KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

15
JUN 2015 Bil : 175/6/2015 Penasihat Ajing Kartini Binti Mohd. Ramlee Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin Norlela Suleiman Lela Ahmad Rubiah Alli Dolly Liaw Mariam Gani Yong Azizah Haili Zulhaisham Sulaiman 1 1 KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH SABAH & SARAWAK 2015 PADA 25 - 26 OGOS 2015 DI PROMENADE HOTEL, KOTA KINABALU Tajuk Projek: Proses Penilaian Pegangan Kediaman Baru Bagi Tujuan Kadaran Mengambil Masa Lama

Transcript of KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Page 1: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

JUN 2015 Bil : 175/6/2015

Penasihat

Ajing Kartini Binti Mohd. Ramlee

Hasil Nukilan

Nur Faizatul Camellia Rablin Norlela Suleiman

Lela Ahmad Rubiah Alli Dolly Liaw

Mariam Gani Yong Azizah Haili

Zulhaisham Sulaiman

1 1

KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT)

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH SABAH & SARAWAK 2015

PADA 25 - 26 OGOS 2015 DI PROMENADE HOTEL, KOTA KINABALU

Tajuk Projek: Proses Penilaian Pegangan Kediaman Baru Bagi Tujuan Kadaran Mengambil Masa Lama

Page 2: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

6 Jun 2015 • Perbincangan kertas cadangan MS ISO 50001

bersama TP(CPS) daripada Konsultan UNIDO di Bilik TP(CPS).

9 Jun l 2015 • Perbincangan mengenai kertas cadangan MS

ISO 50001 daripada Konsultan UNIDO bersama TP(PBL) di Bilik TP(PBL).

10 Jun 2015 • Mesyuarat Anugerah Pelaksanaan Inisiatif

Kejiranan Hijau 2015 di Bilik Anggerik.

11 Jun 2015 • Sesi Kedua Pemurniaan Projek Kumpulan KIK

untuk Kumpulan MAREQ (Bahagian VAL & ICT) di Bilik Mesyuarat Allamanda, Perpustakaan DBKU.

12 Jun 2015 • Sesi Kedua Pemurniaan Projek Kumpulan KIK

untuk Kumpulan MAREQ (Bahagian IMT & ENG) di Bilik Mesyuarat Allamanda, Perpustakaan DBKU.

15 Jun 2015 • KB(TRI) menghadiri Bengkel Sarawak Civil

Services Innovative Idea (SCS-11) di Merdeka Palace.

16 Jun 2015 • Mesyuarat Bahagian TRI di pejabat Bahagian

TRI.

19 Jun 2015 • Bengkel AKPANS dan AKMS di Bilik Seminar

Allamanda, Perpustakaan DBKU.

22 Jun 2015 • Taklimat MS ISO 50001 Energy Management

System – Introduction kepada pengurusan oleh Konsultan UNIDO Encik Mohammad Iskandar Majidi dan Cik Fadzilah Binti Mohamad di Bilik Anggerik.

• Lawatan Tapak oleh Konsultan UNIDO di Bangunan DBKU dan Pejabat Depo Baru.

23 Jun 2015 • Bengkel MS ISO 50001 Energy Management

System – Introduction kepada Jawatankuasa MS ISO 50001 oleh Konsultan UNIDO di Bilik Allamanda , Perpustakaan DBKU.

24 Jun 2015 • Menderaf Polisi dan Manual DBKU dengan

memasukkan elemen MS ISO 50001 oleh Cik Fadzilah Binti Mohammad di Bahagian TRI.

• Lawatan Tapak di Depo Baru dan pengumpulan data bersama Konsultan UNIDO Encik Mohammad Iskandar

25 Jun 2015 • Mesyuarat Jawatankuasa 5S DBKU Suku

Tahun Ke-2 2015 di Bilik Anggerik.

• Pembentangan Status Projek Pengurusan Lean DBKU 2015 oleh Kumpulan KIK di Bilik Anggerik.

• Audit Dalaman MS ISO 14001/18001 di Bahagian TRI.

