Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

43
GA1123: PROFESION PERGURUAN GA1123: PROFESION PERGURUAN KULIAH 2 KULIAH 2 Evolusi Pendidikan Guru Di Malaysia Evolusi Pendidikan Guru Di Malaysia Jumaat, 10-12 pagi Jumaat, 10-12 pagi Gerak Minda 4 Gerak Minda 4 Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod

Transcript of Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

Page 1: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

GA1123: PROFESION PERGURUANGA1123: PROFESION PERGURUAN

KULIAH 2KULIAH 2Evolusi Pendidikan Guru Di MalaysiaEvolusi Pendidikan Guru Di Malaysia

Jumaat, 10-12 pagiJumaat, 10-12 pagiGerak Minda 4Gerak Minda 4

Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod

Page 2: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

OBJEKTIF KULIAH

1. Mengetahui sejarah awal pendidikan di Tanah Melayu

2. Mengetahui sejarah awal latihan dan pendidikan guru di Tanah

Melayu

3. Mengetahui dan memahami setiap laporan, penyata, akta dan

ordinan pelajaran yang membentuk dasar pendidikan

kebangsaan di Tanah Melayu dan Malaysia

4. Menguasai setiap dasar pendidikan yang dibentuk untuk

menjadi guru yang profesional

Page 3: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

SEJARAH PENDIDIKAN GURU SEJARAH PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIADI MALAYSIA

• Dasar pemerintahan British – tidak ada, tidak mementingkan pendidikan anak pribumi• Hanya sekolah rendah sahaja• British enggan memberikan pendidikan peringkat menengah atau tinggi• Tujuan British – untuk hasilkan anak watan yang sekadar boleh membaca, menjadi kerani• Latihan untuk guru pula – dipecahkan kepada 3 aliran sekolah (Melayu, Cina dan India)• Latihan/kursus yang diberikan – sekadar membantu anak watan boleh membaca, mengira dan menulis saja• Sebelum merdeka, tidak ada satu sistem pendidikan latihan dan kursus untuk guru-guru yang sistematik di Malaysia.

Page 4: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

KURSUS-KURSUS PENDIDIKAN GURU KURSUS-KURSUS PENDIDIKAN GURU SEBELUM MERDEKASEBELUM MERDEKA

1. Untuk guru-guru sekolah rendah Melayu• Diajar untuk beri pengetahuan dan kemahiran asas –

Membaca, mengira, menulis, pertanian, rumahtangga• Latihan keguruan asas antara 2 - 3 tahun• Maktab Perguruan Sultan Idris (guru lelaki)• Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (guru

perempuan)

2. Untuk guru-guru sekolah rendah Cina• Guru diambil dari negara China• Latihan Perguruan Normal Simplified mulai 1930• Mulai 1948 – kursus latihan hujung minggu untuk melatih

guru-guru sekolah Cina

Page 5: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

3. Untuk guru-guru sekolah rendah Tamil• Tidak ada program untuk guru sekolah tamil sebelum 1937• Guru-guru dibawa masuk dari India• Mengajar di ladang/estet• Selepas perang, guru keturunan India ambil dari kalangan

pekerja, kerani, pelawat – diberi kursus dua tahun

3. Untuk guru-guru sekolah Inggeris• British mengambil berat guru sekolah aliran Inggeris• Latihan Perguruan Kelas Normal sejak 1905• Tawar 2 kursus: Kursus A (sekolah rendah) dan Kursus B

(sekolah menengah)• Kelayakan guru: Sijil Persekolahan Cambridge• Kepujian Bahasa Inggeris• Kursus selama 2 tahun secara sambilan di hujung minggu• Pada 1928 – Raffles College ditubuhkan, latihan guru secara

sepenuh masa bagi sekolah menengah aliran Inggeris• Pada 1950-an, ramai guru dihantar kursus 2 tahun di Kirby

College dan Brinsford Lodge College, England• Pada 1953, sebuah maktab bermodelkan Kirby College dibina

di Kota Baharu untuk melatih guru aliran Inggeris

Page 6: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

POLISI PENDIDIKAN TAHUN 1946POLISI PENDIDIKAN TAHUN 1946

• Sistem pelajaran di bawah pentadbiran British sebelum 1946 bersifat ‘laissez faire’ (tidak ambil peduli)• Selepas perang, British mengadakan Malayan Union Council Paper No. 53 yang antara lain bertujuan untuk: a. Memulihkan keadaan sekolah b. Membina semula sistem pendidikan c. Memberikan pendidikan menyeluruh pada semua penduduk d. Pelajaran rendah menggunakan bahasa ibunda e. Pelajaran menengah menggunakan bahasa Inggeris• Sistem pendidikan dan latihan guru sebelum 1946 masih di takuk lama• Kekurangan guru akibat pertambahan sekolah dan murid• Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 menyebabkan British mula memberi perhatian kepada pendidikan di tanah-tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu

