Kunjungan DiRaja Ke Kampung Orang Asli - Portal Rasmi ... · Jenazah Bapa Menteri Besar Barang Lama...

20
DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan merasmikan projek naik taraf jalan Pos Legap - Pos Kuala Mu sepanjang 16.7 kilometer yang melibatkan kos RM5 juta di Sungai Siput baru-baru ini. Turut berkenan berangkat ke majlis itu, DYTM Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim bersama-sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Saarani Mohamad. Keberangkatan tiba baginda di Pos Legap disambut oleh Ketua Jurutera Rejimen Askar Diraja, Brig Jeneral Dato’ Ir Abdul Nasser Ahmad sebelum mendengar taklimat mengenai projek tersebut dan menandatangani plak perasmian. Baginda kemudiannya beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli dan mengadakan tinjauan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saarani yang mewakili Menteri Besar Perak dalam ucapannya berkata, projek menaik taraf jalan tersebut yang menggunakan kaedah `Soil Stabilizer’, merupakan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). “Pelaksanaan projek ini menjimatkan masa perjalanan masyarakat Orang Asli dari Pos Kuala Mu ke bandar Sungai Siput daripada lapan jam kepada dua jam 30 minit. “Pelaksaan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri dengan sokongan Kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian serius dan berterusan kepada pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya. Beliau berkata, selain itu ATM juga melaksanakan projek di bawah peruntukan Yayasan Sultan Azlan Shah berjumlah RM70,000, antaranya membina perpustakaan desa, baik pulih rumah, klinik kesihatan dan membina empangan takungan air. Menurut Saarani, bagi penduduk Kampung Kuala Mu, Jabatan Kemajuan Orang Asli merancang untuk membuka ladang masyarakat bagi tanaman getah dengan anggaran kos sebanyak RM500,000. Projek ini, katanya , akan memberi pendapatan kepada 135 peserta yang akan dimajukan oleh RISDA, selain projek penanaman koko yang menyasarkan seramai 125 peserta. Perak suara RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (2) 06 2013 - EDISI RAKYAT DYMM Raja Dr. Nazrin Ziarah Jenazah Bapa Menteri Besar Barang Lama Bukan Sampah 3 20 Kunjungan DiRaja Ke Kampung Orang Asli Raja Dr. Nazrin Shah beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli selepas merasmikan Projek Jalan Pos Legap - Kuala Mu di Sungai Siput EMAIL PENDAPAT ANDA KEPADA - [email protected] Rasmi Jalan RM5 Juta Pos Legap - Kuala Mu

Transcript of Kunjungan DiRaja Ke Kampung Orang Asli - Portal Rasmi ... · Jenazah Bapa Menteri Besar Barang Lama...

DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan merasmikan projek naik taraf jalan Pos Legap - Pos Kuala Mu sepanjang 16.7 kilometer yang melibatkan kos RM5 juta di Sungai Siput baru-baru ini. Turut berkenan berangkat ke majlis itu, DYTM Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim bersama-sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Saarani Mohamad. Keberangkatan tiba baginda di Pos Legap disambut oleh Ketua Jurutera Rejimen Askar Diraja, Brig Jeneral Dato’ Ir Abdul Nasser Ahmad sebelum mendengar taklimat mengenai projek tersebut dan menandatangani plak perasmian.

Baginda kemudiannya beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli dan mengadakan tinjauan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Saarani yang mewakili Menteri Besar Perak dalam ucapannya berkata, projek menaik taraf jalan tersebut yang menggunakan kaedah `Soil Stabilizer’, merupakan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). “Pelaksanaan projek ini menjimatkan masa perjalanan masyarakat Orang Asli dari Pos Kuala Mu ke bandar Sungai Siput daripada lapan jam kepada dua jam 30 minit. “Pelaksaan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri dengan sokongan Kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian serius dan

berterusan kepada pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya. Beliau berkata, selain itu ATM juga melaksanakan projek di bawah peruntukan Yayasan Sultan Azlan Shah berjumlah RM70,000, antaranya membina perpustakaan desa, baik pulih rumah, klinik kesihatan dan membina empangan takungan air. Menurut Saarani, bagi penduduk Kampung Kuala Mu, Jabatan Kemajuan Orang Asli merancang untuk membuka ladang masyarakat bagi tanaman getah dengan anggaran kos sebanyak RM500,000. Projek ini, katanya , akan memberi pendapatan kepada 135 peserta yang akan dimajukan oleh RISDA, selain projek penanaman koko yang menyasarkan seramai 125 peserta.

Peraksuar

a

R A K Y A T D I D A H U L U K A N P E N C A P A I A N D I U T A M A K A N

(2) 06 2013 - EDISI RAKYATDYMM Raja Dr. Nazrin Ziarah Jenazah Bapa Menteri Besar

Barang Lama Bukan Sampah

DYMM Raja Dr. Nazrin Ziarah Jenazah Bapa Menteri Besar

Barang Lama Bukan Sampah

3

20

Kunjungan DiRaja Ke Kampung Orang Asli

Raja Dr. Nazrin Shah beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli selepas merasmikan Projek Jalan Pos Legap - Kuala Mu di Sungai Siput

EMAIL PENDAPAT ANDA KEPADA - [email protected]

Rasmi Jalan RM5 Juta Pos Legap - Kuala Mu

2 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

Larian Hari Keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah yang diadakan di Padang SMK Clifford, Kuala

Kangsar baru-baru ini mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran peserta hampir 10,000 orang dari dalam dan luar negeri Perak. Program larian itu adalah sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak yang ke 85. Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu, mempertandingkan 11 kategori, antaranya lelaki terbuka, lelaki junior veteran terbuka, wanita terbuka, wanita junior veteran, kumpulan korporat, VIP serta kanak-kanak yang melibatkan jarak sejauh 15 km, 11 km dan tujuh kilometer. DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengambil bahagian di dalam kategori kenamaan dan berjaya menamatkan larian masing-masing. Antara peserta kenamaan lain ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’

Abdul Puhat Mat Nayan, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Dato’ Wan Khair-il, ADUN Bukit Chandan, YB Maslin Sham Razman dan ADUN Manong, YB Mohamad Kamil Shafie. Turut berangkat ialah DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim bersama-sama isteri Menteri Besar, YABhg.Datin Seri Saripah Zulkipli. Bagi kategori lelaki veteran, Khor Ngee Leong muncul juara dengan catatan masa satu 1:1:37saat, mengalahkan manakala kategori lelaki terbuka pula, dimenangi oleh peserta dari Kenya Almur Abdelkarem Saeed Rabih dengan catatan masa 45:51 saat. Pemenang ketiga kategori 11km lelaki terbuka, Jasni Khairil b Jamaludin, 33 berkata, sikap tidak mudah putus asa dan mahu mencuba yang terbaik menjadi faktor utama kejayaannya. Pelari yang berasal dari Bagan Serai itu merasakan persaingan pada kali ini sangat sengit kerana ramai muka baru yang mengambil bahagian.

DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah baru-baru ini berkenan merasmikan Klinik Kesihatan Teluk Intan yang menelan kos sebanyak RM23 juta. Ketibaan baginda dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim disambut oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Seri Dr. S. Subramaniam, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Abdul Puhat Mat Nayan dan anggota Exco Kerajaan Negeri Perak. Dr Zambry dalam ucapannya berkata, dengan wujudnya Klinik Kesihatan Teluk Intan ini, dapat memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 penduduk di kawasan Teluk Intan. “Klinik yang tersergam indah ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat dan hakikatnya kita semua mengakui bahawa hanya rakyat yang sihat dapat menikmati pembangunan serta kemakmuran negara,” katanya. Beliau berkata, Daerah Hilir Perak kini mempunyai lapan buah klinik kesihatn dengan 27 klinik desa disamping sebuah hospital pakar di Bandar Teluk Intan. Katanya, dengan semua infra yang disediakan ini maka diharapkan

penduduk di Daerah Hilir Perak akan mendapat manfaat yang sewajarnya. “Elok juga disebut di sini bahawa perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh pihak kerajaan yang boleh dikatakan termurah telah mengurangkan bebanan dan kos hidup rakyat khususnya golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya. Klinik Kesihatan Teluk Intan merupakan salah satu projek dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10). Ia dibina pada 13 November 2008 dan siap pada 1 Februari 2011. Klinik ini menyediakan Jabatan Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Pergigian, kesihatan sekolah dan perkhidmatan sokongan seperti makmal, farmasi dan radiologi. Klinik tersebut yang beroperasi enam hari seminggu diketuai oleh Pegawai Perubatan Pentadbir Gred UD54 dan mempunyai tujuh Pegawai Perubatan serta dibantu oleh 60 anggota sokongan. Kawasan operasi klinik tersebut merangkumi empat mukim, Sembilan buah kampung, 31 taman perumahn dan lapan estet serta mengawal selia tiga buah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Sungai Tungku, Klinik Desa Batu 8 Changkat Jong dan Klinik Desa Selabak.

Hampir 10,000 Sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

DYMM Raja Dr Nazrin Rasmi Klinik Kesihatan Teluk Intan

Klinik yang tersergam

indah ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat dan hakikatnya kita semua mengakui bahawa hanya rakyat yang sihat dapat menikmati pembangunan serta kemakmuran negara

Raja Dr Nazrin Shah berkenan melepaskan para peserta larian.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Sebahagian jururawat yang hadir di majlis perasmian Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Raja Dr. Nazrin Shah bersama-sama Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Dato’ Abdul Puhat Mat Nayan turut mengambil bahagian

Raja Dr. Nazrin Shah bertanyakan khabar peserta cilik Larian Hari Keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah, di Kuala Kangsar.

3BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

Perak Negeri Pertama Guna PMS Dan IBMS

DYMM Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan menziarahi jenazah bapa tiri kepada YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir, Allahyarham Jaafar Long di kediamannya di Kampung Masjid Pangkor baru-baru ini. Baginda serta rombongan tiba di Pulau Pangkor kira-kira jam 11.30 pagi. Allahyarham Jaafar 75, meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam sebelumnya di Hospital ATM di Lumut akibat sakit tua. Beliau sebelum itu dirawat di Hospital Seri Manjung sebelum dipindahkan ke Hospital ATM pada jam 3 petang.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Masjid Pulau Pangkor. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Saidatul Badru Abd Kader dan lima orang anak. Dr Zambry merupakan anak sulung. Sementara itu, orang ramai, termasuk ketua-ketua jabatan dan pemimpin politik serta masyarakat, menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman sejak malam tadi. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid sebelum solat zohor.

DYMM Raja Dr. Nazrin Ziarah Jenazah Bapa Menteri Besar

PERAK menjadi negeri pertama di Malaysia yang menggunakan Pavement Management System (PMS) dan Integrated Bridge Management System (IBMS). Kedua-dua sistem tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan baru-baru ini. PMS adalah perisian komputer yang telah ditubuhkan oleh Bank Dunia. Ia merupakan satu integrasi di antara

sistem inventori jalanraya dan satu perisian analisis yang dapat menjana satu laporan bagi mengenalpasti laluan pejalan kaki yang mengalami kerosakan teruk atau sederhana. Sistem ini dapat membantu perancangan dari segi bajet untuk pembaikan, tertakluk kepada keadaan. “Secara tidak langsung, ia dapat mengoptimumkan belanjawan negeri Perak,” kata Pengarah JKR Negeri Perak, Dato’ Dr. Ir. Safry Kamal Ahmad di dalam ucapannya di majlis tersebut, Beliau memaklumkan bahawa kajian permulaan telah dilakukan di kawasan Batang Padang dan Pangkor.

Sistem yang konsisten antara lebuhraya, negeri dan persekutuan, membolehkan sistem ini dilaksanakan dengan baik. Sistem ini telah diperkenalkan 10 tahun yang lalu tetapi hanya di peringkat jalan persekutuan dan ini merupakan pertama kali ia dibangunkan bagi jalan negeri. IBMS pula merupakan sistem yang dapat mengenal pasti keadaan sesebuah jambatan. Pemeriksaan setiap enam bulan dapat dilaporkan terus ke dalam sistem ini dan para pemeriksa hanya akan mengambil gambar kerosakan di sesebuah jambatan dan terus menghantar ke dalam sistem. Menurut Dr. Safry, jika sebelum ini, pemeriksaan dilakukan secara manual dan agak sukar untuk mengenalpasti kerosakan tetapi dengan sistem yang ada sekarang, ia menjadi lebih mudah dan pantas. Beliau memberitahu, kajian permulaan telah dibuat sejak tiga bulan yang lepas di kawasan Kinta bagi memastikan sistem ini stabil dan boleh berfungsi sepenuhnya. “Kedua- dua sistem ini membuktikan tahap inovasi dan kreativiti pihak JKR Perak berbanding negeri lain di mana kelak, jalanraya dan jambatan akan dapat digunakan dengan lebih selamat oleh rakyat Perak,” ujar beliau.

KERAJAAN BN Perak tetap menunaikan janji-janjinya semasa piihanraya dengan melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR). Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara projek itu termasuk projek Lebuh Raya Pantai Barat dan beberapa projek lain yang telah dijanjikan kepada rakyat sebelum ini. Katanya, perlaksanaan projek tidak mengira kawasan sama ada ia membabitkan kawasan yang dikuasai pembangkang mahupun BN. ``Kita ada kawasan yang kita tidak menang kita harus menerima hakikat bahawa projek dibawah seliaan JKR ini perlu terus dijalankan untuk kepentingan rakyat,’’ katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang JKR Perak 2012 dan Pelancaran Program Pavement Management System di Dewan Bankuet, Bangunan SUK baru-baru

ini. Menurut Dr. Zambry, kejayaan JKR Perak dalam memperolehi beberapa anugerah cemerlang termasuk di peringkat negeri dan kebangsaan membuktikan mutu perkhidmatan jabatan berkenaan kini bertambah baik. ``Kita tidak menafikan JKR sentiasa terdedah dengan pelbagai kritikan tetapi kita harus menerima hakikat ini dengan membuktikannya dengan terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk kepentingan rakyat,’’ katanya. Menurut beliau, dengan memberikan pekhidmatan terbaik ini diharapkan isu kelewatan menyiapkan projek dapat diselesaikan. Pada majlis itu seramai 183 kakitangan dan pegawai JKR telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang yang disampaikan oleh Menteri Besar, Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri , YB Dato’ Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah JKR Negeri, Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Haji Ahmad.

Kerajaan Janji Laksana Semua Projek Infrastruktur Seliaan JKR

Sebahagian Jemaah menyempurnakan solat jenazah. Raja Dr. Nazrin Shah bersama Dr. Zambry Abd Kadir mengaminkan doa.

