Kuliah 2a

56
SEMANTIK BAHASA MELAYU SEMANTIK BAHASA MELAYU UNIT 7 & 9 UNIT 7 & 9 LOGIK DAN MAKNA LOGIK DAN MAKNA

description

presentation

Transcript of Kuliah 2a

  • SEMANTIK BAHASA MELAYUUNIT 7 & 9

    LOGIK DAN MAKNA

  • LOGIK DAN MAKNASemantik bermaksud suatu bidang linguistik yang mengkaji perihal makna atau analisis makna secara sinkronis dalam bahasa.Dalam bidang Semantik, konsep makna boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori topik kajian yang berbeza. Contohnya, Makna Logik merupakan salah satu unit kajian yang terdapat dalam bidang Semantik.Semantik merupakan satu bidang cabang ilmu linguistik yang menfokuskan kajian makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa, pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat.

  • DEFINISI MAKNADr. T. Fatimah Djajasudarma (1993)- makna (sense) adalah berbeza dengan erti (meaning) di dalam bidang Semantik. Makna menurut Palmer (1976)- makna hanya menyangkut intrabahasa. Lyons (1977)- menyebutkan bahawa mengkaji atau memberikan makna sesuatu kata adalah memahami kajian kata tersebut berkenaan dengan hubungan-hubungan makna yang menjadikan sesuatu kata berbeza dengan kata-kata lain. Makna - penghubung bahasa dengan dunia luar sesuai dengan kesepakatan para pemakainya (penutur) sehingga dapat memahami dan mengerti.

  • DEFINISI LOGIK Logik - satu perkataan yang berasal dari Greek, iaitu logos yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan, atau prinsip. Selain itu, Logik - satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung) ataupun demonstrasi (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian). Logik merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian kukuh. Logik juga digunakan dalam elektronik digital. Tingkah- laku litar digital biasanya diputuskan melalui penggunaan litar-litar logik yang dipanggil get logik.

  • Dalam bidang Semantik, Makna Logik - makna yang ditinjau dari sudut kebenaran, iaitu dapat diterima oleh akal manusia.Dalam bidang Semantik, sesuatu ungkapan bahasa dikatakan mempunyai makna logik atau tidak logik. Manakala, dalam kehidupan harian, peraturan atau penggunaan bahasa akan dikatakan sebagai logik atau logikal jika bersesuaian dengan akal atau dapat masuk akal.Contohnya: Matahari itu terbenam di sebelah timur.(Tidak masuk akal sebab matahari terbenam di sebelah Barat.

  • Jos Daniel Parera (1999), kita akan mendapati sama ada sesuatu pernyataan itu adalah logik atau tidak logik, sekiranya kita mampu menghubungkan satu gagasan dan satu konsep dengan gagasan atau konsep yang lain. Contoh, konsep batu (stone) itu logik atau tidak?. (Konsep batu itu tidak ada hubungan dengan logik atau tidak logik tetapi dari segi logikal makna akan muncul jika kita menghubungkan perkataan batudengan konsep atau gagasan yang lain. Contoh, Orang itu kelaparan dan makan batu. Konsep batu tidak dapat berhubung dengan konsep makanan manusia. Jadi ayat tersebut dikatakan tidak logik disebabkan hubungan antara ungkapan makan dan batu bersifat tidak logik).

  • SYARAT DALAM LOGIKAL BERBAHASAMemenuhi runtutan pemikiran yang sistematik dan memenuhi unsur-unsur logikal.Memenuhi hubungan antara konsep-konsep yang ditautkan. Tidak boleh menimbulkan kontradiksi.Contoh ayat:i) Bayi itu memanjat pokok rambutan untuk memetik buah rambutan.ii) Remaja itu memanjat pokok rambutan untuk memetik buah rambutan.(Ayat (i) dikatakan tidak lagik, manakala ayat (ii) lebih dianggap logik dalam masyarakat).

