Kumpulan Etnik Terkecil Antara Tiga Kumpulan Etnik Utama Di Negara Ini

19
1.0 PENGENALAN Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Masyarakat India berasal daripada pendatang yang datang dari Selatan India dan berbahasa Tamil. Mereka datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu dengan tujuan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Ini adalah kerana mereka ingin hidup tanpa dibebani dengan sistem kasta yang diamalkan di India. Mereka datang ke Negara ini denan membawa budaya mereka yang unik dan menarik. Masyarakat India merupakan kumpulan kaum ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Masyarakat India juga kaya dengan kebudayaan mereka dan masih mengamalkan kebudayaan tersebut sehingga ke hari ini. Adat resam dan amalan yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. 2.0 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT INDIA Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Kaum India telah datang ke Negara ini sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada masa kini, jumlah penduduk Malaysia yang berketurunan India merupakan lebih kurang 8% daripada jumlah penduduk di Malaysia sekitar 2 juta orang.

description

ethnic

Transcript of Kumpulan Etnik Terkecil Antara Tiga Kumpulan Etnik Utama Di Negara Ini

1.0PENGENALANKumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Masyarakat India berasal daripada pendatang yang datang dari Selatan India dan berbahasa Tamil. Mereka datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu dengan tujuan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Ini adalah kerana mereka ingin hidup tanpa dibebani dengan sistem kasta yang diamalkan di India. Mereka datang ke Negara ini denan membawa budaya mereka yang unik dan menarik.Masyarakat India merupakan kumpulan kaum ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Masyarakat India juga kaya dengan kebudayaan mereka dan masih mengamalkan kebudayaan tersebut sehingga ke hari ini. Adat resam dan amalan yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. 2.0SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT INDIAOrang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Kaum India telah datang ke Negara ini sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada masa kini, jumlah penduduk Malaysia yang berketurunan India merupakan lebih kurang 8% daripada jumlah penduduk di Malaysia sekitar 2 juta orang.

3.0PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIASepertimana masyarakat yang lain, yang terdapat di Malaysia, masyarakat India juga menjalani beberapa proses yang telah diwarisi sejak berzaman lamanya sewaktu sebelum, semasa dan juga selepas sesuatu majlis perkahwinan itu dijalankan. Proses yang dijalankan mempunyai sebab dan kepercayaan yang terkandung di dalam masyarakat India.

3.1SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN3.1.1. MERISIKDalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. 3.1.2. KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTINAdat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Oleh itu, wakil bagi pihak lelaki akan datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangannya ramai.

Mereka akan membawa buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang tersebut dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan menerima hantaran tersebut. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barangtersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan perlu menghidangkan air minuman kepada tetamu. Pada waktu itu, bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih jelas.. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian keluarga bakal pengantin perempuan akan berkunjung ke rumah bakal pengantin lelaki. Pada kali ini, pengantin perempuan tidak boleh turut serta kerana ianya akan dianggap tidak sopan. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang bakal pengantin lelaki. 3.1.3. PROSES PENYESUAIAN BAKAL PENGANTINAdat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, Di dalam ajaran Hindu, tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. 3.1.4PENYEDIAANKADJEMPUTAN

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan perlu dalam bilangan ganjil dan akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad tersebut akan diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai simbol kekayaan. Porses ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

3.1.5 PENYEDIAAN THALI ( THIRUMAANGGALYAM)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

3.1.6MUKUURTTA

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

3.2 SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN DIJALANKANThirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

3.3SELEPAS MAJLIS PERKAHWINANTerdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

4.0PAKAIAN PENGANTIN INDIADi hari perkawinan laki-laki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban dan wanitanya memakai sari yang dipadukan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwarkhameez- dupatta yaitu diluar baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.Busana Pengantin India adalah Sari untuk perempuan dan Dhoti untuk lakilaki. Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan. Sari adalah pakaian seharian dan juga dipakai untuk pesta perkawinan. Sari terdiri dari lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter, lebar dan panjangnya pula antara lima 17 hingga lima belas meter mengikut ukuran pemakai. Kebanyakan kain sari adalah halus dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai baju dalaman yang ketat. Kemudian sari dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak longgar. Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada acara perkawinan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan danada juga yang lebih suka bercorak hawan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai berbagai jenis manic yang berkilat. Ini akan menyelaraskan lagi kecantikan si pemakainnya. Walapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum laki-laki. Pakaian ini terbuat dari kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya bisa dilihat di hari perkawinan saja karena generasi muda zaman sekarang tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti dibuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililitkan di bagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Terdapat juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. Pelengkap Busana Pengantin India adalah Cincin, Perhiasan Kepala, dan Rantai (Thali). Hiasan Kepala yang digunakan oleh pengantin laki-laki adalah Tallapha atau Turban Mundas.