26 Jun 2015 • Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti Ke-90 di

Bilik Anggerik. 29 Jun 2015 • Sesi Ketiga Pemurnian Projek Kumpulan KIK

untuk Kumpulan MAREQ di Bilik Seminar Allamanda.

2

Page 3: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - SEPTEMBER 2014)

Cadangan Q - 644 Penambahbaikan Inovasi - 9

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - JUN 2015)

STATISTIK LAPORAN CADANGAN Q/PENAMBAHBAIKAN/INOVASI MENGIKUT BAHAGIAN (JANUARI - JUN 2015)

CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI

Jumlah Staf

(21) (4) (27) (15) (22) (6) (25) (48) (24) (28) (17) (89) (42) (13) (59) (36) (193) (12) (10) (104) (37) (11) (7) (120)

NOTA: Jumlah staf dikemaskini setakat : 5 Januari 2015

3

(19) (7)

Page 4: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Objektif Objektif utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:-

Untuk meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan. Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan pekerja adalah seperti berikut:-

Bersih, Cekap dan Amanah

1. Bersih iaitu a Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.

a. Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah. b. Tidak mementingkan diri sendiri. c. Tidak khianat, hasad dan dengki.

2. Cekap iaitu a Berani dan cepat membuat keputusan. a. Menghadapi krisis dengan tenang b. Bersikap tegas kepada prinsip. c. Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja. d. Mempunyai keyakinan diri. e. Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif. f. Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.

3. Amanah iaitu a Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan

ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

b. Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi. Strategi Pelaksanaan dalam melaksanakan konsep ini, Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih dahulu dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, di antaranya ialah:-

(i) Mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM) Kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awamnya berpunca dari ketidakpastian pegawai dan kakitangan Kerajaan mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan ujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. Kerana ketidakpastian ini pegawai-pegawai tidak yakin untuk membuat keputusan, tetapi sebaliknya terpaksa merujukkan kepada pihak atasan atau kepada agensi lain. MPK dan FM akan menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan, siapa yang bertanggungjawab, siapa yang mempunyai kuasa, pihak yang harus dihubungi, apa peraturan dan undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil.

Kesemua Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini, dan diharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan tindakan.

(ii) Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC) Dalam teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata. Di dalam mesyuarat-mesyuarat dan KMK ini idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja. Secara khususnya teknik baru ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap 'innovative dan creative'.

(iii) Pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat Ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan menjimatkan masa tanpa mereka terpaksa pergi ke beberapa jabatan yang berasingan.

(v) Kad perakam waktu Ini bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat tentang waktu dan bertindak mengikut jadual.

(v) Kad perakam waktu Ini bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat tentang waktu dan bertindak mengikut jadual.

(vi) Pengisytiharan harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan Kerajaan. (vii) Pemakaian 'name tag' oleh kakitangan Kerajaan. (viii) Menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat tuduhan-tuduhan

rasuah. (ix) Perkhidmatan Cemerlang bagi menghargai pegawai-pegawai yang didikasi dan telah memberikan sumbangan yang

istimewa. Di dalamnya terkandung tujuh Teras Perkhidmatan yang menjadi asas bagi prestasi kelakuan dan kerja-kerja seharian kakitangan awam.

(x) Penghantaran pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka agar dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan produktif apabila balik nanti.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/236-bersih-cekap-dan-amanah.html

4

Page 5: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

5

Page 6: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

6

Page 7: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

7

Page 8: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

8

Page 9: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

9

Page 10: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

1.

7914

Mencuci lantai di Basement Bangunan DBKU yang licin akibat debu gentian kaca setelah siapnya kerja-kerja mengecat semula ruang letak kereta.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan dan pencadang diminta mengemukakannya sebagai CPA melalui Talikhidmat (Bahagian CSS).

2.

7915

Meletak arah kiblat di setiap bahagian dan tingkat Bangunan DBKU.

Candagan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 0975. Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

3.

7919

Menyediakan laluan berbumbung sebagai kemudahan kepada staf yang meletak kenderaan di luar Bangunan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6899. Mesyuarat ICC Ke-87 - Cadangan tidak diterima kerana tidak diluluskan oleh pihak Pengurusan.

4.