Page 7: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

PERNYATA BARNES 1948PERNYATA BARNES 1948

• Pemimpin-pemimpin Melayu merasakan bahawa British perlu menyemak dasar/sistem pendidikannya • British buat kajian diketuai L.J. Barnes • Hasil kajian terbentuknya Penyata Pendidikan Barnes yang bertujuan untuk: a. Mengkaji masalah pendidikan orang-orang Melayu b. Semua sekolah menjadi sekolah nasional/kebangsaan – semua murid belajar dalam satu sekolah c. Bahasa Melayu dan Inggeris dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Cina dan India d. Mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil jadi matapelajaran pilihan e. Memupuk perpaduan antara kaum• Timbul kontreversi – khusunya orang Cina membantah atas alasan: a. Tidak ambil pandangan kaum Cina dan India b. Menimbul kesangsian/ketidakadilan• Penyata Pendidikan Barnes tidak dapat dilaksanakan• Satu jawatankuasa ditubuh – dinamakan Laporan Fenn-Wu

Page 8: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

LAPORAN FENN-WU 1951LAPORAN FENN-WU 1951

• Laporan ini diketuai Dr. William P.Fenn dari USA dan Dr. Wu Teh Yao dari PBB. Diterbitkan pada Jun 1951.• Tujuan laporan – mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu • Hasil laporan ialah: a. Cubaan untuk mempertahan pendidikan Cina di Tanah Melayu b. Sekolah-sekolah Cina kekurangan guru (kualiti dan kuantiti) c Mencadangkan sekolah Cina mengajar tiga bahasa (BM, BI dan BC) d. Polisi pendidikan perlu mengintergrasikan pendidikan Cina ke dalam sistem pelajaran kebangsaan (hendak sama tarafnya dengan sekolah Melayu dan Inggeris) e. Mengiktiraf sumbangan pendidikan Cina dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu• Laporan Fenn-Wu ini menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang Cina.•

Page 9: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

ORDINAN PELAJARAN 1952ORDINAN PELAJARAN 1952

• Untuk selesaikan masalah, British menyatukan Penyata Barnes dan Laporan Fenn-Wu menjadi “Report on Barnes Reponrt on Malay Education and Fenn-Wu Report on Chinese Education”.• Laporan ini dinamakan Ordinan Pelajaran 1952. Antara pengisian Ordinan Pelajaran 1952 ialah: a. Tanah Melayu harus mempunyai dua jenis, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah aliran Inggeris. Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah nasional dan sekolah Inggeris jika diminta oleh ibu bapa b. Bahasa Melayu akan diajar di sekolah Inggeris, dan Bahasa Inggeris akan diajar di sekolah Melayu d. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai satu sistem pendidikan kebangsaan• Ordinan Pelajaran 1952 hadapi masalah/tentangan dari kaum Cina dan India – tidak dapat dilaksanakan

Page 10: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

PENYATA RAZAK 1956PENYATA RAZAK 1956

• Penyata Razak ditubuh apabila Ordinan Pelajaran 1952 gagal dilaksanakan.• British melantik satu jawatankuasa yang diketuai Abdul Razak Hussain untuk mengkaji masalah pendidikan di Tanah Melayu pada 1955 yang akhirnya terbentuk Penyata Razak pada 1956• Penyata Razak 1956 bertujuan untuk: a. Memenuhi keperluan/kehendak rakyat persekutuan Tanah Melayu b. Menggalakan pertumbuhan ekonomi, kebudayaan dan politik setiap kaum sebagai rakyat Tanah Melayu• Usul-usul penting dalam Penyata Razak telah dilaksanakan dan diselaraskan dengan Ordinan Pelajaran 1957 yang bermatlamat: a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan b. Mengekalkan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain c. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua peringkat• Kesan Penyata Razak 1956 ialah: a. Inovasi dalam pendidikan guru b. Corak latihan guru adalah pelbagai seperti kurikulum, kelayakan akademik, tempoh latihan, tugas guru, gaji dan sebagainya.