  • Menurut Jos Daniel Parera (1999), berfikir secara logik- berfikir secara analitik iaitu kita mesti membezakan ayat yang bersifat analitik dengan ayat yang bersifat sintetik.Sesuatu ayat yang bersifat analitik ialah memerlukan kebenaran sebagai akibat daripada sense dari kata-kata yang terdapat di dalamnya. Sesuatu ayat yang bersifat analitik adalah ayat yang mengungkapkan idea-idea atau fakta-fakta yang diterima oleh akal logik masyarakat.

  • Contoh: Gajah adalah sejenis binatang ayat bersifat analitik ia diturunkan dari sense yang dimiliki oleh gajah dan binatang. Ali adalah berasal dari Perak ayat bersifat sintetik disebabkan tiada sense dalam makna perkataan. Ali, berasal, dan Perak yang menunjukkan bahawa pernyataan itu adalah benar (logik) atau salah (tak logik).Jika kita mengatakan ayat yang bersifat analitik adalah ayat yang menyatakan kebenaran. Maka, kontradiksi pula merupakan ayat yang mengandungi kesalahan mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan logikal. Misalnya:Binatang adalah sayuran.The boy is a women.

  • Dalam menghasilkan ungkapan yang mempunyai makna logik, perlu mengetahui kata-kata yang digunakan dalam sesuatu ungkapan itu berkontradiksi atau tidak.Jika terdapat kata-kata yang digunakan ini mempunyai kontradiksi dari segi maknanya, ayat tersebut perlu dibetulkan sesuai dengan logik akal.Analisis komponen dikatakan antara kaedah yang terbaik untuk menganalisis makna-makna sesuatu perkataan atau mereduksi makna kata .Contohnya, jika diberikan Analisis komponen terhadap elemen insan, dewasa, jantan , kita akan dapat membezakan lelaki, wanita, dan gadis dengan logik akal. Lelaki = (+) insan...(+) dewasa...(+) jantanWanita = (+) insan...(+) dewasa...(-) jantanGadis = (+) insan...(-) dewasa...(-) jantan

  • Seorang ahli mantik yang bernama Tarski mengemukakan suatu teori kebenaran atau teori logikal pada tahun1933. Beliau mencadangkan bahawa pencirian makna ayat itulah merupakan teori Semantik dan bukannya pencirian pada makna perkataan. Beliau membina satu skema rumus bagi memastikan sesuatu pernyataan itu logik dan benar.A benar jika dan hanya jika S:Salji itu putih jika dan hanya jika salji itu putih.

  • Contoh ayat:

    a)Kucing itu mengejar anjing.b)Kucing itu mengekor anjing.Dalam ayat (a), ramai berpendapat tidak logik dan sukar diterima akal kerana biasanya anjing yang mengejar kucing ataupun anjing adalah berlari lebih pantas daripada kucing..Manakala, ayat (b), iaitu kucing itu mengekor anjing, iaitu mungkin seekor kucing mungkin mengekor anjing itu berjalan atau berada di belakang anjing, ayat ini dapat diterima oleh masyarakat.

  • Contoh ayat:c)Ayam itu memakan tulang anjing.d)Ayam itu memakan tulang ayam.Ayam itu memakan tulang.Bagi ayat (c) dan (d) iaitu ayat (c) dikatakan mempunyai tahap logikal makna yang lebih rendah berbanding dengan ayat (d), kerana ayat (c) dikatakan mengandungi unsur yang kurang logik. Oleh sebab itu ia kurang diterima sebagai ayat logikal. Sebaliknya, ayat (d) dikatakan mempunyai tahap logikal makna yang lebih tinggi dan lebih senang diterima sebagai suatu ayat yang logikal dan gramatikal.