7921

Membentuk Ahli Jawatankuasa Kecil Disiplin. Ahli jawatankuasa terdiri daripada 11 orang:- - Penasihat : 1 x Timbalan Pengarah

(Jabatan CPS). - Pengerusi: 1 x Gred 41 - Timbalan Pengerusi: 1 x Gred B (36) - Ahli Jawatankuasa: 8 x Gred B

(27 - 32).

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6097. Mesyuarat ICC Ke-82 - Cadangan tidak diterima kerana belum ada pegawai khas untuk mengetuai unit ini dan kes-kes disiplin masih dikendalikan oleh Unit Personel, Bahagian HRM. Selain itu, DBKU juga akan melaksanakan Pelan Integriti Organisasi 2015 - 2017 yang dikendalikan oleh Bahagian AUD.

5.

7924

Jawatankuasa surau menganjurkan kursus memandikan dan menguruskan jenazah untuk muslim dan muslimah.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6842, 6740 dan 4475. Cadangan tidak diterima kerana kursus Fardu Ain dan Fardu Kifayah memang dalam pelaksanaan melalui program kuliah Ad-din. Walaubagaimanapun cadangan kursus boleh disalurkan semula kepada Jawatankuasa Surau DBKU untuk dimasukkan dalam silibus program tersebut.

6.

7925

To Create Email group for all "PA"s to TP, KTP, Pengarah and Datuk Bandar in DBKU's email system.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7376. Cadangan tidak diterima kerana sudah dilaksana dan menurut KB(ICT), group DBKU directors digunakan oleh semua steno.

10

Page 11: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

7.

7930

Memberi Anugerah atau hadiah kepada Bahagian yang terbanyak memberi cadangan Q.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7379. Cadangan tidak diterima kerana memang ada dilaksanakan semasa Anugerah Hari Inovasi DBKU. Anugerah Cadangan Q Terbanyak akan diberikan sekiranya tiada pemenang Anugerah Cadangan Q Terbaik. Senarai anugerah semasa Hari Integriti dan Inovasi juga tertakluk kepada pemilihan Pihak Pengurusan.

8.

7941

Loker untuk menyimpan barang keperluan untuk semua staf DBKU. Lokasi : Tempat letak kereta HQ, di Lobi, ataupun tempat yang sesuai.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Permohonan pembelian loker untuk pemandu yang menggunakan motosikal boleh disalurkan terus kepada KB di bahagian masing-masing.

9.

7942

Mengadakan kursus mengurut (refleksiologi) bersijil seperti. 1. Membuka kursus urut, Mengambil

tenaga pengajar dari luar untuk mengajar.

2. Membolehkan sesiapa yang berminat saja dan dikenakan yuran untuk belajar.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Mengurut adalah bukan bidang tugas hakiki pekerja awam dan kursus mengurut boleh dipelajari melalui inisiatif individu itu sendiri dengan mencari tempat-tempat kursus di luar jika ingin memperolehi rezeki sampingan serta sijil.

10.

7944

Mengadakan kembali Kursus Pengurusan Jenazah yang telah lama tidak dianjurkan.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 7924, 6842, 6740 dan 4475. Cadangan tidak diterima kerana kursus Fardu Ain dan Fardu Kifayah memang dalam pelaksanaan melalui program Kuliah Ad-Din. Walaubagaimanapun cadangan kursus boleh disalurkan semula kepada Jawatankuasa Surau DBKU untuk dimasukkan dalam silibus program tersebut.

11.

7947

Dicadangkan supaya menyediakan mesin 'mineral water/water cooler' untuk diletakkan di tempat yang sesuai di Lobi DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan nombor 4929, 0485, 1811, 1064 dan 2154. Cadangan tidak diterima dalam Mesyuarat ICC Ke-21 dan tambahan pula kebanyakan bahagian sudah menggunakan 'Water Dispenser' di bahagian masing-masing.

11

Page 12: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

12.

7948

Dicadangkan supaya membuka Klinik DBKU di HQ dengan mengambil Doktor luar untuk membuka Klinik untuk kegunaan staf DBKU dan orang awam.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal dan DBKU dalam proses penetapan Klinik Panel untuk kemudahan staf.