Page 11: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENYATA RAZAK 1956samb. PENYATA RAZAK 1956

• Penyata Razak memberi perhatian kepada pendidikan guru: a. Mewujudkan satu sistem latihan yang sama bagi semua guru: i. Sekolah rendah - kelayakan ialah Sijil Rendah Pelajaran (LCE) ii. Tempoh latihan – 3 tahun (2 tahun di maktab, 1 tahun di sekolah) b. Guru yang mengajar di sekolah teknik: i. Berkelulusan Cambridge atau Sijil Persekolahan Tanah Melayu atau Tingkatan 6 atau tamat sekolah menengah ii. Tempoh latihan – 2 tahun di maktab teknik c. Menubuhkan Maktab Perguruan Bahasa yang bertujuan: i. Mengeluarkan guru/pakar bahasa untuk sekolah dan universiti ii. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah dan universiti iii. Bekerjasama dengan DBP – memajukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan • Kesan lain Penyata Razak ialah: a. Banyak pusat latihan guru dibina di setiap negeri b. Program latihan guru di MPSI dan MPPMM di susun semula

Page 12: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

PENYATA RAHMAN TALIB 1960

• Selepas merdeka 1957, sistem pendidikan di Tanah Melayu dikaji semula yang diketuai YB Abdul Rahman Talib pada 1960 yang dinamakan Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. • Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji semula Ordinan Pelajaran 1957 yang terdapat dalam Penyata Razak 1956.• Hasilnya, terbentuklah Penyata Rahman Talib 1960 yang antara lain mencadang dan melaksanakan: a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan/bahasa pengantar utama di semua peringkat pendidikan b. Menyediakan pendidikan selama 9 tahun dengan menaikkan umur berhenti sekolah dari 9 tahun ke 15 tahun c. Memberikan pendidikan percuma kanak-kanak untuk semua aliran sekolah rendah mulai 1962 d. Memberi penekanan pendidikan teknik dan vokasional e. Memberikan pendidikan agama dan moral kepada semua pelajar f. Sistem peperiksaan kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja• Daripada Penyata Rahman Talib 1960 itu, maka terbentuklah Ordinan Pelajaran 1961 yang matlamat akhirnya sama seperti yang terkandung dalam Penyata Rahman Talib.

Page 13: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967

• Juga dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1967• Akta Bahasa Kebangsaan ini bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan (rendah, menengah, kolej dan universiti) = bahasa rasmi yang tunggal.• Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan 1957 dalam Perkara 152, Fasa 1 dan 2 yang menyatakan: “Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan…

• Bahasa Inggeris boleh digunakan untuk untuk tujuan rasmi tapi atas perkenan Yang Dipertuan Agong (terkandung dalam Fasa 4 Perlembagaan Persekutuan)• Implikasi Akta Bahasa Kebangsaan pada sistem pendidikan kebangsaan dan pendidikan guru: a. Mulai Januari 1978 – mata pelajaran PJK, Seni, Kraf Tangan, Kajian Tempatan dan Muzik untuk murid tahun 1-3 di SRJK diajar dalam Bahasa Melayu/Malaysia b. Mulai 1969 – mata pelajaran Sivik tahun 4 di SRJK ditukar kepada Bahasa Malaysia c. Mulai 1970 – mata pelajaran Sejarah dan Ilmu Alam tahun 4 ditukar kepada Bahasa Malaysia.

Page 14: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

Samb. AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1967

d. Mulai 1970 – semua mata pelajaran tahun di SRJK kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda (Cina dan Tamil) diajar dalam Bahasa Malaysia e. Mulai 1975, semua SRJK ditukar kepada SRK f. Mulai 1982, semua SMJK ditukar kepada SMK

• Seiring dengan perubahan bahasa pengantar (dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu), sistem peperiksaan juga turut berubah. Lembaga Peperiksaan menukar: a. Mulai 1978, peperiksaan LCE dimansuh dan diganti SRP b. Mulai 1980, peperiksaan MCE dimansuh dan diganti SPM c. Mulai 1982, peperiksaan HSC dimansuh dan diganti STPM

• Latihan perguruan juga berubah, di mana mulai 1970 kelayakan masuk ke maktab perguruan ialah gred kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM.• Mulai 1973, semua kursus di maktab perguruan disampai dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Page 15: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1970DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1970

