kuliah 6

9
HUBUNGAN GURU-MURID Pengenalan: Bab ini mengupaskan hubungan guru dan murid dan juga kepentingan hubungna tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) serta suasana di dalam bilik darjah.Selain daripada itu bagaimana untuk membina hubungan yang positif dan berkesan antara guru dan murid dengan boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak. Guru perlu mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihdapi oleh murid-murid. malahan guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid, ketakutan dan kekeliruan supaya guru dapat membantu murid menangani masalah. Komunikasi yang berkesan antara guru dan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih baik. Interaksi yang berpanjangan berlaku antara mereka akan membantu memahami murid, sekaligus akan meningkatkan prestasi mereka. Komunikasi yang berkesan, guru yang mesra bersama murid dan suasana kelas yang demokratik membawa kepada sebuah hubungan yang erat antara guru dan murid. Bila mana wujudnya suasana demokratik semasa murid bersama dengan guru dalam membuat keputusan tentang proses aktiviti p&p atau suasana pembelajaran akan membuatkan murid berasa dihargai dan lebih bertanggungjawab. KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID

description

kuliah 6

Transcript of kuliah 6

Page 1: kuliah 6

HUBUNGAN GURU-MURID

Pengenalan:

Bab ini mengupaskan hubungan guru dan murid dan juga kepentingan

hubungna tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) serta

suasana di dalam bilik darjah.Selain daripada itu bagaimana untuk membina

hubungan yang positif dan berkesan antara guru dan murid dengan boleh

meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak.

Guru perlu mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang

dihdapi oleh murid-murid. malahan guru perlu memahami masalah yang

dihadapi murid, ketakutan dan kekeliruan supaya guru dapat membantu murid

menangani masalah. Komunikasi yang berkesan antara guru dan murid akan

meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih baik. Interaksi yang

berpanjangan berlaku antara mereka akan membantu memahami murid,

sekaligus akan meningkatkan prestasi mereka.

Komunikasi yang berkesan, guru yang mesra bersama murid dan suasana

kelas yang demokratik membawa kepada sebuah hubungan yang erat antara

guru dan murid. Bila mana wujudnya suasana demokratik semasa murid

bersama dengan guru dalam membuat keputusan tentang proses aktiviti p&p

atau suasana pembelajaran akan membuatkan murid berasa dihargai dan

lebih bertanggungjawab.

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID

KEBAIKAN KEPADA GURU KEBAIKAN KEPADA MURIDMenaikkan motivasi kepada guru untuk mengajar lebih bersemangaT

Murid akan lebih berminat untuk belajar

Murid lebih senang dikawal oleh guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

Murid lebih memberi kerjasama kepada guru-guru

Kerjasama murid akan memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran guru

Meningkatkan pencapaian akademik murid

Menaikkan imej guru Murid lebih bermotivasi untuk belajar

Page 2: kuliah 6

Faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid

FAKTOR HURAIAN

Penampilan dan bahasa badan guru

Menjadi tumpuan murid (berpakaian kemas) Memberi persepsi baik kepada murid Menjadi role model

Tingkah laku guru Mencerminkan perwatakan guru Sikap guru yang kasar akan dibenci oleh

murid-murid Menggunakan perkataan yang baik dan sesuai Berhemah tetapi tegas

Tunjukkan contoh teladan yang baik

Menunjukkan minat supaya murid juga akan minat untuk belajar

Sentiasa ceria dan tenang Mengamalkan komunikasi yang berkesan Ikhlas dalam mengajar Mengambil berat tentang murid

Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

Bilik darjah yang kelihatan bersih, ceria dan teratur

menarik perhatian murid untuk belajar bilik yang dilengkapi dengan alat bantu

mengajar bilik yang dapat memotivasikan murid

Strategi membina hubungan positif guru-murid

Bahan dipetik daripada buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku tulisan Shamsina Shamsuddin

1. Bertindak selaku ketua pegawai eksekutif (CEO)

Murid akan mencari sebab untuk menghormati dan mematuhi guru. Oleh itu guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal bilik darjah dan tingkahlaku murid serta layak dihormati. Walau bagaimana pun mesej ini tidak seharusnya disampaikan kepada murid dalam nada menyombong atau bongkak, autoritatif atau menggunakan pendekatan yang tidak telus. Untuk mendapatkan keseimbangan antara boleh didekati tanpa menjadi kawan merupakan satu cabaran dan ia merupakan satu seni dalam bidang pengajaran. Guru perlu memaklumkan kepada murid tentang hak mutlak

Page 3: kuliah 6

dirinya sebagai guru. Wujudkan sempadan hubungan tanpa kesediaan untuk melanggarnya. Guru perlu menggunakan peluang untuk membentuk peraturan perhubungan sejak awal sesi persekolahan setiap tahun.

