Kuliah 5

23
PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR HAIRIAH BINTI MUNIP JABATAN SAINS

description

Pemuliharaan Hidupan Liar

Transcript of Kuliah 5

PEMULIHARAAN HUTAN

PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR HAIRIAH BINTI MUNIPJABATAN SAINS

3 PENGELASAN UTAMA BAGI SPESIS DALAM BAHAYA:TERANCAMMUDAH TERDEDAH KEPADA BAHAYAPUPUS

Spesies terancamMenghadapi resiko kepupusan paling serius

IUCN menafsirkan peratusan spesies terancam sebagai 40% daripada semua organisma berdasarkan sampel spesies yang dinilai.Ikan Sturgeon

Spesies terancam:ikan sturgeon- penangkapan secara berlebihan dan pencemaran persekitarannya telah menyebabkan bilangannya merosotTelurnya diguna membuat kaviarPembinaan empangan dan lain-lain kerja air di sungai tempat sturgeon biasa berhijrah untuk bertelur (membiak) mengganggu dan membahayakan

Spesies terdedah kepada bahayaSpesies terancam tetapi masih ada dalam populasi yang besar namun semakin menurun dan akan menjadi spesies terancam jika keadaan dibirkan.Contoh : Tenggiling RaksaksaKurang deria penglihatan dan pendengaranKematian kerana kemalangan dan kebakaran ladangApabila bilangan penduduk bertambah, habitat tenggiling berkurang.

Spesies terdedah kepada bahayaDi Amerika Tengah dan Amerika SelatanBoleh membunuh manusia Diburu sebagai satu aktiviti sukan, makanan dan perdagangan haiwan eksotik

Spesies pupusKebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan Contoh : Golden Toad pupus pada 1989Habitat di kaki bukit Costa RicaKerana pemanasan global dan pencemaran

Spesies pupusZanzibar leopord.Di Tanzania- pupus pada 1996 kali terakhir dilihat manusiaPunca: diburu dengan agresif kerana dianggap haiwan yang jahat

Spesies pupusBadak Hitam Afrika BaratDi Cameroon kali terakhir dilihat pada tahun 2006Punca: diburu untuk mendapatkan tandukBadak sumbu hitam barat Afrika secara rasminya telah diisytiharkanpupusoleh IUCN menerusi semakan semula keatas status haiwan dan tumbuhan, menurut laporan CNN pada 11 November 2011.

UCN memberi amaran bahawa spesies badak sumbu yang lain yang akan mengikut Badak Sumbu Hitam adalah Badak Sumbu Putih utara Afrika yang disifatkan "dihujung gigi ambang kepupusan". Manakala Badak Sumbu Jawa Asia akan berada dalam kategori "kearah kedudukan terakhirAntara kejayaan dalam memulihara spesies haiwan kritikal diancam adalah sepertiKuda Przewalski, yang pada awalnya status diletakkan pada "pupus di luar" pada tahun 1996, namun disebabkan aktiviti pemuliharaan spesies menerusi program pembiakbakaan melalui tangkapan (captive breeding), populasinya kini menjangkau 300 ekor.[1]

Punca-punca kepupusanpembalakan dan pemusnahan hutan menyebabkan fauna kehilangan habitat semula jadi dan juga berlaku gangguan dalam rantaian makanan. Haiwan-haiwan ini akhirnya akan mati kelaparan atau dibunuh oleh manusia.Kebakaran hutan mungkin disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan atau disebabkan oleh kecuaian manusia yang melakukan pembakaran terbuka.Contoh-contoh kebakaran hutan yang berlaku adalah seperti di Kalimantan,Indonesia danjuga di Australia

pencemaran laut menyebabkan hidupan laut mengalami mutasi gen dan juga berlaku kemusnahan telur yang belum sempat menetas. Pencinta-pencinta alam sering menasihatkan supaya orang ramai tidak membuang styrofoam ke dalam laut. Ini adalah kerana ia tidak boleh terurai menyebabkan cebisan-cebisan styrofoam akan sentiasa berada dalam laut. Hidupan laut seperti penyu akan cuba memakannya kerana menganggap ia sebagai makanan Akibatnya, hidupan laut ini akan mati kerana Styrofoam ini akan tercekik di bahagian lehernya menyebabkan ia sukar bernafas

Pencemaran

-Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.

-Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

-Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Pemburu Haram

-Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

-Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

-Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

-Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

-Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

-Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinasaour adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

-Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Teknologi terkini pemuliharaanBAHAGIAN KONSERVASI EX-SITU

Peranan Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi in-situ dan komersial. Program konservasi hidupan liar secara ex-situ melibatkan pembiakan hidupan liar terancam, perkhidmatan veterinar, aplikasi bioteknologi dan pengurusan genetik serta penyelidikan. Terdapat empat (4) program utama di bawah Bahagian Konservasi Ex-situ:Pembiakan dan Konservasi Ex-situ di Pusat-Pusat Konservasi Hidupan LiarPembiakbakaan Dalam Kurungan KomersialPerkhidmatan VeterinarMakmal Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (WGRB)

Pembiakan dan Konservasi Ex-situ di Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar

Bahagian Konservasi Ex-situ bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN Negeri dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan semua Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) seperti yang disenaraikan di bawah. Ia bertujuan untuk menambah bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini dalam membantu pengurusan hidupan liar di dalam kurungan.

Perkhidmatan Veterinar

Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan di bawah perkhidmatan veterinar:Rawatan Hidupan LiarMenjalankan rawatan pada hidupan liar yang mengalami kecederaan dan sakit.Post-mortem Hidupan LiarPerkhidmatan post-mortem dijalankan bagi hidupan liar yang mati untuk mengenalpasti punca kematian hidupan liar selepas menerima laporan kematian.Pemasangan MikrocipPerkhidmatan memasang mikrocip dilaksanakan pada hidupan liar sebagai pengenalan individu yang berasaskan kod nombor khas.Khidmat Nasihat VeterinarPihak veterinar juga memberikan khidmat nasihat veterinar khususnya berkaitan rawatan, penggunaan ubat, pembiakan dan pemakanan hidupan liar.

Makmal Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (WGRB)Makmal Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (Wildlife Genetics Resources Bank, WGRB) telah dimulakan pada tahun 2006 oleh PERHILITAN sebagai satu usaha untuk memulihara hidupan liar bedasarkan bukti sains. Sejak ditubuhkan, peranan utama WGRB ialah untuk berkhidmat sebagai Pusat Depositori Kryogenik di mana ia menerima, mengumpul, katalog dan mengurus pengkalan data pelbagai jenis bahan biologik hidupan liar seperti rambut, tulang, tisu otot, air mani, darah, kulit, organ dan calitan.

Pasukan WGRB juga menyelaras dan menjalankan program persampelan untuk mengumpul sampel biologi di lapangan. Sehingga kini, WGRB mengumpul dan menguruskan sejumlah besar bahan biologik sebanyak 14,989 sampel daripada 294 spesies dari 93 famili hidupan liar.

Bahan-bahan biologik ini sangat berguna untuk dijadikan rujukan di masa hadapan dan menjadi sumber bagi kajian hidupan liar di masa akan datang.

Terkini, WGRB terdiri dari 4 unit utama iaitu Unit Perbankan Bahan Biologikal, Unit Forensik DNA, Unit Molekular Zoonosis dan Unit Penyelidikan DNA. WGRB telah menjalankan pelbagai kajian mengenai genetik hidupan liar termasuk filogenetik, pengecapjarian DNA dan sexing DNA. Maklumat Genetik sangat berguna untuk menentukan struktur genetik bagi populasi, kepelbagaian genetik dangenetic fitnessbagi setiap spesis dan kemudiannya boleh digunakan untuk membantu dalam pemuliharaan secara strategik dan pelan pengurusan bagi setiap spesies.

Maklumat Genetik juga berguna dalam memerangi jenayah hidupan liar dengan menjana penanda DNA yang spesifik bagi spesis, populasi, jantina, dan pengenalan individu untuk mengenalpasti bahagian haiwan apabila bukti morfologi tidak dapat digunakan.Unit Forensik DNA hidupan liar berperanan menyokong Bahagian Penguatkuasaan PERHILITAN untuk menganalisa bahan bukti DNA.Usaha besar telah dilakukan untuk membangunkan dan meningkatkan keupayaan Forensik DNA dalam Jabatan dengan harapan dapat mengurangkan dan mencegah aktiviti pemburuan dan penuaian hidupan liar secara haram. Sejak 2009, PERHILITAN telah mula menganalisa bukti forensik DNA untuk jenayah hidupan liar dan menyediakan laporan yang akan digunakan dalam pendakwaan.