Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD - ppdjb.edu.my B (Format EPRD).pdf · 5.5 Refleksi Kajian 6.0...

4
Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD Bahagian Proses/Penerangan Contoh Penulisan Halaman Kandungaan Ditulis dalam satu muka surat Isi kandungan Muka surat Penghargaan Abstrak 1.0 Refleksi P & P yang lalu 1 2.0 Isu Keperihatinan 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 4.0 Kumpulan Sasaran 5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran Penghargaan Pihak yang terlibat dengan kajian tindakan terutamanya di peringkat sekolah Abstrak Hendaklah mengandungi : 1. Tujuan 2. Kumpulan sasaran 3. Fokus kajian tindakan 4. Tinjauan awal 5. Perlaksanaan kajian 6. Dapatan Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka surat dan single spacing. Dicadangkan menggunakan Font 9/10 dan jenis tulisan Arial/Tahoma Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 4 semasa menyelesaikan persamaan serentak dalam dua anu (satu linear dan satu tak linear). Seramai 20 orang pelajar tingkatan 4 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran penyusunan semula persamaan linear, permudahkan ungkapan algebra, penambahan dan penolakan pecahan algebra, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan menyelesaikan persamaan kuadratik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah murid, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam penyusunan semula persamaan linear, permudahkan ungkapan algebra, penambahan dan penolakan pecahan algebra, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan menyelesaikan persamaan kuadratik. Lima sesi pengajaran dan pembelajaran (40-60 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu iaitu pelajar belajar kemahiran yang tersebut di atas melalui model konkrit dan modul latihan berpandu secara kumpulan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Pelajar lebih berminat belajar kemahiran seperti pengembangan ungkapan algebra dan pemfaktoran dengan menggunakan model konkrit. Modul latihan berpandu telah membantu pelajar untuk mengatasi masalah mereka. Pengajaran dan pembelajaran

Transcript of Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD - ppdjb.edu.my B (Format EPRD).pdf · 5.5 Refleksi Kajian 6.0...

Page 1: Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD - ppdjb.edu.my B (Format EPRD).pdf · 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran Penghargaan Pihak yang terlibat dengan

Lampiran B

PANDUAN FORMAT EPRD

Bahagian Proses/Penerangan Contoh Penulisan

Halaman Kandungaan ➢ Ditulis dalam satu muka surat

Isi kandungan

Muka surat

Penghargaan

Abstrak

1.0 Refleksi P & P yang lalu

1

2.0 Isu Keperihatinan

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

3.2 Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan

Pemerhatian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

5.5 Refleksi Kajian

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Bibliografi

Lampiran

Penghargaan ➢ Pihak yang terlibat dengan

kajian tindakan terutamanya

di peringkat sekolah

Abstrak

➢ Hendaklah mengandungi :

1. Tujuan

2. Kumpulan sasaran

3. Fokus kajian tindakan

4. Tinjauan awal

5. Perlaksanaan kajian

6. Dapatan

➢ Ditulis dalam satu perenggan

dan satu muka surat dan single

spacing.

➢ Dicadangkan menggunakan

Font 9/10 dan jenis tulisan

Arial/Tahoma

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan

mengatasi masalah-masalah yang dihadapi

oleh pelajar Tingkatan 4 semasa menyelesaikan

persamaan serentak dalam dua anu (satu linear

dan satu tak linear). Seramai 20 orang pelajar

tingkatan 4 dan seorang guru terlibat dalam

kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan

kepada penguasaan kemahiran penyusunan

semula persamaan linear, permudahkan

ungkapan algebra, penambahan dan

penolakan pecahan algebra, pemfaktoran

ungkapan kuadratik dan menyelesaikan

persamaan kuadratik. Tinjauan awal telah

dilaksanakan melalui semakan kerja rumah

murid, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan

ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid

tidak mahir dalam penyusunan semula

persamaan linear, permudahkan ungkapan

algebra, penambahan dan penolakan

pecahan algebra, pemfaktoran ungkapan

kuadratik dan menyelesaikan persamaan

kuadratik. Lima sesi pengajaran dan

pembelajaran (40-60 minit setiap sesi) telah

dijalankan dalam tempoh 8 minggu iaitu pelajar

belajar kemahiran yang tersebut di atas melalui

model konkrit dan modul latihan berpandu

secara kumpulan. Keputusan ujian pos telah

menunjukkan peningkatan prestasi pelajar.

