Kumpulan Mural D

3
Program BIG Fasa 2 Goh Yi Ning 870205-01-5628 Kumpulan Mural D Kumpulan mural D terdiri daripada 7 orang ahli iaitu Ho Chern Huei, Ong Mei Hong, Tan Bih Ing, Chong Shelly, Goh Yi Ning, Lim Li Li dan Meyyammai. Kumpulan ini diketuai oleh Tan Pei Feng. Sehari sebelum pergi ke SJK(C) Khai Min, ketua kumpulan memesan kami membawa bekas air, berus warna, pensel dan pemadam. Mural kami bertema “belajar adalah sesuatu perkara yang gembira”. Pada hari 19.9.12 pagi, kami terus mula melukis mural selepas taklimat. Pertama kali, kami bekerjasama melakar lukisan pada dinding berdasarkan tema mural dengan menggunakan pensel. Dinding yang kami lukis termasuk dua dinding yang kecil dan satu dinding yang besar.

description

a

Transcript of Kumpulan Mural D

Program BIG Fasa 2 Goh Yi Ning 870205-01-5628

Kumpulan Mural D

Kumpulan mural D terdiri daripada 7 orang ahli iaitu Ho Chern Huei, Ong Mei Hong, Tan Bih Ing, Chong Shelly, Goh Yi Ning, Lim Li Li dan Meyyammai. Kumpulan ini diketuai oleh Tan Pei Feng. Sehari sebelum pergi ke SJK(C) Khai Min, ketua kumpulan memesan kami membawa bekas air, berus warna, pensel dan pemadam. Mural kami bertema “belajar adalah sesuatu perkara yang gembira”.

Pada hari 19.9.12 pagi, kami terus mula melukis mural selepas taklimat. Pertama kali, kami bekerjasama melakar lukisan pada dinding berdasarkan tema mural dengan menggunakan pensel. Dinding yang kami lukis termasuk dua dinding yang kecil dan satu dinding yang besar.

Program BIG Fasa 2 Goh Yi Ning 870205-01-5628

Selepas lakaran, kami mengumpulkan bekas air yang kami bawa untuk mengambil warna yang diperlukan. Dua baldi air juga disediakan untuk membasuh berus warna. Sebelum mewarna, kami telah meletakkan surat khabar di atas lantai untuk mengelakkan lantai dikotorkan oleh warna.

Selain itu, kami mencampurkan dua atau lebih dua jenis warna untuk mendapatkan warna seperti ungu atau oren yang tidak disediakan supaya mural kami kelihatan warna-warni. Selepas habis mewarna, kami bekerjasama untuk melukis sempadan hitam supaya lukisan kami kelihatan lebih cantik.

Program BIG Fasa 2 Goh Yi Ning 870205-01-5628

Akhirnya, kami telah berjaya menyelesaikan kerja kami pada pukul 4 petang. Gambar di atas memaparkan hasil karyaan yang diselesaikan atas kerjasama ahli-ahli kumpulan mural D. Walaupun kami berasa letih, tetapi kami amat memuaskan dengan prestasi kami dan menghargai pengalaman yang kami perolehi.