Laporan 5

29
Pengurusan dan Pentadbiran Tanggungjawab Pemimpin Pengakap Pemimpin Pengakap Kanak-kanak 1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Kanak-kanak Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah 1.1 Program Pengakap Kanak-kanak a. Menyediakan satu taraf yang tinggi tentang tingkahlalu melalui contoh peribadi dan galakan. b. Menubuhkan dan mengekalkan operasi sistem enam sekawan dalam pek. c. Menggalakkan, mengarah dan memandu Sixers dan Seconds dalam tanggungjawab-tanggungjawab mereka. d. Pastikan Majlis Pek berfungsi secara berkesan. e. Menyediakan atau mengatur untuk arahan, bantuan dan ujian kemahiran Pengakap Kanak-Kanak (PKK) bersesuaian dengan Program Pek terutamanya dalam topik-topik dan kemahiran- kemahiran bersesuaian kepada Skim Anugerah. f. Dalam kerjasama dengan semua Pemimpin-pemimpin Pek (termasuk pengajar Pengakap) mengendalikan Program Pek termasuk Perjumpaan Pek, hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain. g. Pastikan penyeliaan dewasa unutk semua aktiviti-aktiviti mencukupi. h. Menubuh dan mengekal perhubungan yang ramah dengan ibubapa, libatkan mereka, di mana sesuai dalam aktiviti-aktiviti Pek dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program. i. Pastikan bahawa semua Pemimpin-pemimpin PKK dan Pengajar- pengajar PKK mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek Program Pek dan melibatkan diri mereka sebagai ahli yang penting dalam Kumpulan Kepimpinan. j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani dalam PKK dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Anugerah dan mengambil peluang dalam Kepimpinan. k. Pastikan tahap kerjasama yang tinggi dengan bahagian- bahagian Pengakap dan menggalakkan kemajuan individu melalui semua bahagian.

description

Pengakap

Transcript of Laporan 5

Pengurusan dan Pentadbiran

Tanggungjawab Pemimpin Pengakap

Pemimpin Pengakap Kanak-kanak

1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Kanak-kanak

Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah

1.1 Program Pengakap Kanak-kanak

a. Menyediakan satu taraf yang tinggi tentang tingkahlalu melalui contoh peribadi dan galakan.

b. Menubuhkan dan mengekalkan operasi sistem enam sekawan dalam pek.

c. Menggalakkan, mengarah dan memandu Sixers dan Seconds dalam tanggungjawab-tanggungjawab mereka.

d. Pastikan Majlis Pek berfungsi secara berkesan.

e. Menyediakan atau mengatur untuk arahan, bantuan dan ujian kemahiran Pengakap Kanak-Kanak (PKK) bersesuaian dengan Program Pek terutamanya dalam topik-topik dan kemahiran-kemahiran bersesuaian kepada Skim Anugerah.

f. Dalam kerjasama dengan semua Pemimpin-pemimpin Pek (termasuk pengajar Pengakap) mengendalikan Program Pek termasuk Perjumpaan Pek, hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain.

g. Pastikan penyeliaan dewasa unutk semua aktiviti-aktiviti mencukupi.

h. Menubuh dan mengekal perhubungan yang ramah dengan ibubapa, libatkan mereka, di mana sesuai dalam aktiviti-aktiviti Pek dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program.

i. Pastikan bahawa semua Pemimpin-pemimpin PKK dan Pengajar-pengajar PKK mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek Program Pek dan melibatkan diri mereka sebagai ahli yang penting dalam Kumpulan Kepimpinan.

j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani dalam PKK dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Anugerah dan mengambil peluang dalam Kepimpinan.

k. Pastikan tahap kerjasama yang tinggi dengan bahagian-bahagian Pengakap dan menggalakkan kemajuan individu melalui semua bahagian.

l. Memperkembangkan persefahaman dan pengetahuan dalam semua bahagian.

m. Menyokong semua Daerah / Negeri mengendalikan aktiviti-aktiviti.

