Kuih bulan

9
1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam memepersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah : 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Transcript of Kuih bulan

Page 1: Kuih bulan

1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula

sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan

Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan

melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan

antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa

serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam memepersiapkan generasi

muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input

daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar

pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi

Awam.

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 adalah :

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf

antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampain pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Page 2: Kuih bulan

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di

mana :

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan

memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.

2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.

3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih

fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar memiliki enam sifat utama untuk

membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran

berfikir, kemahiran memmimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta

beridentiti kebangsaan.

Page 3: Kuih bulan

2.0 Kaitan dengan PPPM / murid / masyarakat

2.1 Makanan tradisional mempunyai peluang untuk mengakses dalam kehidupan

masyarakat di negara ini. Pada awalnya setiap kaum di Malaysia sangat fanatik dalam

hal ehwal makanan kerana mempunyai budaya yang sangat berbeza. Budaya dan

warisan sesuatu etnik masyarakat dan cara hidup mereka boleh menggambarkan sosial

mereka. Namun ia telah berubah sejak wujudnya sistem pendidikan yang sama kepada

semua sekolah. Makanan tradisonal mula menular masuk ataupun mengakses dalam

kehidupan setiap rakyat di negara ini. Mereka dapat terima dan memahami tentang

makanan tradisional dan kepentingannya kepada sesuatu kaum dengan lebih teliti.

Pelan pembangunan pendidikan Malaysia boleh memberi peluang kepada murid untuk

merasai dan mengenali tentang makanan tradisional. Ia juga berkemampuan untuk

masyarakat mengenali tentang makanan tradisi kaum lain dengan lebih dekat lagi.

Sebagai contohnya makanan tradisional sesuatu kaum kini dapat dimasak oleh

masyarakat kaum lain. ‘Vadai’ yang menjadi kuih tradisional orang India, kini dimasak

oleh kaum Melayu.

Masakan orang Cina juga dapat diterima oleh masyarakat di negara ini dengan lebih

baik walaupun isu halal dipertikaikan hingga kini. Budaya akses makanan orang luar

terutamanya dari eropah juga kini menjadi satu amalan yang biasa bagi masyarakat di

negara ini. Keadaan sebegini wujudkan situasi di mana setiap kaum bertoleransi dan

mampu untuk membenarkan pengaksesan budaya makanan kaum lain dengan hati

yang lebih terbuka. Hal ini secara tidak langsung boleh mengeratkan lagi hubungan

silaturahim antara pelbagai etnik masyarakat di negara majmuk ini. Kepelbagaian

budaya terutamanya dari segi pemakanan juga menarik minat ramai pelancong asing ke

negara ini..

2.2 Makanan tradisional juga boleh mempertingkatkan kualiti sesuatu makanan dengan

lebih berkesan. Ia dapat merujuk melalui makanan yang dihasilkan di Malaysia

mempunyai standard kualiti yang disarankan agar memberikan tahap kesihatan yang

bermutu tinggi. Kualiti sesuatu produk ataupun makanan dapat dinilai menerusi

standard ISO 9000:2001 yang diiktiraf dalam arena antarabangsa. Makanan tradisional

pelbagai kaum di negara ini memang terkenal dengan tahap kualitinya kerana kerajaan

memberikan keutamaan kepada kesihatan rakyat dengan penuh komitmen. Kesihatan

adalah suatu aspek yang harus diberi penekanan bagi menjamin kesihatan rakyat.

Page 4: Kuih bulan

Melalui Pelan Pendidikan di negara ini kualiti makanan juga dapat dipastikan agar

memberikan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid. Hal ini kerana bagi

memastikan tiada masalah obesiti dalam kalangan murid yang menyebabkan masalah

kesihatan kepada mereka. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia memastikan

kualiti makanan yang diberikan kepada murid dan juga masyarakat berkhasiat.

Kerajaan sentiasa memantau dan menyelia semua makanan agar menghindari

sebarang kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan dalam kalangan murid-

murid.

2.3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga menyarankan agar tahap ekuiti pendidikan dan makanan kepada murid dapat dijamin dengan adil serta saksama. Ekuiti dalam sistem ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian pelan ini dalam menjayakan

program kerajaan dengan lebih cepat serta berkualiti. Kesamarataan ataupun ekuiti harus dipertingkatkan bagi menyediakan makanan yang sama kepada semua murid

tanpa mengira bangsa dan agama. Makanan tradisional harus diberi pengagihan yang

sama rata agar diperkenalkan kepada masyarakat di negara dan juga kepada pelancong

asing.

Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sifat dan sikap yang bertoleransi antara

satu sama lain dapat menerima idea ekuiti dengan hati yang terbuka. Kesamarataan ini

perlu wujud dalam kalangan murid sejak awal lagi bagi mewujudkan suasana harmoni di

negara ini. Makanan tradisional secara tidak langsung dapat memainkan peranan yang

penting agar kesamarataan ini dapat dipupuk dengan lebih berkesan. Ekuiti dalam

semua aspek dan faktor dapat menjamin kesejahteraan negara ini tanpa memulaukan

sesuatu kaum ataupun etnik.

2.4 Perpaduan di antara kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan pelbagai cara

dan makanan juga boleh dikaitkan dalam aspek tersebut. Makanan tradisional setiap

kaum mempunyai ciri-ciri unik yang tertentu dan ia dapat mengeratkan lagi perpaduan

antara mereka melalui cara pemakanan. Setiap kaum harus memahami cara dan jenis

makanan tradisional kaum lain agar menghormati dan saling bertoleransi antara mereka.

Di sekolah juga perpaduan ini dapat diwujudkan dengan berdasarkan Pelan

pembangunan pendidikan Malaysia dan ia harus mematuhi dasar kementerian pelajaran

yang ditetapkan.

Page 5: Kuih bulan

Amalan perpaduan dari segi pemakanan tradisional ini telah lama wujud di negara

ini. Sebagai contohnya ketika mengadakan rumah terbuka bagi sesuatu perayaan setiap

kaum dapat menjamu makanan tradisonal kaum lain. Hal ini dapat mengeratkan lagi

perpaduan antara setiap kaum dan mereka dapat menerima ia dengan lebih mudah.

Perpaduan adalah faktor asas yang paling penting untuk menjamin keselamatan dan

kesejahteraan di negara ini. Sememangnya kementerian pelajaran memainkan peranan

yang sangat penting dalam memastikan perpaduan wujud dalam kalangan murid-murid.

2.5 Makanan tradisional juga mempunyai daya tarikan serta kecekapan yang tertentu

dalam mempengaruhi minat pelancong asing ke negara ini. Di Malaysia keunikan

masyarakat majmuk serta jenis makanan tradisional yang begitu banyak menjadi daya

tarikan yang utama kepada pelancong asing. Dalam hal ini murid dan masyarakat di

negara ini harus berganding bahu agar mempromosikan kepelbagaian ini kepada

pelancong asing untuk menarik lebih ramai ke negara ini pada masa akan datang.

Program seperti mempromosikan makanan tradisonal kepada masyarakat tempatan dan

juga luar negara harus diperbanyakkan.

Kecekapan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam mempromosikan

makanan tradisional adalah sangat bagus serta menepati saranan kerajaan. Semua

murid serta masyarakat setempat harus saling tolong-menolong bagi menjayakan

program kerajaan ini. Setiap langkah atau cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan

bagi memajukan negara ini harus mendapat sokongan yang padu dari semua pihak.

Kecekapan kerajaan serta kementerian pelancongan ini harus dipuji dan dijadikan

sebagai teladan bagi memajukan negara kita pada masa kelak.

Page 6: Kuih bulan

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum

dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara

tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui

keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula

mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa.

Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut

menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui

makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di

Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kerja kursus

ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di

tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan

semangat perpaduan di kalangan kaum.

Berdasarkan kerja kursus, menunjukkan bahawa kajian terhadap perpaduan kaum

terhadap makanan membawa kepada perkara positif. Oleh itu, pendedahan mengenai

makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dikaji dan diperkemas

supaya masyarakat di Malaysia mengetahui tentang makanan dan tidak melupakan

makanan-makanan tradisi masyarakat yang ada di Malaysia. Kerajaan juga perlu

memainkan peranan dengan membuat kempen dan pesta makanan malaysia yang

dapat membantu masyarakat lebih mengenali makanan pelbagai kaum ini. Makanan

masyarakat di Malaysia juga bukan sahaja boleh diperkenal di peringkat tempatan

malah perlu di luar negara supaya masyarakat membuka mata dan merasa bangga

dengan kepelbagaian makanan yang dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.

Setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza namun ia dapat satu identiti yang

sama melalui hidup bersatu padu. Makanan tradisional juga memainkan peranan yang

penting dalam menjayakan program serta mewujudkan hubungan silaturahim di negara

ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di negara ini menjadi orang tengah dalam

mewujudkan satu negara yang menginspirasikan keharmonian serta kesejahteraan demi

menjamin kehidupan kita tenang dan aman.