Dato’ Seri Dr Zambry menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada seorang kakitangan JKR.

4 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

USAHA murni kerajaan negeri Perak mengazetkan kawasan hutan seluas 18,866 hektar di kompleks perhutanan Belum-Temengor (BTFC) sebagai kawasan hutan simpan kekal baru-baru ini telah mendapat pujian daripada pihak aktivis alam sekitar. Kawasan berkenaan yang dinamakan kawasan Hutan Simpan Kekal Amanjaya meliputi kawasan hutan sepanjang 1.5kilometer di kedua-dua belah Lebuh Raya Timur Barat. Hutan simpan kekal berkenaan yang berusia 130 juta tahun terbahagi kepada dua kawasan hutan iaitu kawasan hutan seluas 1,175 kilometer persegi di Taman Negeri Royal Belum yang terletak disebelah utara dan kawasan seluas 1,477 kilomter persegi disebelah selatan kawasan hutan simpan Temengor. Usia kawasan hutan simpan kekal Amanjaya ini dikatakan lebih tua daripada kawasan hutan hujan yang terdapat di Amazon dan kaya dengan alam faura dan faunanya. Kedua kawasan hutan simpan inI juga merupakan satu-satunya kawasan hutan yang menjadi kawasan habitat bagi spesies burung enggang

jenis `hornbill’. YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, usaha mengazetkan kawasan hutan simpan kekal Amanjaya ini merupakan sebahagian daripada Pelan Induk kerajaan bagi mewujudkan kawasan yang lebih sesuai bagi pelbagai spesies kehidupan liar untuk bergerak bebas di dalam kawasan kompleks hutan berkenaan. “Pelan pemulihan semula kawasan hutan berkenaan sedang diusahakan termasuk program penanaman semula hutan (reforestation). “Penanaman semula pokok-pokok hutan baru ini juga adalah sejajar dengan matlamat kerajaan Barisan Nasional Negeri Perak untuk menanam sekurang-kurangnya satu juta pokok,” katanya. Hutan Simpan Kekal Amanjaya yang digazetkan pada 9 Mei lalu telah diisytiharkan sebagai koridor pembangunan disepanjang lebuhraya Timur Barat. Kawasan berkenaan telah juga dikenalpasti sebagai kawasan pergerakan bebas hidupan liar di bawah Pelan Induk Central Forest Spine (CFS)

yang menjadi tulang belakang rangkaian perhutanan di Semenanjung. Presiden Persatuan Alam Sekitar Malaysia, Prof Dr Maketab Mohamed melahirkan rasa gembira berhubung langkah serius yang diambil kerajaan negeri dengan tidak menjadikan kawasan hutan berkenaan sebagai kawasan perladangan seperti ladang getah, sawit dan acasia. Beliau berkata, program pemulihan hutan ini perlu dilaksanakan segera bagi menghalang daripada sebarang kegiatan pembalakan. Ketua Eksekutif World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia, Dato’ Dr Dionysius Sharma turut memuji usaha kerajaan negeri Perak di bawah kepimpinan Dr Zambry kerana mengazetkan kawasan hutan berkenaan sebagai hutan simpan kekal dan menjadikannya sebagai kawasan pergerakan bebas bagi hidupan liar. “Ini merupakan satu contoh yang amat baik dan perlu diikuti oleh badan-badan rangkaian ecological yang lain di negara ini,” katanya.

KETUA MIC Bahagian Lumut, Elango a/l Vadiveloo dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Manakala, Sivaraj a/l Chandran pula dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak. Menurut kenyataan akhbar Pejabat Menteri Besar Perak, perlantikan kedua-dua mereka berkuatkuasa 17 Jun 2013. Elango, 48, merupakan bekas seorang guru dan berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik serta memegang jawatan sebagai Pengurus Unit 1Malaysia di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan. Beliau dilahirkan di Kg. Acheh, Sitiawan dan merupakan anak sulung

dalam keluarga lima orang adik-beradik. Sivaraj, 37, yang memegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia merupakan bekas Setiausaha Agung Pemuda MIC Kebangsaan. Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak dan pernah berkhidmat sebagai seorang pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri. Sebelum PRU-13, Dr Zambry mengumumkan untuk melantik dua wakil MIC bagi kedua-dua jawatan tersebut. Perlantikan itu sekaligus membuktikan kerajaan Barisan Nasional sentiasa menepati janji .

PERKARA teras yang telah dirangka di bawah program Perak Amanjaya bukan sahaja akan diteruskan tetapi

akan dipercepatkan perlaksanaannya di semua peringkat. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr

Zambry Abd Kadir berkata, ini bagi memastikan matlamat penubuhnan Perak Amanjaya empat tahun lalu iaitu untuk mencapai kesejahteraan rakyat secara menyeluruh menjadi satu kenyataan. Beliau memberitahu, segala yang telah dirangka itu tidak akan berhenti kerana ia merupakan satu perancangan jangkamasa panjang. “Saya telah mengarahkan Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk menilai setakat mana kejayaan yang telah dicapai, contohnya dari aspek ekonomi di mana, secara mata kasar kita lihat perkembangan begitu pesat, umpamanya di Bandaraya Ipoh. “Pembangunan yang begitu banyak ini juga berkembang seperti ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ dan ini menunjukkan satu lagi kejayaan kita di sektor ekonomi sepertimana yang telah digariskan dalam teras Perak Amanjaya.

Ini terbukti peningkatan mendadak sektor hartanah di mana harga seunit rumah di Ipoh kini sudah meningkat,” katanya. Beliau berkata kepada demikian pemberita selepas menghadiri Program Selamat Pagi Bersama Menteri Besar di PerakFM baru-baru ini. Penolong Editor BERNAMA, Hafizah Kamarudin dan Ketua Biro Utusan di Perak, Abdul Muin Sapidin turut hadir sebagai panel jemputan Menurut Dr Zambry, segala pembangunan yang dirangka akan dijalankan mengikut modul yang

ditetapkan supaya semua rakyat, terutamanya yang tinggal di pedalaman dapat merasai pembangunan yang telah kerajaan sediakan. “Segala perancangan pembangunan yang telah dirangka, kita akan laksanakan pembangunan pekan-pekan kecil agar semua tempat dapat merasai setiap perubahan yang dilaksanakan dan tidak timbul isu ketidakadilan,” katanya. Setakat ini kita telah kenalpasti 14 pekan kecil untuk dibangunkan dengan tujuh pekan kecil sudahpun kita laksanakan pembangunan ini, katanya.

Perak Dipuji Wartakan Hutan Simpan Belum-Temengor

Perlantikan Penasihat dan Pegawai Khas MB

Misi Amanjaya Terus Jadi Fokus

YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru agar semua warga negeri ini untuk tidak mendiskriminasi dan menjauhkan masyarakat Orang Asli daripada arus kemodenan samada dalam bentuk pembangunan ataupun peluang pekerjaan. Beliau berkata, masyarakat Orang Asli sewajarnya diberi peluang yang sama kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada warga negeri ini dan ramai di antara mereka telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang sangat bermakna untuk negeri Perak. “Jika dilihat bagaimana sokongan yang telah mereka berikan, walaupun mereka ini nampak biasa, tetapi mereka ini merupakan antara golongan yang kuat pemerhatiannya untuk membantu kita menjayakan pelbagai aktiviti memperkasakan masyarakat mereka,” katanya sewaktu program Selamat Pagi Perak bersama Menteri Besar di Perakfm baru-baru ini. Dr Zambry memberitahu, sokongan yang telah diberikan oleh masyarakat Orang Asli sepanjang tempoh empat tahun yang lepas juga

menjadi faktor kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk terus meningkatkan lagi kesejahteraan masyarakat tersebut. “Sepanjang tempoh penggal yang lepas, boleh dikatakan hampir semua perkampungan Orang Asli telah saya lawati dan ada di antaranya saya telah lawati lebih daripada dua kali, contohnya seperti di Parlimen Gerik dan Sungai Siput. “Kita juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan janji untuk membela nasib mereka ini termasuklah dengan melantik seorang pegawai khas dari masyarakt ini untuk menjaga hal ehwal Orang Asli,” tambahnya. Menurutnya lagi, kerajaan negeri sedang merangka untuk menyediakan bajet bagi mewujudkan beberapa program yang akan memberi fokus kepada kesejahteraan masyarakat tersebut. “Kita juga sedang merangka bajet untuk melaksanakan program khusus bagi membela mereka di bidang pendidikan, peluang pekerjaan dan juga pembangunan,” katanya.

Jangan Diskriminasi Orang Asli - Dr Zambry

Elango a/l Vadiveloo Sivaraj a/l Chandran

Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir Program Selamat Pagi Bersama Menteri Besar di Perak FM baru-baru ini.

Lokasi kawasan Hutan Simpan Belum-Temengor.

5BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

KIRA-KIRA 10,500 keluarga miskin di Perak yang mendaftar dengan e-Kasih telah menikmati kemudahan air percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri menerusi Lembaga Air Perak (LAP) setakat ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, YB Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin berkata, mereka menerima bekalan 20 meter padu air secara percuma sekaligus bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih selesa. Katanya, selain itu lebih 2,000 rumah ibadat turut menerima kemudahan bekalan air secara percuma yang disediakan oleh pihak LAP. “Menyediakan bekalan air percuma kepada rakyat miskin merupakan elemen memberi khidmat kepada

rakyat yang kita fokuskan selain elemen komersial bagi pembangunan negeri Perak,’’ katanya. Zainol berkata demikian kepada media selepas menerima nota serah tugas daripada mantan Pengerusi Kemudahan Awam Tenaga dan Air Negeri, Dato’ Ramly Zahari di Bilik Mesyuarat Utama Bangunan SUK, Ipoh baru-baru ini. Menurut Zainol lagi, selain menumpukan khidmat kepada rakyat beliau akan juga memfokuskan kepada usaha menarik pelabur ke negeri ini menerusi penyediaan infrastruktur asas. Katanya, beliau yakin pelabur-pelabur akan datang melabur di negeri ini sekiranya kemudahan infrastruktur asas disediakan dengan lebih sempurna. “Walaupun di peringkat negeri kita tidak menghadapi masalah dari segi

perhubungan dan logistik namun penyediaan infrastruktur asas perlu diberi penekanan untuk menarik pelabur luar ke Perak,’’ katanya.

PROJEK Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Banting - Taiping kini berada di peringkat koordinasi dan jajaran telahpun diputuskan tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastuktur, Tenaga dan Air, YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata, projek itu melibatkan banyak kawasan pemilikan dan dijangka dilaksanakan dalam masa yang terdekat. “Di samping itu, terdapat beberapa jalan sedia ada yang akan dinaik taraf dan dilebarkan tanpa mengganggu lalulintas, termasuk di Batu Lima Teluk Intan sehingga ke Lekir,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak di Ipoh baru-baru ini. Zainol berharap, dengan hubungan baik antara kerajaan negeri dan

persekutuan, projek tersebut dapat dipercepatkan. Dalam pada itu, beliau memberitahu, akan memberi perhatian terhadap isu kerosakan jalan kerana kebanyakkan adalah masalah kontraktor dan bukannya datang daripada pihak berkuasa seperti JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bagaimanapun, beliau menambah, penyelarasan bersama PBT akan dilaksanakan kerana mereka mempunyai kepakaran yang diperlukan. Zainol turut bangga dengan pencapaian JKR Perak yang telah banyak memenangi anugerah sepanjang tahun lalu, antaranya tempat kedua Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik Kategori Projek Konvensional Bangunan peringkat JKR Malaysia.

Jajaran Projek Lebuh Raya Pantai Barat Telah Diputuskan

10,500 Keluarga Miskin Dapat Air Percuma

Menyediakan bekalan air

percuma kepada rakyat miskin merupakan elemen memberi khidmat kepada rakyat yang kita fokuskan selain elemen komersial bagi pembangunan negeri Perak

YB Dato’ Zainol Fadzi Paharudin

Dato’ Zainol Fadzi menerima nota serah tugas daripada Dato’ Ramly Zahari.

Dato’ Seri Salleh memeriksa perbarisan pelatih Kursus Asas Orang Asli yang menerima tauliah.

Pelatih terbaik Kursus Asas Orang Asli yang menerima tauliah.

Dato’ Seri Salleh memakaikan beret pada seorang anggota Senoi Praaq.

111 Konstabel Orang Asli Terima TauliahSERAMAI 111 orang pelatih Kursus Asas Konstabel Orang Asli Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) menerima pengiktirafan dan pengtauliahan sebagai Konstabel setelah menjalani latihan selama empat bulan bermula 25 Februari lalu. Sepanjang tempoh kurus tersebut diadakan, mereka diberi pendedahan mengenai ilmu undang-undang dan juga peperangan bagi mengisi kekosongan yang terdapat di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan juga Batalion 18 di PGA Senoi Praaq Pengkalan Hulu. Pengarah Jabatan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Keselamatan Awam (KDNKA), Dato’ Seri Salleh Mat Rasid berkata, kesemua pelatih Orang Asli ini mempunyai potensi cukup besar serta boleh setanding dengan konstabel biasa untuk tempoh jangka masa panjang. “Mereka ini mempunyai kelayakan, kebolehan dan

kematangan untuk bertugas sebagai anggota polis biasa, jadi inilah di antara perancangan PDRM untuk jangka masa panjang terhadap anggota-anggota, khususnya di kalangan Orang Asli kerana kita yakin mereka boleh menjalankan tugas lebih dari itu,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM Siri 1/2013 di Padang Tembak Utama Kem PGA Ulu Kinta baru-baru ini. Dalam pada itu, Salleh memberitahu, PDRM juga sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi skim gaji pasukan Senoi Praaq yang ketika ini lebih rendah berbanding skim perkhidmatan biasa. Menurut beliau, kajian itu sejajar dengan kelulusan dan kebolehan anggota baharu polis daripada komuniti tersebut yang semakin baik.

