LAHIR PELADANG PROGRESIF -...

16
EDISI MAC - APRIL 2012 LAHIR PELADANG PROGRESIF PERUBAHAN MINDA DAN SIKAP ANGGOTA MEMBENTUK SEJARAH LPP DAN PP

Transcript of LAHIR PELADANG PROGRESIF -...

EDISI MAC - APRIL 2012

LAHIR PELADANG PROGRESIF

PERUBAHAN MINDA DAN SIKAP ANGGOTA

MEMBENTUK SEJARAH LPP DAN PP

PERUBAHAN MINDA DAN SIKAP ANGGOTA MEMBENTUK SEJARAH LPP DAN PP

Segalanya bermula pada tahun 1970. Pada tahun tersebut kerajaan menyarankan pendekatan baru dalam mentadbir dan mengurus koperasi, disebabkan penubuhan koperasi pada ketika itu lebih condong kepada koperasi pelbagai guna.

Kewujudan Persatuan Peladang yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1969, dilihat telah mewujudkan persaingan antara persatuan tersebut dengan koperasi, khususnya koperasi asas tani (KAT). Fungsi KAT dan Persatuan Peladang dilihat berlaku pertindihan antara satu sama lain. Oleh itu timbul idea supaya suatu perubahan dilakukan untuk memudahkan kerajaan memain peranan untuk membantu peladang-peladang diluar bandar.

Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah LPP Pertama

The horizontal conflict between the farmers’ associations and the

co-operatives because they serve the same farmers and draw more

or less on the same pool of leadership potential, has led to a sense

of social insecurity, political tensions and a loss of motivation

for progress. This wasteful competition, if left unattended to, can

weaken both parties and thereby prevents them from maximizing

the returns/margins to farmers. By this general weakening of the

farmers’ own institutions through competition and conflict, the

exploiting rural middlemen are made relatively more powerful

”2 | Lahir Peladang Progresif

Petikan dari ucapan Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein diupacara pelancaran Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 24 Mac 1972

“Pada pendapat saya amatlah penting pada masa ini Persatuan Peladang memasuki bidang perdagangan dan perniagaan supaya peladang-peladang kita dapat mengubah corak pertanian mereka dan juga mengubah cara hidup selaras dengan kemajuan sains dan teknologi. Persatuan Peladang hendaklah bertindak sebagai daya penggerak atau catalyst dan mengambil langkah-langkah yang gagah terhadap usaha-usaha memperdagangkan pertanian serta memodenkan sikap penduduk-penduduk luar bandar selaras dengan kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru. Apa yang kita buat hari ini hendaklah menjamin tempat yang sempurna dan taraf hidup yang bahagia bagi kita dan keturunan kita masa yang akan datang. Biarlah Persatuan Peladang ini menjadi satu harta pusaka yang akan diwarisi turun temurun sebagai alat kemajuan dan perpaduan negara kita”

Lahir Peladang Progresif | 3

Kewujudan PP akan memudahkan penyaluran semua jenis bantuan dan perkhidmatan kerajaan untuk memperbaiki taraf ekonomi yang meningkatkan penglibatan menyeluruh semua ahli peladang. Kerjaan berpendapat bahawa adalah lebih munasabah ditubuhkan sebuah agensi atau lembaga khusus bagi mengawal dan menyelia serta menyelaras aktiviti pembangunan ekonomi masyarakat tani yang dilaksanakan oleh PP. Ianya dapat meningkatkan kecekapan perlaksanaan di samping mengurangkan karenah birokrasi jabatan kerajaan pada masa itu dan agensi tersebut adalah LPP.

