    perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk

    memasang perisian di komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan

    kerja yang rumit.

    Contoh ayat : tidak perlu memasang apa apa perisian untuk menggunakan produk

  • 11

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    TIPS #25 : STRATEGI Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut keperluan

    mereka.Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk disesuaikan dengan

    keadaan semasa atau keperluan mereka.

    Contoh ayat : ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan anda dengan mudah..

    TIPS #26 : STRATEGI

    Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan membuat pelaburan

    sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan atau tahunan. Maknanya, anda membuat

    penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan

    mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secara berulang

    ulang setiap bulan.

    Contoh ayat: servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja seumur hidup

    tanpa perlu membayar yuran TIPS #27 : STRATEGI

    Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang telah mendapat

    faedah melalui produk anda.Anda boleh jadikan mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para

    pelanggan anda atau letakkannya sebagai faedah produk di ayat jualan anda.Letakkan juga

    sebagai testimonial.

    Contoh ayat: telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru sahaja

    memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan dalam ebook

    TIPS #28 :

    Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak mempercayai bahawa

    produk anda memberikan hasil positif, sama seperti mereka yang kali pertama melihatnya. Ini

    akan menghapuskan ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun

    menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar.

  • 12

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    Contoh ayat: juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang pertama kali

    melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiap

    TIPS #29 : STRATEGI

    Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan bulan untuk

    mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya bersendirian.Ramai orang suka

    menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang memudahkan.

    Contoh ayat: anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil masa sehingga 6

    bulan, namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari

    TIPS-TIPS TINGKATKAN KREDIBILITI

    TIPS #30 : BUAT EBOOK PERCUMA

    Ebook percuma biasanya kita biasanya kita tengok orang guna untuk produk digital.Ebook

    percuma pun boleh guna untuk jual produk fizikal juga.Apa yang kita nak tulis dalam ebook

    percuma? Boleh letak tips-tips, rahsia, kalau kita jual produk alatan memasak seperti

    Pemanggang Ajaib, boleh compilekan resepi-resepi.boleh tulis fakta dan statistik dan macam-

    macam lagi. Ebook percuma bertujuan untuk educate pelanggan dan bakal pelanggan yang

    sebelum ini belum beli tapi perlukan info yang lebih tentang produk kita. TIPS #31: SESEKALI TUNJUKKAN FEEDBACK NEGATIF DARI PELANGGAN

    Biasalah tak semua produk yang kita jual itu perfect.Kadang kala ada juga kekurangan dalam

    produk kita.Screen shot feedback negative dari pelanggan tentang kekurangan produk kita

    dan beri penyelesaian.Contoh, ada pelanggan minta refund, penghantaran lambat, produk tak

    berkesan. Kalau produk tak berkesan kita boleh bagitau mungkin produk ini tak sesuai dengan

    dia tapi sesuai diguna orang lain. Di sini kita boleh kurangkan refund rate dan tingkatkan

    kepercayaan bakal pelanggan untuk beli produk kita yang lain.

  • 13

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    TIPS #32 : SENTIASA UP TO DATE DENGAN FUNGSI TERKINI FACEBOOK Facebook sentiasa berubah.Kalau dulu kita selalu marah-marah sebab banyak fungsi Facebook

    selalu berubah tapi kita tetap guna sampai sekarang ye tak? Jadi nak tak nak kena sentiasa

    bersedia untuk terima apa sahaja perubahan yang Facebook buat. Facebook sentiasa membuat

    perubahan dan menambah fungsi agar pengguna Facebook terus guna Facebook dan juga para

    pengiklan terus beriklan di Facebook. Jadi nak tak nak kena sentiasa update dan upgrade ilmu.

    Sama ada melalui blog, berguru, beli ebook dan datang seminar.

    TIPS #33 : SIMPAN DATABASE PELANGGAN. Nak cari pelanggan baru memang susah. Manfaatkan pelanggan sedia ada.Bak kata orang

    kampung saya, buyer always buyer always buyer.Sekali mereka jadi pelanggan kita, mereka

    berpotensi membeli lagi dari kita (kalau servis kita bagus).Tapi jangan terus mempromosi

    mengkhinzir buta.Bagikan sebab untuk kita untuk terus berhubung dengan mereka. Contoh

    email atau sms mereka ucap selamat hari raya, selamat pagi, salam awal muharram. Terus

    berhubung keep in touch dengan para pelanggan sedia ada. Dalam pada masa yang sama

    mungkin boleh tawarkan BONUS dan DISKAUN untuk return customer. TIPS #34 : GUNA MEDIUM PEMASARAN SELAIN FACEBOOK SEBAGAI BACKUP

