Kump 6 b

17
1.0 Standard Guru Malaysia (SGM) Selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020, pembangunan modal insan kelas pertama penting dalam melahirkan individu yang mempunyai jati diri yang tinggi, berketrampilan, berkeperibadian mulia serta berkemahiran tinggi. Semuanya bermula dengan sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah bertanggungjawab dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dengan merancang latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. 1.1 Rasional Standard Guru Malaysia Standard Guru Malaysia telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untuk kegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan, pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional pertamanya ialah guru perlu mempunyai tahap amalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang tinggi bagi mereka menjadi guru professional dengan berkesan. Selain itu, institut perguruan perlu menyediakan keperluan yang lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga 1

description

 

Transcript of Kump 6 b

Page 1: Kump 6 b

1.0 Standard Guru Malaysia (SGM)

Selaras dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju pada tahun

2020, pembangunan modal insan kelas pertama penting dalam melahirkan individu yang

mempunyai jati diri yang tinggi, berketrampilan, berkeperibadian mulia serta berkemahiran

tinggi. Semuanya bermula dengan sistem pendidikan di negara kita. Oleh itu, Bahagian

Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bersama-sama Institut

Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah bertanggungjawab

dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dengan

merancang latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan

seluruh negara.

1.1 Rasional Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia telah diwujudkan atas beberapa sebab terutamanya untuk

kegunaan pelbagai pihak yang terlibat seperti guru, agensi dan institusi latihan perguruan,

pensyarah serta guru besar dan pengetua sekolah. Rasional pertamanya ialah guru perlu

mempunyai tahap amalan nilai professionalism keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta

kemahiran pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang tinggi bagi mereka menjadi guru

professional dengan berkesan.

Selain itu, institut perguruan perlu menyediakan keperluan yang lengkap seperti dasar,

kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan

kualiti untuk membolehkan mereka melahirkan guru yang berkualiti tinggi. Rasional lain ialah

KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru agar ia dapat

dijadikan sebagai showcase. SGM juga menggariskan criteria dan standard am guru selaras

dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan criteria dan standard

am pendidikan tinggi.

1.2 Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan tentang kompetensi amalan nilai professionalism keguruan

berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang perlu ada pada seorang guru. Terdapat tiga

domain dalam amalan nilai profesionalisme keguruan iaitu domain diri, profesioan dan sosial.1

Page 2: Kump 6 b

1.2.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada. Nilai tersebut perlu

diperkembangkan lagi gagi menjadikan seseorang guru itu lebih berkualiti dan dapat mencapai

matlamat sistem pendidikan negara. Terdapat banyak domain yang difokuskan dalam domain ini.

Antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah dan ikhlas. Ini amat penting kerana apabila

seseorang guru itu percaya pada Tuhannya, beliau akan amanah dan ikhlas dalam menjalankan

tanggungjawab sebagai seorang guru. Selain itu, nilai lain yang perlu ditingkatkan ialah berilmu,

kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan tahan lasak,

cergas, aktif, sukarela, efisien dan sihat.

Di samping itu, guru juga perlu memantapkan lagi kemahiran interpersonal bagi

mewujudkan keyakinan orang lain terhadap dirinya. Kemahiran intrapersonal juga penting bagi

guru untuk mengawal dirinya agar dapat memahami diri sendiri serta tidak emlibakan pelajar

apabila mengalami masalah gangguan emosi.

1.2.2 Domain Profesion

Domain profesion merujuki kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus

oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang yang professional. Nilai yang paling

penting dalam domain ini ialah kecintaan terhadap profesion. Apabila mencintai bidang

keguruan, seseorang guru akan berusaha menjadi yang terbaik dalam bidangnya serta sanggup

berkorban demi profesionnya. Nilai lain dalam domain ini ialah berketrampilan, integrity,

teladan, kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

1.2.3 Domain Sosial

Selain mengajar di sekolah, guru juga berperanan sebagai agen sosialisasi atau penjana

modal insan dalam masyarakat. Nilai utama dalam domain ini ialah kemahiran sosial. Ia penting

kerana ia dapat membantu guru untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat yang juga

merupakan ibu bapa serta waris kepada pelajar sekolah.

2

Page 3: Kump 6 b

Nilai lain dalam domain sosial ialah keharmonian, semangat bermasyarakat patriotism

dan kecintaan terhadap alam sekitar. Semua nilai ini boleh dipupuk melalui program sekolah

seperti gotong-royong, sambutan hari kemerdekaan, hari kantin sekolah, serta mesyuarat PIBG.

1.3 Pengetahuan Dan Kefahaman

Standard yang kedua di dalam Standard Guru Malaysia ialah pengetahuan dan kefahaman.