Perubahan minda anggota yang dipertanggungjawabkan kepada ketika itu, telah mencetuskan penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang (PP) untuk membaiki kekurangan yang berlaku sebelumnya dan diikuti dengan timbulnya keperluan negara apabila kerajaan mengambilkira strategi dalam rancangan pembangunan jangka panjang untuk memantapkan usaha memperbaiki tahap ekonomi dan sosial penduduk luar bandar khususnya masyarakat tani. Justeru itu tertubuhlah LPP pada 14 Februari 1973 melalui Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 110) yang diluluskan oleh Parlimen pada 27 April 1973. Turut diluluskan ialah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) bagi membolehkan penubuhan rangkaian Pertubuhan Peladang (PP). Apabila diluluskan Akta 109, maka Akta Persatuan Peladang Tahun 1969 dimansuhkan. Semua Persatuan Peladang dan koperasi berasaskan pertanian yang ada pada ketika itu diserahkan kepada LPP. Persatuan Peladang didaftar semula sebagai Pertubuhan Peladang dan koperasi yang berkaitan dikenali sebagai koperasi asas tani (KAT). Dengan itu, bermulalah era baru dalam pergerakan pertubuhan peladang diseluruh negara.

PEJABAT LPP

Diperingkat awal penubuhannya, LPP beroperasi di kompleks pejabat Jalan Dungun sebagai pusat pentadbiran dan menyewa beberapa bangunan di jalan Ipoh untuk menempatkan beberapa bahagian dan cawangan yang ada pada ketika itu. Pada tahun 1985 LPP berpindah ke bangunan yang bertempat di Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Disini LPP masih menyewa dari Damansara Realty Bhd. dengan semua bahagian dan cawangan LPP berpusat di bawah satu bangunan. Bermula pada bulan Mei 2008 sejarah gemilang LPP dicatat dimana bangunan sendiri telah mula dibangunkan dikawasan seluas lima ekar ditanah rezab Kerajaan Persekutuan, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Secara amnya, tapak lot 82 ini mempunyai keluasan 5 ekar di tanah Rezab Kerajaan Persekutuan, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu-satunya kawasan hijau di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan yang dibangunkan untuk

membina menara LPP adalah sebanyak 3.2 ekar. Tapak bangunan ini adalah berhampiran dengan bangunan kerajaan disebelah utara. Lebuhraya Mahameru yang menjadi rangkaian perhubungan utama membuatkan ia berada dalam kawasan srategik disamping berdekatan dengan Bangunan Parlimen, Istana Negara lama dan Tugu Negara.Bangunan utama mempunyai keluasan 20 ribu m persegi, tempat meletak kenderaan berkeluasan 6 ribu meter (m) persegi dan keseluruhan keluasan adalah 27 ribu m persegi yang boleh memuatkan 650 orang anggota dimana dilengkapi dengan 263 tempat letak kereta.

Berhubung dengan pemilihan nama bangunan yang ini, ia dipilih setelah mengambil kira unsur-unsur sejarah tempatan dan bercorak kebangsaan. Pemilihan ini hendaklah diberikan keutamaan sekaligus ia melambangkan imej korporat LPP. Memandangkan LPP akan terus menerajui

4 | Lahir Peladang Progresif

kecemerlangan akan datang maka nama bangunan ini perlu selaras dengan tujuannya, oleh itu pihak Lembaga telah memilih nama Menara LPP sebagai nama rasmi bangunan LPP ini. Ia merupakan mercu tanda kebanggaan warga kerja LPP yang selama 39 tahun ditubuhkan. Tambahan lagi nama yang diberikan ini akan digunapakai selamanya.

Menara LPP merupakan menara yang mempunyai ketinggian 51.7 meter yang menempatkan 1 Blok ibu pejabat LPP setinggi 10 tingkat dan satu blok tempat letak kereta setinggi 3 tingkat yang terletak di jalan Sultan Salahuddin bersebelahan wisma tani. Menara ini merupakan mercu tanda lembaga pertubuhan peladang. Pada masa yang sama menara ini dibina untuk Ibu pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang yang mempunyai serba lengkap dengan kemudahan asas dan berfungsi sebagai pusat informasi dan pentadbiran. Menara ini disediakan secara reka dan bina design and built oleh Panzana Enterprise Sdn Bhd selaku kontraktor utama. Pembinaan menara ini dikawal selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Cawangan Kerja Bangunan Am bermula daripada proses tender sehingga selesai pembinaan. Secara keseluruhannya, menara LPP ini merupakan lambang kepada keteguhan Lembaga Pertubuhan Peladang mempunyai bangunan yang serba lengkap dengan kemudahan asas dan berfungsi sebagai pusat informasi dan pentadbiran secara berpusat. Semoga dengan bermulanya suasana baru di Menara LPP ini, semua anggota dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, berkomitmen tinggi dan lebih inovatif.

