Langkah 7

7

Click here to load reader

description

LANGKAH 7 MENGADANG ; PERTAHANAN HAMPIR DEKAT MEJA

Transcript of Langkah 7

Page 1: Langkah 7

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWARINSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR

TUGASAN KURSUS GERKO PERMAINAN PINGPONGTUGASAN KURSUS GERKO PERMAINAN PINGPONG

LANGKAH 7LANGKAH 7

MENGADANG ; PERTAHANAN HAMPIR DEKAT MEJAMENGADANG ; PERTAHANAN HAMPIR DEKAT MEJA

DISEDIAKAN OLEH; DISEDIAKAN OLEH;

AZLENA BINTI IDERIS ( 790910-10-5776 )AZLENA BINTI IDERIS ( 790910-10-5776 )

RAZLAN BIN CHE ROSE (760701-04- 5319 )RAZLAN BIN CHE ROSE (760701-04- 5319 )

PENDIDIKAN PEMULIHAN 1 JANUARI 2008PENDIDIKAN PEMULIHAN 1 JANUARI 2008

Page 2: Langkah 7

LANGKAH 7LANGKAH 7

MENGADANG : Pertahanan Hampir dengan Meja

UNTUK DINILAI OLEH ;

ENCIK BAHARUM

Page 3: Langkah 7

Teknik Mengadang adalah;Teknik Mengadang adalah;Cara mudah untuk mengembalikan pukulan pepat atau kembalian defensif kepada pukulan pepat yang kencang. Adangan boleh dilakukan sama ada ada dengan pukulan depan atau pukulan kilas.

Adangan dilakukan dengan menempatkan raket pada laluan bola yang dipukul kencang. Sekiranya sudut raket dan sentuhannya betul, bola akan dikembalikan dengan rendah dan laju. Ianya adalah cara paling berkesan untuk mengembalikan pukulan pepat secepat mungkin supaya lawan tidak berpeluang menyerang terus-terusan.

Adangan juga perlu dilakukan oleh salah seorang daripada pemain apabila kadar rali menjadi semakin pantas iaitu apabila permainan anda dan pasangan menjadi semakin baik.

Page 4: Langkah 7

Matlamat adangan adalahMatlamat adangan adalah

Untuk mengembalikan bola dengan pantas dan ditujukan ke tempat yang betul supaya lawan tidak boleh bertindak balas atau bergerak cukup pantas untuk meneruskan serangan.Oleh itu, sekiranya pihak lawan melakukan serangan yang cukup kuat, anda harus mengadang bola tersebut kerana tiada masa untuk melakukan selain dari itu. Ini kerana adangan yang pantas dan ditujukan ke tempat yang betul akan memberikan banyak mata.

Page 5: Langkah 7

Adangan dilakukan dalam tiga Adangan dilakukan dalam tiga fasafasa

Fasa persediaan- adangan pukulan depan dan pukulan kilas menjangkau atau melakukan ayunan ke belakang.

Fasa perlaksanaan - kepantasan adalah faktor paling penting di mana jangan berikan pihak lawan masa untuk melakukan satu lagi pukulan kencang.

Ikut lajak - seharusnya mengambil masa yang singkat. Hanya gerakkan raket ke depan secara semula jadi dan kembali ke posisi bersedia.

Page 6: Langkah 7

Apabila melakukan latih tubi adangan, pemain seharusnya sentiasa memulakan rali dengan menggunakan servis putaran atas. Apabila melakukan latih tubi adangan beberapa aktiviti adangan perlu dilakukan, dan bagi setiap aktiviti tersebut, tentukan matlamat kejayaan dan catat skor diperolehi

Page 7: Langkah 7

KesimpulanKesimpulan

Secara keseluruhannya, lakukan adangan apabila terpaksa sahaja atau apabila menentang lawan yang tidak boleh bertindak balas terhadap adangan pantas. Tidak perlu melakukan terlalu banyak adangan.

Apabila seseorang pemain mempunyai teknik adangan yang baik, maka dia juga mempunyai keyakinan untuk menangani sebarang serangan lawan.

Pastikan anda melalukan adangan pukulan depan dan pukulan kilas dengan betul dan berikan tumpuan khusus untuk menyesuaikan dengan pelbagai jenis putaran dan kelajuan, kepantasan selepas lantunan, dan melakukan sentuhan di tengah raket.