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek

pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang

guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan

profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih

kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang

berikut:

1.3.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran.

Pemahaman dan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan membolehkan guru-guru

menterjemahkannya ke dalam perancangan dan pembelajaran. Ini juga membantu guru

mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Guru juga berkemahiran dalam memahami nilai pendidikan dan

tahu bagaimana nilai tersebut diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan

keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan

keperluan pengajaran ini memudahkan guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga mahir dalam menggunakan strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3.3 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

Pemahaman yang mendalam tentang sukatan pelajaran meliputi penggunaan sukatan

pelajaran dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan dan kefahaman dalam

mata pelajaran yang diajarkan serta perkembangan terkini matapelajaran yang diajarkan.3

Page 4: Kump 6 b

1.3.4 Pengetahuan dan Kefahaman Kandungan Ilmu Pendidikan

Guru yang berpengetahuan dalam kandungan ilmu pendidikan seharusnya menyediakan

perancangan pengajaran pembelajaran yang berasaskan tahap perkembangan murid serta

bagaimana guru mengaplikasikan teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3.5 Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

Guru yang berpengetahuan dalam Penggunaan TMK ini seharusnya boleh

mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran serta etika-etika

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Guru seharusnya merancang strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

selamat, strategi untuk mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta strategi penyusunan

kedudukan murid dan perabot yang merangsangkan pembelajaran. Guru juga seharusnya

mengemplementasikan langkah untuk mewujudkan budaya kerjasama dan persaingan yang sihat

serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan kreativiti, daya usaha dan

pemikiran terbuka.

1.3.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik

amalan pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang berpengetahuan dan memahami kaedah pentaksiran dan penilaian seharusnya

boleh menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian serta membina instrumen

pentaksiran dan penilaian yang berkualiti. Maklumat yang diperoleh ini digunakan untuk

meningkatkan kefahaman guru terhadap murid, membina program intervensi, menilai

keberkesanan pengajaran guru dan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.

1.3.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.4

Page 5: Kump 6 b

Guru yang memahami potensi dan cara mengembangkannya seharusnya boleh mengenal

pasti perbezaan murid dari segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan tahap

pencapaian serta boleh mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu

Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang mantap dapat meningkatkan keyakinan

guru melaksanakan tugas profesional dan mengekalkan keberkesanannya. Pelaksanaan standard

pengetahuan dan kefahaman ini akan menjamin kualiti profesional guru berada pada tahap tinggi

dan mengekalkannya relevan dengan perkembangan pendidikan.

Dengan mengamalkan kesemua domain dalam Standard Amalan Nilai Profesionalisme

Keguruan, guru akan mempunyai hala tuju, matlamat, wawasan pendidikan yang jelas. Guru

akan memupuk prinsip diri yang utuh berupaya membuat perubahan, menyesuaikan diri dan

bersikap proaktif . Guru juga akan lebih berusaha mempertingkatkan keupayaan diri, komitmen,

inisiatif, dan bertanggungjawab dalam membina peribadi yang unggul dan dalam melaksanakan

tugas profesionalnya.

1.4 Kemahiran Pembelajaran Dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut

dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran

dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

1.4.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,

pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

1.4.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir,

kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah

cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

1.4.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian

murid.

5

Page 6: Kump 6 b

1.4.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,

masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Penguasaan kemahiran merancang, melaksana, memantau, mentaksir dan menilai serta

pengurusan bilik darjah yang baik dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

efisien, bermakna, dan menyeronokkan.

2.0 Standard Pengajaran Professional (North Carolina Teaching Standard)

Guru yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan mengambil inisiatif untuk

memastikan kemajuan bagi semua pelajar di dalam memastikan kecemerlangan pelajar yang

bermula dari pendidikan di alam persekolahan, di peringkat global yang amat kompetitif untuk

sektor pekerjaan serta bersedia untuk kelangsungan hidup dalam abad ke-21.

VISI BARU PENGAJARAN

Guru-guru yang berwawasan akan mencari alternatif untuk berinteraksi dan membuat

proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar-pelajar

mereka. Pada masa kini, terdapat pelbagai medium komunikasi yang boleh dibentuk daripada

gabungan berbagai-bagai sumber data yang boleh digunakan untuk mengatur, merancang, dan

menetapkan matlamat bagi memenuhi keperluan pelajar dan proses pembelajaran. Sebagaimana

yang kita ketahui, guru menggunakan pelbagai jenis penilaian data sepanjang tahun untuk

menilai kemajuan pelajar. Maka, perubahan dan kelemahan terhadap cara pengajaran dan

pembelajaran akan dapat dipertingkatkan serta diperbaharui.

