Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

5
YASMIN BT. ZAHIR HUSSAIN 940823-10-6376 Kurangkan penggunaan beg plastik. Bincangkan kenyataan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan plastik? Plastik adalah sejenis bahan sintetik yang dibuat daripada petroleum. Isu pada zaman yang canggih ini ialah manusia menggunakan plastik dan membuangnya di merata-rata tempat. Kita sebagai insan yang berakal tidak memikIrkan impak yang akan berlaku kepada kita apabila plastik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Plastik mengandungi sisa-sisa toksik yang berbahaya. Apabila dibuang di merata-rata tempat, ia akan menyebabkan sisa-sisa toksik yang terkandung dalam plastik akan meresap ke dalam tanah. Lama-kelamaan air yang mengalir melalui tanah tersebut mengakibatkan air tersebut turut tercemar. Air merupakan sumber utama kepada manusia. Tanpa air menusia tidak dapat meneruskan hidup. Jika penggunaan plastik dapat dikurangkan atau dilupuskan, sudah tentu masalah-masalah tersebut tidak akan berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk mengurangkan penggunaan plastik. Antara cara yang kerap dikatakan oleh pihak kerajaan kepada rakyatnya adalah membawa beg atau troli sendiri apabila ke pasar. Kita sudah tentu kerap mendengarnya dan juga turut bosan mendengar kenyataan tersebut tetapi itulah

description

ini adalah hasil karya ori saya... harap dapat membantu anda..

Transcript of Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

Page 1: Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

YASMIN BT. ZAHIR HUSSAIN

940823-10-6376

Kurangkan penggunaan beg plastik. Bincangkan kenyataan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan plastik? Plastik adalah sejenis bahan

sintetik yang dibuat daripada petroleum. Isu pada zaman yang canggih ini ialah

manusia menggunakan plastik dan membuangnya di merata-rata tempat. Kita

sebagai insan yang berakal tidak memikIrkan impak yang akan berlaku kepada

kita apabila plastik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Plastik

mengandungi sisa-sisa toksik yang berbahaya. Apabila dibuang di merata-rata

tempat, ia akan menyebabkan sisa-sisa toksik yang terkandung dalam plastik

akan meresap ke dalam tanah. Lama-kelamaan air yang mengalir melalui tanah

tersebut mengakibatkan air tersebut turut tercemar. Air merupakan sumber

utama kepada manusia. Tanpa air menusia tidak dapat meneruskan hidup. Jika

penggunaan plastik dapat dikurangkan atau dilupuskan, sudah tentu masalah-

masalah tersebut tidak akan berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk

mengurangkan penggunaan plastik.

Antara cara yang kerap dikatakan oleh pihak kerajaan kepada rakyatnya

adalah membawa beg atau troli sendiri apabila ke pasar. Kita sudah tentu kerap

mendengarnya dan juga turut bosan mendengar kenyataan tersebut tetapi itulah

permulaan strategi untuk mengurangkan penggunaan plastik. Apabila kita pergi

ke pasar, sudah tentu kita akan membeli banyak barang keperluan. Hal ini

demikian, sudah tentulah untuk setiap barangan yang dibeli itu dibawa balik ke

rumah dengan menggunakan plastik. Justeru, pihak kerajaan berusaha untuk

memulihkannya. Janganlah kita membawa barangan tersebut di dalam plastik,

tetapi bawalah barangan tersebut di dalam troli atau beg sendiri.Tetapi, rakyat

Malaysia pada masa ini, begitu malasnya untuk membawa beg sendiri dan

langsung tidak menghiraukan keadaan alam jika menggunakan plastik.

Page 2: Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

Adakah pihak kerajaan perlu mengulang berjuta-juta kali kepada kita supaya

kerangkan penggunaan plastik. Ini diibaratkan anak laut dikunyah-kunyah, enak

kata diulang-ulang. Ini merupakan nasihat yang baik tetapi mengapakah begitu

susahnya untuk kita melakukannya? Sepatutnya, kita berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hajat ini. Jika hati hendak semua jadi.

