Langkah-Langkah Keselamatan Makmal
Transcript of Langkah-Langkah Keselamatan Makmal
Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh seseorang penyelaras makmal
komputer sekolah? Bincangkan.
1.0 Pengenalan
Menurut Mohd Yusof (1997), usaha untuk memperkenalkan teknologi komputer ke dalam bilik
darjah melalui makmal komputer adalah satu inovasi baru. Penggunaan komputer dalam sistem
pendidikan di Malaysia telah menukar corak pendidikan yang biasanya berbentuk
konvensional. Komputer yang digunakan sebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran
telah banyak memudahkan tugas-tugas guru yang semakin hari semakin mencabar. Menurut
Tengku Zawawi (1997), penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan
beberapa aplikasi seperti pemprosesan data, hamparan elektronik, pangkalan data, multimedia
dan internet.
Pada masa kini, penggunaan komputer merujuk kepada penggunaan perisian
multimedia dan rangkaian internet yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh
dunia. Penggunaan teknologi ini dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu pengajaran guru,
pengurusan dan pembelajaran. Bidang pengurusan makmal komputer pula menekankan
beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada
segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan
diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
2.0 Peranan Penyelaras Makmal Komputer
Mulai tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina makmal komputer
menerusi program rintis bestari. Program pembestarian sekolah ini melibatkan penyelarasan
inisiatif Interactive Computer Technology (ICT) utama KPM iaitu Makmal Pengkomputeran,
Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sebanyak 4,931 makmal komputer sekolah di seluruh negara
siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga September 2005 berbanding 5,435 makmal yang
dirancang untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK- 8) ke arah mencapai matlamat KPM
untuk program perkomputeran sekolah-sekolah Malaysia.
Penyelaras Makmal Komputer sebenarnya adalah satu jawatan yang diberikan kepada
individu yang ditugaskan untuk mengurus makmal dalam aspek-aspek yang ditentukan oleh
pihak sekolah. Dengan pembangunan insfrastruktur makmal komputer yang semakin
meningkat, keperluan mendapat penyelaras bagi makmal-makmal tersebut juga bertambah.
Sebagai penyelaras, ada banyak tugas yang perlu dilaksnakan di dalam mengurus makmal
komputer. Di antaranya termasuk memastikan peraturan dalam makmal dipatuhi, menyediakan
langkah-langkah keselematan dalam makmal dan menyenaraikan keperluan makmal dari
semasa ke semasa.
3.0 Langkah-langkah Keselamatan
Makmal komputer di sekolah secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian aspek
keselamatan iaitu keselamatan alat komputer dan keselamatan pengguna terutama pelajar.
Keselamatan alat komputer adalah pengurusan dan jagaan terhadap alat-alat atau pun
komponen komputer yang berkait dengan komputer yang perlu dipelihara dan dijaga dengan
baik. Polisi keselamatan ini perlu sebagai garis panduan agar aspek-aspek keselamatan di
dalam makmal dapat dikawal.
3.1 Peralatan
Menurut Abu Hassan (2001), pelajar sering tidak didedahkan dengan teknik yang betul
mengendalikan alat. Berdasarkan hakikat itu, penyelia bertanggungjawab memastikan tidak ada
individu yang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa
kebenaran dan penyeliaan penyelaras. Pemasangan perisian pihak ketiga seperti screen
servers, perisian utility turut dilarang untuk mengelakkan perubahan konfigurasi sistem. Hal ini
kerana perubahan yang dilakukan mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.
Selain itu, penyelaras makmal komputer perlu memastikan pelayan atau perkakasan
rangkaian yang telah dipasang tidak dimatikan supaya operasi tidak terganggu. Begitu juga
dengan penghawa dingin yang mesti sentiasa dihidupkan di Bilik Pelayan supaya tahap
kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku. Penyelaras juga perlu menjaga agar individu tidak
membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras Makmal
untuk mengelakkan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian.
3.2 Plan kecemasan
Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer. Hal ini bagi
memastikan pengguna makmal akan bersedia bersama panduan yang lengkap sekiranya
terjadi kecemasan atau perkara yang tidak diingini. Jika tidak dilakukan, dibimbangi pengguna
makmal tidak dapat membuat keputusan dan menambahkan lagi suasana cemas. Pelan
kecemasan yang disediakan oleh penyelia mestilah senang difahami dan berada pada tempat
strategik untuk menjadi perhatian pengguna makmal.
3.3 Keselamatan Fizikal
3.3.1 Kunci
Dari aspek keselamatan fizikal, elemen pertama ialah kunci. Hal ini kerana kunci adalah elemen
utama yang membolehkan pengguna untuk mengakses makmal. Kunci yang digunakan ini
perlu dilabel dengan jelas dan hanya disimpan oleh individu penting seperti Pengetua, Guru
Besar dan penyelaras makmal sahaja. Buku log khas juga perlu disediakan sebagai rekod
penggunaan kunci makmal. Keupayaan untuk mengawal penggunaan kunci akan memastikan
keselamatan bahan di dalam makmal komputer agar tidak dicuri atau disalah gunakan.
3.3.2 Kawalan Akses
Dalam aspek ini, hanya mereka yang diberi kuasa sahaja yang dibenarkan masuk ke bilik
makmal khasnya bilik pelayan. Pemantauan juga harus diberikan kepada pengguna makmal
bagi mengelakkan salah guna peralatan yang memungkinkan terjadi kemalangan. Buku log
untuk individu yang menggunakan Bilik Pelayan juga seharusnya disediakan dengan
mengambil maklumat pengguna termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan,
jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan
jika perlu.