Lahir Peladang Progresif | 5

STRUKTUR ORGANISASILPP

Pada peringkat awal LPP ditubuhkan, organisasi ini diketuai oleh Ketua Pengarah dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah dengan disokong oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Perancangan dan Penilaian, Bahagian Audit dan Bahagian Pertubuhan. Disamping itu, jawatan Pengarah LPP Negeri dan cawangan yang sama gelarannya di peringkat negeri turut diberi peranan untuk memantu Ketua Pengarah. Pada ketika itu, jawatan Ketua Pengarah LPP adalah gred superskel D atau Gred 54 sekarang. Bilangan jawatan pada ketika itu sekitar 800 sahaja. LPP terus berkembang maju dan mendapat pengiktirafan kerajaan. Kini LPP diketuai oleh Ketua Pengarah yang berjawatan Jusa B dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi. Kedua-dua jawatan ini merupakan jawatan Gred Jusa C. Selari dengan perkembangan maka terdapat keperluan untuk menambah bahagian di Ibu Pejabat dari 5 kepada 13 bahagian dan 2 cawangan. Sejajar dengan itu, pertambahan jawatan juga turut berlaku. Pertambahan sebanyak 2,900 jawatan

telah mewujudkan 3,700 jawatan bagi menyokong LPP untuk terus berdiri kukuh dan berkhidmat pada peladang.

Peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh anggota LPP semakin bertambah. Pengukuhan dari aspek pengurusan amatlah penting bagi memastikan bebanan kerja dan kebajikan anggota tidak diabaikan. Tenaga pengurusan samada di peringkat tertinggi hingga bawahan perlu memainkan peranan dalam perlaksanaan tugasan. Keseronokan bekerja akan membuahkan hasil yang efektif. Antara kepentingan penyelarasan organisasi ialah dapat mengagihkan sumber dengan cekap mengikut keperluan bahagian, membolehkan penyelarasan antara bahagian, menetapkan bidang tugas, mewujudkan rantaian arahan dan membentuk struktur organisasi dengan jelas.

Maka pertambahan anggota LPP dilihat sangat relevan dengan tangggungjawab yang diberikan. Pengkelasan dan pengagihan struktur berpadanan dengan jawatan dan amanah yang dipikul.

6 | Lahir Peladang Progresif

STRUKTUR ORGANISASI LPP LAMA

Ketua Pengarah

Timbalan Ketua Pengarah

Pembangunan Kejenteraan Pemajuan Pengurusan PP

LPP Negeri

Pengurusan Latihan Pembangunan

Audit Pentadbirandan Kewangan

Perancangan & Penyelidikan

Pentadbiran Kejenteraan Audit

STRUKTUR ORGANISASI LPP SEKARANG

KETUA PENGARAH/PENDAFTAR

PP MALAYSIA

Timbalan Ketua Pengarah Operasi

Khidmat Pengurusan Pengurusan Maklumat

Audit Pertubuhan danPenguatkuasaan Kewangan Institut Pengurusan

Peladang Langkawi

Perancangan dan Penilaian

Pembanguan Modal Insan Hal Ehwal Korporat Undang Undang

Pengeluaran Ladang

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan

PenyeliaanAudit Dalam

Perniagaantani

Pembangunan Usahawan Peladang13 Buah LPP Negeri

Lahir Peladang Progresif | 7

Pertambahan jawatan ini adalah bersesuaian dengan keperluan di mana tanggungjawab dan amanah yang dipikul semakin bertambah seperti yang termaktub dalam Akta 1973.