6 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

YAYASAN Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) mampu menjadik model dalam usaha mensejahterakan rakyat menerusi bantuan-bantuan dan khidmat sukarelawan yang telah disumbangkan sepanjang tempoh yayasan tersebut beroperasi. Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Ismail Saffian berkata, hal tersebut sangat bersesuaian dengan hasrat YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mahu melihat YBU sebagai agensi yang boleh dicontohi oleh agensi lain, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat kebangsaan. “Melihat kepada beberapa program kesukarelawan yang telah dimulakan sejak tiga tahun yang lepas, Dr Zambry mahu supaya yayasan ini terus mempergiatkan serta memperkasakan lagi aktiviti yang telah dilaksanakan dengan penglibatan yang lebih besar di peringkat yang lebih tinggi,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas menerima kunjungan rasmi Dr

Zambry ke pejabat YBU baru-baru ini. Ismail berkata, kunjungan Menteri Besar adalah untuk melihat sendiri tentang perkembangan dan kemajuan yang dicapai YBU, khususnya perkara yang menjadi aktiviti utama seperti skim mikro kredit dan perumahan. Beliau memberitahu, Dr Zambry sangat yakin dengan keupayaan YBU dan meminta supaya untuk tempoh beberapa tahun akan datang, yayasan boleh berdikari sendiri dari segi pengurusan tanpa bergantung kepada kerajaan negeri. “Maknanya YBU mesti memikirkan untuk mendapatkan punca sendiri dan juga pengurusan YBU,” tambahnya. Menurut Ismail, berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan seperti seperti bantuan perumahan, pinjaman mikro kredit dan bantuan makanan, beliau juga percaya dan yakin YBU mampu bergerak dengan sendiri menjelang tempoh beberapa tahun akan datang. Sehubungan itu, beliau bersetuju

dengan cadangan Dr Zambry bahawa budaya kerja di kalangan pegawai

dan kakitangan YBU perlu berbeza berbanding agensi kerajaan yang lain

dengan bersifat lebih terbuka dan dedikasi.

YBU Mampu Menjadi Organisasi Contoh

BARISAN Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) bersetuju untuk melantik Dato’ Ismail Saffian sebagai ketua eksekutif yang baru untuk agensi kebajikan itu. Perlantikan itu yang berkuatkuasa hari ini telah dibuat oleh Pengerusi Pemegang Amanah YBU iaitu Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir dan juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBU, Dato’ Saarani Mohamad. Ismail yang menghargai perlantikan itu berharap akan mendapat sokongan daripada semua pihak, khususnya kakitangan YBU sendiri untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya. “Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan ini dan saya akan cuba memikul tanggungjawab ini sebaik mungkin bagi membawa nama YBUDR ke satu lagi tahap yang lebih baik di masa

hadapan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena majlis suaikenal dengan kakitangan YBU baru-baru ini. Ismail yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun dalam bidang pengurusan, akan menggunakan sebaiknya pengalaman yang beliau miliki itu untuk meningkatkan lagi imej dan peranan YBU sebagai sebuah agensi yang diberi tanggungjawab membasmi kemiskinan, khususnya melibatkan aspek bina upaya golongan keterbawahan. “Bidang pengurusan ini bukanlah satu bidang yang baru kerana saya telah banyak terlibat dalam menguruskan pelbagai agensi, dan dalam masa yang sama YBU bukanlah sebuah agensi yang asing dan baru bagi saya, kerana saya sendiri telah terlibat secara tidak langsung bersama yayasan ini sejak dari hari pertama ia beroperasi lagi,” katanya.

Dato’ Ismail Saffian CEO Baru YBU

SIDANG Kemuncak Pembangunan Belia Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Kali Ke-6 yang bertemakan `Membentuk Masyarakat Hijau’ dianggap platform terbaik bagi mendedahkan golongan pelajar dari dalam dan luar negeri mengenai pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, menerusi persidangan ini, para pelajar bukan sahaja dapat berkongsi idea dan pengalaman, malah membentuk mereka menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar. Menurut beliau, menerusi persidangan ini juga ia dapat mendidik generasi muda untuk lebih memahami tentang pentingnya usaha mengekalkan keindahan alam sekitar. “Saya menganggap persidangan ini adalah sebahagian daripada pendidikan, di mana kita mendidik generasi muda untuk lebih memahami apa yang dikatakan alam sekitar. “Bagaimana hendak menjaga alam sekitar dan apakah peranan mereka

dalam memastikan alam sekitar kita ini berkembang dengan sihat, jauh daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan alam sekitar,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembangunan Belia Kolej Melayu Kali Ke-6 yang bertemakan `Membentuk Masyarakat Hijau’ di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) baru-baru ini. Seramai 101 orang pelajar dari 20 buah sekolah, 10 darinya sekolah tempatan dan 11 buah sekolah dari luar negara iaitu lima dari Indonesia, dua Thailand, dua Brunei dan dua dari India menyertai persidangan itu yang berlangsung selama lapan hari bermula 16 Jun hingga 24 Jun. Sementara itu beberapa orang pelajar yang juga peserta persidangan yang ditemui berpendapat sidang kemuncak itu amat bermakna buat mereka kerana didedahkan tentang pri pentingnya pengekalan dan pemuliharaan alam sekitar. “Saya berpendapat semua pihak harus memainkan peranan dalam memastikan keindahan alam sekitar dijaga agar ia terus kekal untuk tatapan

generasi akan datang. “Persidangan ini banyak mendedahkan saya serta rakan yang lain tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan langkah-langkah perlu bagi membendung kegiatan yang boleh memusnahkan alam sekitar,” kata Rika Bhatia,16, dari India. “Saya banyak mendapat ilmu menerusi persidangan ini terutamannya terutamanya tentang pentingnya alam sekitar dipelihara dan memastikan ia bebas daripada sebarang kegiatan yang boleh merosakkannya. “Saya berpendapat setiap manusia bertanggungjawab memelihara alam sekitar daripada segala bentuk ancaman kebelakangan ini seperti pencerobohan, pembalakan dan pembakaran hutan yang berleluasa,” kata, Thalia Ayu Rini, 16, dari Indonesia. “Saya merasa amat gembira kerana persidangan ini kerana saya mendapat menyedarkan saya tentang pemuliharaan alam sekitar dan usaha mengekalkannya untuk tatapan generasi akan datang,” kata Siriwan Saetae, 16, dari Thailand.

Sidang Kemuncak Belia MCKK Kali Ke-6

Dato’ Seri Dr Zambry berbual mesra dengan kakitangan Yayasan Bina Upaya.

Dr. Muhammad Amin diperkenalkan dengan guru pengiring dari luar negara

Dato’ Ismail Saffian meletakan ibu jari pada perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas Ketua Eksekutif YBU.

7BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

DUA puluh empat buah sekolah agama rakyat (SAR), yang telah mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), berjaya mencapai kecemerlangan akademik, setanding dengan sekolah bantuan penuh kerajaan yang lain di negeri Perak. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YB Drs. Mohd. Nizar Haji Zakaria berkata, 22 daripadanya adalah sekolah menengah agama dan dua sekolah rendah agama rakyat Menurut beliau, jika sebelum mendaftar menjadi SABK, pendidikan murid dan pelajarnya agak ketinggalan tetapi kini pencapaian dalam bidang akademik mereka amat membanggakan. “Dulu orang hantar anak masuk sekolah agama rakyat kerana anak mereka tidak boleh lagi dididik dan keputusan peperiksaan yang amat lemah tetapi hari ini kita sudah nampak

kejayaan yang cukup cemerlang yang dicapai oleh sekolah agama rakyat ini,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis AnugerahKecemerlangan Sektor Pendidikan Islam di Dewan Sultan Yussuf SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah baru-baru ini. Sehubungan itu, Drs Nizar mengajak pihak lembaga pengurus, termasuk guru-guru dari 30 buah sekolah menengah agama rakyat yang belum mendaftar menjadi sekolah agama bantuan kerajaan supaya mendaftar segera. “Saya dengan rasa rendah diri mengajak semua lembaga pengurus, termasuk guru-guru yang masih lagi berada sebagai sekolah agama rakyat supaya mereka turut serta untuk menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah agama bantuan kerajaan. “Yang paling penting kita boleh

menjaga entiti murid, termasuklah dari segi kebajikan misalnya elaun guru, ini cukup penting jika kita mahu melihat murid terus cemerlang dan tidak tertinggal jauh kebelakang,’’ katanya. Menurut Drs Nizar, pihak lembaga pengurus dari 30 buah sekolah menengah agama rakyat terbabit diminta membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk turut bersama dalam arus perdana dengan menyertai SABK. Katanya, ini peting bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia membantu dari segi infrastruktur dan meningkatkan kecemerlangan pelajar. Pada majlis itu beliau telah menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada 193 orang pelajar dari 24 buah sekolah agama bantuan kerajaan yang mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012.

24 SABK Capai Kecemerlangan Akademik

KERAJAAN Negeri Perak memberi sumbangan RM10,000 kepada jurulatih Kelab Explorasi 7 Benua, Zainudin Lot, 37, yang juga anak kelahiran Perak kerana berjaya menawan puncak Gunung Everest baru-baru ini. Zainudin yang berasal dari Kampung Buloh Akar, Parit berjaya menawan puncak Gunung Tertinggi di dunia itu bersama enam pendaki lain yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda. YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyampaikan cek bernilai RM10,000 itu kepada Zainudin pada satu majlis ringkas dengan disaksikan oleh Exco Kebudayaan Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Shahrul Zaman Yahaya. Katanya, pemberian insentif ini merupakan tanda penghargaan daripada kerajaan negeri Perak atas jasa Zainudin bersama rakan seperjuangannya yang telah mengharumkan nama Malaysia dan negeri Perak. “Nilai ini tentunya tidak dapat diukur dengan kejayaan yang mereka capai dengan pengorbanan mereka berikan

untuk mengharumkan nama negara. “Tetapi ini adalah juga tanda penghargaan besar daripada rakyat negeri Perak dan kerajaan negeri terhadap kejayaan anak Perak kita ini bersama rakan mereka yang berjaya sampai ke puncak tertinggi di dunia yang menjadi impian setiap pendaki,” katanya. ``Ini merupakan kejayaan yang sangat dibanggakan,’’ kata Zambry kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat minggu Exco kedua di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh baru-baru ini. Sementara itu, Zainuddin berkata, beliau merasa amat bangga kerana merupakan anak Perak pertama yang berjaya menawan Gunung Everest. Beliau yang tidak menyangka akan menerima insentif itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Zambry dan kerajaan negeri di atas sokongan dan kejayaannya itu. ``Kami mendaki kerana Allah, kerana anak bangsa Malaysia dan Alhamdullilah atas pemberian insentif ini,’’ katanya. Menurut Zainudin, pengalaman

mendaki Gunung Everest bukan sesuatu yang mudah kerana ramai yang terkorban semasa cuba menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu. ``Jadi saya sebagai jurulatih kepada lima anak anak peneroka Felda yang kita bawa dengan dibantu oleh pihak media akhirnya berjaya mencipta kejayaan ini,’’ katanya.

Kerajaan Sumbang RM10,000 Kepada Jurulatih Pendaki Everest

PENGALAMAN melihat dengan mata kepala sendiri mayat-mayat timbul dicelah-celah timbunan ais semasa mengharungi perjalanan ke puncak Gunung Everest, merupakan satu pengalaman hidup yang sukar dilupakan sepanjang hayat seorang pendaki kelahiran anak Perak, Zainuddin Lot, 37. Namun begitu ia tidak sedikitpun mematahkan semangat, sebaliknya membakar semangat beliau bersama enam lagi rakan seperjuangan lain untuk meneruskan misi sehingga akhirnya berjaya menawan puncak Gunung Everest. “Semasa mendaki dalam kawasan zon merbahaya (death zon) menghampiri kepuncak gunung itu, Saya telah mengira dimana terdapat kira-kira tiga belas mayat pendaki terdahulu yang timbul dicelah-celah timbunan ais. “Kesemua mayat itu saya difahamkan sudah bersemadi di situ sejak sekian lama dan ada yang sudah setahun dan setahun lebih. “Saya juga difahamkan terdapat banyak lagi mayat yang tenggelam dalam timbunan ais dan mayat-mayat ini tidak dapat dikeluarkan atas faktor cuaca, keselamatan dan memerlukan perbelanjaan besar,’’ katanya kepada pemberita selepas menerima insentif RM10,000 daripada kerajaan negeri Perak diatas kejayaannya menawan puncak Everest yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir baru-baru ini. Zainuddin, anak kelahiran Kampung Buluh Akar, Parit merupakan anak Perak pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Everest bersama enam pendaki lain termasuk lima pendaki anak peneroka Felda dalam misi pendakian ke puncak gunun g tertinggi didunia itu pada 21 Mei lalu. “Saya bersyukur kepada Allah kerana saya dan enam rakan saya selamat kembali setelah berjaya menawan puncak Everest,’’ kata Zainuddin yang juga Ketua Jurulatih

Kelab 7 Benua Malaysia. Zainuddin turut bersedih apabila menerima berita kematian seorang rakan pendaki, Muhamad Shahrulnizam Ahmad Nazari minggu lepas yang turut terlibat dalam ekspedisi mendaki puncak Gunun g Everest. Muhamad merupakan salah seorang daripada 14 pendaki dari kumpulan Putrajaya Corporation yang terlibat dalam pendakian menawan puncak Everest. Ditanya mengenai rancangannya selepas ini, Zainuddin berkata, beliau merancang untuk menganjurkan satu lagi ekspedisi mendaki gunung di Greenland pada tahun depan. Menceritakan pengalamannya, beliau memulakan secara serius dalam aktiviti pendakian gunung sejak tahun 1996 sehingga ke hari ini. “Saya telah menyertai ekspedisi pendakian gunung dibeberapa buah negara antaranya di Perancis, Australia, Vietnam, Indonesia, Rusia dan Afrika. ``Saya dapati pendakian dalam misi menawan puncak Gunung Everest amat sukar dan memerlukan latihan gigih dalam tempoh masa yang panjan ,’’ kata Zainuddin, bapa kepada dua orang anak yang kini menetap di Subang Jaya. Zainuddin berkata, beliau berbangga kerana menjadi anak Perak pertama yang berjaya menawan puncak Everest dan berharap dapat menjadi inspirasi serta contoh kepada anak-anak muda Perak yang lain. Beliau juga mengalu-alukan kerjasama daripada kerajaan negeri Perak untuk menganjurkan kursus motivasi kepada golongan muda bagi menanam semangat jatidiri serta melahirkan pelapis pendaki gunung untuk mengharumkan nama negeri ini dan negara. Ditanya mengenai insentif itu, katanya, beliau akan mengunakan wang itu bagi membiayai perjalanan ibunya untuk menunaikan umrah.

Pengalaman Anak Perak Pertama Tawan Puncak Everest

Zainudin

Zainuddin menerima replika cek RM10,000 daripada Dato’ Seri Dr Zambryh Abd Kadir.

Drs. Mohd Nizar Zakaria menyampaikan anugerah kecermerlangan akademik.