3.3.3 Eletrik
Eletrik yang selalu menjadi punca kemalangan perlu sentiasa dipantau dengan melengkapkan
perlindungan pengalir kilat. Setiap komputer dan pelayan juga perlu dilindungi oleh satu alat
Uninterupted Power Supply bagi memanjangkan jangka umur mother board pada CPU
komputer tersebut. Penyelaras perlu sensitif pada bahagian ini dengan sentiasa memeriksa
kabel dan cepat melaporkan jika terdapat sebarang kerosakan. Ia perlu kerana dibimbangi akan
bertambah teruk sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
3.3.4 Label
Pelabelan dilakukan untuk memudahkan penyelaras makmal komputer mengenal pasti
peralatan yang sudah terdapat dalam makmal. Label juga perlu untuk mengkategorikan bahan-
bahan mengikut darjah sensitiviti, keperluan penjagaan dan sebagainya yang membolehkan
peralatan mudah diatur dan dikendalikan.
3.3.5 Pencegahan Kebakaran
Penyelaras perlu memastikan makmal komputer mempunyai alat bantuan awal pemadam api
jenis CO2. Kebakaran yang teruk biasanya berlaku apabila gagal mengawal kebakaran kecil
pada awalnya. Dengan terdapatnya alat pemadam kebakaran, kes-kes yang tidak dijangka
berlaku mungkin dapat diselesaikan. Selain itu, penyelaras perlu menyediakan alat pengesan
kebakaran Setiap pengesan kebakaran yang dipasang dalam keadaan sesuai dan baik.
3.3.6 Alat Penghawa Dingin
Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat penghawa
dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak
berfungsi atau makmal hanya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja,
pelayan hendaklah dimatikan suisnya apabila tidak diguna. Hal ini bagi mengelakkan
kepanasan yang melampau yang mungkin boleh menyebabkan pelayan rosak. Komputer pula
perlu diletakkan sedikit jauh daripada penyaman udara bagi mengelakkan air yang mungkin
menitik ke atasnya.
3.4 Komputer
Di dalam makmal komputer, alat yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi
ialah komputer. Hal ini kerana ia boleh dirosakkan pada hardware dan juga system. Di antara
langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan kerosakan ini termasuk:
i) Memasukkan sistem antivirus yang bersesuaian dan mengikut peredaran semasa
ii) Sentiasa memeriksa program file bagi memastikan tidak terdapat pembaziran ruang
maya pada komputer
iii) Memastikan CPU dan monitor bebas daripada habuk
iv) Menggunakan perisian berdaftar dan sah di sisi undang-undang
v) Memasang kata laluan untuk user komputer
3.5 Kawalan Keselamatan Makmal
Penyelaras Makmal Komputer hendaklah memberi perhatian atas keselamatan terutamanya
untuk memberikan perlindungan keselamatan makmal. Diantara langkah-langkah yang perlu
diambil perhatian adalah:
i) Memastikan semua pintu dan tingkap dikunci semasa waktu rehat dan selepas
waktu pejabat.
ii) Memperkukuhkan tingkap / pintu dengan kunci keselamatan yang bermutu
iii) Menghadkan jalan keluar / masuk ke bangunan.
iv) Membuat rondaan biasa di sekitar kawasan dari masa ke semasa.
v) Membuat pemeriksaan keselamatan terhadap makmal pada masa-masa tentu.
Bagi mengawal pengguna agar tidak melakukan sesuatu yang merosakkan atau
menjejaskan apa juga bahan di dalam makmal pula, perlu diwujudkan satu peraturan khas yang
dilekatkan pada tempat yang sesuai supaya dapat dilihat selalu. Berikut adalah peraturan untuk
pengguna makmal komputer.
4.0 Kesimpulan
Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, terdapat banyak aspek yang perlu diperhatikan semasa
bertugas di dalam makmal. Darjah kepekaan perlu ditingkatkan terutama semasa makmal
sedang digunakan kerana sebarang kesilapan kecil memungkinkan punca kepada masalah
yang lebih besar. Langkah-langkah keselamatan pula perlu sentiasa dipatuhi dengan penuh
disiplin agar makmal komputer dapat digunakan fungsinya pada tahap optimum sekali gus
membantu perkembangan ilmu ICT di sekolah.
Makmal komputer boleh dianggap sebagai nadi teknologi di sekolah. Penggunaannya
wajar dioptimumkan dan berdasarkan hakikat itu, perlu ada penyelarasan menyeluruh bagi
memastikan makmal komputer dapat berfungsi dengan baik. Ilmu yang banyak pasti tidak
berguna sekiranya tidak diseimbangkan dengan disiplin kerja yang baik. Justeru sebagai
penyelaras makmal komputer, individu bukan sahaja perlu pengetahuan, tetapi juga disiplin dan
integriti yang tinggi bagi menjaga kelestarian makmal itu sendiri.
Bibliografi
Abu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. UTM, Skudai.
Giber, C. (1993). Booming commercial use changes face of Internet, Infoworld, 15(15), m.s.1-53
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Yang Disemak Semula. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Marzita Abdullah (2001). Kegawatan-Projek Sekolah Bestari Tidak Terjejas [Online], [Diakses 29 September 2009]. Dalam http://www.utusan.com.my/laporansekolahbestari.htm
Mekanisma Kawalan Capaian Komputer Mikro di Makmal Komputer Berasaskan Kad Pintar.pdf. dalam http://eprints.uum.edu.my/1694/1/AZMAN_TA'A_-
Mohd. Ghazali , Mohd. Yusof (1997) Pengamalan Pengurusan Ala Korporat di Sekolah Menengah Kerajaan Dalam Kawasan PPD Padang Terap/Pendang, Kedah. Kajian Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997). Tahap kefahaman konsep pecahan di kalangan guru pelatih KPLI. Kajian Sarjana ( Tidak diterbitkan )