Selain menggunakan troli dan beg sendiri, kita juga boleh merialisasikan hajat

pihak kerajaan dengan menyimpan semua makanan lebihan di dalam bekas

kaca.. Rakyat Malaysia mempunyai tabiat yang buruk iaitu selalu menyimpan

lebihan makanan di dalam bekas plastik.Bahan kaca kebiasaannya boleh dikitar

semula dan tidak mencemarkan atau memberi sebarang impak kepada alam

sekitar. Tambahan lagi, bukankah dengan menggunakan bekas kaca lebih cantik

dan menarik daripada menggunakan bekas plastik. Kita harus memikirkan

kesan-kesan positif apabila menggunakan bekas berkaca.

Di samping itu, mengurangkan penggunaan plastik adalah melalui katakan

tidak pada plastik apabila peniaga runcit menyimpan barangan yang diberi di

dalam plastik. Dengan cara ini, bilangan penggunaan plastik dapat dikurangkan

dengan mendadak. Marcapada ini, hampir semua peniaga runcit menggunakan

plastik untuk membungkus atau menyimpan barangan runcit. Pihak kerajaan

sepatutnya menguatkuasakan undang-undang penggunaan plastik oleh peniaga-

peniaga. Kesannya ialah, mereka tidak lagi akan menggunakan plastik kerana

takut dikenakan denda oleh pihak berkuasa apabila didapati menggunakan

plastik. Kedai-kedai runcit di Amerika Syarikat biasanya akan menggunakan beg

kertas yang teguh sebagai alat pengganti plastik. Sikap ini adalah sangat baik

dan kita patut teladaninya. Kertas dapat dikitar semula dan juga merupakan

bahan yang mesra alam walaupun dibuang di merata-rata tempat.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, plastik adalah bahan sintetik yang

diperbuat daripada petroleum. Tambahan pula, unsur utama yang terkandung di

dalam plastik ialah karbon dan hidrogen. Jika plastik dibakar, gas berasid

hidrogen akan dibebaskan dengan banyak dan hujan asid boleh terjadi. Hujan

Page 3: Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

asid bukan sahaja boleh membahayakan manusia, malah boleh menggugat

ekologi alam, misalnya tanah tidak sesuai lagi untuk pertanian. Perkara ini

sangat berkait rapat apabila rakyat Malaysia selalunya mengumpul dan

membungkus sampah-sarap di dalam plastik sampah. Kadang kala terdapat

sesetengah orang membakar plastik sampah tersebut untuk cepat

melupuskannya tetapi tidak memikirkan kesan yang akan menimpa mereka.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, terdapat cara lain untuk meminimumkan

kadar plastik dalam kitar penggunaan. Caranya ialah memproses semua bahan

buangan plastik bagi membolehkannya digunakan semula. Melalui cara ini,

kitaran semula buangan bahan plastik seperti beg plastik boleh mengatasi

masalah kekurangan tempat pelupusn sampah. Cara lain adalah , sampah sarap

selain plastik, cubalah digunakan semula atau ditanam. Ini juga antara cara

mengurangkan masalah tempat pelupusan sampah serta mengurangkan atau

menjimatkan penggunaan plastik sampah. Perkara ini demikian kerana hampir

setiap hari orang akan membuang sampah sarap dengan membungkusnya di

dalam plastik sampah.

Kesimpulannya, masalah penggunaan plastik perlu ditangani dan diatasi

dengan segera. Jika perkara ini tidak diendahkan , impaknya adalah sangat

berbahaya kepada kita. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah yang

efektif patut diambil. Kita sebagai insan yang mulia perlulah mengambil berat

tentang alam kita yang indah ini. Akibat daripada sikap manusia yang tidak dapat

mengawal masalah penggunaan plastik menyebabkan banyak fenomena yang

tidak diingini terjadi. Oleh itu, kita perlulah menyediakan payung sebelum hujan.

Jika masalah ini dapat ditangani dengan segera, negara kita akan menjadi lebih

harmoni dan rakyatnya dapat menghidu udara yang segar. Tegasnya,

penggunaan plastik patut dikurangkan demi kesejahteraan hidup manusia

sejagat.