PERJAWATAN

Pada peringkat permulaan LPP ditubuhkan, tugas LPP menekankan kepada aktiviti mendaftar pertubuhan peladang. Penekanan tanggungjawab tersebut berubah dari masa kemasa. Sehingga kini penekanan tugas adalah kepada kerja mengawal dan menyelia pertubuhan peladang, ditambah lagi dengan kerja-kerja pembangunan iaitu menggalak, mempergiat, memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial pertubuhan peladang serta mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkenaan. Bertitik tolak pada perubahan dan bebanan tanggungjawab tersebut, kerajaan telah menambah jawatan di LPP mengikut skim tertentu seperti berikut

Kumpulan Jawatan

Pengurusan Tertinggi

Pengurusan & Profesional

Kumpulan sokongan

Gred

JUSA B (VU 6)JUSA C (VU 7)

Gred 54 Gred 52 Gred 48 Gred 44 Gred 41

Gred 38 Gred 36 Gred 32Gred 29Gred 28Gred 27Gred 26Gred 22Gred 17

Lain-lain Gred

Bilangan Jawatan

12

137

2746

136

248

104332

43319

1221,534427

8 | Lahir Peladang Progresif

Pengisian jawatan di LPP dilaksanakan dengan berhati-hati, teliti dan teratur. Hanya mereka yang betul-betul layak, berketerampilan dan memiliki kelulusan yang berkaitan sahaja akan dilantik. Mereka dilatih dengan pelbagai bentuk latihan jasmani dan rohani. Semasa mengikuti kursus induksi, mereka dikenakan latihan oleh Biro Tata Negara bertujuan untuk memantapkan jasmani dengan menerapkan unsur-unsur ketahanan mental dan fizikal. Selain itu ceramah yang berasaskan keagamaan juga dilaksanakan bertujuan untuk menanam nilai-nilai murni dan integriti kepada anggota LPP. Dalam masa bekerja mereka terus diberi kursus dan latihan berasaskan pengetahuan, aplikasi dan kemahiran untuk melahirkan anggota yang kompetan dan modal insan kelas pertama.

Lahir Peladang Progresif | 9

MODAL INSAN

PERUBAHAN BUDAYABudaya diterjemahkan sebagai cara hidup. Budaya kerja, diterjemahkan sebagai cara bekerja seseorang atau sesebuah organsasi. Di LPP budaya kerja telah diperkenalkan oleh pihak pengurusan tertinggi untuk diamalkan oleh anggota LPP di semua peringkat jawatan. Budaya kerja ini diterapkan dengan nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh penjawat LPP. Di antara nilai-nilai murni yang diterapkan ialah kepimpinan melalui teladan, bersih, cekap dan amanah, tonggak 12, nilai murni anggota LPP dan lain-lain lagi. Nilai-nilai ini telah memberi kesedaran kepada anggota LPP daripada generasi awal penubuhan LPP sehingga kini dan telah memberi kesan positif kepada perubahan minda dan sikap mereka bagi menyumbang khidmat untuk membangun dan memajukan LPP.

1. Menghargai Masa

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

3. Keseronokan Bekerja

4. Kemuliaan Kesederhanaan

5. Ketinggian Peribadi

6. Kelakuan Sifat Baik Hati

7. Pengaruh Teladan

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

9. Kebijaksaan Berhemat

10. Keutamaan Kesabaran

11. Peningkatan Bakat

12. Nikmat Mencipta

T

U

N

G

G

A

K

12

Pengurusan LPP terus berusaha secara aktif memperkenal dan mencorak budaya kerja penjawatnya mengikut peredaran masa dan kesesuaian dengan dasar-dasar kerajaan. Akhirnya budaya peladang diperkenalkan dan diterjemahkan untuk diamalkan. Budaya ini telah diterjemahkan menerusi lagu rasmi LPP iaitu lahir peladang progresif dan dijadikan sebagai budaya korporat LPP.