    Amat berbahaya jika hanya guna 1 kaedah pemasaran melalui Facebook sahaja.Apa akan jadi

    jika Facebook Page kita ditutup tanpa sebab. Akan menjejaskan sumber pendapatan kita.Jika

    jualan di Facebook semakin mantap. Laburkan duit untuk pemasaran lain. Buat blog/website,

    upah orang untuk pemasaran SEO dan rankingkan melalui Google. Bina pemasaran email untuk

    kumpul database pelanggan. Jika produk fizikal boleh guna Mudah.my dan Lelong.my TIPS #35 : CARI SEBAB UNTUK KITA TERUS BERHUBUNG DENGAN PELANGGAN

    Dah lepas jual produk kepada pelanggan, jangan diam je.Cuba cari sebab untuk terus

    berhubung dengan pelanggan kita. Contohnya selepas beberapa hari pelanggan guna produk

    kita, tanyafeedback pelanggan yang guna produk kita. Kalau feedback bagus boleh jadi

    testimoni. Selain dari itu, sekali sekala boleh bertanya khabar atau ucapkan selamat hari raya,

  • 14

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    tahun baru, Chinese new year, awal muharram kepada pelanggan (cara ini lebih mudah jika kita

    guna autoresponder email marketing). Cara ini boleh meningkatkan potensi return customer. TIPS #36: CARI PRODUK YANG MEMPUNYAI POTENSI PELANGGAN MEMBELI BERKALI-KALI.

    Nak cari pelanggan baru agak mencabar bagi sesetengah orang.Tapi kalau kita mempunyai

    produk yang mempunyai potensi pembelian berulang, kurang masalah untuk cari pelanggan

    baru tapi tumpu kepada tingkatkan kualiti servis.Produk yang mempunyai potensi tempahan

    berulang seperti produk kesihatan, makanan, tudung dan sebagainya.

    Jual produk berpermintaan tinggi

    +

    Pantau ROI

    TIPS 37: JUAL PRODUK YANG ADA PERMINTAAN

    Salah satu sebab susah nak buat sales, sebab kita menjual produk yang tiada permintaan. Jika

    nak jualan yang baik di FB, juallah produk yang ada permintaan.Bagaimana ? Lihatdi FB, ada tak

    orang lain menjual produk seperti kita? Ataukita buat kajian carian 'keyword' di google. Sebagai

    contoh ;jika anda ingin jual krim lebatkan rambut, cuba cari keyword"cara lebatkan rambut" di

    google Trend. Di situ, anda akanketahui samada produk anda ada permintaan ataupun tidak.

  • 15

    Kuasa E-book 5 Ringgit !

    TIPS 38: PANTAU ROI ROI tu apa? ROI adalah Return On Investment, iaitu berapa kali pulangan dari kos

    iklan yang anda laburkan. Senang cerita, berapa anda keluarkan kos untuk iklan, dan

    berapa pula untung yang anda dapat. Katakan anda berlanjakan RM100 untuk iklan

    FB Ads anda selama1 minggu.Dalam tempoh tersebut, anda perolehi jualan 50 unit

    dengan keuntungan seunit RM100. Total untung - RM100 X 50 unit = RM5000.Jadi,

    selepas tolak kos iklan anda seminggu, anda dapat pulangan sebanyak 49 kali ganda.

    (labur RM100, untung RM4900)

    SERANGAN SENYAP

    TIPS 39: KUASA PM

    Apa itu PM ? PM adalah singkatan kepada Private Message. Selalunya,terdapat banyak group atau pages yang mempunyai ramai pembeli member komen pm tetapi PM mereka tidak dilayan oleh penjual ! ( mungkin terlepas pandang atau penjual malas nak melayan) Cuba sesekali anda ringankan tangan untuk pm mereka dan tawarkan perkhidmatan anda. Ya,ianya nampak agak salah namun ini adalah peluang kerana kita mengetahui kelompok pembeli yang betul-betul mencari. Sebelum ikan di pancing orang, baik kita pancing dahulu ikan yang sudah sedia mencari umpan !