1.2 Perjumpaan-perjumpaan Pengakap

a. Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Pek termasuk Majlis Pek.

b. Perjumpaan-perjumpaan Rancangan Program Pek.

c. Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan.

d. Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah.

e. Perjumpaan-perjumpaan rancangan lain seperti untuk rancangan Kumpulan / Daerah / Negeri.

1.3 Pengurusan

a. Pastikan bahawa rekod yang cukup dan betul disimpan berkaitan dengan Keahlian Pek (butiran peribadi dan kemajuan Skim Anugerah), kewangan dan kelengkapan.

b. Pastikan butiran Keahlian Belia dimajukan kepada bahagian Pengakap.

c. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program,kemajuan Skim Anugerah dan keahlian Pek.

d. Pastikan pengurusan yang betul tentang aktiviti-aktiviti Pek termasuk penyimpanan borang-borang permohonan berkaitan dengan polisi pertubuhan, dan memperolehi kebenaran yang berkaitan untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan.

e. Pastikan pengendalian kelengkapan Pek.

Pemimpin Pengakap Muda

1. Tugas-tugas Pemimpin Pengakap Muda

Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah

1.1. Program Trup Troop

a. Menetapkan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh dan galakan peribadi.

b. Menubuh dan mengekalkan pelaksaan sistem berpatrol dalam Trup.

c. Menggalakkan, mengarah dan membantu Ketua2 Patrol dalam tanggungjawab mereka.

d. Memastikan Majlis Trup berfungsi secara efektif.

e. Mengadakan atau menyiapkan untuk arahan, bantuan dan peperiksaan PM dalam kemahiran-kemahiran sesuai kepada Program Trup dan Patrolnya. Terutamanya dalam topik kemahiran bersesuaian dengan Skim Latihan PM.

f. Dalam kerjasama dengan Ketua2 Patrol untuk merancang, menganjur dan mengadakan Program Trup termasuk perjumpaan-perjumpaan Trup pada hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti Perkhemahan Trup dan Patrol, mengembara dan lawatan.

g. Memastikan penyeliaaan dan peyertaan dewasa dalam perkhemahan Patrol dan aktiviti Patrol adalah mencukupi.

h. Mengeratkan hubungan yang ramah dengan ibubapa dengan penglibatan yang sesuai dalam aktiviti-aktiviti Trup dan menerangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program yang dijalankan.

i. Memastikan Pen. Pemimpin PM mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek program Trup dan melibatkan mereka sebagai ahli yang penting di Pasukan Kepimpinan.

j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani PM dengan menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Latihan PM, dan menceburi dalam peluang-peluang kepimpinan.

k. Memupuk kerjasama yang bertaraf tinggi dengan Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Remaja dan menggalak kemajuan individu melalui bahagian ini.

1.2 Perjumpaan-perjuampaan

a. Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Trup dan patrol termasuk Majlis Trup.

b. Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan.

c. Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah.

d. Perjumpaan-perjumpaan tergempar seperti untuk merancang program atau aktiviti-aktiviti.

1.3 Pengurusan

a. Mengemaskini rekod dengan tepat dan lengkap untuk disimpan termasuk yang berkaitan dengan keahlian Trup ( butiran peribadi dan kemajuan Skim Latihan PM ), kewangan dan kelengkapan.

b. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, kemajuan Skim Latihan PM dan keahlian Patrol.

c. Memastikan pengurusan yang betul bagi aktiviti-aktiviti Patrol termasuk pengisian borang-borang yang sesuai mengikut polisi pertubuhan, serta memperolehi kebenaran tertentu untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan.

d. Memastikan kelengkapan Trup dan Patrol dikekalkan.

e. Menyelaraskan hubungan antara bahagian-bahagian dengan Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak, Pemimpin Pengakap Remaja dan Pemimpin Kumpulan.