Pelajar lebih berminat belajar kemahiran seperti

pengembangan ungkapan algebra dan

pemfaktoran dengan menggunakan model

konkrit. Modul latihan berpandu telah

membantu pelajar untuk mengatasi masalah

mereka. Pengajaran dan pembelajaran

Page 2: Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD - ppdjb.edu.my B (Format EPRD).pdf · 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran Penghargaan Pihak yang terlibat dengan

kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah

persamaan serentak dalam dua anu (satu linear

dan satu tak linear) perlu diperkukuh pada

peringkat sekolah menengah rendah.

Penggunaan model konkrit boleh membantu

pelajar memahami konsep matematik ini.

1. Refleksi Pengajaran dan

Pembelajaran Lalu

Seperti di dalam kertas cadangan

Spt. dalam m.s 51 & 52

Seperti di dalam kertas cadangan

2. Isu /Keperihatinan

/Masalah Kajian

Seperti di dalam kertas cadangan

Seperti di dalam kertas cadangan

3. Objektif Kajian

a. Objektif Am

b Objektif

Khusus

Seperti di dalam kertas cadangan

Seperti di dalam kertas cadangan

4. Kumpulan Sasaran

Seperti di dalam kertas cadangan

Seperti di dalam kertas cadangan

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.3 Tindakan Yang

Dijalankan

➢ Huraikan secara terperinci

cara-cara anda mengumpul

maklumat. Maklumat

mungkin telah diperoleh

melalui pemerhatian dalam

bilik darjah semasa

murid/pelajar memberi

respons kepada soalan-soalan

anda, pemeriksaan buku

latihan, sesi temu bual, melalui

soal selidik atau ujian pra dan

lain-lain

➢ Semua data yang terkumpul

dimasukkan dalam jadual

mengikut tajuk-tajuk yang

ditetapkan tetapi bukan

semua maklumat dapat

diguna pakai dalam kajian.

➢ Tuliskan semua aktiviti, bahan-

bahan dan cara anda

membuat pemerhatian untuk

menguji keberkesanan

tindakan/aktiviti yang anda

telah jalankan ke arah

meningkatkan kemahiran

pelajar bagi menangani

masalah yang anda sedang

kaji.

5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sebanyak empat aktiviti telah

dirancang untuk membantu

meningkatkan kemahiran

mencongak fakta asas darab

dalam kalangan murid-murid

kumpulan sasaran saya. Aktiviti-

aktiviti tersebut ialah:

AKTIVITI 1 ( Permainan Domino Fakta Asas

Darab )

1) Aktiviti ini merupakan aktiviti

berkumpulan yang

melibatkan pendekatan dua

dalam satu iaitu belajar dan

bermain dalam satu masa.

2) Permainan ini dilaksanakan

mengikut konsep permainan

domino tetapi dalam

permainan ini padanan

adalah kepada soalan fakta

asas darab dengan hasil

darabnya atau sebaliknya.

3) Selepas menjalankan aktiviti

ini, murid-murid diberi aktiviti

berbentuk individu.

AKTIVITI 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas

Darab - 5 minit )

1) Aktiviti ini merupakan aktiviti

bertulis. Murid-murid diberi satu

set soalan yang mengandungi

60 soalan.

2) Soalan Cepat Kira Fakta Asas

Darab ini diuji sehingga 9 x 9.

3) Murid-murid dikehendaki

menjawab soalan tersebut

dalam masa 5 minit.

4) Tempoh masa mereka habis

menjawab direkodkan.

AKTIVITI 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas

Darab - 4 minit )

1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti

2. Set soalan yang diberi

kepada murid-murid

Page 3: Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD - ppdjb.edu.my B (Format EPRD).pdf · 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran Penghargaan Pihak yang terlibat dengan

2) Murid-murid dikehendaki

menjawab semua soalan

dalam masa 4 minit.