• DPK 1970 dibentuk atas sebab: a. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 b. Pembentukan Rukun Negara – 5 prinsip c. Dasar Kebudayaan Kebangsaan d. Dasar Ekonomi Baru

• DPK 1970 antara lain adalah untuk: a. Menyatukan semua kaum b. Pembahagian kek ekonomi yang sama rata c. Kebudayaan Melayu teras kebudayaan kebangsaan d. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, rasmi dan pengantar e. Bahasa ibunda boleh digunakan di sekolah jenis kebangsaan

Page 16: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. DPK 1970samb. DPK 1970

• Implikasi DPK 1970 kepada sistem pendidikan dan latihan guru: a. Kurikulum sekolah diubahsuai mengikut kepelbagaian kaum b. Falsafah Pendidikan dibentuk c. Sistem pendidikan guru juga turut berubah

• Akta Universiti 1971 juga terbentuk berdasarkan DPK 1970: a. UKM dibina – untuk mendaulatkan Bahasa Melayu b. Seiring dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Page 17: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

• LJK 1979 ini dibentuk untuk mengkaji semua Dasar Pendidikan Negara. Antara tujuan LJK 1970 ini ialah: a. Mengkaji semula Kurikulum Lama Sekolah Rendah kerana banyak kelemahannya b. Membentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1980 yang memberi penekanan kepada 3M (membaca, mengira dan menulis) c. Memberi penekanan kepada pendidikan kerohanian d. Kurikulum sekolah dibina berteraskan identiti negara berbilang kaum e. Pendidikan nenegah atas dibahagi 2 jurusan: akademik dan vokasional f. Pendidikan percuma dilanjut dari 9 tahun ke 11 tahun (sehingga tingkatan 5)

• KBSR yang dibentuk mengambil kira: a. Cita dan ideologi negara b. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah dibina – menitik berat potensi individu murid secara menyeluruh berdasarkan JERI

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979

Page 18: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

• KBSM yang dibentuk pada 1989 adalah hasil kesinambungan KBSR 1980 yang bertujuan untuk: a. Memenuhi syor-syor dalam LJK 1979 b. Seiring dengan pelaksanaan KBSR c. Pendidikan teknik dan vokasional diberi penekanan d. Memberi pendidikan seumur hidup – ilmu pengetahuan dan kemahiran asas

samb. LJK 1979samb. LJK 1979

Page 19: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

• LJK 1979, pembentukan KBSR dan KBSM menjadi teras kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada 1988:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakya Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

• Kesan pembentukan FPK 1998 kepada pendidikan dan latihan guru ialah: a. Kurikulum pendidikan guru sendiri – kursus, ilmu pedagogi, kemahiran generik dan sebagainya b. Penekanan aspek JERI dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah – buku teks, sukatan pelajar dan huraian sukatan pelajaran

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1988 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1988

Page 20: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

• Dianggap sebagai fasa PEMANTAPAN sistem pendidikan di negara kita.• Di dalam Akta Pendidikan, terdapat 5 Rang Undang-Undang Pendidikan yang menjadi teras kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan:

1. Rang Undang-Undang Pendidikan 19952. Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 19963. Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),

Pindaan 19754. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 19965. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996

•Kesan Akta Pendidikan 1995 dan 1996 kepada pendidikan dan latihan guru a. Pendidikan dan latihan guru bertambah mantap b. Guru-guru yang dihasilkan di IPG dan Universiti memenuhi kriteria

* Mohon pelajar buat bacaan lanjutan 5 rang undang-undang ini.

AKTA PENDIDIKAN 1995 DAN 1996AKTA PENDIDIKAN 1995 DAN 1996

Page 21: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

• Memantapkan lagi Akta Pendidikan 1995/1996.• membuat beberapa pindaan dengan memasukkan: a. Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak b. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

AKTA PENDIDIKAN 1996 Pindaan 2002AKTA PENDIDIKAN 1996 Pindaan 2002

Page 22: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUPENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

PENDIDIKAN TEKNIK

• Mulai 1962 - Latihan untuk guru teknik dan vokasional untuk memenuhi tenaga kerja mahir.• Maktab Perguruan Teknik dibina pada 1962 di Kuala Lumpur di mana: a. Mengajar di sekolah teknik dan vokasional