Pemimpin Pengakap Remaja

1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Remaja

Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan dan Pesuruhjaya Daerah

1.2. Program Unit

a. Mengekalkan tingkahlaku pada tahap yang tinggi menerusi contoh dan penampilan imej peribadi.

b. Menubuh, menggalakkan dan mengekalkan fungsi Majlis Kumpulan.

c. Menggalakkan, mengarah dan membantu Majlis Kumpulan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

d. Memastikan Majlis Kumpulan berfungsi secara efektif.

e. Membantu Majlis Kumpulan dalam melaksanakan ujian Lencana Tertinggi PR.

f. Mengendali dan mengadakan program unit seperti yang dirancangkan dalam Majlis Kumpulan.

g. Memastikan penyeliaan keselamatan yang sesuai sesuatu aktiviti.

h. Membentuk hubungan yang ramah dengan ibubapa, serta libatkan mereka dalam mana-mana aktiviti yang sesuai dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan serta tujuan program dijalankan.

i. Memastikan Pen. Pemimpin PR dapat memikul tanggungjawab sebagai ahli penting dalam Pasukan Kepimpinan.

j. Mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kemajuan peribadi PR dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti mencabar.

k. Memastikan kerjasama pada tahap yang tinggi dengan Unit Pengakap Muda dan Krew Kelana.

l. Untuk mempromosi Pengakapan dalam komuniti secara aktif.

1.2 Perjumpaan/aktiviti

a. Menghadiri perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Unit PR termasuk Majlis Kumpulan.

b. Menghadiri perjumpaan Majlis PR Daerah.

c. Menghadiri perjumpaan-perjumpaan tergempar yang ada kaitan dengan takwim Daerah dan Negeri

2.3 Pentadbiran

a. Memastikan rekod yang lengkap, tepat dan disimpan termasuk butiran keahlian unit, kemajuan lencana, kewangan dan kelengkapan.

b. Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, keahlian unit dan kemajuan dalam Skim Latihan PR.

c. Memastikan pentadbiran aktiviti-aktiviti unit betul termasuk pendaftaran keahlian, borang-borang mengikut polisi pertubuhan, aktiviti-aktiviti unit dan memperolehi kebenaran yang perlu (contohnya daripada Jabatan-jabatan Kerajaan) dan kelulusan perkhemahan.

d. Memastikan kelengkapan unit dikekalkan.

Pemimpin Pengakap Kelana

1. Tugas-tugas pemimpin Pengakap Kelana

Bertanggungjawab kepada Pemimpin Kumpulan/Krew Kelana (dalam kumpulan

krew) dan Pesuruhjaya Daerah/Krew Kelana (dalam krew daerah)

a. Menasihat dan membantu Krew seperti dikehendaki dalam rancangan organisasinya dan mengendalikan aktiviti-aktiviti Krew.

b. Seperti yang dikehendaki, menasihat Kelana dalam kemahiran-kemahiran yang sesuai mengikut Program Krew dan Skim Anugerah, dan / atau mengenalpasti pengajar / penasihat yang berkelayakan.

c. Menggalakkan dan menasihat Kelana dalam kemajuan mereka dalam Skim Anugerah.

d. Pastikan kerjasama yang tinggi tahapnya dengan bahagian lain, terutamanya bahagian Pengakap Remaja, dan galakan Pengakap Remaja untuk meningkat kepada PK, dan Kelana sesuai kepada peranan Pemimpin Dewasa.

e. Dengan contoh peribadi tetapkan tingkahlaku yang tinggi tahapnya.

f. Menghadiri semua perjumpaan-perjumpaan Krew dan Daerah dan / atau Majlis Kelana Negeri seperti dikehendaki.

g. Gambarkan keseluruhan dan menasihat Krew tentang keperluan-keperluan pentadbiran yang betul.