  • Contoh:1) Jika Jacky bujang, maka dia tidak pernah berkahwin.2) Jika Edmund berlari ke stesen, maka dia pergi ke stesen.3) Jika wanita itu berkahwin dengan lelaki itu, maka lelaki itu adalah suaminya.Dalam ayat (1) merupakan ayat yang berunsur logikal. Keadaan ini kerana Jacky yang masih bujang . logiknya boleh dianggap sebagai dia tidak pernah berkahwin. Manakala, ayat (2) diterima sebagai ayat yang logikal. Selain itu, ayat (3) , secara langsung dapat diterima oleh logik akal sebagai ayat yang logik dan benar. Oleh itu, semua ayat di atas dianggap logik akal.

  • Contoh ayat kurang logik.4) Jika Sue memukul Lucky, maka Lucky telah memukul Sue terlebih dahulu.5) Jika Edmund merupakan seorang pelajar UPSI, maka dia adalah seorang guru pada masa hadapan.Ayat (4) tidak dianggap sebagai ayat yang logikal kerana akan menimbulkan satu persoalan atau kecurigaan, jika Sue memukul Lucky, tidak semestinya Lucky yang telah memukul Sue terlebih dahulu.Ayat (5)juga bukan ayat yang logikal kerana jika Edmund merupakan pelajar UPSI, sebenarnya dia tidak semestinya adalah seorang guru pada masa depan.(Mungkin Edmund tidak menjadi guru atau tidak mendapat posting. Maka kedua ayat tersebut dianggap kurang logik.

  • kesimpulanKesimpulannya, Semantik ialah satu cabang ilmu linguistik yang menfokuskan kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa, iaitu pada peringkat kata, frasa, klausa atau ayat. Oleh sebab itu terdapat kaitan yang rapat antara perkataan dan makna. Sesuatu perkataan boleh membawa makna yang berlainan jika digunakan dalam situasi yang berbeza. Terdapat beberapa pembahagian makna alam bidang Semantik iaitu Makna Gaya, Makna Tekanan, Makna Tabu(Taboo), Makna Logik dan sebagainya.

  • BIBLIOGRAFI

    Abdullah Yusof, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa

    Melayu. Kuala Lumpur: PROSPECTA PRINTERS SD BHD.Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur. Dewan

    Bahasa dan Pustaka.Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2007). Komsas dan

    Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Icon Regian Sdn BhdZulkifley Hamid et.all, (2007). Linguistik Melayu. Kuala

    Lumpur: AMPANG PRESS SDN.BHD.

  • LOGIK DAN BAHASALogos yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip.Satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu.Munasabah atau dapat diterima oleh akal. Merujuk kepada turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian kukuh.

  • Contoh 1:

    Premis 1: Semua manusia fanaPremis 2: Socrates adalah sorang manusiaPremis 3: Jadi, Socrates adalah fana

    Contoh 2:

    Premis 1 : Semua manusia fanaPremis 2 : Socrates adalah fanaPremis 3 : Jadi, Scorates adalah seorang manusia

  • Contoh 3

    Premis 1: Semua bintang pop sangat kayaPremis 2: Maurice ialah seorang bintang popPremis 3: Jadi, Maurice adalah seorang yang sangat kaya

    Contoh 4:Premis 1: John berada sama ada di rumah atau di pejabatnyaPremis 2: John tidak ada di rumahPremis 3: Jadi, John berada di pejabatnya

  • LOGIK PROPOSISIONALKalkulus proposisional dan kalkulus ayatBoleh menggunakan simbol p, q dan r (VARIABEL AYAT) untuk mewakili ayatmemerlukan simbol-simbol untuk PENGHUBUNG LOGIKAL:~Penafian(tidak)&Penghubung (dan)VPemisah (termasuk atau)> Implikasi (jikamaka) =persamaan (kalau dan hanya kakaumaka)Nilai kebenaran= benar atau palsu, disimbolkan sebagai b benar p palsu