8 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

Program Ipoh International Waiters Race yang mendapat sambutan menggalakkan pada tahun pertama penganjurannya bakal dijadikan acara tahunan. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Roshidi Hasim berkata, dengan kerjasama dari negara luar, antaranya Jepun dan China, dapat merapatkan hubungan dua hala melalui acara seperti ini. “Saya amat gembira kerana mendapat sambutan dari Fukuoka (Jepun) dan Nanning (China) yang sama-sama menjayakan program ini,” katanya kepada media di Taman D.R Seenivasagam pagi tadi. Program dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan, YB Nolee Ashilin Mohd Radzi. Roshidi berkata dengan penyertaan hotel terkemuka seperti China Nanning Guangxi Wharton International Hotel, Fukuoka Specials, Tower Regency, Impiana, Lost World Hotel dan Kinta Riverfront, merupakan petanda baik untuk meneruskan acara ini dengan lebih besar. Sementara itu juara bagi kategori B (Individu), Sarah Manaf yang mewakili Genting Highland Resort ketika ditemui berkata, dengan pengalaman lapan tahun, banyak membantunya untuk memenangi acara itu. “Bukan mudah hendak seimbangkan dulang dan berjalan sejauh 1 km kerana ia memerlukan keyakinan yang tinggi,” katanya yang juga juara bagi kategori C (berkumpulan) bersama rakan seperjuangannya dari Genting Highland Resort. Selain itu, beberapa acara lain turut diadakan sempena program itu, antaranya demonstrasi ukiran ais dan persembahan brass band dari beberapa sekolah di sekitar Ipoh.

Ipoh International Waiters Race Jadi Acara Tahunan

KAKITANGAN Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) perlu meningkatkan prestasi dari masa ke semasa, sesuai dengan peredaran masa. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Saarani Mohamad berkata, seluruh warga Ipoh pula perlu membuktikan bahawa bandaraya ini sedang pesat membangun. Menurut beliau, terdapat beberapa persoalan yang timbul apabila Ipoh dikatakan tidak seperti sebuah bandar kerana pelbagai kekurangan, contohnya tidak banyak penerbangan keluar masuk ke bandaraya ini. “Warga kota perlu membuktikan

sendiri terdapat keperluan untuk penerbangan dalam dan luar negara,” katanya pada siding media selepas Majlis Perhimpunan Khas Anggota dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 di Dewan Bandaran Ipoh baru-baru ini. Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Roshidi Hashim. Saarani berkata, apa juga pekerjaan adalah satu ibadah dan perlu dilakukan dengan ikhlas, tambahan pula mereka akan dinilai oleh masyarakat luar. “Tujuan anugerah ini diberikan adalah sebagai pengiktirafan serta penghargaan daripada majikan kepada pekerja dan diharapkan para pekerja akan rasa dihargai oleh pihak atasan,” tambahnya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 kepada 183 orang kakitangan di samping 20 orang penerima hadiah lawatan. Salah seorang daripada penerima, En. Fathorrahman b Md. Basri, 47 melahirkan rasa gembiranya apabila diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. “Ini merupakan anugerah yang tertinggi sepanjang perkhidmatan saya di MBI,” katanya yang telah berkhidmat sejak 25 tahun lalu.Para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang menerima Sijil Simpanan Premium sebanyak RM1,000, seutas jam tangan serta sijil anugerah.

Sementara penerima hadiah lawatan pula mendapat pakej mengerjakan umrah atau percutian ke India dan China bagi mereka yang bukan beragama Islam. Sementara itu, Datuk Bandar pula berharap semua kakitangan akan bekerjasama untuk menjadikan Ipoh sebagai bandaraya yang bersih, hijau dan membangun.

Kakitangan MBI Perlu Tingkatkan Prestasi

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi FAMA sedang merancang untuk mewujudkan lebih banyak pasar komuniti dan karavan (PAKAR) di seluruh negara dalam usaha untuk melahirkan ramai usahawan tani di kalangan orang Melayu. Timbalan Menterinya, YB Dato’ Tajuddin Abdul Rahman berkata, usaha ini juga merupakan usaha serius kerajaan dalam memastikan kaum tani yang terbabit dalam program PAKAR bebas daripada cengkaman `orang tengah’. ``Menerusi program PAKAR ini, kita akan memastikan semua hasil pertanian yang diusahakan oleh para petani dibawa terus daripada ladang hingga ke meja pasaran tanpa terikat dengan mana-mana orang tengah,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja dan ramah mesra ke Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) di Manjung baru-baru ini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, YB Rashidi Ibrahim. Menurut Tajuddin, FAMA setakat ini telah dapat mewujudkan tujuh PAKAR dengan melahirkan seramai lebih 3,000 usahawan tani di seluruh negara Katanya, PAKAR yang baru ditubuhkan dalam tempoh sembilan bulan sejak September tahun lalu hingga Mei tahun

ini berjaya memasarkan barangan hasil pertanian kaum petani dengan nilai RM25.2 juta. Beliau berkata, pasar komuniti dan karavan di Manjung sahaja yang merupakan PAKAR pertama di Perak berjaya melahirkan 250 usahawan tani dengan pasaran hasil pertanian bernilai RM1.8 juta. Menurut Tajuddin, kerajaan juga akan mengadakan satu program baru bagi mengubah sikap kaum petani supaya menjadi usahawan tani yang berjaya dan berdisiplin. ``Tiada gunanya kerajaan memberikan mereka ini bantuan sekiranya mereka sendiri tidak mahu mengubah sikap untuk menjadi seorang usahawan tani yang penuh berjaya dan berdisiplin,’’ katanya. Beliau turut meminta pihak Agro Bank supaya terus membantu golongan usahawan tani yang memerlukan bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan tidak memberikan pelbagai alasan yang boleh mematahkan semangat kaum tani untuk menjadi usahawan tani yang berjaya dan berdaya saing. ``Agro Bank tidak harus lari daripada matlamat asal mereka iaitu untuk membantu usahawan tani yang memerlukan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan,’’ katanya.

FAMA Rancang Perbanyakkan PAKAR

Dato’ Saarani menyampaikan anugerah cemerlang kepada seorang pegawai MBI sambil diperhatikan Datuk Bandar Ipoh

Dato’ Tajuddin Abdul Rahman memegang buah tembikai susu semasa melawat gerai buah-buahan di Manjung.

Fathorrahman

Dato’ Saarani Mohamad

9BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

SEMINAR pendidikan guru Kelas Fardhu Ain dan Kifayah (KAFA) yang dianjurkan bersama Open Universiti Malaysia (OUM) adalah bagi memastikan tahap pendidikan guru lebih efektif dan berkualiti. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Civil (NGO), YB Dato’ Samsudin Abu Hassan berkata, seminar yang bertujuan memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada guru-guru KAFA mengenai kaedah mudah dan keupayaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. “Program ini bertujuan untuk melatih guru-guru KAFA untuk lebih

efektif berhadapan dengan murid dan masyarakat kerana guru itu bagaikan pelita yang menerangi kehidupan kita semua,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pendidikan Guru KAFA yang dianjurkan OUM di Tapah baru-baru ini. Lebih 100 guru KAFA dari sekitar Tapah menghadiri seminar sehari itu. Sementara itu Pengerusi OUM Perak, Dr Richard Ng berkata, pihaknya mensasarkan 3,000 peserta seluruh Perak mengambil bahagian dalam seminar ini. Beliau menambah, setakat ini, termasuk di Tapah, pihaknya telah mengadakan tiga kali seminar yang

dihadiri kira-kira 300 peserta yang dianggap perkembangan yang baik. “Kami mensasarkan 3,000 peserta akan mengambil bahagian dalam beberapa seminar yang akan diadakan di Manjung dan Hilir Perak,” ujarnya. Beliau berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak (JAIP) dan KAFA kerana bersama-sama menjayakan seminar tersebut. Selain itu, Dr. Richard memberitahu, OUM turut menawarkan khusus dalam di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam pelbagai bidang.

Seminar OUM Bantu Guru KAFA

SERATUS Anak pokok Berembang yang menjadi habitat kelip-kelip yang berjaya dibiakkan secara klinikal oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditanam di tebing sungai Kampung Dew bagi meningkatkan eko-pelancongan di kampung tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan kebudayaan Negeri Perak, YB Nolee Ashili Mohammed Radzi yang turut serta menanam pokok itu berkata, kelip-kelip merupakan khazanah yang cukup berharga kerana Kampung Dew adalah antara tumpuan kelip-kelip selain daripada Kampung Kuantan di Kuala Selangor. “Kita patut berbangga kerana selain di Kuala Selangor dan Amerika, kita adalah antara tiga tempat yang ada di seluruh dunia yang mempunyai keistimewaan ataupun khazanah ‘Eco-Tourism’ yang boleh kita dedahkan kepada semua penduduk bukan sahaja kepada Malaysia, malah untuk pelancong yang akan datang dari luar negara,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penanaman Pokok Berembang Untuk Konservasi Kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak baru-

baru ini. Turut hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Rahmah Mohamed. Nolee memberitahu, selain daripada mengekalkan habitat serangga tersebut, usaha yang melibatkan kerjasama Universiti-Komuniti ini akan dapat diteruskan untuk jangka masa yang panjang. “Saya berharap agar usaha-usaha seperti ini akan dapat dikekalkan, seterusnya dapat meningkatkan produk pelancongan di negeri ini dalam menjana eko-pelancongan penduduk tempatan,” tambahnya. Sementara itu, Prof. Madya Dr Norela Sulaiman yang mengetuai kumpulan penyelidikan tersebut berkata, pihak universiti memilih Kampung Dew kerana ia merupakan antara kawasan tumpuan pelancong dengan kehadiran jumlah kelip-kelip yang banyak. “Kawasan ini adalah satu daripada kawasan di Malaysia yang ada kelip-kelip yang berkelip secara serentak dan yang pastinya ia akan menarik lagi perhatian pelancong untuk datang kesini dan perkara itu kita boleh manfaatkan untuk pembangunan pelancongan di negeri ini,” katanya.

BANDAR Tapah yang selama ini suram setiap kali menjelang malam kini berubah ceria dengan pancaran lampu-limpah Mini Stadium Majlis Daerah Tapah (MDT) yang mula beroperasi baru-baru ini. Majlis perasmian lampu-limpah Mini Stadium MDT itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO), YB Dato’ Samsudin Abu Hassan yang juga ADUN Air Kuning. Samsuddin menganggap kemudahan lampu-limpah ini merupakan satu

nikmat dan hadiah besar kerajaan kepada masyarakat Tapah sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) memenangi tiga kerusi Parlimen Tapah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini. Menurut beliau, kira-kira 50,000 penduduk dalam kawasan Parlimen Tapah yang sejak sekian lama impikan kemudahan lampu limpah mini stadium ini akan dapat memanfaatkannya dengan pelbagai kegiatan riadah dan sukan terutama pada waktu malam ``Dengan adanya lampu-limpah ini, masyarakat boleh penggunakan sepenuhnya padang mini stadium ini

dengan bukan sahaja kepada satu-satu aktiviti permainan tetapi juga aktiviti riadah yang lain,’’ katanya kepada Suara Perak. Beliau yang juga Pengerusi BN Tapah berharap dengan adanya kemudahan lampu-limpah di Mini Stadium MDP ini, dapat membawa satu pendekatan untuk menyatupadukan masyarakat. Pada majlis itu juga beliau telah melakukan sepak mula bagi perlawanan persahabatan di antara pasukan bolasepak Parlimen Tapah dengan pasukan MDT.

Tanam Berembang Untuk Habitat Kelip-Kelip Kampung Dew

Lampu Limpah Ceriakan Tapah

Kerajaan Sentiasa Sokong Aspirasi BeliaPENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Perak, YB Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata kerajaan akan sentiasa menyokong segala bentuk aktiviti dan aspirasi belia di Perak. Menurut beliau, generasi belia perlu berkualiti dan aktif melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat. “Kerajaan akan beri sokongan kepada belia dan perlu ada persaingan yang sihat. Pendekatan ini kerajaan gunakan untuk mengetahui kehendak dan aspirasi belia yang mungkin

selama ini tidak diketengahkan atau menonjol,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ngelupor Rockfest Ipoh baru-baru ini. Shahrul mahu wakil dari belia kehadapan untuk bersama-sama kerajaan menaikkan mutu dan kualiti belia di masa yang akan. Ketika mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein semalam, beliau bersetuju agar golongan belia wajar diberi peluang untuk memegang jawatan dalam UMNO.

Menurut beliau, dengan cara ini akan mewujudkan lebih ramai belia yang berkualiti, yang mampu menjadi generasi pelapis kepimpinan parti dan negara. Ngelupor Rockfest adalah program yang dianjurkan badan bukan kerajaan(NGO) Musician And Extreme Sport Charity Organisation (MESCO) untuk belia yang terlibat dalam sukan lasak, muzik dan pengiat seni tanah air.

Datuk Shahrul Zaman melawat salah sebuah gerai yang diusahakan oleh belia. YB Nolee Ashilin Mohammed Radzi menanam pokok Berembang.

Dato’ Samsudin Abu Hassan bergambar bersama guru KAFA di Tapah baru-baru ini.

10 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

Aktiviti DYMM Raja Dr. Nazrin Shah Bersama RakyatR A K Y A T D I D A H U L U K A N P E N C A P A I A N D I U T A M A K A N

DYMM Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim semasa berkenan melawat Pos Legap, Sungai Siput.

Raja Dr. Nazrin Shah berwajah ceria sambil bertepuk tangan sebaik tiba dalam lawatan baginda ke Pos Kuala Mu, Sungai Siput

Dato’ Seri Mohd Shafi e Apdal bergambar bersama pegawai tentera semasa melawat Pos Legap, Sungai Siput.

Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim bermesra bersama rakyat di majlis perasmian Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Kehadiran keluarga Di Raja, Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim bersama putera dan puteri turut menyerikan Larian Hari Keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah, di Kuala Kangsar.

Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim bergambar kenang-kenangan sempena perasmian Klinik Kesihatan, Teluk Intan

11BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

Aktiviti DYMM Raja Dr. Nazrin Shah Bersama RakyatR A K Y A T D I D A H U L U K A N P E N C A P A I A N D I U T A M A K A N

Dato’ Seri Mohd Shafi e Apdal bergambar bersama pegawai tentera semasa melawat Pos Legap, Sungai Siput.

Raja Dr. Nazrin Shah bersalaman dengan jururawat pelatih sebaik selesai merasmikan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Kehadiran keluarga Di Raja, Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim bersama putera dan puteri turut menyerikan Larian Hari Keputeraan DYMM Sultan Azlan Shah, di Kuala Kangsar.