Page 23: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Implikasi DPK 1970 turut memberi kesan dan implikasi kepada sistem pendidikan dan latihan guru: a. Kurikulum sekolah diubah suai mengikut kepelbagaian kaum b. Falsafah Pendidikan dibentuk c. Sistem pendidikan guru juga turut berubah

• Mac 1971, KPM melantik En. Ali Esa untuk menilai semula tujuan dan objektif pendidikan guru di Malaysia: a. Program pendidikan guru disusun semula agar selari dengan DPK b. Pada 1972, Jawatankuasa Kajian Semua Kursus Latihan Guru dibentuk c. Pada 1973, Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu (RLPB) dilaksanakan

• RLPB mengeluarkan 2 jenis guru: a. Guru Pendidikan Peringkat Awak Kanak-Kanak untuk mengajar murid darjah 1 – tingkatan 1 b. Guru Pendidikan Peringkat Awal Remaja untuk mengajar murid darjah 4 – tingkatan 3.

Page 24: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• RLPB berterusan sehingga 1980 dibuat secara beransur-ansur di Malaysia Timur. Kurikulum RLPB ini mengandungi: a. Aspek perkembangan diri b. Perkembangan akademik c. Perkembangan profesionalisme guru• Latihan guru dibuat secara: a. Menyepadukan latihan guru sekolah rendah dan menengah b. Menyepadukan latihan guru sekolah rendah ketiga aliran b. Latihan pendidikan guru bertambah dari 2 kepada 3 tahun.

PROGRAM LATIHAN 3 TAHUN

• Program ini dilancarkan pada 1981 hingga 1992.• Perubahan tempoh latihan ini atas syor yang dikemukakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.• Latihan guru diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM.• Dijalankan di 26 buah maktab perguruan seluruh Malaysia.• Guru yang dilatih selama 3 tahun dianugerah SIJIL PERGURUAN ditempatkan di sekolah rendah mahupun menengah.

Page 25: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

PENDIDIKAN GURU DI SABAH

• Sebelum perang, tidak ada pendidikan dan latihan guru.• Sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah Cina menggunakan guru-guru yang diambil dari luar negara.• Kerajaan British cuba dapatkan guru-guru MPSI, Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak untuk mengajar di Sabah, tetapi bilangannya sedikit.• Kekurangan guru di Sabah menyebabkan British membina Maktab Perguruan Kent pada 1952.• Selepas Sabah menanggotai Persekutuan Tanah Melayu pada 1963, Kerajaan Persekutuan melalui KPM mula mengambil berat seperti: a. Membina Maktab Perguruan Gaya pada 1963 b. Membina Maktab Perguruan Sandakan pada 1974

• Sebelum tahun 1977, latihan dan pendidikan guru di Sabah tidak sama dengan di Semenanjung dari segi: a. Kurikulum latihan b. Sijil latihan

Page 26: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Semuanya diuruskan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.• Mulai 1977, penyelarasan kurikulum dan pentadbiran maktab perguruan di Sabah diselaraskan dengan maktab-maktab perguruan di Semenanjung (dalam sesetengah perkara dilongarkan).• Mulai 1978, penyelarasan peperiksaan dan pensijilan di ketiga-tiga maktab perguruan diseragamkan.• Mulai 1981, pengurusan ketiga-tiga maktab diambil oleh BPG, KPM

PENDIDIKAN GURU DI SARAWAK

• Sebelum perang tidak ada sistem latihan guru di Sarawak.• Pelajaran murid Melayu diuruskan oleh guru-guru agama.• Pelajaran murid sekolah mission, diuruskan oleh mubaligh Kristian.• Pelajaran murid sekolah Cina diajar oleh guru yang kebanyakannya diambil dari negeri China.• Pada 1924, satu Jabatan Pelajaran ditubuhkan tetapi ditutup pada tahun 1930-an dan dibuka semula pada 1939.• Pada 1940, Pusat Latihan Guru-Guru Melayu Sarawak dibina.• Pada 1948, satu pusat latihan guru dibina di Batu Lintang yang akhirnya dinamakan Maktab Perguruan Batu Lintang.

Page 27: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Jangka masa latihan guru hanya 2 tahun saja dan semua kursus dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.• Pada 1954, E.W.Woodhead dilantik untuk mengkaji perkembangan pelajaran di Sabah dan Sarawak dan mencadangkan: a. Pembiayaan pelajaran b. Penyusunan semula pentadbiran pelajaran c. Membina sebuah maktab perguruan di Sibu dan 2 maktab lain untuk memenuhi keperluan kekurangan guru: i. Maktab Perguruan Sarawak di Sibu pada 1957 ii. Maktab Perguruan Rajang, Binatangor pada 1966 iii. Maktab Perguruan Samarahan/Maktab Perguruan Tun Abdul Razak pada 1999.