13.

7950

Memasang Mist Fan di luar dan dalam kantin DBKU HQ sekurang-kurangnya dua (2) unit.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5154 dan 5209. ICC75 - KB(BLG) melaporkan semasa Pra Mesyuarat Majlis Inovasi & Kreativiti bersama TP(PBL) pada 12 September 2011 memutuskan penyediaan kipas angin dan pemasangan 'tinted' di cermin tidak perlu dibuat kerana di dalam kafeteria sudah ada penghawa dingin. Bahagian MNE diminta untuk menyelenggara penghawa dingin tersebut dan memasangnya setiap hari bekerja.

14.

7953

Lawatan sambil belajar tentang pengurusan aset terutama di pejabat bandaraya luar dari kawasan kuching senarai kawasan dicadangkan seperti Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Sarikei dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Cadangan tidak diterima kerana lawatan boleh dipohon terus melalui Ketua Bahagian masing-masing.

15.

7954

Menyediakan laman sesawang untuk MBJ DBKU dan berfungsu untuk:- 1. Memudahkan staf memberi

cadangan kepada pihak MBJ dan memudahkan Jawatankuasa MBJ untuk menapis cadangan sebelum diketengahkan kepada pihak pengurusan.

2. Mengurangkan budaya surat

layang sekiranya ada permasalahan kerana ada saluran yang betul untuk staf memberi pandangan dan menyuarakan masalah (sistem rekodnya lebih kurang sama dengan Cadangan Q)

3. MBJ boleh memaparkan artikel

artikel yang sesuai untuk motivasi kepada staf dari masa kesemasa

Cadangan tidak diterima kerana link MBJKU telah diwujudkan di dalam portal WargaKU.

16.

7958

Memasang trafik light ke simpang masuk dan keluar Bandar Baru Semariang.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6602 dan 6340. Cadangan tidak diterima kerana jalan tersebut adalah di bawah bidangkuasa JKR.

12

Page 13: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

17.

7964

Cadangan untuk mengadakan pertandingan sukan antara Jabatan seperti Badminton, Bola Sepak, Futsal, Dart, Bola Tampar dan sebagainya

Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perancangan Kelab Sukan dan Rekreasi untuk mengadakan karnival sukan pada hujung tahun 2015.

18..

7967

Menyediakan sticker rasmi DBKU untuk kenderaan staf khususnya yang bekerja di HQ dan Depo.

Cadangan tidak diterima kerana berulang. dengan cadangan No. 0712, 1706, 1836, 3318, 3363, 3659 dan 4762. Cadangan ini tidak diterima atas faktor keselamatan yang mana ianya mudah dikesan oleh orang awam.

19.

7968

Mencadangkan supaya tidak ada parkir khusus untuk Ketua Bahagian di DBKU HQ.

Cadangan tidak diterima kerana kemudahan tersebut memang disediakan untuk Pihak Pengurusan.

20.

7969

Mengubahsuai kolam di belakang Bangunan DBKU untuk dijadikan tempat meletak kenderaan memandangkan kolam tersebut kurang kegunaan dan kurang bersih. Untuk dijadikan sebagai perancangan jangka masa panjang sekiranya tiada peruntukan buat masa ini.

Cadangan tidak diterima kerana masih dalam perbincangan Pihak Pengurusan.

21.

7970

Memantau penanaman pokok tepi jalan di dalam kawasan kampung rampangi. Ini kerana, pokok-pokok yang di tanam menghalang pandangan jalanraya dan pencahayaan (lampu tiang) di waktu malam. Penanaman pokok di tepi simpang juga menyukarkan pandangan untuk melihat kereta yang hendak kluar atau masuk.

Cadangan tidak diterima kerana berupa aduan. Sila salurkan sebagai CPA melalui talikhidmat (Bahagian CSS).

22.

7972

Staf dari pelbagai bahagian dipilih untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh bahagian berkaitan. Tidak hanya dipilih staf yang sama setiap masa.

Cadangan tidak diterima kerana ianya boleh dipohon mengikut keperluan bahagian masing-masing.

23..