Raja Dr. Nazrin Shah bersalaman dengan rakyat pada majlis perasmian Jalan Pos Legap-Kuala Mu, Sungai Siput Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim mendengar taklimat semasa kunjungan ke Pos Legap, Sungai Siput

Sebahagian masyarakat Orang Asli yang hadir pada majlis perasmian Jalan Pos Legap-Kuala Mu, Sungai Siput

Raja Dr. Nazrin Shah sempat bergurau dengan Dato’ Shafi e Apdal yang melakukan pemeriksaan kesihatan di Pos Legap, Sungai Siput

12 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

DEMI mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kangsar telah sepakat menubuhkan sebuah Pusat Khidmat bersama di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Dato’ Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, YB Mazlin Sham Razman dan ADUN Manong, YB Muhamad Kamil Dato’ Shafie juga sepakat menubuhkan pusat khidmat bersama di DUN Manong untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. “Pendekatan ini merupakan satu pembaharuan yang kami ambil bagi membolehkan rakyat dan pengundi di Parlimen Kuala Kangsar menyuarakan pemasalahan mereka selain kaedah terbaik yang dapat kita gunakan bagi menyelesaikan masalah

rakyat,’’ kata Wan Muhammad Khair-il. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Kesyukuran dan Jamuan Rakyat Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Kuala Kangsar baru-baru ini. Menurut beliau, fokus utama selepas ini ialah usaha untuk menyelesaikan perkara-perkara penting yang telah tertinggal selain mendapatkan kemajuan projek secepat mungkin untuk kepentingan rakyat. “Selain itu pembangunan insan bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan dan kebajikan rakyat turut juga kita beri perhatian serius selepas ini,’’ katanya. Mazlin Sham pula berkata, kewujudan pusat khidmat bersama ini penting bagi memudahkan rakyat dan pengundi dari Parlimen Kangsar, DUN Bukit Chandan dan Manong

membawa masaalah mereka untuk diselesaikan oleh wakil rakyat mereka. Katanya, fokus utama beliau ketika ini untuk memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat selain membawa pembangunan di DUN Bukit Chandan. Muhamad Kamil pula berkata, menerusi pendekatan terbaru ini perhubungan rakyat dengan wakil rakyat mereka akan lebih akrab lagi selain segala permasalahan yang ditimbulkan dapat diselesaikan menerusi kaedah yang terbaik. Mengenai usahanya selepas ini, katanya, beliau sedang berusaha untuk membangunkan pekan Manong yang ketika ini agak ketinggalan bagi memboleh penduduknya menikmati pelbagai peluang pembangunan dan ekonomi.

ADUN Chenderiang YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon berhasrat membuka pusat khidmat baru yang lebih mesra kepada warga emas. Katanya, ini kerana pusat khidmat ADUN Chenderiang sedia ada di tingkat dua Bangunan MCA di pekan Tapah agak sukar untuk warga emas mendapat perkhidmatan. Beliau berkata, tempat baru itu yang dijangka beroperasi dalam masa kurang daripada sebulan dari sekarang dilihat akan memudahkan penduduk untuk datang pada bila- bila masa. “Pengubahsuaian kecil akan dilakukan terhadap Bangunan MCA Tapah agar penduduk merasa selesa untuk berkomunikasi bersama kami,” katanya. Beliau ditemui ketika program Klinik Bergerak Satu Malaysia di Chenderiang baru-baru ini. Turut serta dalam program itu adalah 1MCA Medical Centre.

Pada program itu, Dr Mah yang merupakan seorang doktor pakar bersama lima lagi pegawai perubatan dan jururawat memberi khidmat

nasihat dan rawatan kepada penduduk setempat. Klinik bergerak bertujuan membantu penduduk mendapatkan khidmat kesihatan terutama mereka yang sukar untuk ke pekan Tapah yang terletak lebih 12km jaraknya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Rawatan Pesakit Luar, Kecemasan, Pemeriksaan Kehamilan dan lain- lain. “Makcik gembira bila ada yang prihatin terhadap orang tua seperti kami kerana mudah untuk kami mengetahui tahap kesihatan kami dan anak- anak,” kata Jamilah Bakar, 57, salah seorang wanita yang telah lama menetap di Chenderiang. Dr Mah juga memberi perkhidmatan ‘ Echo Cardiography ‘ kepada masyarakat bertempat di Poliklinik Komuniti Tapah di Jalan Damai.

KERAJAAN Persekutuan akan membina tiga buah hospital baru di Kampar, Bandar Seri Iskandar dan Parit Buntar untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih sempurna kepada rakyat di negeri ini. Menteri Kesihatan, YB Dato’ Seri Dr. S. Subramaniam berkata, hospital baru Parit Buntar dan Kampar dianggarkan menelan kos RM270 juta tiap sebuah manakala hospital baru Bandar Sri Iskandar kini masih di peringkat penilaian. Isu peralihan tanah untuk ketiga buah hospital ini sudah diselesaikan dan jika tiada halangan ketiga hospital baru ini dijangka dapat dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis

Perasmian Klinik Kesihatan Teluk Intan yang menelan kos sebanyak RM23 Juta. Selain itu, menurut Dr. Subramaniam, kerajaan Persekutuan sedang berusaha untuk membangunkan satu blok berupa kemudahan rawatan kesihatan ibu dan anak di dalam Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang menelan kos RM300 juta. Terdahulu dalam ucapannya Subramaniam berkata, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan pembangunan untuk 321 projek membangunkan kemudahan kesihatan baru, menaiktaraf fasiliti sedia ada dan projek bukan fizikal untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM8.79 bilion.

GOLONGAN nelayan di negeri Perak disaran supaya bersama-sama memelihara spesis ikan yu dan juga pari dari terus mengalami kepupusan. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Sani Md Isa berkata, kesedaran mengenai keselamtan dua sepsis ikan ini sangat penting, terutamanya ikan Yu Tanduk yang suatu ketika dahulu sangat mudah dijumpai di perairan negeri ini. Bagaimanapun, kata beliau, berikutan aktiviti penangkapan yang tidak terkawal, spesis kedua-dua ikan itu semakin diancam kepupusan. “Kita perlu menerapkan ke dalam jiwa setiap nelayan untuk mencintai dan menghadkan penangkapan ikan-ikan yang hampir pupus dengan cara berkempen dan memberi ceramah mengenai

kesedaran betapa pentingnya memelihara hidupan laut yang hampir pupus untuk generasi yang akan datang,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Interaksi Nelayan Sempena Kempen Kesedaran Kenali Yu dan Pari di Dewan Serbaguna JKKK Kampung Padang Tembak Teluk Muruh, Perak baru-baru ini. Turut hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Manjung Zamari Mohd Ramli. Terdahulu ketika dalam ucapannya, Sani berkata, selain memberi saranan, kempen ini juga bertujuan menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan pelancong dalam memulihara sumber biodiversity marin ini.

Wakil Rakyat Kongsi Pusat Khidmat

Dr Mah Mahu Buka Pusat Khidmat Baru

Tiga Hospital Baru Akan Dibina Di Perak

Nelayan Diminta Pelihara Spesis Yu Dan Pari

Wakil Rakyat bersama-sama bekas wakil rakyat memotong pulut kuning di majlis kesyukuran Parlimen Kuala Kangsar.

Dr. Mah meneliti dokumen seorang pengunjung klinik bergerak 1 Malaysia.

Datuk Dr. Mah Hang Soon

13BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, YB Rashidi Ibrahim meminta masyarakat India di Kampung Sungai Wangi terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan nasib dan masa depan mereka terus terbela. Katanya, hanya dengan adanya sokongan yang jitu ini, selain semangat perpaduan yang sedia terjalin rakyat termasuk masyarakat India akan dapat menikmati pembangunan dan perubahan hidup yang dibawa oleh

kerajaan BN.“Saya amat berbangga kerana penduduk serta masyarkat India dikawasan Kampung Sungai Wangi ini sentiasa setia bersama BN dengan memastikan kemenangan saya sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis jamuan tengah hari bersama masyarakat India di Kampung Sungai Wangi dalam kawasan DUN Pasir Panjang baru-baru ini. Rashidi turut berbangga kerana Pusat

Daerah Mengundi (PDM) Sungai Wangi merupakan PDM kedua daripada 17 PDM di DUN Pasir Panjang yang menyumbang kepada kemenangannya. “Daripada 17 PDM di dalam DUN Pasir Panjang, PDM Sungai Wangi beroleh 319 undi dan undi ini saya anggap istimewa buat kemenangan saya,”katanya. Beliau berharap sokongan seperti ini dapat diteruskan bagi membantu kemenangan calon BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Masyarakat India Terus Sokong BN – Rashidi

ADUN Lintang Bantu Mangsa Kebakaran

DUA keluarga yang mengalami kerugian setelah rumah mereka hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Sungai Siput baru-baru ini akan menerima bantuan membaikpulih rumah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, YB Dato’ Dzulkifli Harun berkata, bantuan itu akan disalurkan setelah pihak-pihak terlibat selesai membuat penilaian kos membaikpulih rumah mereka. Katanya, untuk peringkat permulaan, pihak UMNO Sungai Siput memperuntukkan sebanyak

RM 2,000 kepada mangsa bagi meringankan beban harian mereka. “Buat masa sekarang pihak kami masih lagi berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Bina Upaya, dan juga kerajaan negeri untuk membaik pulih rumah berkenaan yang dijangka akan menelan kos sebanyak RM 35,000,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah mangsa di Sungai Siput baru-baru ini. Sementara itu, mangsa, Fanusundiri Nayar, 58, yang kini terpaksa menumpang di rumah saudaranya

berkata, bantuan yang diterima ini akan dapat meringankan bebannya. Beliau berharap agar proses membaik pulih rumahnya itu akan dapat dipercepatkan bagi memudahkannya menjalankan aktiviti harian seperti biasa. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak ADUN Lintang yang sudi memberikan bantuan kepada saya dan meringankan beban saya untuk membaik pulih rumah yang saya diami selama ini,” katanya. Dinesh Kanapathy 28, jiran kepada Fanusundiri yang juga mengalami

kerugian apabila rumahnya terbakar terkena serpihan kebakaran berkenaan berkata, bantuan yang akan diterima ini dapat membantu beliau dan keluarga untuk kembali tinggal dengan selamat di rumah berkenaan. “Saya meminta agar pihak-

pihak yang berkenaan agar dapat mempercepatkan proses membaik pulih rumah kami supaya kami dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semula,” katanya.

PENERIMA anugerah khidmat cemerlang perlu menjadi role model kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih mencapai sasaran yang lebih baik. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO), YB Dato’ Samsudin Abu Hassan berkata, anugerah khidmat cemerlang yang di terima warga pendidik juga mesti menjadi pembakar semangat kepada warga pendidik agar terus bekerja keras. “Warga pendidik perlu bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat menjadikan Kementerian Pelajaran sebagai penyedia pendidikan bertaraf dunia,” katanya ketika berucap di majlis penyampaikan anugerah khidmat cemerlang Jabatan Pelajaran Perak Peringkat Daerah Batang Padang di Dewan Merdeka Tapah baru-baru ini. Seramai 314 warga pendidik dari pelbagai peringkat jawatan menerima anugerah khidmat cemerlang masing-

masing. Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Azmi Dali. Samsudin berkata, perkataan cemerlang merupakan kayu ukur keberhasilan kerja setiap individu. “Cemerlang adalah sangat berbeza dengan kualiti di mana kualiti membawa maksud memenuhi kehendak pelanggan yakni menepati ketetapan kerja dan lain-lain. “Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti, melepasi pencapaian terbaik sebelum ini serta mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing,” tambah beliau. Beliau yang juga ADUN Air Kuning berkata, sekolah merupakan nadi utama dalam proses pembangunana modal insan negara di samping menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. “Ini semua amat bergantung kepada keupayaan warga pendidikan dalam

menjalankan tugas dan amanah yang diberikan,” katanya. Sehubungan dengan itu, selaras dengan gagasan keterangkuman dalam falsafah 1 Malaysia, beliau meminta

kaum pendidik berusaha lebih gigih bagi menyampaikan perkhidmatan pendidikan cemerlang kepada masyarakat. “Warga pendidik perlulah

menanamkan azam sedaya upaya memanfaat segala ilmu dalam dada dan menggemblengkan segala sumber yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada kita,” ujar beliau.

Penerima Anugerah Perlu Jadi “Role Model”

Dato’ Samsudin menyampaikan anugerah khidmat cemerlang Jabatan Pelajaran Daerah Batang Padang di Dewan Merdeka, Tapah.

Dinesh KanapathyFanusundiri NayarDato’ Dzulkifli Harun

Dato’ Dzulkifli Harun meninjau keadaan rumah Puan Fanusundiri Nayar yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

YB Rashidi Ibrahim menyampaikan hadiah kepada seorang kanak-kanak pada majlis jamuan makan tengah hari di Sungai Wangi.

14 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

WAKIL rakyat di negeri ini disaran memberi galakan serta motivasi kepada isteri masing-masing untuk bergiat aktif dalam setiap program dan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI). Yang DiPertua BAIDURI, YABhg. Datin Seri Saripah Zulkifli berkata galakan tersebut selain sebagai pembakar semangat dapat memastikan aktiviti-aktiviti BAIDURI di peringkat kawasan DUN dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya oleh isteri mereka yang juga merupakan ahli BAIDURI. Katanya sokongan itu perlu kerana kerja-kerja kemasyarakatan yang

dianjurkan BAIDURI selari dengan tuntutan politik hari ini yang memerlukan setiap wakil rakyat dekat dihati rakyat serta sentiasa di lapangan membantu golongan yang memerlukan. “Pendek kata kerja-kerja amal yang dilaksanakan setiap ahli BAIDURI secara tidak langsung membantu para suami dalam memberi khidmat kepada rakyat. Maka ahli BAIDURI memerlukan sokongan daripada suami masing-masing supaya lebih banyak lagi program kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dapat diadakan,” katanya ketika berucap di Mesyuarat Agung BAIDURI ke-24 di kediaman Menteri Besar, baru-baru ini.

Mesyuarat dirasmikan oleh Penaung BAIDURI iaitu YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir. Saripah yang juga isteri Menteri Besar turut memperkenalkan 16 ahli baru BAIDURI yang merupakan isteri kepada 16 wakil rakyat muka baru yang memenangi PRU,13, 5 Mei yang lalu. Dalam ucapannya, Saripah juga mengumumkan mengenai rancangan BAIDURI menerbitkan buku sempena dengan ulangtahun 30 tahun penubuhan badan amal itu tahun ini. “Buku ini diterbitkan bertujuan mendokumenkan liku-liku yang dilalui BAIDURI sepanjang 30 tahun penubuhannya,” katanya.

