KUMPULAN 14 - Isipadu Cecair
-
Upload
muhamad-zaini-masry -
Category
Documents
-
view
237 -
download
5
description
Transcript of KUMPULAN 14 - Isipadu Cecair
Tajuk : isipadu Cecair
Nama ahli KUMPULAn :1. Lim Siew Bee (SJKC San Yu)
2. Chua Lee Hoong ( SJKC Pei Eng)
3. Ong Lek Xex ( SJKC Kung Yu)
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (KUMPULAN 14)Mata Pelajaran
: Matematik
Kelas
: 4A
Masa
: 30 minit
Bilangan Murid
: 25 orangTajuk
: Isipadu Cecair
Standard Pembelajaran: 14.1 (ii)Objektif Pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid dapat : mendarab isipadu cecair melibatkan liter
dan milliliter tanpa dan dengan penukaran unit.Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran : 1. Guru menunjukkan 5 botol air mineral 500ml dan bertanyakan murid-murid jumlah isipadu air mineral dalam liter(l).2. Murid menyatakan jumlah isipadu air mineral dan operasi yang digunakan untuk mengira jumlah isipadu air mineral.3. Guru menerangkan operasi darab dan penukaran unit yang akan dipelajari pada hari ini. 4. Murid diminta menyelesaikan beberapa soalan yang melibatkan operasi darab tanpa penukaran unit pada papan hitam.5. Murid diingatkan bahawa 1 liter bersamaan 1000 mililiter.6. Guru menerangkan cara penyelesaian yang betul.7. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diberi kad aktiviti.8. Murid menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab dengan penukaran unit.
9. Murid mempamerkan penyelesaian masing-masing dan membincangkan jawapan yang betul.
10. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
Elemen Merentas Kurikulum: Keusahawanan,berani mencubaBahan Bantu Belajar: Botol air mineral 500 ml , kad aktiviti, pen marker,
lembaran kerja
Penilaian: Berdasarkan keupayaan murid menyelesaikan
soalan yang diberi dalam lembaran kerja.Refleksi
: /25 dapat mendarab isipadu cecair melibatkan liter
dan milliliter tanpa dan dengan penukaran unit.
: /25 akan dibimbing dalam kelas akan datang,Lembaran KerjaNama:___________________
Kelas: ___________________Arahan: Darab dan tulis jawapan dalam unit yang diberi dalam kurungan.1) 375 ml x 8 = [ ml ]
2) 60.89 ml x 10 = [ ml ]
3) 2890 l x 4 = [ l ]
4) 7.03 l x 5 = [ ml ]
5) 1860 ml x 7 = [ l ]
6) 1624 ml x 10 = [ l ]
123456
Tahap Penguasaan (TP) :
Kumpulan 14