Langkah Dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran Kemahiran Lisan

3
Langkah dan cara mengesan kesukaran pembelajaran Pendidikan pemulihan bertujuan untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran membaca,menulis dan mengira.Masalah yang dihadapi oleh pelajar haruslah dikenal pasti oleh guru yang hendak merancang dan melaksanakan aktiviti .Guru kelas adalah orang yang palng baik untuk mengesan aspek-aspek kelemahan pelajar.Pengesanan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran haruslah di mulakan oleh setiap guru pada peringkat awal lagi terutamanya untuk pelajar tahun 1 .Di antara cara yang boleh digunakan untuk mengesan pelajar yang lermah ialah dengan membuat pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi,rekod profil,,ujian kertas dan pensel,latihan harian ,sola jawab dan kuiz. 2.1 Kemahiran Lisan Terdapat beberapa masalah dikalangan pelajar berkenaan kemahiran lisan.kemahiran lisan terbahagi kepada 2 iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Kebiasaanya masalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut: Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong Tidak berupaya mengajuk bunyi Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar Sukar mengingat fakta Sukar memahami dan mentafsir maksud Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan Lemah ingatan pendengaran Gagal mematuhi arahan Terdapat juga masalah dalam kemahiran bertutur pelajar.Di antara masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut: Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek

description

kemahiran lisan

Transcript of Langkah Dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran Kemahiran Lisan

  • Langkah dan cara mengesan kesukaran pembelajaran

    Pendidikan pemulihan bertujuan untuk mengatasi masalah dalam

    penguasaan kemahiran membaca,menulis dan mengira.Masalah yang dihadapi oleh

    pelajar haruslah dikenal pasti oleh guru yang hendak merancang dan

    melaksanakan aktiviti .Guru kelas adalah orang yang palng baik untuk mengesan

    aspek-aspek kelemahan pelajar.Pengesanan pelajar-pelajar yang menghadapi

    masalah dalam pembelajaran haruslah di mulakan oleh setiap guru pada peringkat

    awal lagi terutamanya untuk pelajar tahun 1 .Di antara cara yang boleh digunakan

    untuk mengesan pelajar yang lermah ialah dengan membuat

    pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi,rekod profil,,ujian kertas dan pensel,latihan

    harian ,sola jawab dan kuiz.

    2.1 Kemahiran Lisan

    Terdapat beberapa masalah dikalangan pelajar berkenaan kemahiran

    lisan.kemahiran lisan terbahagi kepada 2 iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.

    Kebiasaanya masalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang

    berikut:

    Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong

    Tidak berupaya mengajuk bunyi

    Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar

    Sukar mengingat fakta

    Sukar memahami dan mentafsir maksud

    Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi

    Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan

    Lemah ingatan pendengaran

    Gagal mematuhi arahan

    Terdapat juga masalah dalam kemahiran bertutur pelajar.Di antara masalah yang

    dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut:

    Kosa kata yang terhad

    Menggunakan dialek

  • Menggunakan bahasa ibunda

    Lemah dalam kesantunan berbahasa

    Salah susunan frasa

    Keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama benuk

    Secara membunyikan huruf yang seakan-akan sama

    Susunan ayat salah

    Apabila pelajar menghadapi masalah yang dinyatakan maka pelajar tidak

    akan dapat melakukan apa yang telah diarahkan oleh guru.Terdapat beberapa

    langkah dan cara yang boleh diambil oleh guru untuk mengesan kesukaran

    pembelajaran kemahiran lisan di dalam kelas.Cara pertama ialah melalui

    pemerhatian.Guru boleh membuat pemerhatian dan mendapatkan maklum balas

    tentang seseorang pelajar.Pemerhatian yang teliti amat penting untuk mengesan

    pelajar yang lemah dalam kemahiran lisan ( bertutur dan mendengar ) .Berdasarkan

    pemerhatian, guru dapat memahami kelemahan pelajar.Contonya ialah murid

    kurang memberi perhatian .Pelajar juga bertutur dengan tidak semulajadi.,Pelajar

    tidak mematuhi arahan guru dengan baik,hanya ternganga semasa mendengar dan

    sentiasa bertanya kepada rakan tentang apa yang diperkatakan oleh guru semasa

    mengajar.Pemerhatian yang teliti tidak tamat dengan hanya mengesan pelajar

    yang lambat.Sebaliknya menjadi lebih penting samasa usaha memulihkan pelajar.

    Selain daripada membuat pemerhatian guru boleh mengesan kelemahan

    murid dengan mengemukakan soalan secara lisan seperti mengadakan kuiz,.Murid

    yang tiada masalah pendengaran akan dapat mendengar dan menjawab soalan

    dengan baik.Guru yang mengajar akan mengetahui masalah yang dihadapi pelajar

    apabila guru membuat temu bual dengan guru kelas. Guru akan mendapatkan

    maklumat berkaitan dengan kedatangan pelajar,ketepatan masa pelajar, dan ciri-ciri

    tingkah laku pelajar.Pelajar yang selalu tidak hadir akan menyebabkan dia

    ketingalan dalam pelajaran . Apabila pelajar ketinggalan dalam pelajaran maka

    pelajar tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik.Selain daripada itu guru

    boleh mengesan kelemahan kemahiran lisan pelajar dengan mengadakan aktiviti

    lisan seperti perbualan / dialog dan aktiviti lakonan dalam kelas. Guru juga boleh

    mengesan punca masalah dari aspek fizikal seperti ujian pendengaran dan ujian

    penglihatan, intelek dan emosi yang mengganggu pembelajaran.

  • Pentafsiran rekod profil murid juga boleh mengesan kesukaran

    pembelajaran pelajar kerana di dalam rekod profil ini dicatat pencapaian pelajar

    sama ada dalam kemahiran lisan,bacaan dan tulisan.Berdasarkan pencapaian

    dalam rekod ini guru dapat mengesan kesukaran pembelajaran kemahiran lisan .

    Setelah dapat mengesan punca masalah kesukaran pembelajaran pelajar , guru

    haruslah merancang aktiviti pemulihan dengan sesuai dengan pelajar.