3) Tempoh masa mereka habis

menjawab direkodkan.

AKTIVITI 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas

Darab - 3 minit )

1) Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2

dan 3.

2) Soalan-soalan yang sama

diberikan kepada murid-

murid.

3) Murid-murid dikehendaki

menjawab semua soalan tersebut dalam masa 3 minit.

4) Tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

o Pelaksanaan

Tindakan

dan

Pemerhatian

/ Penilaian

Pelaksanaan

Aktiviti 1

Pelaksanaan

Aktiviti 2

5.5 Refleksi Kajian

➢ Huraikan cara

pelaksanaannya

i. Pemerhatian

➢ Sediakan jadual pemerhatian

dan/atau huraikan apa-apa

yang dapat dilihat dari segi

perubahan sikap dan repons

pelajar terhadap aktiviti 1,

dan perkara-perkara lain

yang mungkin anda

jangkakan.

ii. Refleksi

➢ Huraikan apa-apa yang

difikirkan guru dari segi

keberkesanan aktiviti 1 atau

kegagalan aktiviti dan sebab-

sebab keadaan ini terjadi

i. Pemerhatian

a) Anda boleh membuat jadual

pemerhatian dan/atau huraikan apa-

apa yang dapat dilihat dari segi

perubahan sikap (respons) pelajar

terhadap aktiviti 2, respons guru dan

perkara-perkara lain yang mungkin

anda jangkakan.

ii. Refleksi

b) Huraikan apa-apa yang difikirkan

guru dari segi keberkesanan aktiviti

atau kegagalan aktiviti 2 dan sebab-

sebab ini terjadi

c) Huraian dalam bahagian ini

bergantung kepada jumlah aktiviti

yang telah dijalankan

i. Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

a ) Huraikan keberkesanan tindakan

anda dengan menggunakan

3.0 Seperti yang terdapat di dalam

kertas cadangan tetapi cara

penulisan diubah dengan

menggunakan ayat pelaporan.

Langkah-langkah hendaklah diterangkan

secara terperinci

Page 4: Lampiran B PANDUAN FORMAT EPRD - ppdjb.edu.my B (Format EPRD).pdf · 5.5 Refleksi Kajian 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran Penghargaan Pihak yang terlibat dengan

data/maklumat yang telah anda

kumpulkan (seperti ujian pasca atau

ujian-ujian lain)

b) Terangkan perubahan tingkah laku

pelajar melalui pemerhatian.

c) Terangkan perubahan emosi

pelajar yang telah dikumpul melalui

temu bual & soal selidik (sekiranya

ada)

ii. Refleksi Kajian Terhadap Guru

1.0 Huraikan perasaan guru

terhadap keberkesanan

kajian yang telah dijalankan.

iii. Refleksi Tentang Proses P & P Yang

Telah

Dijalankan Secara Keseluruhan

2.0 Tuliskan rumusan anda.

6. Cadangan Kajian

Seterusnya

Ditulis dalam bentuk perenggan

i. Cadangkan isu

seterusnya yang

anda akan kaji.

Kajian tindakan seterusnya yang akan

saya jalankan ialah berkaitan dengan isu

………

Atau :

Oleh sebab kajian yang telah saya

jalankan tidak berjaya, maka saya akan

menggunakan tindakan / aktiviti-aktiviti

lain untuk menangani isu ini.

Bibliografi ➢ Bahan rujukan yang anda

gunakan hendaklah

dicatatkan pada ruangan ini.

➢ Menyusun senarai bahan

rujukan mengikut abjad.

Brown, T. (1987) Language Interaction

Patterns in Lessons Featuring Mathematical

Investigations. PhD thesis, University of

Southampton

Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the

Politics of Freedom. Thousand Oaks, CA:

Sage

Lampiran Soal selidik atau bahan-bahan

sokongan yang digunakan

dimasukkan di dalam ruangan ini.