2.1 STANDARD 1: Guru Menunjukkan kepimpinan

i) Guru pemimpin di dalam kelas mereka

Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran,

kewujudan persekitaran serta kondisisi pembelajaran yang harmoni, selamat dan teratur akan

memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi lebih proaktif dan progresif. Ini bermakna

guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di

samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

6

Page 7: Kump 6 b

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi

kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran

dan pembelajaran. Maka, ini bermakna guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.

Guru-guru juga harus mempunyai daya toleransi yang tinggi untuk memberi semangat dan

wawasan kepada pelajar agar peningkatan dalam proses pembelajaran akan berterusan.

ii) Guru menunjukkan kepimpinan di sekolah

Guru juga perlu bekerjasama dengan kakitangan sekolah untuk mewujudkan sekumpulan ahli

profesional bagi komuniti pembelajaran. Tenaga kerja ini akan menganalisis dan menggunakan

data daripada pelbagai sumber sama ada tempatan atau nasional untuk mencapai matlamat dalam

memperkasakan strategi kemajuan sekolah. Di samping itu, pelan-pelan yang dirangka serta

dipercayai boleh meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar harus dipelbagaikan. Guru perlu

meluangkan masa untuk berbincang mengenai cara dan strategi bagi pengurusan rancangan

pembaikan sekolah.

Selain itu, kondisi bagi kemudahan alatan pembelajaran juga memainkan peranan yang

penting dan tidak seharusnya dipandang ringan. Hal ini perlu diambil berat kerana ianya akan

mem-bentuk sebuah suasana pembelajaran yang selesa bagi para pelajar.

iii) Guru menerajui profesion keguruan

Di samping itu, guru-guru hendaklah berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan profession

perguruan. Mereka boleh bekerjasama dengan rakan-rakan di kalangan guru untuk menjadi

mentor dan guru-guru sokongan untuk meningkatkan keberkesanan bagi profesion perguruan.

Kerajaan juga boleh mengambil kesempatan daripada kepakaran guru-guru sekiranya mereka

memberi sumbangan kerja yang positif seperti aktif menyertai dan menyokong struktur di dalam

bidang pendidikan. Promosi terhadap profession perguruan akan memberi galakan dan

pertumbuhan yang sihat bagi semua warga pendidik.

iv) Guru pembela kepada sekolah dan pelajar.

7

Page 8: Kump 6 b

Guru akan menberikan pembelaan terhadap pelajar dan sekolah dengan mewujudkan

perubahan positif dalam dasar dan amalan yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.Mereka

mengambil bahagian dalam pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan pendidikan pelajar

v) Guru memaparkan tahap etika yang tinggi

Guru menunjukkan prinsip-prinsip etika termasuk kejujuran, integriti, layanan yang adil, dan

menghormati orang lain. Dalam hal ini, setiap guru perlu mematuhi ataupun menjaga Kod Etika

dan Piawaian Etika Profesional. Tahap etika yang tinggi bukanlah semata-mata penampilan diri,

namun ia merangkumi aspek sahsiah diri, disiplin serta perilaku di luar dari sekolah yang

membawa kepada ‘role model’ kepada pelajar.

2.2 Standard 2: Guru mewujudkan suasana yang sesuai bagi populasi pelajar yang

berbeza.

Terdapat lima bahagian dalam standard 2 ini, seperti guru melibatkan kepelbagaian

komuniti dalam sekolah. Sebagai contohnya, guru bukan sahaja mendidik pelajar malah guru

juga membentuk akhlak pelajar seperti menghormati semua pekerja di dalam sekolah dan

mengenali setiap pekerja dalam sekolah tidak kira pekerja pejabat, pembantu makmal, tukang

kebun,tukang cuci, peniaga kantin dan pengawal keselamatan. Budaya menghormati orang lain

ini boleh dipupuk apabila guru mewujudkan kepelbagaian komuniti dalam sekolah. Selain itu,

guru hendaklah meletakkan pelajar sebagai individu yang bermaksud guru hendaklah

mengekalkan keyakinan yang tinggi pada setiap pelajar dan tidak seharusnya guru merendahkan

tahap keyakinan pada setiap anak muridnya kerana ini akan menjatuhkan semangat pelajar untuk

belajar mahupun datang ke sekolah.