• Guru-guru siswazah dari Sarawak semuanya mendapat latihan di Semenajung ataupun luar negara.• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk latihan guru di maktab-maktab perguruan di Sarawak hanya bermula pada 1974. •

Page 28: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Mulai 1981, semua urusan pentadbiran maktab-maktab perguruan di Sarawak diambil alih oleh BPG, KPM• Mulai 1982, semua kursus latihan guru dijalankan selama 3 tahun.

PROGRAM PENDIDIKAN GURU 5 SEMESTER

• Pada 1993, KPM menghadapi kekurangan guru terlatih seramai 22000 orang di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.• Untuk mengatasinya, latihan guru dipendekkan dari 3 tahun (6 semester) menjadi 2 tahun 6 bulan (4 semester kursus + 1 semester praktikum).• Mulai Jun 1993, pengambilan guru dibuat 2 kali setahun.• Mulai 1995, pengambilan guru dibuat sekali sahaja.• Program pendidikan guru yang diperkenalkan ialah: a. Program Perguruan Sekolah Rendah b. Program Perguruan Sekolah Menengah

Page 29: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)

• Mulai 1996 hingga 2005, BPG telah menaiktaraf program perguruan asas iaitu daripada peringkat Sijil Perguruan kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM). • Tempoh latihan dilanjut menjadi 3 tahun (6 semester)• Mulai 2004, program ini diberhentikan pengambilan pelajarnya dan kumpulan terakhir tamat pengajian pada Januari 2006.• Mulai 2006, program DPM ditawarkan lagi.

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI)

• KPLI ditawarkan kepada pemegang ijazah pertama yang berminat untuk menjadi guru mulai tahun 1995.• Bagi mengatasi masalah kekurangan guru siswazah, mulai 1995 dua ambilan dibuat untuk mengikuti kursus KPLI selama setahun. • Kebanyakan guru KPLI ini mengikuti kursus mengikuti semua subjek pengkhususan. Contoh: guru siswazah Bahasa Melayu di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan Institut Bahasa Melayu M’sia

Page 30: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

KURSUS PERGURUAN LEPASAN DIPLOMA (KPLD)

• Memberi peluang pemegang Diploma dari UiTM, UTM, UPM dan lain- lain IPTA/IPTS untuk menjadi guru.• Kursus dijalankan selama setahun di maktab perguruan.• Kursus yang ditawarkan hanyalah Matematik, Sains, Bahasa Arab dan Pengajian Agama Islam.

KURSUS DIPLOMA PERGURUAN KHAS (KDPK) DANPROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)

• PKPG dimulakan dengan KDPK pada tahun 1966.• KDPK ini dijalankan secara kerjasama antara maktab perguruan (KPM) dengan Universiti (IPTA).• Kemudian KDPK ditukar menjadi PKPG.• Contoh: Pengalaman Fakulti Pendidikan UKM sendiri

Page 31: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

KURSUS DIPLOMA PENDIDIKAN GURU (KDPG)

• KDPG ini tawarkan kepada lepasan ijazah pertama yang tidak mendapat KPLI untuk mengikuti KDPG di Fakulti-Fakulti Pendidikan, IPTA.• KDPG ini dilaksanakan selama setahun dalam hampir semua subjek pengkhususan di sekolah.• Lepasan KDPG ditempatkan di sekolah-sekolah menengah.• Semua guru pelatih KDPG dan KPLI juga ini menerima elaun KPM.• KDPG ini ditamatkan pengambilannya pada 2001 apabila maktab- maktab perguruan dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru. • Kekurangan guru menyebabkan KPM menawarkan KDPG kepada IPTA semula pada 2006 tetapi diberhentikan pada 2009. • Contoh: pengalaman Fakulti Pendidikan UKM.

