Laman Utama pandu puteri
-
Upload
ardent-hatred -
Category
Documents
-
view
1.806 -
download
2
Transcript of Laman Utama pandu puteri
Laman Utama > Pengenalan > Carta Organisasi > Kepimpinan
Kepimpinan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Penaung Diraja
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah MansorYang Di Pertua
DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah
Timbalan Yang Di Pertua
YBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd TaibKetua Pesuruhjaya
Laman Utama > Pengenalan > Carta Organisasi > Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Lembaga Eksekutif KebangsaanLembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Bil. Jawatan Pegawai Tempoh
1. Yang Di PertuaYABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
2. Timbalan Yang Di PertuaDYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah
2010 - 2013
3. Ketua PesuruhjayaYBhg Datin Seri Hajah Zalillah Bte Mohd Taib
2008 - 2013
4.Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Antarabangsa
Cik Jeyadhevi Subramaniam2009 - 2012
5.Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Tunas
Cik Noorlina bt Mohd Yusof2009 - 2012
6.Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Remaja
Cik Margaret Lim Pei Tee2010 - 2013
7.Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Pandu Puteri Renjer
Puan Hajah Habibah bt. Abdul Rahman
2009 - 2012
8. Pesuruhjaya Kadet Puan Samsiah Bte Hassan2009 - 2012
9.Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan Dewasa
Puan Nurulain bt Hj. Ngah2008 – 2011
10. Pesuruhjaya Guild KebangsaanYBhg Datin Salbiah bt Abdul Aziz
2008 - 2011
11. Pesuruhjaya Program dan Latihan Puan Tek bt Mohd Noor2008 - 2011
12. Pesuruhjaya Keahlian Puan Zaini bt Mohd Noor2010 - 2013
13.Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat
Cik Joyce Ong Choon Kim2008 - 2011
14. Pesuruhjaya Struktur & PengurusanPuan Hjh Fatimah bt Mohamed
2008 - 2011
Ahli Ex-Officio
Bil. Jawatan Pegawai
1. Setiausaha KehormatPuan Norzaidah bt Mohd Noor
2. Bendahari Kehormat -
3. Penasihat Undang-Undang Puan Rusnita Noor
Yang Di Pertua Cawangan
Johor Yang Mulia Tunku Fatimah Faridah Binti Tunku Osman
KedahYTM Dato' Seri Di Raja Tunku Soraya Binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah
KelantanYBhg Senator Puan Sri Kelana D'Raja Datin (Dr) Hajah Nik Azizah Bt Nik Yahya
Melaka YBhg Datin Wira Hajjah Zainun Bt Tun Ghafar
Negeri Sembilan YM Raja Datin Seri Salbiah Bt Tengku Nujumuddin
PahangKDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj, DK., DK (Johor)., SPMJ
PerakDYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani Bt. Raja Shahar Shah
PerlisYM Datin Tengku Shireen bt Al-Marhum Dato' Paduka Tengku Suleiman
Pulau Pinang YBhg. Puan Seri Datin Seri Dato' Su Hashim
Sabah YBhg Datuk Naomi S M Chong
Sarawak YBhg Datin Hajjah Dayang Morliah Bt Datuk Haji Awang Daud
SelangorYAM Tengku Puan Indera Setia Selangor Tunku Irinah Bt. Al-Marhum Tuanku Jaafar
TerengganuYAM Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Bt Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
YBhg Dato' Yeoh Soo Keng
Wilayah Persekutuan Putrajaya
YBhg Datin Seri Anggraini bt Sentiaki
Bahagian Pendidikan Guru / Institut Perguruan
YBhg. Dr. Noriati binti A. Rashid
Ketua Pesuruhjaya Cawangan
Johor Puan Juriah Bt Mohamed
Kedah Puan Sofiah bt Datuk Haji Abu Bakar
Kelantan Datin Hajah Nik Afzan Harrison Bin Hj Cik Hamat
Melaka Puan M. Vijayaletchumi A/P S. Murugesu
Negeri Sembilan Cik Jeyadhevi Subramaniam
Pahang Puan Rohany bt Saat
Perak Puan Foong Poh Lin
Perlis Puan Amrizal bt Abdullah
Pulau Pinang Puan Chan Kit Sin
Sabah Puan Tracie Chong
Sarawak Puan Annie Sim
Selangor Puan Siti Aishah Binti Talib
Terengganu Puan Zaini bt Mohd. Noor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Puan Toh Wooi Wah
Wilayah Persekutuan Putrajaya
YBhg Datin Zainon bt Zainuddin
Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru
Puan Wan Hasnah Bt Abdullah
Maktab Rendah Sains MARA Puan Marya bt Maarof
Tujuan PPPM
PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.
Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program Pandu Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.
Persetiaan & Undang-Undang Pandu PuteriBahawa Dengan SesungguhnyaSaya Berjanji Dan BersetiaDengan Sedaya UpayaMenunaikan Kewajipan SayaKepada TuhanRaja Dan Negara Saya MalaysiaMenolong Orang Setiap Masa, danMematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
PiagamPersatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu
Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran
Misi & Visi
Misi"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."
Visi"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."
Nilai-Nilai TerasPPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:
Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu
Objektif AmObjektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.
Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain.
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.
Sejarah Bermulanya Pandu Puteri Di Malaysia
1917
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya
1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang
1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak
1920anPek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur
1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang
1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924
1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan
1925Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.
1928
Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.
1932Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.
1934Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
1937-1946
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.
1947
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.
Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.
1948-1960
Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.
1957Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.
1960PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
1962PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.
1964
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.
1967-1976
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.
1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan
Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.
1977-1986
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.
1986PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.
1987-1996
Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
1997Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.
1998Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.
1999Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.
2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.
Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)
2001
7-12 September – Kem Integrasi 2001:Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.
Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand
2002
April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.
2003
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).
Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.
Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.
Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal
Wanita yang Terbesar di Malaysia".
2005
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.
Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.
16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.
16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.
2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:
Nama Lama Nama Baru
Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja
Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer
Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet
Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.
1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian
Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.
26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.
9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.
9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.
2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.
19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara
1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9
3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.
6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.
7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM
6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM
9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri
25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia
2008
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah
6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011
17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru
Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.