2. Menerima keindividualan murid

Sekiranya guru bersikap jujur terhadap diri sendiri pasti guru akan mengakui bahawa dengan menerima murid sebagai dirinya dan sebagai individu merupakan satu lagi cabaran yang sukar. Setiap seorang murid mempunyai ciri unik yang tersendiri dan guru tidak seharusnya membuat generalisasi untuk mengatakan bahawa semua murid adalah sama. Guru boleh cuba memahami dan menerima murid-murid melalui pengumpulan maklumat menggunakan borang profil pada awal tahun. Maklumat yang dikumpulkan meliputi hobi, keluarga, impian, bakat, minat, perkara yang disukai dan tidak disukai. Gunakan masa untuk membaca profil murid dan gunakan maklumat yang diperolehi untuk mewujudkan hubungan dan berbicara secara casual dengan murid. Dengan cara menunjukkan minat untuk mengenali kehidupan murid, kebiasaan mereka serta membenarkan mereka “menari mengikut paluan gendang sendiri” merupakan strategi paling berkesan yang boleh digunakan untuk sampai dan membuka pintu hubungan dengan murid.

3. Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah.

Bantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri guru sendiri. Semakin cepat guru dapat memberi kesedaran tentang banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di antara ahli kelas, semakin selesa pula murid dengan keadaan serta suasana bilik darjah dan kelas mereka.

4. Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri guru.

Sesetengah guru tidak bersetuju dengan konsep ini kerana khuatir persamaan mungkin menyebabkan murid dan suasana jadi lebih tidak berdisiplin di dalam bilik darjah. Faktanya ialah semakin murid merasa selesa dengan gurunya, mereka akan merasa lebih selesa dan bersifat lebih terbuka dan boleh menerima.Beri peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan yang mereka ingin tanyakan tentang guru. Pilih soalan-soalan yang boleh dikongsikan jawapannya. Gunakan sedikit waktu sebelum waktu pembelajaran tamat untuk menjawab soalan-soalan secara rawak. Guru boleh berseronok dengan aktiviti ini dan murid akan melihat guru sebagai seorang manusia sebenar dan bukan berpura-pura.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya guru dapat meluangkan sedikit waktu untuk bersama dalam aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan, bermain bola

Page 4: kuliah 6

di padang, menghias sekolah dengan bunga-bungaan dan pokok hiasan sambil berhibur, berbual atau berbincang atau memasukkan isi kandungan pelajaran secara santai. Bagi sesetengah murid, aktiviti bersama di sekolah menjadi pendorong untuknya hadir dan terus belajar di sekolah.

5. Ingat nama kesemua murid dalam kelas dalam tempoh 48 jam.

Kebanyakan murid merasakan diri mereka seumpama tidak wujud semasa berjalan di koridor sekolah tanpa berkomunikasi dengan seseorang. Lazimnya apabila berselisih dengan guru, muridlah yang memulakan komunikasi. Bagi murid yang pemalu, komunikasi permulaan ini tidak mungkin berlaku. Apabila guru boleh menegur murid, khususnya mereka yang pemalu dan pendiam dengan menggunakan nama mereka dan menunjukkan hubungan yang baik, murid akan merasa diri mereka wujud dan dihormati. Murid pula tidak akan merasakan guru sebagai seorang superior yang sombong atau autoriti yang menakutkan mereka. Setelah mengenali dan menghafal nama-nama murid, guru boleh gunakannya di mana-mana dan tidak lagi menggunakan gantinama ketika memulakan komunikasi seperti “Hei awak! boleh tolong cikgu angkatkan buku ini tak?” Sebaliknya penghormatan akan wujud apabila guru mengatakan “Qatratun Nada, boleh tolong saya bawakan buku ini ke kelas?”. Sesetengah murid akan merasa sungguh seronok apabila guru berupaya memanggil mereka menggunakan nama-nama mereka setelah dua hari berjumpa. Kesannya adalah amat besar terhadap perhubungan yang positif dan harga diri murid-murid.

6. Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan lisan.