Page 32: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

PROGRAM BERKEMBAR LUAR NEGARA

• Dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris.• KPM memulakan Program Berkembar ini dengan 5 buah maktab perguruan di United Kingdom mulai 1992 sehingga 1996.• Maktab Perguruan Ilmu Khas bertanggungjawab menjalankan kerja- sama ini.• Tempoh pengajian adalah 4 tahun (STPM) dan 6 tahun (SPM). Contoh lulusan STPM: Tahun 1: MPIK Tahun 2 dan 3: United Kingdom Tahun 4: MPIK (termasuk praktikum)• Pada 1994, Program Berkembar dibuat antara Maktab Perguruan Ilmu Khas dengan University of Otago dan Dunedin College of Education, New Zealand dibuat hanya 4 ambilan saja (20 orang setahun).• Bilangan calon guru adalah tidak ramai. Contoh a. SPM 580 orang dari 1992-1996 b. STPM 120 orang dari 1992-1995

Page 33: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

KURSUS DALAM CUTI (KDC)

• KDC asalnya ditawarkan kepada guru-guru sandaran untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sabah.• Tempoh kursus selama 3 tahun 6 bulan.• KDC juga ditawarkan kepada guru-guru sekolah Tamil, Cina dan swasta.• Kini, maktab-maktab perguruan menawarkan KDC untuk guru-guru sekolah rendah/menengah yang hanya berkelulusan Sijil Perguruan/ Diploma Pendidikan Guru/guru sandaran. • KDC ini dinamakan program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).• PGSR ini dijalankan pada cuti-cuti persekolahan dan dijalankan secara intensif di maktab-maktab perguruan seluruh negara.•

Page 34: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

• Kursus PISMP ditawarkan kepada calon lepasan SPM untuk mengikuti kursus keguruan selama 1 tahun 6 bulan.• Selepas tamat kursus PISMP, guru pelatih boleh meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPG selama 4 tahun.• Tempoh pengajian selama 5 tahun 6 bulan ini menjadikan guru-guru yang dihasilkan lebih profesional, dedikasi dan menepati ciri standard guru Malaysia.

Page 35: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

PERANAN MAKTAB PERGURUAN/INSTITUT PENDIDIKAN GURU

• Dibina mengikut keperluan pendidikan negara.• Dibina di setiap negeri. Sesetengah negeri mempunyai lebih daripada 1 maktab perguruan.• Sesetengah maktab perguruan dibina khusus untuk subjek. Contoh: a. Teknik dan vokasional: Maktab Perguruan Teknik b. Bahasa Melayu: Institut Bahasa Melayu Malaysia c. Bahasa Cina: Institut Bahasa Antarabangsa Malaysia

• Beberapa buah maktab perguruan dinaik taraf. Contoh: a. MPSI – IPSI dan kemudian menjadi UPSI pada 1997 b. MPBahasa – Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) c. MPSeri Kota – Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA)

Page 36: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

HALA TUJU PENDIDIKAN GURU ALAF BARU

• BPG, KPM diarah menyediakan Kertas Kabinet bagi memantapkan program pendidikan guru. Antara strategi yang dibuat: a. Semua maktab perguruan dinaik taraf menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai 2005. b. Menjadikan pendidikan guru berfokus kepada Peningkatan Pembangunan Profesional yang berterusan c. Menjadikan IPG sebagai Pusat Penyelidikan Pedagogi d. Mengurus pendidikan keguruan mengikut standard antarabangsa: MS ISO 9001:2000.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

• Ogos 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan semua maktab perguruan menjadi IPG• Semua IPG boleh menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.•

Page 37: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Skim perkhidamatan pendidikan di IPG dibuat penambahbaikan seperti: a. Elaun khas kepada tenaga pengajar dan Ketua Jabatan b. Mewujudkan jawatan pensyarah kanan

• IPG sendiri akan memberikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.• Penubuhan IPG menjadikan lebih daripada separuh guru sekolah rendah berkelulusan ijazah, manakala 100% guru berkelulusan ijazah di sekolah menengah.• Semua tenaga pengajar IPG mempunyai minimum kelulusan Sarjana dengan KPM melaksanakan Program Pensarjanaan Pensyarah Maktab. • IPG juga diminta menjadi: a. Pusat menawarkan Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan b. Pusat rujukan c. Pusat Peningkatan Pembangunan Profesional d. Melaksanakan program-program outreach dengan kerjasama JPN, PPK, BBT, BTP, sekolah dan sebagainya.

Page 38: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Penubuhan IPG banyak mendatangkan implikasi, antaranya: a. Peranan IPG sebagai sebuah institut b. Kualiti pensyarah c. Kualiti pelajar d. Prasarana e. Ijazah dikeluarkan – bawah KPT atau KPM f. Polisi penubuhan IPG perlu dipinda – melibatkan Akta Pendidikan

• Sesungguhnya, penubuhan IPG telah meningkatkan profesion keguruan di mata masyarakat hari ini.