Busana Pengantin Laki-laki dan pelengkapnya adalah sebagai berikut: Tallapa (penutup kepala) Bunga Malei Dhoti/Kurta Pyjama (busana pengantin laki-laki)

Busana Pengantin Perempuan dan pelengkapnya adalah sebagai berikut: Sindoor (tanda merah dibelahan rambut) Bindi (tanda merah pada bagian dahi bawah) Bunga Malei Selendang Panjang Sari (busana pengantin laki-laki) Gelang Henna/Mahndi Thalli (manggal sutra)

5.0JUADAH SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN5.1 NASI DAUN PISANGNasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India.Hidangan ini berasal dari Tamil Nadu di India.Nasi daun pisang ini mendapat nama kerana meggunakan daun pisang sebagai alas nasi.Di dalam nasi daun pisang,nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama-sama dengan aneka sayur-sayuran,kari daging atau ikan jeruk dan papadum.Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan.Daun pisang digunakan kerana apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang,ia akan melepaskan wap lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.5.2 HIDANGANNasi daun pisang selalunya diletakkan di hadapan pelanggan dan nasi yang masih panas serta berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang.Selepas itu,mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan dibawa dan ditawarkan kepada pelanggan.Selain itu,mangkuk lauk pilihan yang berisi rending kambing (mutton varuval),kari sotong,masala udang,ikan atau ayam akan ditawarkan.5.3 BUDAYA Secara kebiasaannya daun pisang akan diletakkan dengan pucuk daun menghala kearah kiri kerana daun pisang lebih lebar dipangkalnya,dengan itu kedudukan pangkal daun pisang di sebelah kanan memberikan lebih banyak ruang bagi mereka yang menggunakan tangan kanan untuk makan.Ini juga untuk mengelakkan lauk tumpah dan mengotori meja.Orang india selatan akan meninggalkan sedikit sisa pada daun pisang.Sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan kepada serangga ,haiwan,dan burung.Selepas makan daun pisang akan dilipat.Cara melipat daun pisang itu dikatakan melambangkan samada anda menikmati hidangan tersebut atau sebaliknya.Daun pisang selalu dilipat ke arah diri sendiri bagi melambangkan anda ingin kembali menikmati hidangan tersebut.Sementara melipat ke arah bertentangan biasanya diamalkan di majlis pengebumian sebagai lambang seseorang itu tidak ingin kembali untuk melalui peristiwa sedih begitu lagi.Nasi daun pisang juga selalu dijamu ketika perayaan Thaipusam.Ini untuk memupuk semangat kasih sayang serta mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Nasi Daun Pisang juga dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya Jawa yang menyerupai Nasi Ambang yang disediakan ketika majlis kenduri dan sebagainya.Dari sudut ini,didapati makanan yang terdapat dalam kalangan masyarakat India mempunyai beberapa persamaan walaupun sedikit dengan masyarakat lain di Malaysia yang seterusnya mampu membentuk keharmonian Negara dan membentuk perpaduan yang kukuh bagi mengekalkan hubungan baik antara semua kaum

ADAT RESAM DAN AMALAN MASYARAKAT INDIADalam melaksanakan sesebuah majlis perkahwinan, kaum India lazimnya akan melaksanakan beberapa perkara yang telah diwarisi sejak berzaman lagi. Adat dan amalan tersebut dilaksanakan berdasarkan kepercayaan yang terkandung dalam agama mereka. Antara adat dan amalan yang masih dilaksanakan pada masa kini adalah seperti berikut;1.MENYEDIAKAN PELAMIN DAN DEWAN PERKAHWINAN- Masyarakat India akan menyediakan dewan ataupun pelamin yang indah bagi pengantin yang diraikan. Pelamin tersebut dihias dengan hiasan yang indah dan dengan warna yang mengembirakan.

2.KENDERAAN PENGANTIN- Sebuah kenderaan pengantin akan disediakan dan dihias dengan bunga-bungaan dan juga hiasan yang indah. Kenderaan tersebut digunakan selepas selesainya majlis perkahwinan dimana pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan pulang kerumah pihak lelaki.

3.MENYAMBUT KETIBAAN PENGANTIN LELAKI- Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan,cincin tangan dan cincin kakiuntuk pengantin perempuan. Pengantin lelaki di jemput masuk ke dewan perkahwinan selepas meniris 'panir' dan meletak 'pothu' pada dahinya.

4.AMALAN SEMASA PROSES PERKAHWINAN DIJALANKAN.4.1Adik lelaki pengantin perempuan membawa naikpengantin lelaki ke pelamin.4.2Adik lelaki pengantin perempuan duduk di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan.4.3Sami memulakan upacara perkahwinan. 4.4Pengantin lelaki dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki. 4.5Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan. 4.6Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pertunangan padahari perkahwinan. 4.7Ibu pengantin perempuan meniris air mawar dan meletakkan pothu di dahi anaknya. 4.8Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin. 4.9 Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supayaberdoa. 4.10Pengantin perempuam dikalungkan bunga malai oleh pengiring pengantin perempuan. 4.11Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malaiyang perlu dipakai semasa upacara persandingan 4.12Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan. Kemudian, Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya. 4.13Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan. 4.14Pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan. 4.15Adik lelaki pengantin perempuan memakai cincin padajari kakipengantin lelaki. 4.16Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin 4.17Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut. 4.18Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga. 4.19Pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah pengantin lelaki.

5.0 PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA Perkahwinan masyarakat India di Malaysia dibahagikan kepadabeberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikattirumanam . Terdapat banyak adat, amalan dan pantang larang yang perlu dipatuhioleh kaum India semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Namun begitu, apabila rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang turut serta kerana ianya dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis sesebuah perkahwinan berlangsung ,kadjemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanakhindu tanpa kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan ini bermaknaperkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan denganlancar . Jika jamuan perkahwinan hendak dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran sahaja yang boleh dihidangkan kepada para tetamu danmakanan lain tidak boleh dihidangkan. Terutamanya daginglembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. lembu dianggap tuhan mereka dan sesiapa yang memakannya, ia akan dianggap tidak menghormati tuhan mereka.