  • JADUAL KEBENARAN PENGHUBUNG (&)Contoh:i) Kuda adalah mamalia dan yu adalah ikanii) Kuda itu burung dan yu adalah ikan

    p qp & qb bb pp bp pbppp

  • JADUAL KEBENARAN PENAFIAN (~)Contoh:John tidak jujurJohn tidak bijak

    p~pbppb

  • JADUAL KEBENARAN PEMISAH (V)Contoh:Sama ada John berada di rumah atau di pejabatJohn berada di rumahOleh itu, John tidak ada di pejabat.

    p qp v qb bb pp bbbb

  • KESIMPULANSemantik merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji perihal makna atau analisis makna secara sinkronis dalam bahasa.Sesetengah ahli bahasa berpendapat, bidang Semantik merupakan antara bidang linguistik yang paling sukar dikuasai dan dipelajariMakna logik merupakan salah satu unit kajian yang terdapat dalam bidang Semantik.

  • Logik Predikat

  • Tujuan Undang-undang Logik Adalah Untuk:Memelihara penyataan integritiMenjanakan sesuatu penyataan dengan nilai kebenaran (Benar / Palsu)Setelah sesuatu nilai kebenaran diterima sebagai penyataan, ia tidak boleh diubah lagi.

  • Logik Usulan/ Logik ProposisionalPernyataan yang bernilai sama ada BENAR atau PALSU contoh:

    Usulan Nilai1 Semua segiempat tepat mempunyai 4 sisiBenar2 Semua burung memiliki sayapBenar3 Semua segitiga mempunyai 2 sisiPalsu4 Burung boleh terbangBenar/Palsu

  • Logik PredikatPredikat merupakan lanjutan Logik proposisional yang menyediakan perwakilan akhir bagi pengetahuan tertentu.Logik Predikat mengandungi penyataan-penyataan predikat mengenai individu atau objek, ciri-cirinya dan hubungannya dengan objek lain serta mewakili nilai Benar atau Palsu.

  • ContohSemua manusia adalah fana.premis 1Socrates seorang manusiapremis 2Jadi socrates fana..inferens/implikasi

    Premis ini boleh dilambangkan sebagai

    Vx(M(x)-> D(x)Iaitu, M untuk manusia D untuk fanaJadi, jika x ialah manusia, maka x adalah fana.

  • Namun, kita tidak dapat menginferensikan bahawa, sekiranya socrates itu fana, dia adalah manusia kerana kemungkinan socrates kucing saya.

    Kita tidak dapat menginferensikan jika premis pertamanya sesetengah manusia adalah fana. Contoh dalam set mudah berikut:-

  • Set mudahset D, mewakili individu yang fana.Set M, mewakili individu yang merupakan manusia. Jadi, individu dalam set M seperti socrates adalah juga dalam set D.Tetapi, individu dalam set D tidak semestinya berada dalam set M.

  • PerbandinganLojik usulan & Lojik Predikat

  • KesimpulanSemantik suatu bidang yang mengkaji makna, namun dengan adanya hubung kait antara makna dan logik ini, kita dapat menentukan sesuatu ujaran itu benar atau palsu.

  • MAKNA TERSURAT

  • Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) telah ditulis, tertulis atau tercatat. Darwis Harahap (1994:132) makna tersurat membawa pengertian sebagai makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. dikenali sebagai makna selapis dan makna denotasi

  • Denotasi disebut sebagai makna umum, makna kamus atau makna leksikal. digunakan untuk karya ilmiah kerana mempunyai makna tersurat yang memudahkan pembaca memahami maksudnya supaya ilmu yang dipaparkan di dalamnya menjadi pengetahuan bagi pembacanya (Darwis Harahap, 1994:37).

  • Makna denotasi menurut Abdullah Hassan (1997:271) ialah benda atau idea yang sebenarnya dirujuk oleh sesuatu perkataan. Ia juga bermaksud makna yang disebut di dalam kamus, tanpa diwarnai oleh pengaruh emosi. makna yang bebas daripada sebarang konteks.