    TIPS 40 : KUASA UP

    Walaupun dalam kupasan TIPS #7 saya tidak menggalakkan iklan pada jam 12AM-9AM. Tapi saya amat menggalakkan Up iklan kepada anda yang berniaga melalui group facebook. Pada ketika ini, pesaing-pesaing anda kurang untuk post iklan terbaru. Gunakan peluang ! UP kan semua iklan anda supaya ianya berada lama di Top Feed dan akan dibaca oleh ahli-ahli group. Gunakan iklan yang sama,tetapi ayat yang POWER. Pada ketika ini, sesiapa yang berjaga dan boring (tak tahu nak buat apa akan membaca iklan anda !

    Selamat Beramal !

    TIPS-TIPS MEMBUAT IKLAN FB ADSTIPS #1 : FOKUS BINA FANS, BUKANNYA TRAFIKTIPS #2 : GUNAKAN GAMBAR YANG RELEVAN, MEMUKAUTIPS #3 :GUNA PERKATAAN-PERKATAAN YANG MAHAL PADA IKLANTIPS #4 : FAHAMI SIAPA BAKAL PELANGGAN KITATIPS #5: ORANG SUKA PERGI KE KEDAI YANG RAMAI ORANGTIPS #6 : MENJUAL PADA WAKTU ORANG BERDUITTIPS #7 : ELAKKAN JAM 12AM 9AMTIPS #8 : JUAL MANFAAT, BUKANNYA PRODUKTIPS #9 : SUKA, KENAL, PERCAYATIPS #11 : TINGKATKAN TRAFIKTIPS # 12 : KIRA CONVERSION RATETIPS #13 : PRODUK YANG BANYAK MANFAAT, JANGAN JUAL SEMUA MANFAAT.TEKNIK ENGAGEMENT DENGAN PELANGGAN DAN BAKAL PELANGGANTIPS #14 : GUNA STRATEGI PEMASARAN MENGIKUT ISU SEMASA.TIPS #15 : GUNA BALIK POST-POST FACEBOOK YANG MEMPUNYAI ENGAGEMENT YANG TINGGI.TIPS #16 : RESERVE 1 HARI KHAS TULIS BANYAK POST DAN SIMPAN DALAM NOTEPAD.TIPS #17 : UPDATE AKTIVITI SYARIKAT/PERNIAGAAN.TIPS #18 : BUAT CONTEST, TAWARKAN HADIAH.TIPS CLOSING PELANGGANTIPS #20 : LEBIH CEPAT ANDA RESPONS, LEBIH CEPAT MEREKA MEMBELITIPS #21 : PROSPEK TAKKAN MEMBELI SELAGI TIADA TEKANANTIPS #22 : TAWARKAN PELANGGAN MEMBELI LEBIH DENGAN HARGA DISKAUNTIPS-TIPS AYAT JUALANTIPS #24 TIADA PEMASANGANTIPS #25 : STRATEGI UBAHSUAITIPS #26 : STRATEGI PENETAPANTIPS #27 : STRATEGI MEREKA MELAKUKANNYATIPS #28 : TIDAK MEMPERCAYAITIPS #29 : STRATEGI PENDEKKAN WAKTUTIPS-TIPS TINGKATKAN KREDIBILITITIPS #31: SESEKALI TUNJUKKAN FEEDBACK NEGATIF DARI PELANGGANTIPS #32 : SENTIASA UP TO DATE DENGAN FUNGSI TERKINI FACEBOOKTIPS #33 : SIMPAN DATABASE PELANGGAN.TIPS #34 : GUNA MEDIUM PEMASARAN SELAIN FACEBOOK SEBAGAI BACKUPTIPS #35 : CARI SEBAB UNTUK KITA TERUS BERHUBUNG DENGAN PELANGGANTIPS #36: CARI PRODUK YANG MEMPUNYAI POTENSI PELANGGAN MEMBELI BERKALI-KALI.Jual produk berpermintaan tinggiTIPS 37: JUAL PRODUK YANG ADA PERMINTAANTIPS 38: PANTAU ROISERANGAN SENYAPTIPS 39: KUASA PMApa itu PM ? PM adalah singkatan kepada Private Message. Selalunya,terdapat banyak group atau pages yang mempunyai ramai pembeli member komen pm tetapi PM mereka tidak dilayan oleh penjual ! ( mungkin terlepas pandang atau penjual malas nak melaya...TIPS 40 : KUASA UPWalaupun dalam kupasan TIPS #7 saya tidak menggalakkan iklan pada jam 12AM-9AM. Tapi saya amat menggalakkan Up iklan kepada anda yang berniaga melalui group facebook. Pada ketika ini, pesaing-pesaing anda kurang untuk post iklan terbaru. Gunakan pel...Selamat Beramal !