Langkah Mengatasi Masalah Integrasi Kaum

2
Langkah Mengatasi Masalah dalam Mewujudkan Perpaduan dan Integrasi Nasional 1. Dasar Pendidikan Melalui dasar pendidikan semua sekolah di Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam, dan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Persamaan dan keseragaman dalam sistem pendidikan negara dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional. 2. Menghilangkan Jurang Ekonomi antara Kaum. Pembahagian Kek Ekonomi mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yang ada di Malaysia. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Dalam masa kerajaan membantu kaum bumiputera yang layak, kaum-kaum lain yang miskin juga turut dibantu untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini selaras dengan konsep 1 Malaysia iaitu kerajaan mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik. 3. Mengamalkan toleransi budaya dan agama. Kita perlu memberi ruang kepada semua kaum untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa gangguan atau campurtangan antara satu sama lain. Sebarang masalah yang wujud hendaklah diselesaikan secra bijak dan toleransi agar perpaduan dan integrasi nasional terus terpelihara. 4. Perkongsian kuasa politik. Para pemimpin tiga kaum utam Malaysia iaitu Melayu ( termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak ), Cina dan India telah menyedari bahawa tolak ansur dan perkongsian kuasa amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan.Para pemimpin yang memerintah negara pula hendaklah mewakili semua kaum dan bukan tertumpu.kepada satu kaum sahaja. 5. Memperkenalkan konsep 1 Malaysia 1 Malysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadikekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.Hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum ini dapat diperkukuhkan lagi sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat keejateraan hidup mereka. 6. Kegiatan sukan sebagai alat perpaduan dan integrasi. Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Melalui kegiatan sukan yang dijalankan, semua kaum terlibat dalam aktiviti tersebut. Pergaulan dan perhubungan secara langsung tersebut dapat

description

integrasi

Transcript of Langkah Mengatasi Masalah Integrasi Kaum

Langkah Mengatasi Masalah dalam Mewujudkan Perpaduan dan Integrasi Nasional

1. Dasar Pendidikan Melalui dasar pendidikan semua sekolah di Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang seragam, dan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Persamaan dan keseragaman dalam sistem pendidikan negara dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional.

2. Menghilangkan Jurang Ekonomi antara Kaum.Pembahagian Kek Ekonomi mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yang ada di Malaysia. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Dalam masa kerajaan membantu kaum bumiputera yang layak, kaum-kaum lain yang miskin juga turut dibantu untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini selaras dengan konsep 1 Malaysia iaitu kerajaan mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.

3. Mengamalkan toleransi budaya dan agama.Kita perlu memberi ruang kepada semua kaum untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa gangguan atau campurtangan antara satu sama lain. Sebarang masalah yang wujud hendaklah diselesaikan secra bijak dan toleransi agar perpaduan dan integrasi nasional terus terpelihara.

4. Perkongsian kuasa politik.Para pemimpin tiga kaum utam Malaysia iaitu Melayu ( termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak ), Cina dan India telah menyedari bahawa tolak ansur dan perkongsian kuasa amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan.Para pemimpin yang memerintah negara pula hendaklah mewakili semua kaum dan bukan tertumpu.kepada satu kaum sahaja.

5. Memperkenalkan konsep 1 Malaysia1 Malysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadikekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.Hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum ini dapat diperkukuhkan lagi sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat keejateraan hidup mereka.

6. Kegiatan sukan sebagai alat perpaduan dan integrasi.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Melalui kegiatan sukan yang dijalankan, semua kaum terlibat dalam aktiviti tersebut. Pergaulan dan perhubungan secara langsung tersebut dapat mengeratkan lagi kerjasama serta menyemarakkan lagi semangat perpaduan kaum. Sukan MSSM dan SUKMA adalah contoh bagaimana perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.