Budaya korporat yang diamalkan untuk mencapai misi LPP ialah :

P ELADANG

Perubahan dilaksanakan berterusan untuk memperbaiki lagi budaya kerja anggota LPP dengan memperkenalkan konsep amalan 5S. Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ’S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ”Kaizen”. dalam bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

10 | Lahir Peladang Progresif

Professionalisme

Efisien dan Efektif

Luhur

Amalan Positif

Dinamik

Amanah

Nilai Murni

Gemilang

Seiri/Sort/Sisih Menyisih barang- barang yangtidak perlu:

Seiton/Set in Order/Susun Kekemasan:

Seiso/Shine/Sapu Pembersihan:

Seiketsu/Standardise/SeragamKeseragaman:

Shitsuke/Sustain/Sentiasa Amal Disiplin:

Mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik seperti membuang sampah.

Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan.Mencapai dokumen dalam tempoh 30 saat.

Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci supaya tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.Tanggungjawab harian untuk pembersihan ruang dan peralatan kerja individu.

Mewujudkan piawaian amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan piawaian tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa. Tempat penyimpanan peralatan dan dokumen yang jelas.

Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja organisasi. Lakukan Amalan 5S secara harian.

Lahir Peladang Progresif | 11

Pemakaian baju seragam Anggota LPP pada tahun 1993 sewaktu Datuk Pahamin A. Rajab menjadi Ketua Pengarah LPP Ke-5

Pemakaian Baju Korporat semasa Perhimpunan Bulanan bermula tahun 2010

12 | Lahir Peladang Progresif

Pemakaian Pegawai Kanan LPP pada 1982

TRANSFORMASI ORGANISASI LPPSetiap jabatan dan agensi kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan dan cemerlang dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi negara disamping memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Kerajaan telah menyediakan jawatan yang secukupnya kepada LPP. LPP pula telah mentransformasikan budaya kerja anggotanya mengikut keperluan semasa. Bertitik tolak daripada itu, LPP mengambil langkah bagi mengukuhkan jentera perlaksanaan untuk menjadi lebih efisien dan efektif dalam memberi perkhidmatan. Untuk itu, LPP telah menyediakan pelan korporat bagi menyokong dan memberi panduan serta menetapkan hala tuju kepada pihak pengurusan melaksanakan tugas mentransformasikan organisasi LPP dan PP dan seterusnya untuk menyokong menjayakan dasar agro-makanan negara.

Pelan korporat LPP merupakan dokumen perancangan strategik utama yang menjelaskan penyataan visi, misi, teras strategik, keutamaan dan sasaran yang hendak dicapai oleh LPP dalam jangka masa lima tahun. Ia turut menggariskan bidang-bidang yang akan dilaksanakan oleh LPP serta aspek-aspek yang perlu diberi tumpuan dan penekanan dimasa akan datang. Sehingga kini LPP telah menyediakan lima pelan korporat, bermula dari tahun 1986 dengan menggariskan enam objektif utama.

i. Menyediakan aktiviti utama yang perlu diberi keutamaan sebagai fokus tumpuan jangka pendek dan jangka panjang.

ii. Menyediakan penjelasan mengenai peranan LPP dalam pembangunan PP dan pertanian serta impak program yang dijalankan di semua peringkat.

iii. Menyediakan skop fungsi utama yang dijalankan sebagai panduan kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas

iv. Mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan aktiviti selaras dengan nilai-nilai bersama yang disepakati

v. Memantapkan komitmen, perkongsian berterusan dikalangan anggota LPP dan PP disemua peringkat (NAFAS, PPN dan PPK)

vi. Sebagai panduan blue print pada semua anggota dalam pelaksanaan tugas.

Pembentukan pelan korporat LPP berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan pada masa-masa berkenaan sepertimana yang dijelaskan dalam evolusi pelan korporat tersebut.Pelan Korporat Pertama (1986 – 1990)- Ke arah mencapai matlamat mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdaya maju dan berdikari. Pelan Korporat Kedua (1993 – 2000) – Mewujudkan sebuah pergerakan PP yang berdikari dengan memberi penekanan kepada penerapan budaya niaga disetiap peringkat PP. Pelan Korporat Ketiga (2000 – 2005) – Penglibatan semua peringkat