Seterusnya, guru menyediakan suasana yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan

pelajar dalam P&P. Pekara ini amat penting kerana proses P&P yang sempurna adalah

menyediakan suasana yang kondusif, seperti guru hendaklah memastikan kelas sentiasa dalam

keadaan bersih. Tidak semestinya kelas bersih, malah guru juga menyediakan alatan matematik

kepada pelajar supaya proses P&P tidak terganggu. Selain itu, guru hendaklah bekerjasama

dengan ibu bapa atau penjaga pelajar supaya guru dan ibu bapa atau penjaga boleh berbincang

8

Page 9: Kump 6 b

bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar dan membantu pelajar dalam pelajaran.

Sehubungan dengan ini, guru dapat merapatkan ukhwah ibu bapa atau penjaga dengan pihak

sekolah, sekaligus dapat membantu pihak sekolah menangani masalah pelajar di luar sekolah.

Guru juga hendaklah mengunakan pengajaran atau pendekatan yang sesuai kepada

pelajar supaya penajaran guru lebih bermakna bagi mereka. Guru seharusnya mengetahui

pedekatan-pendekatan pengajaran yang sesuai terhadap setiap anak murid mereka supaya setiap

pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka. Contoh pedekatan yang boleh digunakan oleh

guru ialah mengajar dengan menunjukkan video, menunjukkan barang maujud dan menjadikan

proses P&P yang menarik. Sekiranya guru hendak memberi contoh,guru seharusnya

menggunakan contoh situasi harian supaya pelajar lebih mudah faham.

2.3 Standard 3 : Guru menguasai isi kandungan pelajaran dan berpengetahuan.

Standard 3 ini mengandungi empat bahagian, iaitu yang pertama guru hendakalah

menguasai isi kandungan pengajaran subjek mereka supaya guru tahu apa ilmu yang hendak

disampaikan kepada pelajar mereka. Selain itu, guru lebih berkeyakinan semasa mengajar

sekiranya mereka menguasai isi kandungan subjek mereka. Kelebihan lain yang dapat dilihat

dalam pekara ini juga ialah persediaan mengajar guru akan lebih teratur dan pelajar akan mudah

faham dengan setiap apa yang diajar oleh guru itu sendiri. Bahagian kedua ialah guru hendaklah

menyusun isi kandungan pengajaran yang saling berkaitan. Sehubungan dengan itu, sekiranya

guru menyusun isi kandungan pengajran mereka yang saling berkaitan, pelajar akan dapat

memehami lebih pengajaran yang diajar sebelum ini. Sekaligus pengajaran terhadap pelajar

adalah lebih bermakna dan mereka boleh mengaitkan pelajaran yang baru dengan pelajaran yang

lepas.

Bahagian ketiga dalam standard 3 ialah, guru menerangkan konsep yang jelas kepada

pelajar. Pekara ini amat penting kerana tahap kefahaman pelajar bergantung sepenuhnya

terhadap penjelasan konsep oleh guru. Sekiranya guru tersalah menjelaskan konsep matematik

yang betul, pelajar mereka akan mendapat impak yang besar dan ini akan berlarutan selagi tidak

diperbetulkan. Guru seharusnya merancang dahulu pengajran mereka dengan menyediakan

9

Page 10: Kump 6 b

penjelasan konsep yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Persediaan ini amat membantu

guru dalam mendidik pelajar dengan berkesan, oleh demikian sepatutnya guru menyediakan

rancangan pengajaran harian (RPH) yang lengkap supaya pengajran guru teratur dan menarik

minat pelajar untuk belajar.

Bahagian terakhir dalam standard ini ialah guru seharusnya berkebolehan mengaitkan

pengajaran mereka dengan aplikasi seharian atau sejarah berlaku. Kebolehan ini mesti ada pada

setiap guru. Oleh demikian, guru haruslah berpengetahuan luas supaya mereka boleh mengaitkan

dengan pelajaran mereka. Kemahiran ini sedikit sebanyak boleh membantu pelajar memahami

pelajar dengan baik, dalam subjek matematik banyak perkaitan pelajaran yang boleh dikaitkan

dengan sejarah ataupun aplikasi harian sebagai contoh bentuk bangunan, ketinggian bangunan,

imej terbentuk pada cermin dan lain-lain lagi.

2.4 Standard 4: Guru sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar.

Untuk melaksanakan standard keempat ini, guru perlu mengetahui cara dan tahap

pembelajaran yang sesuai mengikut perkembangan intelek, fizikal, sosial, dan emosi pelajar.

Guru perlu tahu bagaimana cara seseorang pelajar itu berfikir dan belajar. Dengan kata lain, guru

mengajar mengikut kemampuan pelajar mereka. Guru juga mengetahui dan memahami pengaruh

ke atas pembelajaran pelajar mereka. Antara pengaruh yang memberi kesan ke atas pembelajaran

pelajar ialah taraf ekonomi keluarga, kefasihan bahasa, budaya dan pembangunan kemajuan di

sekeliling. Sebagai contoh, keprihatinan guru untuk mengetahui sama ada pelajar mereka boleh

bertutur dan memahami sesuatu bahasa itu adalah sangat penting supaya pengajaran dapat

disampaikan dengan baik.

