laporan 1

1
Laporan Hari Pertama Pada 26 Ogos 2014, kami telah menjalankan satu pemerhatian di Sekolah Kebangsaan Tambun tentang pengurusan tingkah laku. Kami sampai di sekolah tersebut pada 7.30 pagi. Selepas melaporkan diri di pejabat, Cikgu Lailan memberi sedikit penerangan dan pengenalan program integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran. Beliau memberi kebenaran kepada kami untuk mencari murid yang sesuai sebagai subjek pemerhatian. Kami bertindak secara kolaboratif untuk memerhati tingkah laku murid-murid pendidikan khas. Seterusnya, kami telah memilih murid sindrom down, autisme, serebral palsi dan ADHD sebagai subjek pemerhatian. Kami memilih tingkah laku sasaran dan mengumpul maklumat tentang kekerapan kejadian tingkah laku sasaran. Kami menggunakan penaksiran tingkah laku seperti perekodan peristiwa, senarai semak dan rekod anekdot untuk merekod kekerapan kejadian tingkah laku sasaran.

description

PKB

Transcript of laporan 1

Laporan Hari PertamaPada 26 Ogos 2014, kami telah menjalankan satu pemerhatian di Sekolah Kebangsaan Tambun tentang pengurusan tingkah laku. Kami sampai di sekolah tersebut pada 7.30 pagi.Selepas melaporkan diri di pejabat, Cikgu Lailan memberi sedikit penerangan dan pengenalan program integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran. Beliau memberi kebenaran kepada kami untuk mencari murid yang sesuai sebagai subjek pemerhatian. Kami bertindak secara kolaboratif untuk memerhati tingkah laku murid-murid pendidikan khas. Seterusnya, kami telah memilih murid sindrom down, autisme, serebral palsi dan ADHD sebagai subjek pemerhatian. Kami memilih tingkah laku sasaran dan mengumpul maklumat tentang kekerapan kejadian tingkah laku sasaran. Kami menggunakan penaksiran tingkah laku seperti perekodan peristiwa, senarai semak dan rekod anekdot untuk merekod kekerapan kejadian tingkah laku sasaran.