Wakil Rakyat Disaran Galak Isteri Aktif BAIDURI BADAN Amal dan Usaha Isteri Negeri

Perak (BAIDURI) akan menerbitkan sebuah buku yang memaparkan sejarah perjalanannya tahun ini. Yang Dipertua BAIDURI, YABhg. Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, buku yang bakal diterbitkan itu mengandungi pelbagai kisah perjalanan BAIDURI sepanjang tempoh 30 tahun penubuhannya. “Setelah 30 tahun usia penubuhanya, saya merasa bangga kerana BAIDURI telah banyak menempa kejayaan melalui perkhidmatan berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan selaras dengan tugas para suami sebagai wakil rakyat,”katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap sempena merasmikan mesyuarat agung BAIDURI kali ke 24 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak baru-baru ini. Sementara itu, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika dalam ucapannya berkata, BAIDURI telah banyak memberi impak yang positif dan membangun dengan menubuhkan Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan juga bantuan kepada golongan Orang kurang Upaya (OKU). “BAIDURI merupakan contoh yang terbaik, khususnya dalam beberapa program yang diatur kerana kesemua program yang dianjurkan lebih bersifat kemasyarakatan dan juga sukan serta berjaya mencungkil banyak bakat baru dari kalangan OKU,” katanya. Beliau juga berharap agar kesemua wakil rakyat terus memberikan sokongan kepada isteri mereka untuk terus berkhidmat bersama BAIDURI supaya kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa yan akan datang. “Saya juga berharap agar semua ahli BAIDURI sentiasa bersama-sama suami mereka untuk turun padang dalam membantu rakyat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi,” katanya.

SERAMAI 80 orang pelajar Tingkatan 6 Atas dari 40 buah sekolah di seluruh negeri Perak menerima sumbangan dermasiswa sebanyak RM 500 setiap seorang daripada BAIDURI. Yang Dipertua BAIDURI, YABhg. Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, program sumbangan ini adalah yang paling lama dalam sejarah penubuhan BAIDURI sejak 30 tahun lalu. “Sepanjang 30 tahun BAIDURI ditubuhkan, program ini merupakan yang paling lama dilaksanakan,” katanya dalam ucapan di majlis penyerahan sumbangan dermasiswa itu di Kediaman

Rasmi Menteri Besar di Ipoh baru-baru ini. Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Dr. Muhammad Amin Zakaria. Saripah menjelaskan dermasiswa ini diberikan kepada pelajar tingkatan enam untuk meringankan beban mereka kerana BAIDURI merasakan golongan ini paling kurang mendapat bantuan berbanding golongan pelajar lain. Tambahan pula, kata beliau, Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang bakal diduduki

golongan pelajar ini sudah semakin hampir. Justeru itu, isteri kepada Menteri Besar Perak berharap agar para pelajar yang menerima dermasiswa dapat menggunakan wang yang diberikan dengan sebaik- baiknya. Dalam pada itu, para pelajar dinasihatkan untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan masa sebaiknya untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan tiba tidak kurang dari lima bulan.

BAIDURI Akan Terbit Buku Sejarahnya

80 Pelajar Terima Dermasiswa BAIDURI

Pendek kata kerja-

kerja amal yang dilaksanakan setiap ahli BAIDURI secara tidak lansung membantu para suami dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Datin Seri Saripah Zulkifli bergambar bersama ahli BAIDURI yang menghadiri Mesyuarat Agung BAIDURI ke-24 di Kediaman Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Muhammad Zulfadhli b. Mohd Zaki Lee Yun Zhi Nittiya a/p Bala

Datin Seri Saripah menyampaikan dermasiswa kepada seorang pelajar.

15BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

SERAMAI 20 anggota RELA dan waris menerima cek insuran berkelompok antara RM1,692hingga RM14,000 dalam satu majlis ringkas di Dewan Bankuet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Meru Raya, Ipoh baru-baru ini. Cek-cek disampaikan Pengarah Bahagian Persenjataan RELA, ASP Ezani Harun yang mewakili Ketua Pengarah RELA. Ezani memberitahu, setakat ini terdapat lebih 289,000 angota RELA seluruh Malaysia yang sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk menerima tugasan membantu masyarakat. Jelas Ezani dihadapan lebih 800

anggota RELA semasa merasmikan majlis penyerahan cek insurans berkelompok di dewan Bankuet, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Angota RELA akan diberi kursus secara berperingkat dari masa ke semasa untuk memastikan mereka bersedia dalam apa jua kemungkinan seperti bencana alam, keselamatan dan menangani wabak penyakit,” katanya ketika berucap di hadapan di majlis itu yang dihadiri kira-kira 800 anggota RELA. Sementara itu, Ravikumaren a/l Muniandy, 47, dari Bagan Serai berkata, dia amat berterima kasih kepada RELA kerana memberi

RM1,692 untuk kos rawatan akibat kemalangan. Bagi Thulasiamman a/p Munusamy, waris yang menerima cek bernilai RM14,000, pemberian itu adalah rezeki yang dapat mengurangkan beban kewangan selepas anaknya Munianty a/l Sanmugam meninggal dunia akibat kemalangan motosikal pada Julai 2012. Dalam nada sebak, Thulasiamman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepimpinan RELA yang amat prihatin terhadap keluarganya dan menghargai pengorbanan anaknya walaupun sudah tiada.

Insuran Berkelompok Untuk RELAKERAJAAN negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) bercadang mewujudkan taman bio-teknologi dalam usaha menarik ramai pelabur untuk menerokai bidang berkaitan bio-teknologi di negeri ini. Ketua Eksekutif PKNPk, Dato’ Aminuddin Md Desa berkata, rancangan bagi mewujudkan taman itu sedang disusun dengan memberi fokus kepada bidang bio-teknologi dan langkah untuk mengembangkan bidang teknologi berkenaan. ``Kita sedang bekerjasama dengan pihak konsultan untuk melihat peluang-peluang tertentu yang dapat Perak tawarkan dan apabila selesai kita akan bergerak ke depan bagi mewujudkan taman bio-teknologi. ``Dengan adanya taman ini, pelabur-pelabur boleh datang melabur ke sini untuk membuat pelaburan dalam bidang tertentu yang berkaitan dengan bio-teknologi,’’ katanya kepada pemberita di majlis perasmian forum Industri Bio-Teknologi di Ipoh baru-baru ini. Menurut Aminuddin, idea mewujudkan taman ini di kawasan selatan negeri Perak antara lain kerana ia terletak berhampiran kawasan Lembah Klang dan kawasan pelabuhan. Katanya, salah satu bidang sumber pendapatan yang sedang dikaji oleh pihak perbadanan ialah sumber batu kapur. ``Setakat ini sumber dan bahan batu kapur yang terdapat di Perak dieksport tanpa nilai tambahan dan ini amat merugikan kerana ia merupakan bahan sumber asli yang terdapat di negeri ini. ``Apa yang akan kita lakukan selepas ini ialah untuk menambah nilai bahan

sumber asli ini,’’ kata Aminuddin lagi. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Koridor Pembangunan, YB Dato’ Mohd Zahir Abdul Khalid semasa merasmikan forum itu berkata, kawasan hutan hujan Belum juga merupakan salah satu khazanah asli yang boleh diketengahkan oleh kerajaan negeri. ``Banyak perkara yang boleh kita terokai di hutan ini yang selama ini kaya dengan segala macam sumber aslinya. ``Kira-kira dua tahun lalu, seorang penyelidik Jepun telah membuat kajian berhubung prospek bio- teknologi di hutan hujan Belum antaranya termasuk bio-sains, aspek rawatan kesihatan, bio-teknologi pertanian dan industri bio-teknologi. ``Terdapat banyak potensi dalam industri bio-teknologi ini dan kita harus memanfaatkannya dengan sebaik mungkin,’’ katanya.

Perak Mahu Wujud Taman Bio-Teknologi

BUAT pertama kalinya, mesyuarat kumpulan fokus bagi penyediakan bajet tahunan negara akan melibatkan sektor pembangunan indeks kesejahteraan rakyat. Menteri Kewangan II, YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, di samping itu, buat pertama kalinya juga tahun ini, konsultasi bajet akan diadakan di Sabah dan Sarawak Beliau memberitahu, sebanyak 15 kumpulan fokus akan memulakan perbincangan mulai julai ini, bagi menyediakan cadangan dan input kepada Bajet 2014, sebelum dibentangkan Perdana Menteri pada 25 Oktober depan. Katanya, melalui perbincangan di peringkat kumpulan fokus untuk membangunkan indeks kesejahteraan rakyat, kerajaan mahu mewujudkan keseimbangan antara pendapatan dan kebahagian isi rumah. Menurut beliau, indeks kebahagian terbahagi kepada dua aspek iaitu makro yang melibatkan peranan kerajaan dan swasta di dalam mewujudkan suasana kesejahteraan seperti usaha-usaha untuk mengurangkan jenayah. Aspek mikro pula, kata beliau, akan melibatkan kesejahteraan dan kebahagian di peringkat isi rumah itu sendiri. “Kita melihat semua, sekarang kita tidak melihat dasar-dasar kerajaan dan pelaksanaan kerajaan dalam konteks kita melaksanakan pertumbuhan ekonomi

semata-mata. tetapi bagaimana ia dapat dikaitkan dengan kesejahteraan rakyat sendiri. Jadi ini kita akan lihat kerana kita dapati ada negara yang memang kaya, high income economy tetapi ia hanya dimiliki oleh peratus penduduk yang begitu kecil, sebahagian besarnya duduk dalam keadaan yang miskin,” katanya. Beliau ditemui selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Tambun pada pilihanraya umum lalu di Dataran Sunway, Tambun baru-baru ini. Menteri Kewangan II itu menjelaskan, mulai tahun depan, penggubalan dasar dan polisi kerajaan akan mengambil kira indeks kesejahteraan rakyat “Tumpuan kita akhirnya adalah kepada isi rumah dan anggota masyarakat. Maknanya, apabila kita melaksanakan sesuatu ia mesti dilihat dalam konteks itu. “Apakah struktur yang harus kita buat supaya dia dapat dinikmati oleh anggota masyarakat,” tambah beliau. Lebih 5,000 membanjiri Dataran Sunway untuk bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin yang telah mereka pilih pada PRU-13 lalu. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Kinta, YB Dato’ Aminuddin Md Hanafiah, ADUN Manjoi, YB Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dan bekas ADUN Manjoi, Dato’ Nazri Ismail.

Bajet 2014 – Indeks Kesejahteraan Rakyat Diambil Kira

Dato’ Seri Ahmad Husni memperkenalkan wakil rakyat baru bagi DUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dan Dato’ Aminuddin Md Hanafiah DUN Ulu Kinta.

Dato’ Aminuddin Md Desa

ASP Ezani menyampaikan sijil insuran berkelompok untuk RELA

16 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

KETIADAAN lapan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) daripada MCA tidak membantutkan perjalanan Jawatankuasa Mesyuarat Ahli Majlis, terutamanya dalam meneruskan agenda pembangunan MBI. Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Roshidi Hashim berkata, beliau telah membuat keputusan bahawa dengan ketiadaan lapan Ahli Majlis itu, tugas mereka akan digalas oleh Ahli Majlis yang ada sekarang. “Saya merasa amat kagum kerana mereka bersedia menerima tugas dan tanggungjawab yang lebih besar ini yang dulunya diberi kepada wakil MCA,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh

Majlis di Dewan Mesyuarat MBI, Ipoh baru-baru ini. Mesyuarat Penuh pertama itu yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 turut menyaksikan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Canning, Tebing Tinggi, Bercham, Pasir Pinji dan Jelapang. Roshidi memberitahu, setakat ini beliau tidak menerima arahan daripada kerajaan negeri berhubung kedudukan dan status kelapan-lapan ahli majlis daripada MCA itu. “Mereka juga tidak menghantar surat bercuti atau surat perletakan jawatan dan saya masih menganggap mereka sebagai Ahli Majlis kerana perlantikan mereka hanya akan berakhir pada 31

Disember 2013,” katanya. Roshidi menambah, malah setiap kali mesyuarat beliau akan menjemput kelapan-lapan Ahli Majlis itu untuk hadir dan terpulang kepada mereka untuk hadir atau sebaliknya. Sehubungan itu, beliau berharap MCA dapat membuat keputusan segera berhubung keahlian lapan ahli mereka bagi membolehkan mereka memberikan khidmat kepada warga Ipoh dan meneruskan agenda membangunkan bandaraya ini. Mengenai pembangunan pekan lama, beliau memberitahu, pihak MBI memang cukup komited untuk memastikan bahawa setiap tindakan perobohan bangunan adalah mengikut

garis panduan yang sedia ada. Katanya, pihak pemaju pula selalu berhubung dengan MBI untuk mendapatkan pandangan dan tidak semua bangunan yang terdapat di Ipoh ini telah dan akan dijadikan bangunan warisan. “Mungkin kerana bangunan-bangunan ini masih tidak mencapai seratus tahun, nilai warisannya tidak ada dan kriteria-kriteria yang ditetapkan,” katanya. Selain itu, kata beliau, usaha juga sedang dibuat bagi melobi pihak UNESCO untuk mendapatkan pengiktirafan Geopark dan Ipoh sebagai Bandar Warisan.

Agenda Pembangunan MBI Berjalan Seperti Biasa

PUSAT Khidmat Setempat (OSC) yang diwujudkan sejak 2007 telah membantu kepesatan pembangunan di Bandaraya Ipoh sejak lima tahun lalu. Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Dato’ Abd Rahim Md Ariff berkata, OSC yang diwujudkan itu telah memberi perkhidmatan yang lebih cepat, efektif, tepat dan berdaya saing. Bagaimanapun, beliau berharap semua pihak, termasuk pihak swasta, memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membantu membangunkan lagi bandaraya ini di masa akan datang. “Salah satu impian MBI adalah ingin memajukan Ipoh dengan kadar segera dan usaha gigih sektor hartanah, disokong jabatan kerajaan, harus diterapkan untuk mencapai impian ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perindustrian di Stadium Indera

Mulia baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi REDHA Perak, Dato’ Francis Lee Yew dan Pengarah Pengurusan Harta dan Projek Khas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Rosni Mohd Din. Sebanyak 48 gerai dibuka oleh pelbagai pihak sepanjang ekspo tiga hari itu. Di dalam ucapannya, Abd Rahim berkata, jika sebelum penubuhan OSC, proses kelulusan satu-satu pelan cadangan pembangunan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun tetapi kini tempoh tersebut berjaya dipendekkan hanya antara empat hingga enam bulan sahaja. Beliau memberitahu, semenjak OSC ditubuhkan, sebanyak 462 permohonan cadangan projek pembangunan komersil telah diluluskan dan daripada jumlah tersebut, 262 projek telah siap dibina

termasuk kompleks komersil, hotel serta kedai. Beliau menambah, antara projek yang diluluskan termasuk dua pusat beli belah MYDIN di Meru dan Manjoi, MH Hotel dan AEON Station 18. Di samping itu, kata beliau, jumlah permohonan cadangan pemajuan di MBI adalah yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ). “Sejak tahun 2007 hingga 2012 jumlah keseluruhan kenaikan hartanah adalah sebanyak 61,770 dalam bentuk kediaman, peniagaan, industri dan lain- lain,” ujarnya. Menyentuh mengenai ekspo tersebut, Setiausaha MBI itu berharap ia dapat digunakan sepenuhnya oleh warga Ipoh di samping memberi manfaat secara menyeluruh kepada setiap pihak.