Kita semua tahu bahawa betapa lemah dan mengecewakan apabila seorang penceramah atau pembentang gagal menggunakan komunikasi bukan lisan dan bercakap umpama sebatang tiang yang tidak menarik minat serta terasing dan tidak ada hubungan dengan pendengar. Seorang guru yang mengajar dan memberikan penerangan umpama sebatang tiang yang tidak menimbulkan rasa ingin tahu, motivasi dan minat untuk memberikan perhatian kepada murid adalah seorang guru yang gagal dalam profesionnya. Bahasa badan, nada dan intonasi suara, kekuatan volume suara, mimik wajah dapat menyampaikan mesej tentang kesungguhan, keseronokan dan kepuasan murid. Sesetengah gerak bahasa badan dapat memudahkan kefahaman tentang perkara yang dibincangkan.

Senyuman adalah sedekah dan tenaga yang digunakan untuk senyum adalah lebih kecil berbanding tenaga yang digunakan untuk menunjukkan raut wajah

Page 5: kuliah 6

marah, bermuka masam dan merunsingkan. Senyuman merupakan satu petanda kesediaan untuk menerima dan bertenaga. Murid, khususnya mereka yang datang dari latar belakang sosioekonomi yang rendah, bergantung tinggi kepada komunikasi bukan lisan dan akan mendapatkan isyarat bukan lisan di sekeliling mereka.

7. Layan semua murid dengan hormat sepanjang waktu.

Apakah yang akan dirasakan oleh guru sekiranya bilik darjah menjadi sebuah tempat yang bebas daripada bising, jeritan dan laungan? Sebagai seorang dewasa yang matang guru boleh berperanan sebagai rol model kepada murid-muridnya. Walau bagaimana kecewa sekali seorang guru di dalam bilik darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau merendah-rendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan tinggi. Apabila seorang guru menyelitkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan mengekalkan sikap secara konsisten, guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan interaksi yang sihat.

Amalan budaya penyayang

Menurut Larrivee(2005), budaya penyayang terbentuk apabila ahli-ahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan. Dalam komuniti yang mengamalkan budaya penyayang, ahli-ahlinya saling hormat-menghormati, berkongsi emosi/perasaan secara jujur dan saling ingat-mengingati.

Terdapat 4 ciri utama dalam menerapkan budaya penyayang di dalam bilik darjah iaitu,

hormat autentik ingatan integriti emosi

Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan amalan budaya penyayang ini selari dengan kepentingan akademik murid-murid. malahan guru juga harus bijak dalam mentransformasikan budaya bersaing dalam bidang akademik sahaja dan budaya kasih-sayang dan saling bantu membantu dalam bilik darjah.

CIRI UTAMA HURAIANHormat Konsep asas hormat ialah penerimaan

Page 6: kuliah 6

Interaksi dua hala (guru – murid) Memberi perhatian dan mengambil berat tentang diri

murid Guru akan mendapat kepercayaan dari murid

Autentik Autentik – menjadi diri sendiri Memberi maklum balas dengan jujur Tidak takut mengaku kesalahan yang dilakukan Bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri Menyedari emosi orang lain dan diri sendiri dan

mengawalnya

Ingatan Keprihatinan gru akan bertimbang rasaterhadap muridnya

Mengambil berat dan mewujudkan persekitaran yang kondusif

Saling berkongsi masalah Sentiasa bekerjasama Peka akan kehendak dan emosi orang lain

Intergriti emosi Ia berkaitan dengan kejujuran dalam meluahkan pendapat dan emosi serta mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku tersebut.

DINAMIKA BILIK DARJAH

Dinamika bilik darjah merupakan sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama.Terdapat beberapa pola dalam kumpulan yang perlu guru ketahui antaranya ialah:

Bintang Untuk murid yang popular dan 10 undian dari kawan-kawaNDyad Bentuk persahabatan dua orang ( a – b ) (b – a)Klik Bentuk kumpulan (dua atau lebih untuk menjadi kawan yang

disukai)Rantai Pola rantaian (a – b) (b – c)Pencilan Tidak memilih sesiapa sebagai kawannyaSingkiran Murid yang disukai, tetapi mengatakan dia sebagai orang

yang tidak disukai

FAKTOR YANG MEMBENTUK DINAMIKA

KUMPULAN:

Page 7: kuliah 6

i. jantina

ii. agama/bangsa

iii. status ekonomi

iv. pendidikan akademik

v. personaliti

vi. gaya pembelajaran

PERANAN GURU DALAM DINAMIKA KUMPULAN

i. guru perlu mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah

ii. guru harus memberi perhatian kepada kumpulan murid yang disingkirkan dan tidak disukai

iii. menggunakan kuasa pemularan(role model untuk mempengaruhi murid)

iv. guru boleh membantu dinamika kumpulan untuk membentuk ciri yang boleh membawa kebaikan guru bertindak sebagai ketua kumpulan dinamika