Selain itu, guru juga perlu merancang pengajaran yang sesuai untuk pelajar mereka.

Antara pengajaran yang sesuai ialah guru dapat menarik minat pelajar semasa proses

pembelajaran. Untuk menarik minat pelajar semasa pembelajaran, guru perlu menggunakan Alat

Bantu Mengajar (ABM) yang menarik. Penyediaan set induksi selama 5 hingga 10 minit jua

perlu semasa memulakan pengajaran untuk mencuri tumpuan pelajar terhadap guru yang

mengajar. Untuk memastikan pengajaran yang dilaksanakan bersesuaian dengan kehendak

10

Page 11: Kump 6 b

pelajar, guru mestilah memantau proses pengajaran yang berlaku dan merubah jika pengajaran

tersebut tidak bersesuaian dengan pelajar.

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran juga membantu dan memudahkan pembelajaran

pelajar. Guru perlu memilih kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan

pencapaian dan seterusnya menghapuskan jurang pencapaian antara pelajar. Penggunaan

pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat

menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapat

memudahkan pengajaran guru. Selain itu, kaedah lain seperti kaedah eksperimen atau kerja

praktik juga boleh dilakukan seperti guru meminta pelajar menyukat air menggunakan bekas dan

silinder penyukat untuk mempelajari isipadu air.

Seterusnya, guru juga perlu membantu pelajar membina pemikiran secara kritis dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Guru perlu menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan

di dalam kelas. Melalui soal jawab ini, kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dapat

dipertingkatkan dan pelajar dapat digalakkan untuk berfikir. Sehubungan dengan itu, guru juga

dapat mengetahui tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu topik itu. Terdapat beberapa cara

yang boleh digunakan untuk menggalakan pelajar berfikir. Antaranya seperti guru akan

memberikan ganjaran dan hadiah kepada pelajar yang bertanyakan soalan di dalam kelas.

Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah penilaian untuk menilai apa yang

telah dipelajari oleh pelajar. Kaedah penilaian ini penting untuk menilai perkembangan pelajar

terhadap topik yang dipelajari. Antara penilaian yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah

seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif menggutamakan kemajuan

setiap pelajar dari satu peringkat ke satu perikngkat yang lain. Ianya bertujuan mengesan

perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian ini dapat memberi peluang kepada guru

untuk memperbetulkan kesilapan dan kelemahan mereka dengan segera supaya tidak terhimpun.

Penilaian sumatif pula ialah penilaian yang dilaksanakan pada akhir semester, tahun, dan juga

apabila berakhirnya sesuatu topik itu diajar.

2.5 Standard 5: Guru menilai pengajaran mereka

11

Page 12: Kump 6 b

Selepas proses pengajaran, guru perlu menganalisis pembelajaran pelajar mereka. Guru

perlu mengumpul dan menganalisis data pencapaian pelajar untuk meningkatkan pencapaian

pelajar. Guru boleh menyediakan sesi penilaian dalam proses pengajaran. Semasa sesi penilaian,

guru menyediakan soalan latihan kepada pelajar untuk menguji tahap kefahaman pelajar.

Daripada soalan tersebut, guru akan menganalisis tahap kefahaman pelajar tentang subtopik yang

diajar. Daripada keputusan analisis tersebut, guru perlulah membuat tindakan susulan yang

sewajarnya. Sebagai contoh, jika masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai subtopik

yang diajar, guru bolehlah mengulangi pengajaran subtopiktersebut dengan menggunakan

kaedah pengajaran yang lain.

Bibliografi

North Carolina Professional Teaching Standards. Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada

www.ncpublicschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf

Professional Teaching Standards.Diperoleh pada September 23,2011,daripada

http://www.nswteachers.nsw.edu.au/Main-Professional-Teaching-Standards/

Professional Teaching Standards North Carolina.Diperoleh pada September 23,2011,daripada

12

Page 13: Kump 6 b

http://www.ncpublicsschools.org/docs/profdev/standards/teachingstandards.pdf-

Standard Guru Malaysia (SGM). (2008, April 16). Diperoleh pada November 10, 2011, daripada

Standard Guru Malaysia (SGM): http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html

West Virginia   Professional Teaching Standards   (WVPTS) . Diperoleh Oktober 20, 2011 daripada

wvde.state.wv.us/.../WV%20Professional%20Teaching%20Standards.doc

13