Pakaian Seragam Pengakap

Pakaian Seragam Ahli Pengakap Lelaki

Pakaian Seragam Ahli Pengakap Perempuan

Cara Pemakaian Lencana Pengakap Muda

Pakaian Seragam Pengakap Kanak-Kanak dan pemimpin

Pakaian Seragam Keahlian Pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja (Lelaki)

Pakaian Seragam Keahlian Pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja (Perempuan)

Lengan Sebelah Kanan

Tempat Melekatkan Nama Patrol

Nama Lencana Pangkat dan Tempat Melekatnya

Cara Memasang Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Cara Pemakaian Pemimpin Pengakap Lelaki

Cara Pemakaian Seragam Pemimpin Pengakap Wanita

Kelengkapan Pakaian Seragam Pengakap

Takwim dan Rancangan Aktiviti

Ambil Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Semester (ProForma)

Anugerah Dan Penilaian Pegakap Kanak-Kanak

SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK

LENCANA KEAHLIAN

Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :

1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.2. Prinsip Rukunegara.3. Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.4. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.5. Laung Agung.

LENCANA WAJIB

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat SALAH SATU dari Lencana Wajib di bawah :

Lencana Ahli Penunggang Basikal

Lencana Ahli BerenangKedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.

ANUGERAH LENCANA KERIS GANGSA

Syarat penganugerahan Lencana Keris GangsaLihat dalam buku Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak

LENCANA KEGEMARANSetelah lulus Lencana Keris Gangsa, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 dari Lencana Kegemaran di bawah:

Lencana Penghibur

Lencana Pembaca Buku

Lencana Pelukis

Lencana Peladang Kecil

Lencana Ahli Kraftangan

Lencana Ahli Koleksi Hobi

ANUGERAH LENCANA KERIS PERAK

Syarat Kelayakan atau PenilaianLihat dalam Buku Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Perkhidmatan serta 2 dari Lencana Pengetahuan di bawah:

Ahli Olahraga

Ahli Pasukan Permainan

Ahli Sains

Pecinta Alam Semulajadi

Pembaca Peta

Pemelihara Alam Sekitar

Pengembara

LENCANA PERKHIDMATANSetelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Pengetahun serta 2 dari Lencana Perkhidmatan di bawah:

Pekerja Am

Pengurus Rumah

Penyelamat Nyawa

Ahli Pertolongan Cemas

ANUGERAH LENCANA KERIS EMAS

Syarat Kelayakan Mendapatkan Lencana Keris EmasLihat dalam Buku Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak

ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK

Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:

1. Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan

2. Berkelakuan baik

3. Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi

Bintang Dan Pingkat Persekutuan Pengakap Malaysia (Anugerah Tertinggi)

1. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama- Emas (BSP I)

(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Pertama- Emas (BSP 1) adalah anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja.

2.0 Bintang Semangat Padi Kelas Kedua- Perak (BSP II)

(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Padi Kelas Kedua- Perak (BSP II) adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang.

3.0 Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama- Emas (BSR I)

(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama- Emas (BSR I) adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada pergerakan Pengakap.

4.0 Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua- Perak (BSR II)

(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Bintang Semangat Rimba Kelas Kedua- Perak (BSR II) adalah anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan Pengakap.

5.0 Bintang Pahlawan

(Bentuk: Sijil dan Pingat)

Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat di sekelilinginya.

6.0 Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)

(Bentuk: Sijil dan Pingat- Kalung)

a. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan Kepengakapan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat dan sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.

7.0 Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)

(Bentuk: Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah atau individu yang telah memberi khidmat bakti yang sangat baik, jujur, amanah dan setia tidak kurang daripada 10 tahun atau dalam jangka waktu yang lebih pendek di atas pertimbangan Jawatankuasa Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia.

8.0 Pingat Perkhidmatan Baik (PPB)

(Bentuk: Sijil dan Pingat)

a. Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada pemimpn-pemimpin bertauliah dan kepada individu Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan, daerah, negeri dan negara yang sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap di peringkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang daripada 5 tahun.

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL)

(Bentuk: Sijil dan Pingat)

Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang daripada 20 tahun di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Malaysia (SKKPN)

(Bentuk: Sijil dan Reben)

Dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah memberikan berkhidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan, daerah, negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap di peringkat kumpulan, daerah, negeri dan Negara