Page 39: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

PERANAN UNIVERSITI DALAM LATIHAN GURU SISWAZAH

• Pendidikan guru siswazah bermula dengan tertubuhnya Raffles College di Singapura pada 1929 untuk guru sekolah menengah.• Fakuliti Pendidikan, Universiti Malaya pada 1963 – perintis dalam melatih guru-guru siswazah sehingga 1970.• 1970 – Pusat Pendidikan, USM melatih guru Pengajian Sains dengan Pendidikan selama 4 tahun.• 1973 – Pusat Pendidikan USM menawarkan kursus Pengajian Kemanusiaan dengan Pendidikan untuk melatih guru-guru siswazah (aliran Sastera) yang ingin menjadi guru.• 1971 – Pusat Pendidikan USM menawarkan Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru terlatih melalui Program Kajian Luar Kampus (Pengajian Jarak Jauh – selama 4 tahun) • Pusat Pendidikan (kini Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan) USM merupa- kan IPTA yang paling aktif menawarkan PJJ untuk guru-guru untuk sambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan.• 1970 – UKM menggunakan Maktab Perguruan Lembah Pantai KL sebagai kampus sementara menawarkan kursus Akademik dengan Pendidikan.

Page 40: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• 1972 – melalui Jabatan Pendidikan, Fakulti Sains Kemasyarakatan UKM menawarkan kursus-kursus Diploma Pendidikan untuk guru-guru siswazah yang ingin menjadi guru selama 3 tahun dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.• 1971 – UPM melalui menawarkan kursus Diploma Pendidikan kepada siswazah yang ingin menjadi guru selama 1 tahun.• 1997 – UPSI menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan untuk melatih guru-guru siswazah

SUMBANGAN UNIVERSITI/IPTA DALAM PEMBANGUNANPROFESION KEGURUAN

• Melatih guru-guru siswazah untuk mengajar sekolah-sekolah menengah.• Menghasilkan pegawai-pegawai pendidikan untuk mengurus hal-hal pendidikan di pelbagai peringkat – KPM, JPN, PPD, agensi berkanun (Mara), swasta • Penubuhan Fakulti-Fakulti Pendidikan – lebih 12 IPTA yang ada ada fakulti/pusat yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan

Page 41: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

samb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURUsamb. PENDIDIKAN DAN LATIHAN GURU

• Fakulti Pendidikan IPTA – melatih guru untuk sekolah menengah.• IPG, KPM – mengeluarkan guru terlatih sekolah rendah.• Fakulti Pendidikan IPTA – kini menawarkan kursus-kursus peringkat Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang pendidikan. Contoh: pengalaman Fakulti Pendidikan UKM• Kini – program pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan semakin mengecil dan ambilan setiap sesi pengajian semakin berkurangan. Contoh: pengalaman di Fakulti Pendidikan UKM, UPM, USM dan UM• IPTA baru – OUM, USIM, UTHO, UMS, UNIMAS, UPSI, UTM, UIAM mengalih peranan UKM, USM, UM dan UPM untuk melatih guru-guru siswazah.• Terdapat 3 IPTS lain yang menawar program Pendidikan – UNISEL, UNITAR dan UNITEM

Page 42: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

PENGUKUHANPENGUKUHAN

Arahan:

1.Setiap kumpulan 5 orang.2.Buat bacaan – cari dan buat satu penulisan berserta rujukan terkini berkaitan dengan: a. Peranan IPG dalam melatih dan melahirkan guru b. Peranan IPTA dalam melatih dan melahirkan guru c. Kesan dan implikasi Akta Pendidikan 1995/199 dan Pindaan 2002 terhadap perkembangan profesionalisme guru di Malaysia d. Sumbangan kaum bukan Melayu terhadap perkembangan dan kemajuan profesion keguruan di Malaysia e. Sumbangan kaum Melayu terhadap perkembangan dan kemajuan profesion keguruan di Malaysia

3. Catat semua laman web dan rujukan yang diambil.4. Hantar mengikut kumpulan/ahli berbentuk folder kepada Dr. Zamri

Page 43: Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru

Sekian, Terima KasihSekian, Terima Kasih

Biarpun tubuhku kecil, tapi aku berjiwa besar