  • Makna tersurat dalam sesebuah ayat juga bergantung kepada kebiasaan penggunaannya Darwis Harahap (1994) yang menyatakan, sekiranya sesebuah ayat atau bahasa itu biasa digunakan, maka ayat atau bahasa tersebut dianggap betul.

  • penjodoh bilangan

    Emak mahu pergi ke pasar membeli dua ekor ikan. kata nama

    Penari ada di dalam bilik persalinan.Penari itu ada di dalam bilik persalinan.Mereka ada di dalam bilik persalinan

  • kata kerja

    Burung itu hinggap di atas pokok.Burung itu terbang di atas pokok. kata sendi nama

    Perkara itu ada luar pengetahuan saya.Perkara itu ada di luar pengetahuan saya

  • MAKNA TERSIRAT

  • makna yang diperoleh berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujurkan (Darwis Harahap, 1994:138). Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) makna tersirat dimaksudkan sebagai terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu). Makna tersirat juga tergolong dalam makna leksikal mengutamakan nilai komunikatif, iaitu apa yang dirujuk oleh penutur dalam satu-satu konteks.

  • makna konotasi atau konotatif dan ayat berlapis-lapis. Konotasi merupakan makna lain daripada asalnya tetapi jika di telusuri, ternyata ada hubungannya untuk memberi makna kepada hasil karya kreatif S. Nathesan (2001) menyatakan, makna konotasi tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah mengikut konteks penggunaan kata dan sosiobudaya sesebuah masyarakat pengguna

  • contoh makna tersirat

    Rajinnya anak mak.Mati selera rajin pemalas, tidak suka bekerja mati tidak ada

  • Ayat tersurat dan ayat tersirat mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam kehidupan manusia untuk menyampai masej atau sesuatu maksud tertentu. Ayat tersurat yang bersifat secara umum, ayat selapis atau maksudnya yang disampaikan secara terus dan mudah difahami pembaca dan pendengar. Ayat tersirat pula memerlukan pemahaman dan penafsiran pembaca dan pendengar itu sendiri untuk mengetahui maksud atau mesej yang ingin disampaikan.

  • MAKNA TERSIRAT DALAM KIASAN DAN BIDALAN

  • DEFINISIMakna tersiratmakna yang diperoleh berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diunjarkan.

    Kiasanperibahasa yang mengiaskan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain

    Bidalan-peribahasa yang digunakan untuk tujuan nasihat atau peringatan

  • Makna tersirat dalam kiasanayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

    mengenai penderitaan seseorang yang sangat menderita walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan. Namun hidupnya masih belum mampu untuk menampung hidupnya

  • bagai layang-layang putus tali seseorang yang tidak mempunyai pedoman hidup iaitu tentang seseorang yang sudah putus harapan dan hanya berserah kepada nasib sahaja

  • Tebang gelam,tebang kenanga,Batangnya tumbang menimpa gedung;Kumbang mengidam nak seri bunga,Bunga kembang di puncak gunung.

    mengenai seseorang lelaki yang ingin mendapatkan seorang gadis sebagai kekasih atau isteri. Namun gadis tersebut sukar untuk diperolehi kerana terlalu banyak halangan dan cabaran.

  • Limau Bentan di tepi tingkap,Budak-budak melempar burung;Harimau di hutan lagi kutangkap,Kononlah pulak cicak mengkarung.

    mengenai seseorang yang mampu untuk menyelesaikan masalah yang besar tentu sahaja dia tidak mempunyai kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.

  • Makna tersirat dalam bidalan

    jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh

    tentang seseorang yang berasa dirinya itu bijak namun sering sahaja dihina oleh orang lain

  • ada periuk berkerak, ada lesung berdedak

    seseorang yang mempunyai kekayaan yang melebih-lebih dan tidak pernah habis

  • Peribahasa merupakan elemen yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Malahan peribahasa juga merupakan satu identiti bagi masyarakat Melayu

    Oleh sebab itu, peribahasa perlulah dipelihara dengan sebaiknya.

    RUMUSAN