OSC Bantu Pesatkan Pembangunan Ipoh

MAJLIS Bandaraya Ipoh (MBI) merupakan agensi kerajaan pertama di negeri Perak yang menggunakan kaedah pengurusan LEAN dengan memfokuskan kepada usaha mempertingkatkan lagi prestasi dan kecekapan individu serta organisasi agar lebih efektif, inovatif dan cemerlang. Setiausaha Bandaraya Ipoh, Dato’ Abdul Rahim Md Ariff berkata, MBI telah melantik Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai perunding bagi melaksanakan kaedah pengurusan LEAN yang mengutamakan pengurusan berhemah dan mempercepatkan perkhidmatan pelanggan. Katanya, pengurusan LEAN ini dapat mempercepatkan proses penambahbaikkan melalui persekitaran kerja yang stabil, jelas dan penyeragaman prosedur bagi membentuk organisasi berasaskan penambahbaikan berterusan. “Terdapat banyak faedah sekiranya kita melaksanakan Pengurusan Lean ini antaranya dapat menambahbaik sistem

kualiti dan keselamatan di organisasi yang mana dapat mengurangkan kesilapan, kemalangan dan masa menunggu,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Jalinan Industri Pengurusan LEAN antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Dewan Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Ipoh baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Abu Bakar Said, Timbalan Ketua Pengarah1, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Haji Ahmad Fadzil Mahmud dan Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara, Hajah Sarimah Misman. Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata, MBI berhasrat untuk membuat anjakan paradigma dengan mempertingkatkan lagi prestasi dan kecekapan individu serta organiasi agar lebih efektif, inovatif dan cemerlang.

MBI Pertama Guna Pengurusan LEAN

Dato’ Roshidi Hashim

Dato’ Abdul Rahim melihat pameran selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perindustrian di Stadium Indera Mulia, Ipoh baru-baru ini.

Dato’ Abdul Rahim bertukar dokumen dengan Hajah Sarimah Misman.

17BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

PROJEK Kemasyarakatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuka lembaran baru kepada dua keluarga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor apabila rumah mereka dibaikpulih di bawah Projek Mesra Rakyat Peringkat Negeri Perak. Tukang rumah, Tan Kim Lean, 60, dan pekerja motor sewa, Vasantha Kumar Krishnan, 47, penerima bantuan baikpulih rumah di bawah projek itu melahirkan rasa lega dan gembira kerana mereka kini dapat hidup lebih selesa berbanding sebelum ini yang terpaksa tinggal di dalam rumah yang serba-serbi kekurangan, sempit dan daif. Menurut mereka bantuan ini membuktikan kerajaan negeri dan TNB begitu prihatin dalam membela nasib masa depan rakyat miskin di Pulau Pangkor. “Dulu hidup kami dalam keadaan tidak selesa kerana tinggal dalam rumah yang sempit dan bumbung rumah yang bocor tapi hari ini kami amat gembira kerana keadaan rumah yang besar dan selesa”. “Terima kasih kepada Dr Zambry dan TNB kerana amat prihatin dalam

menyelesaikan masalah saya dan keluarga,” kata Tan Kim Lean. Bagi Vasantha Krishnan pula dia merasa lega sekarang kerana dapat memiliki sebuah rumah yang cukup selesa berbanding dahulu yang cukup daif. “Dulu setiap kali hujan saya merasa bimbang kerana bumbung rumah bocor dan keadaan bilik rumah yang sempit tapi sekarang sudah tidak ada masalah lagi,” katanya. Tan dan Vasanta telah menerima sijil projek Mesra Rakyat sebagai penerima bantuan baikpulih rumah di bawah Projek Mesra Rakyat TNB yang melibatkan kos RM10,000 setiap rumah pada jamuan tengah hari di Jeti Pulau Pangkor hari ini. Sijil-sijil itu telah disampaikan oleh Naib Presiden (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Puan Adelina Iskandar dengan disaksikan oleh Pegawai Khas ADUN Pangkor, Haji Azri Jaafar dan Pengurus Besar TNB Negeri Perak, Haji Wan Kamizi Wan Ishak. Menurut Adelina, projek ini membuktikan komitmen tinggi yang ditunjukkan TNB demi kepentingan

rakyat jelata selaras dengan slogan Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Katanya, setakat ini sebanyak 24 buah rumah terbabit dengan projek Mesra Rakyat di seluruh Malaysia yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM240,000. Bagi negeri Perak, katanya, sebanyak empat buah rumah terlibat dalam program ini dan keempat penerimanya ialah Tan Kim Lean, Vasantha Kumar Krishnan keduanya dari Pulau Pangkor dan dua penerima dari Beruas, Ganesan Samuggam dan Leor Yuen Sin. Sementara itu, Azri pula berharap program sebegini dapat diteruskan oleh syarikat-syarikat bekaitan kerajaan (GLC) seperti TNB bagi membantu rakyat miskin yang kurang berkemampuan dalam membaikpulih rumah mereka. “Supaya dengan pendekatan ini, komitmen ini akan dapat kita teruskan dan ini memberi keyakinan kepada rakyat kerana sejajar dengan slogan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

TNB Bantu Dua Keluarga Miskin Di Pangkor

SEORANG pesara tentera dari Kampung Pengkalan Aur, Air Kuning, Changkat Jering menerima kunci rumah bantuan di bawah Projek Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Koperal (B) Abd Mutalib Abd Hamid 50, berkata, jumlah permohonan pinjaman bank yang boleh dibuatnya sebelum ini sangat terhad sehingga mengganggu perbelanjaan rumah. Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak membuat permohonan pinjaman tersebut. “Saya mengambil keputusan untuk meminta bantuan di Kem Rajimen Askar Jurutera Diraja (RAJD)2 Divisyen untuk projek berkenaan dan projek ini telah pun diluluskan pada 4 Mac yang lalu, dan projek ini telah berjaya disiapkan dalam masa 36 hari,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita sewaktu ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Sempena Projek Jiwa Murni baru-baru ini. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Shukuri Ahmad dan

Pegawai Memerintah RAJD Leftenan Kolonel Sharuddin Mohd Noh. Sementara itu, Shukuri berkata, projek ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang telah meninggalkan perkhidmatan ketenteraan melalui kerjasama 1 Malaysia Veteran Home Repair Program (1MVHRP) yang terkandung dalam strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 7. “Projek ini adalah penglibatan menyeluruh dari kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk membantu pembangunan negara dan membela nasib pesara tentera yang pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia,” katanya. Beliau memberitahu, RAJD telah melaksanakan 14 buah projek seumpama itu pada tahun lalu yang melibatkan sebanyak 114 buah rumah. “Pada tahun ini kita sasarkan sebanyak 33 buah projek yang sama dengan pecahan 19 buah rumah bina baru dan 14 buah rumah baik pulih,” tambahnya.

Pesara Terima Rumah Projek Jiwa Murni

Tan Kim Lean Vasantha Kumar Krishnan

Pegawai Khas ADUN Pangkor, Haji Azri Jaafar menarik tirai Projek Mesra Rakyat Tahun 2012 di Pulau Pangkor.

Puan Adelina Iskandar menarik tirai Projek Mesra Rakyat Tahun 2013 di Pulau Pangkor.

Koperal (B) Abd Mutalib Abd Hamid memegang kunci rumah sambil bergambar bersama anggota keluarga dan pegawai tentera.

18 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

TIGA buah agensi kerajaan dan sebuah syarikat swasta berganding bahu untuk memberi perluan kepada bekas penagih dadah untuk kembali meneruskan kehidupan bermasyarakat seperti biasa. Jabatan Tenaga Kerja, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak bersama-sama D’Polo Kafe berkolaborasi menjayakan program ‘Foodcourt Azam Kerjaya Berkelompok Negeri Perak, program yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia. Pengarah Jabatan Tenaga kerja Negeri Perak, Rahmat Ismail memberitahu, dibawah program ini, pihak D’Polo Café menyediakan enam buah gerai di medan selera mereka berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh untuk diusahakan oleh bekas penagih yang terpilih. Menurut beliau, para peserta akan menjalani latihan di medan selera tersebut dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pihak D’Polo Café. “Kita akan membantu mereka dari segi modal untuk memulakan perniagaan dan latihan yang lengkap supaya mereka dapat menjalankan perniagaan dengan baik dan dapat menggalakkan remaja untuk terlibat lebih banyak kepada aktiviti yang berfaedah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis Perasmian Program FoodCourt Azam Kerja Berkelompok dan Karnival Pekerjaan di D’Polo Café, Ipoh baru-

baru ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AADK, Suhaimi Abdullah berkata, program program ini adalah satu program yang amat baik kerana ia dapat membantu golongan bekas penagih untuk membina kembali kehidupan mereka supaya boleh kembali diterima masyarakat. “Kriteria yang paling utama ialah mereka ini mesti berminat untuk melaksanakan perniagaan dan di samping itu, mereka ini mestilah sihat dan jauh dari penyakit merbahaya seperti Hepatitis dan TB. “Kita juga akan membuat ‘screening’ untuk memastikan mereka boleh melaksanakan kerja dengan baik,” katanya. Pemilik D’Polo Café, Roslan Zainal Abidin pula berkata, tujuannya menyertai program ini adalah untuk memberi peluang kepada bekas penagih dan membantu mereka mencari rezeki yang halal, supaya dapat menjalani kehidupan seperti orang lain. “Selepas pemulihan, masyarakat masih memandang mereka ini di taraf yang rendah, jadi apa yang kita untuk mempertingkatkan mereka ini, kita beri didikan yang cukup dari segi perniagaan. “Selepas mereka keluar dari sini mereka akan berupaya untuk membuka di satu tempat yang lain agar boleh mempertingkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka supaya mereka tidak

rendah diri dan rasa terhina dengan kesilapan yang pernah mereka lakukan dulu,” katanya. Beberapa peserta program yang ditemui berkata, mereka menyambut baik usaha yang dilakukan ini sekaligus membantu mengembalikan kekuatan diri mereka untuk kembali kepada kehidupan bermasyarakat seperti biasa. “Program seperti ini banyak memberikan golongan macam saya dan rakan-rakan untuk menghadapi kehidupan yang lebih cerah di masa yang akan datang,” kata salah seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Leimex

KESILAPAN masa lalu tidak seharusnya golongan seperti kami terus dipandang serong dan disisihkan masyarakat. Itulah luahan hati bekas-bekas penagih yang pernah terjebak ke dalam lembah hitam itu. Hanya mahu dikenali sebagai Liemex, 42, terjebak dengan dadah seawal usia 16 tahun kerana mungkin terlalu dimanjakan oleh ibunya. Sebagai anak tunggal, apa sahaja kemahuan dan permintaannya, akan dipenuhi oleh ibunya sehingga akhirnya anak muda berasal dari Bentong, Pahang ini terpengaruh dengan rakan-rakan. “Saya berasa amat kesal kerana telah mengecewakan keluarga yang sedikit pun tidak pernah kurang kasih sayang mereka terhadap saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Program Azam Kerjaya di D’Polo Café, Ipoh baru-baru ini. Program tersebut anjurkan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak, Agendi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIP dan D’Polo Café, antara lain membantu melatih bekas penagih berniaga. Liemex, ayah kepada dua orang puteri, berharap masyarakat dapat menerima kembali golongan sepertinya, sekaligus membantu mengelakkan mereka kembali menagih. “Saya sedih kerana masyarakat masih memandang serong dan menyebarkan fitnah terhadap golongan seperti saya sedangkan ramai di antara kami yang telah bersedia untuk menjalani kehidupan seperti orang lain. “Jika terdapat kes- kes kecurian atau pecah masuk rumah di sesuatu kawasan pastinya bekas penagih dadah akan dituduh,” kata Liemex melahirkan rasa kesalnya. Berdasarkan pengalaman yang dilaluinya, Liemex menceritakan dia umpama orang asing apabila rakan-rakan sekampung enggan lagi berkawan dan mengelak setiap kali berjumpa. “Walaupun saya cuba membuat kerja amal di kampung, orang kampung tetap mentertawakan saya seolah olah saya tidak layak membuat kebaikan,” tambahnya.

Beliau mengakui, perkara-perkara seumpama ini yang menyebabkan ramai bekas penagih berasa kecewa dan akhirnya kembali semula kepada tabiat lama mereka. “Masyarakat yang prihatin seharusnya menerima mereka dengan tangan terbuka agar mereka

tidak rasa tersisih oleh masyarakat setempat,” ujarnya sambil menasihati anak muda agar jangan sekali-kali mencuba apa juga jenis dadah. Rakannya, Zamrol Buyong, 43, dari Kuala Lumpur pula berharap lebih banyak program diwujudkan bagi membantu golongan seperti mereka. “Program Azam Kerja ini amat berguna bagi golongan seperti kami untuk berfikir di luar kotak dan kami boleh belajar untuk menceburi bidang perniagaan, satu bidang yang baru bagi kami. Ini membuatkan kami berkobar-kobar untuk keluar dan memulakan langkah baru dalam hidup,” ujarnya.