7974

Meletak kerusi urut berbayar di lobi DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6106, 5310, 5654, 5876 dan 6023. Cadangan kurang praktikal disebabkan ruang terhad dan terpulang kepada 'market' serta supplier kerusi urut tersebut.

13

Page 14: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

24.

7983

Memaklumkan status cadangan yang terdahulu bagi cadangan yang berulang sama ada diterima, ditolak atau sebagainya.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 006126 dan 005664. ICC77 - Cadangan tidak diterima kerana ulasan bagi cadangan yang ditolak ada dikeluarkan melalui Warta Q yang diterbitkan setiap bulan dan boleh dilayari melalui Intranet.

25.

7984

Dicadangkan supaya Bahagian IRM memasukan tempahan Bilik Mesyuarat dan Seminar Allamanda ke dalam Sistem On-Line seperti tempahan bilik mesyuarat lain.

Cadangan tidak diterima kerana Bilik Mesyuarat dan Seminar Allamanda adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan Bahagian IRM.

26.

7995

Membuat tempat letak kereta berbumbung di hadapan Pejabat Bahagian IMT.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan No. 005375 iaitu dalam perancangan.

27.

8002

Memasang tinted pintu utama di Bahagian IMT.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan No. 007999

28.

8003

Dicadangkan agar tempat letak kereta di Bukit Siol tidak dihadkan kepada kenderaan rasmi dan ketua bahagian tetapi terbuka untuk semua kakitangan DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana cadangan penyusunan semula tempat letak kereta telah diluluskan oleh Pihak Pengurusan dan penambahan tempat letak kereta untuk staf di belakang bangunan DBKU sedang dalam proses tender.

29.

8004

Mengambil tindakan kepada staf yang memakai skirt paras atas lutut. Mengeluarkan arahan/notis pemakaian etika pakaian pejabat.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan No. 4092 dan 6563. Cadangan tidak diterima kerana memo rujukan DBKU/HRM/A/046/Vol.1 - Tatatertib Pakaian Kerja telah dikeluarkan pada 30 April 2007.

30.

8006

Memasang 'finger print' di basement ibu pejabat DBKU. Diletakkan di luar Bilik CCTV.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

31.

8008

Menyediakan bas untuk naik atas bukit siol supaya mudah untuk pekerja/staf meletak kenderaan di kaki Bukit Siol memandangkan tempat letak kereta untuk staf/pekerja amatlah kurang. Dan boleh dikatakan semua staf/ pekerja sudah mampu memiliki kenderaan sendiri.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4805 dan 5630. ICC ke-72 - Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

14

Page 15: KUMPULAN KIK (Bahagian VAL & ICT) ANUGERAH EMAS …

Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan

32.

8009

Menyediakan Petak Tempat Letak Basikal di Lorong Ban Hock.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan No. 006915 - ICC87 - Cadangan diterima dan KB(ENG) diminta untuk mengenal pasti tempat yang strategik serta memaklumkan kepada Bahagian IMT untuk pemasangan. ICC88 - KB(ENG) melaporkan Bahagian IMT telah menyediakan tempat letak basikal di Balai Polis Central, Jalan Khoo Hon Yeang.

33.

8010

Menyediakan satu ruang/'column' untuk status cadangan yang diterima.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6126, 0081 dan 005664.ICC77 - Cadangan tidak diterima kerana ulasan bagi cadangan yang tidak diterima ada dikeluarkan melalui Warta Q yang diterbitkan setiap bulan dan boleh dilayari melalui Portal WargaKU. Tambahan pula status Cadangan Q boleh dilihat dalam sistem e-QSMS.

34.

8011

Dicadangkan pemberian hadiah (contohnya berbentuk: coklat/cupcake) kepada staf yang meraikan ulang tahun perkahwinan.

Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.

35.

8013

Dicadangkan supaya membuat pintu gerbang di gate Depo DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana tiada peruntukan.

36.

8015

Mengadakan Pertandingan Sukan di antara Bahagian DBKU.

Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan No. 7964. Cadangan tidak diterima kerana memang dalam perancangan Kelab Sukan dan Rekreasi untuk mengadakan karnival sukan pada hujung tahun 2015.

15