Kutu rambut

17
Kutu rambut (Head lice) Panduan Kaunseling pesakit

description

panduan kaunseling pesakit

Transcript of Kutu rambut

Kutu rambut (Head lice)

Kutu rambut(Head lice)Panduan Kaunseling pesakit

Pengenalan Kutu rambut atau Pediculus capitis (Head lice)adalah serangga parasite yang kecil tanpa sayap dan menghisap darahKutu rambut biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak berusia 3 - 10 tahun.Ianya boleh merebak melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari

Gejala dan tandaRasa gatal yang keterlaluanKutu pada kulit kepala dan telur kutu (nits) pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian leher dan pada belakang telingaIa dilihat sebagai bonjolan merah pada kulit kepala, leher dan bahuRasa gatal dan bonjolan merah hanya dapat dirasa melepas beberapa minggu jangkitan berlaku

Gatal kepalaTelur kutuBonjolan merah di leher dan belakang telinga

Rawatan bukan farmakologiPeriksa semua ahli keluarga dan rawat jika didapati terdapat kutu dan telur kutuPerapi (conditioner) mungkin melindungi kutu rambut. Jadi jangan guna perapi sebelum mengunakan ubat pembasmi kutuGuna air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang digunakan.Perkara yang tidak boleh dibasuh halus diisi di dalam beg plastik selama 2 minggu. Pilihan lain adalah melakukan cucuian keringSikat dan berus perlu dinyahkuman dengan air panas atau alcohol.Jangan berkongsi barang peribadi dengan orang lainGunakan sikat yang khas untuk mengalihkan kutu dan telur kutu

JENIS SIKATGunakan Nits comb iaitu sikat khas yg mempunyakit gigi yang amat rapatCARA MENYIKAT RAMBUT UNTUK MENYINGKIRKAN KUTU RAMBUT

Basuh rambut menggunakan syampu biasa, bilas dan kemudiannya bubuh perapi rambut dengan banyakGunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambutKemudian gunakan nits comb dengan menyelitkan gigi sikat dalam sebahagian rambut pada bahagian pangkalnya dan menariknya sampai ke ujung rambutCARA MENYIKAT RAMBUT

Sambung..Kutu dan telur akan terperangkap dalam gigi sikatSapu gigi sikat dengan tuala kertas atau bilas dengan air paip untuk menanggalkan kutuTeruskan bagi keseluruhan kepala rambutSetelah selesai, bilas rambut, leraikan dan guna semula nits comb untuk mengutip semula kutu yang tertinggal pada rambut.Ulang semula proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13

Rawatan FarmakologiLindane shampooMalathion shampoo

Penggunaan Lindane

SUMBER: Blue Book KKM no2/2014

Penggunaan lindaneBasuh rambut mengunakan shampu TANPA PERAPI (CONDITIONER) sekurang kurangnya 1 jam sebelum menggunakan shampoo lindane dan biarkan rambut kering

Penggunaan lindaneGunakan syampu lindane yang mencukupi (30ml bagi rambut pendek dan 60ml bagi rambut panjang) dan ratakan pada semua rambut dan kulit kepala supaya menjadi basahBiarkan syampu lindane pada rambut selama 4 MINIT.

Penggunaan lindanePada akhir 4 minit, gunakan sedikit air suam untuk mengeluarkan buih. Jangan gunakan air panasBasuh rambut dan kulit kepala dengan air suam untuk menghilangkan syampu lindane Keringkan rambut dengan tuala yang bersih

PerhatianKegatalan rambut mungkin akan berlarutan biarpun rawatan lindane telah lengkapRawatan syampu lindane hanya SEKALI SAHAJA. Jangan ulangi penggunaan lindane apabilah telah digunakan. Penggunaan kali kedua syampu selepas penggunaan kali pertama pada jarak masa yang singkat (kurang daripada beberapa minggu) akan menyebabkan kesan sampingan yang terukElakkan sentuhan langsung dengan mata dan lapisan mukosaElakkan daripada sapu pada kulit yang lukaJangan gunakan syampu lindane semasa rambut masih basah atau bersabun.Jangan gunakan secara serentak lindane dan ubat kutu yang lain

KontraindikasiWanita mengandungWanita yang menyusukan anakPesakit sawanBerat badan kurang 50 kgKanak kanak bawah 5 tahun

SEKIAN TERIMA KASIH