Kumpulan fatah

6
Nama ahli2 kumpulan Fatah,yasin,hakim,aiman syahmi,akmal Nama guru Ustazah maisarah KISAH SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF DESIGNER FATAH

Transcript of Kumpulan fatah

Page 1: Kumpulan fatah

Nama ahli2 kumpulan

Fatah,yasin,hakim,aiman syahmi,akmal

Nama guru

Ustazah maisarah

KISAH SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

DESIGNERFATAH

Page 2: Kumpulan fatah

Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala mahupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman   terhindar dari bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Saudagar Islam Yang Berjaya Di dunia Dan Akhirat

Page 3: Kumpulan fatah

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk agama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Page 4: Kumpulan fatah

*TIDAK MENGHARAPKAN BANTUAN ORANG LAIn

*niat untuk membantu*tidak sombong dan takbur*pandai mencari oportuniti*mudah dipercayai*mencari keberkatan dalam mencari rezeki*sentiasa mencari keredaan allah*sentiasa merendah diri*tidak tamak pentingkan diri sendiri

CONTOHI KEBAIKAN ABDUL RAHMAN BIN AUF DALAM PERNIAGAAN

Page 5: Kumpulan fatah

Abdul Rahman Bin ‘Auf seorang hartawan yang banyakmenyumbang harta kekayaan untuk membantu Rasulullah S.A.W.memperjuangkan Islam.Sumbangan yang diberikan sangat bermakna dan besar faedahnya, di saat-saat Islam menghadapi banyakancaman dan kesulitan di peringkat awal perkembangan Islam.Tanpa iman yang mantap,ketaqwaan dan semangat jihad, tidak mungkin seseorang itu dapat mencontohi pengorbanan beliau.Di antarasumbangan beliau yang tercatat dalam tinta sejarah ialah ,

* pernah menderma 4000 dinar secara spontan setelahRasulullah memohon sumbangan daripada orang ramai,sebelum baginda menggerakkan tentera ke medanperang.

* menderma 200 tahil emas,500 ekor kuda dan 1500 ekor untauntuk peperangan tabuk dan kebetulan ketika itu berlaku kemelesetan ekonomi.

*menderma kepada 100 orang tentera Islam yang terlibat dalampeperangan Badar sebanyak 400 dinar seorang.

*memberi kepada isteri-isteri Rasulullah S.A.W. setelahkewafatan baginda sebanyak 80000 dinar setiap seorang dandiberikan juga untuk seluruh keluarga baginda 1000 ekor unta,q00 ekor kuda,3000 ekor kambing,tanah,rumah danperniagaannya.

PERGOBANAN DAN PERJUANGAN

Page 6: Kumpulan fatah

PENGHAYATAN

Beliau merupakan seorang bijak dalam mengimbangi kehendakdunia dan akhirat,sentisa gigih dan tabah untuk mencipta kejayaan dalam apa jua pekerjaan.Di samping itu,sikap beliau yang peka dan sensitif terhadap perkara yang melanda umat Islam serta sanggup membelanjakan kekayaannya ke jalan Allah,bercita-cita tinggi untukmemperoleh kejayaan dunia dan akhirat dan sentiasa mensyukurinikmat yang dikurniakan Allah