Lahir Peladang Progresif | 13

PP dalam program pengeluaran bahan makanan dan pembangunan produk; program tingkatkan kepakaran profesionalisma anggota. Pelan Korporat Keempat (2006 – 2010) – Penglibatan pergerakan tiga peringkat dalam pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan rangkaian nilai tambah, khususnya bagi aktiviti IAT, memperkemaskan perkhidmatan PP kepada ahli, kukuhkan kemampuan institusi serta penggunaan ICT. Pelan Korporat Kelima (2011 – 2015) – Kearah memantapkan peranan Pertubuhan Peladang sebagai penyumbang kepada pengeluar bahan makanan untuk memenuhi objektif Dasar Aro-makanan Negara (DAN). Dulu, kini dan seterusnya, LPP sentiasa menyokong dasar dan halatuju kerajaan. Program kerajaan disokong sepenuhnya dan pelan korporat kelima telah digubal dengan merujuk kepada empat tonggak utama transformasi negara. Pertama, Gagasan 1 Malaysia yang bertujuan memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia yang bertunjang kepada ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan diamal sepenuhnya oleh LPP dengan ‘peladang/rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’. Kedua, Program Transformasi Kerajaan (PTK/GTP) yang akan memantapkan perkhidmatan awam dalam menyampaikan hasil yang ditetapkan di bawah bidang keberhasilan utama negara (National Key Result Area – NKRA) didokong oleh LPP. Ketiga, Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui program transformasi ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat wawasan 2020 diikuti dengan teliti oleh LPP melalui program meningkatkan pendapatan peladang-peladang menerusi aktiviti pertanian, ternakan, IKS dan sebagainya dan keempat LPP turut melaksanakan program dalam RMKe 10 (2011 – 2015) sebagai penggerak utama bagi transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi. Bagi menyokong Dasar Agro-makanan Negara LPP telah membuat unjuran nilai komoditi yang akan dikeluarkan menjelang tahun 2015.

14 | Lahir Peladang Progresif

KDNK NEGARA 745,536,000,000

KDNK SEKTOR PERTANIAN 39,959,000,000

BUTIRAN MOA LPP %

TANAMAN

Padi

Buah-buahan

Sayur-sayuran

894,000,000

2,433,000,000

4,121,000,000

258,086,000

39,582,000

44,559,400

28.9

1.6

1.1

Jumlah kecil 7,448,000,000 342,227,400 4.6

PERIKANAN

Akuakultur merin

Akuakultur air tawar

8,302,000,000

38,325,500

16,272,700

22,052,800

0.46

Jumlah kecil 8,302,000,000 38,325,500 0.46

TERNAKAN

Daging Lembu/Kerbau

Daging Kambing/Bebiri

Daging ayam/itek

Daging babi

Telor

Susu

643,000,000

128,000,000

3,785,000,000

261,000,000

927,000,000

47,000,000

1,119,600

3,220,000

64,629,000

-

-

-

0.17

2.52

1.71

-

-

-

Jumlah kecil 5,791,000,000 68,968,600 1.2

LAIN-LAIN

Kejenteraan

Pemasaran

1,464,000,000 144,237,208

119,982,048

24,255,160

9.85

Jumlah kecil 1,464,000,000 144,237,208 9.85

INDUSTRI ASAS TANI 16,954,000,000 186,048,684 1.1

JUMLAH BESAR 39,959,000,000 779,807,392 2.0

SUMBANGAN INDUSTRI AGRO MAKANAN

KEPADA KDNK (%)

5.4 0.1

Lahir Peladang Progresif | 15

UNJURAN PENGLIBATAN LPP DALAM INDUSTRI AGRO-MAKANAN NEGARA PADA 2015

(RM)

(RM)

(RM) (RM)

Penaung : Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat : Haji Kamalrul Badri bin Mat AliHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Ahmad Zamri bin Kamaruddin

Penyunting : Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily binti Arif

Edisi Internet : Haninah binti Abdul RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik : Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto : Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh : Lembaga Pertubuhan Peladang,No. 20, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin,50480 Kuala Lumpur.

Edaran :Nik Mazri bin Mat YusofMohd. Haniff bin Asim @ HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Buletin LPP Elektronik boleh dilayari :http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :Johan Interlink Sdn. Bhd.

LAHIR PELADANG PROGRESIF