Tiga Agensi Bergabung Bantu Bekas Penagih

Jangan Kami Terus Dipandang Serong

KOPERASI Kemajuan Tanah Perak Berhad (KKTPB) disifatkan sebagai antara koperasi yang berjaya apabila mengumpulkan lebih RM 2 juta saham dengan bilangan ahli 518 orang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Hasan Malek berkata, kejayaan itu sangat membanggakan bagi koperasi yang telah berusia 60 tahun, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Beliau memberitahu, kejayaan itu mungkin disebabkan kebijaksanaan koperasi yang berjaya mempelbagaikan aktiviti di dalam pelaburan ke atas ladang kelapa sawit, rumah kedai dan lebah madu. “Ini merupakan satu koperasi yang

berjaya di negeri Perak dan oleh sebab itu banyak lagi kemudahan-kemudahan yang boleh kita salurkan kerana terbukti ia akan membawa keuntungan kepada ahli-ahli,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kemajuan Tanah Berhad dan Perasmian Bilik Pentadbiran Ladang Koperasi Tersebut di Kg Batu 3, Sungai Siput baru-baru ini. Turut hadir ialah ADUN Lintang, YB Dato’ Dzulkifli Harun dan Pengerusi KKTPB, Dato’ Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi Menteri itu berharap kejayaan KKTPB akan menjadi contoh kepada koperasi lain di seluruh negara, sekaligus membantu menjana ekonomi negara.

KKTPB Antara Koperasi Terbaik

Rahmad Ismail (dua dari kiri) mendengar penerangan yang disampaikan oleh seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Program `Foodcourt Azam Kerjaya Berkelompok di Ipoh baru-baru ini. Zamrol b. Buyung

Liemex

Dato’ Hasan Malek menerima cenderahati yang disampaikan oleh Dato’ Mohammad Akhiar Ahmad Wazir Affandi.

Roslan Zainal Abidin

19BERITA SEMASASUARA PERAK ( 2 ) 06 2013

UMNO telah melalui pelbagai cabaran sejak dari penubuhannya pada tahun 1946 hinggalah ke hari ini dan sepanjang lebih 67 tahun pelbagai peristiwa berlaku dengan perubahan-perubahan dibuat berdasarkan kepentingan dan tanggungjawab semasa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, YB Asmaiza Ahmad melihat pemilihan UMNO yang bakal berlangsung tahun ini adalah antara perubahan terbesar akan dilalui dengan melibatkan anggota parti di akar umbi. “Istimewanya UMNO adalah sebuah parti yang teguh dengan permuafakatan, mempunyai struktur yang mantap apabila pengukuhannya dibuat dari peringkat cawangan dan seterusnya membawa kepada keteguhan kepimpinan atasan,” katanya kepada UMNO-Online. Ujar beliau, UMNO telah melalui perubahan kepimpinan dari pelbagai peringkat dan pertukaran Presidennya yang sentiasa berlangsung lancar adalah bukti nilai kekeluargaan yang sentiasa dipelihara. “Transformasi yang berlaku bukan saja dengan pemilihan ini tetapi golongan muda turut mendapat tempat dengan terlibat secara langsung sebagai pemilih selain mempunyai tempat untuk bersuara. “Jika dalam pemilihan yang lalu ada pihak yang anggap bahawa UMNO terlalu eksklusif kerana hanya perwakilan bahagian sahaja yang layak memilih tetapi perubahan yang dibuat ini telah menjadi bukti bahawa masyarakat di akar umbi turut berpeluang menentukan siapakah pemimpin mereka.” Jelas beliau yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, masyarakat hari ini akan melihat UMNO sebagai satu entiti yang lebih terbuka dan inklusif

dengan semua pihak memainkan peranan dan dapat menentukan hala tuju masa hadapan. “Apa yang pasti, keputusan tersebut menjadi bukti bahawa UMNO terus unggul dalam membawa aspirasi rakyat khususnya bangsa Melayu dan kekal dalam membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi. “Sebagai parti yang bertunjangkan akar umbi di serata pelusuk negara maka keupayaan UMNO dalam melaksanakan tanggungjawab dilakukan secara muafakat sehinggakan pelbagai tohmahan, hasutan, manipulasi dan apa jua provokasi yang dilontarkan gagal memecah kesatuan dalam parti,” katanya. Terang beliau yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya ke 13

lalu, walaupun, hakikatnya, kerusi BN di Parlimen menyusut tetapi kekuatan UMNO tidak pudar sebaliknya terus memantapkan bilangan kerusi yang dimenangi kepada 88 berbanding PRU-12 yang mendapat 79 kerusi. “Kita sedar dalam bahawa rakyat tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan selama ini atau menyerahkan bulat-bulat kepada pucuk pimpinan sahaja tetapi dengan peluang dan perubahan besar dalam UMNO telah memberi ruang kepada semua untuk memastikan kepimpinan parti di semua peringkat.” Mengimbas kembali, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri YB Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam ucapan sulungnya dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Oktober 2009 telah menekankan pentingnya aspek perubahan dalam agenda baru parti bagi memastikan UMNO terus teguh dan dihormati. Perkara terbabit dibuktikan kemudiannya dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang melibatkan penambahan dan pemansuhan beberapa fasal membabitkan peluasan jumlah perwakilan, yuran, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan sebagai setiausaha bahagian. Antara perubahan paling ketara adalah jumlah perwakilan yang terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi yang diluaskan dari 2010 orang pewakilan bahagian kepada 146,000 orang termasuklah kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu sendiri boleh ditandingi. Ini dibuat dengan penghapusan sistem kuota dan digantikan dengan sistem pendaftaran yang mempunyai kelayakan minimum untuk bertanding. - MediaUMNO

SELEPAS menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi PAS dan DAP sependapat dengan Anwar. Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi PAS dan DAP walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan

prestasi masing-masing dalam PRU lalu. Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya. Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi DAP tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar. Himpunan-himpunan haram yang

diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu. Penyokong-penyokong PAS khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya. Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing. Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan. Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka. Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian. Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal

sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat. Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia. Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau. Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat. Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai ‘West’s best ever friend’ atau kawan paling akrab Barat. Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya. Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu. Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.Beruang Biru - Dipetik daripada MyKMU

TINDAKAN segelintir pihak yang membuat tuduhan kononnya UMNO adalah parti yang tidak demokratik adalah tidak benar kerana sejak penubuhannya hinggalah kepada kemerdekaan parti ini sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, kata veteran UMNO, Tan Sri Abu Hassan Omar. Jelasnya, UMNO adalah parti yang benar-benar demokratik walaupun ia menjadi teraju dalam kemerdekaan negara tetapi masih berkongsi kuasa dengan kaum lain yang ada di negara ini. “Melalui pembentukan parti Perikatan, UMNO bergabung bersama MCA dan MIC walhal UMNO boleh memerintah sendiri tetapi kerana menyedari negara kita adalah negara majmuk maka ia sanggup bersama-sama berkongsi kuasa,” katanya kepada UMNO-Online. Tegas beliau yang juga Yang Dipertua Mubarak Selangor, bagi memastikan semua masyarakat di

negara ini mendapat pembelaan UMNO tidak pernah mengenepikan kaum lain dan sistem ini tetap subur sejak dari pilihan raya pertama hinggalah ke hari ini. “Dengan apa yang berlaku sejak dari penubuhan UMNO pada 1946 dan kemudiannya membawa kepada kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, tidak ada satu pun unsur-unsur rasis yang diterapkan sebagaimana tuduhan segelintir pihak terhadap UMNO. “UMNO akan terus teguh dengan tujuan dan asas penubuhannya tetapi dengan dalam masa yang sama menjadi payung kepada kaum-kaum lain juga,” katanya. Terang beliau yang telah menyertai UMNO sejak tahun 1957 lagi, menjadi lumrah untuk UMNO mempelopori perjuangan membela nasib orang Melayu kerana kaum itu paling ramai dalam Malaysia dan kebetulan pula Melayu masih lagi kekurangan dalam pelbagai bidang berbanding kaum-kaum lain. “Sebagai negara yang mengamalkan prinsip demokrasi kita memberi kebebasan kepada semua kaum dalam pelbagai aspek dengan sama-sama berusaha memastikan kesejahteraan dan pembangunan negara terus berjalan.” Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini yang menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka - MediaUMNO

UMNO Sentiasa Berani Berdepan Tuntutan Perubahan

UMNO Tidak Rasis, Dukung Demokrasi Tanpa Ketepikan Bangsa Lain

Gagal Jadi PM, Barat Mula Tinggalkan Anwar

Apa yang pasti, keputusan

tersebut menjadi bukti bahawa UMNO terus unggul dalam membawa aspirasi rakyat khususnya bangsa Melayu dan kekal dalam membawa harapan dan menyemarakkan semangat rakyat keseluruhannya dengan berteraskan sokongan dari masyarakat di akar umbi.

20 BERITA SEMASA SUARA PERAK( 2 ) 06 2013

TIADA yang lama, tiadalah yang baru, itulah perumpamaan yang sinomin dengan barang lama. Walaupun ada yang melihat barang-barang lama tidak bernilai seperti sampah, tetapi tidak pada pengumpul barang antik, Musa Mad Nor, seorang pesara polis yang menjadikan hobi mengumpul barangan lama sebagai satu kerjaya. Sejak tahun 1975, Musa telah mengumpul barangan lama dan membaik pulih barangan tersebut yang berasal dari pelbagai negara antaranya, London, Indonesia dan tanah air sendiri. Musa berkata, barang antik atau lama, adalah warisan nenek moyang dan segelintir generasi muda sekarang tidak ada perasaan sayang dan menghargai

barang-barang peninggalan itu. “Mereka tidak faham, tidak ada perasaan menghargai yang lama, maka barang antik ini dikatakan sampah yang tidak bernilai, jangan terkejut kerana hobi ini boleh menjadi satu kerjaya yang baik. “Saya mengumpul kerana minat, cinta dan menghargai barang-barang antik ini dan hampir 40 tahun saya mencari dan menyimpan,” kata Musa ketika ditemui di rumahnya di Taman Rishah, Silibin. Menurut Musa, bukan hanya barangan lama yang perlu dihargai, sebaliknya warisan seperti rumah, balai raya lama dan bangunan yang menjadi simbolik kepada tamadun dan khazanah. Apabila ditanya tentang nilai sesuatu barang, Musa menjawab semua ada

keistimewaan dan sejarahnya yang tersendiri. Barang lama paling berharga dan mahal yang disimpan adalah sebuah almari baju yang dipecayai dibawa oleh British dan pembuatannya pada tahun 1906. “Lain minat, lainlah barang yang dikumpulnya, saya lebih suka mengumpul pelbagai barang termasuklah radio lama, almari kayu, kerongsang, jam dan motosikal,” kata Musa yang juga mempunyai sebuah gudang membaiki dan menyimpan barang yang dikumpulnya. “Bagi saya, u m p a m a n y a begini, kita lihat

ramai orang tua di pusat jagaan kerana anak-anak tidak menghargai. Begitu juga barang lama, sudah tak boleh pakai, buang dan jadi seperti sampah sedangkan jika dibaiki, dicantikkan, ia akan jadi lebih berharga dan bernilai dari sudut sejarah,” tambahnya lagi. Sebagai pengumpul barang lama, adalah menjadi harapan Musa agar generasi muda dan masyarakat. khususnya di Perak menjaga warisan, tahu asal usul serta tahu tentang nilai sejarah kita sendiri.

Barang Lama Bukan SampahHobi Mengumpul Barang Lama

Koleksi pelita antik milik Musa Mad Nor.

Koleksi telefon dan barangan lama yang masih disimpan oleh Musa.

Lampu-lampu antik bersama gon g lama yang dimiliki Musa Mad Nor.

Musa Mad Nor

Dataran Sunway Tarikan Terbaru TambunDATARAN Sunway Tambun yang dahulunya hanyalah menjadi lokasi tumpuan untuk golongan remaja menghabiskan malam hujung minggu dengan berkumpul dan berbual, kini bertukar wajah menjadi tumpuan ramai. Dataran tersebut telah dibangunkan sebagai tapak perniagaan yang dikenali sebagai Uptown Sunway Tambun. Mula beroperasi pada 23 Mac lalu, uptown ini telah dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Bakti Negeri Perak (PUBNP). Bermula dengan hanya 250 ruang niaga, ia terus berkembang kerana mendapat sambutan luar biasa sehingga pihak penganjur telah menambahkan ruang niaga kepada 600 tapak. Menurut pengerusi PUBNP, Zuhairi Mustapha, Uptown Sunway menyediakan ruang niaga yang lebih fokus kepada usahawan muda baru yang hendak berkecimpung dalam dunia keusahawanan. “Selain daripada aktiviti perniagaan, kami juga merancang beberapa lagi aktiviti tambahan seperti menyediakan foodcourt di tengah-tengah dataran dan hanya menunggu kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). “Tujuan kami memilih Dataran Sunway ini adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancongan yang terkenal di negeri ini kerana berada berhadapan dengan Hotel Lost World of Tambun dan Banjaran Hot Spring. “Ini secara tidak langsung dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung luar berkunjung ke sini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut Zuhairi, pihaknya serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah bergabung tenaga untuk mengadakan beberapa lagi aktiviti tambahan bagi mempelbagaikan lagi konsep di uptown ini bagi menarik lebih ramai pengunjung. “Daripada bancian yang kami lakukan setakat 25 Mei, jumlah pengunjung yang hadir ke tapak

ini telah meningkat di mana hujung minggu sahaja jumlahnya mencecah hampir 10,000 orang. Beliau yakin, bilangan pengunjung akan terus meningkat apabila Uptown Sunway dirasmikan tidak lama lagi. Pelbagai jenis barangan dengan harga yang berpatutan boleh diperolehi di dataran ini, di samping pelbagai aktiviti seperti perkhidmatan urutan kaki, rawatan terapi ion elektrik serta gerai-gerai makanan. Salah seorang peniaga terawal, Mohd Khairul Rifhan Baharudin 29, berkata, sambutan baik daripada pengunjung menjadi antara faktor tapak niaga ini boleh dikembangkan lagi. “Sambutan yang tidak pernah sunyi memberi impak positif kepada kami golongan peniaga dan seterusnya menjadikan kami lebih bersemangat untuk perniaga di samping kawasan yang strategik. “Saya dapat rasakan kehadiran pengunjung akan bertambah dari masa ke semasa kerana Sunway Tambun ini juga merupakan antara kawasan pelancongan yang terbaik di negeri Perak,” katanya. Rafi’uddin Rosli 22, antara pengunjung dan penduduk di Tambun berkata, perubahan dataran ini daripada tempat yang sunyi kepada satu ruang niaga, sangat memberi kesan yang baik di samping membantu mengurangkan masalah sosial. “Sebagai anak jati Tambun, saya amat berbangga kerana dengan pembangunan yang ada kini, tidak mustahil ramai lagi anak muda yang berani untuk menceburi bidang perniagaan. “Ini sekaligus mampu mengatasi masalah sosial di kalangan remaja di samping menaikkan lagi martabat Tambun di mata masyarakat,” kata guru pelatih ini.

Salah sebuah gerai menjual barangan hiasan yang terdapat di Dataran Sunway.