laporan
-
Upload
nurerie-nishazlan -
Category
Documents
-
view
91 -
download
2
Transcript of laporan
PERANCANGAN PROJEK
NAMA : NUR FAZLIN BINTI AB MANAN
NO. MATRIKS : A143667
PROJEK : BACK TO NATURE
KOD JPPEL : DN00197/2014
JAWATAN DISANDANG : SETIAUSAHA
TARIKH MULA PERANCANGAN HINGGA TARIKH TAMAT PROJEK: 15 NOV 2013 – 14 APRIL 2014
CARTA GANTT & BATUKALA (MILESTONE)
BIL AKTIVITI NOV DIS JAN FEB MAC APRIL MINGGU 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1PELANTIKAN JAWATANKUASA
2PERANCANGAN AKTIVITI
3
PENERANGAN TENTATIF PROGRAM
4
PEMBAHAGIAN SKOP KERJA EXCO
5PENAMAAN PROGRAM
6PENJUALAN KEREPEK
7PEMILIHAN LOGO
8PEMBIKINAN KERTAS KERJA
9FOLLOW UP KERTAS KERJA
10PEMBENTANGAN GERAK KERJA
11PENGUTIPAN YURAN AHLI
11KEMASKINI EXCO
12
PEMBAHAGIAN SKOP KERJA EXCO
13 BRIEFING
PERJALAN PROGRAM
14PROGRAM BERLANGSUNG
15 POST MORTEM
KERTAS KERJA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JPPEL
KERTAS KERJA
PROGRAM BACK TO NATURE, TASIK KENYIRPELAJAR PERUBATAN TAHUN 1 SESI 2013/3014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
14 ARIL 2014
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG SETEBU, KUALA BERANG
ANJURAN
PELAJAR PERUBATAN TAHUN 1 FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
SESI 2013/2014
TEMA
”BACK TO NATURE”
KERTAS KERJAPROGRAM BACK TO NATURE
PELAJAR FAKULTI PERUBATAN TAHUN SATU SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk memohon kelulusan bagi mengadakan program ‘Back to Nature’ yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Setebu, Kuala Berang, Terangganu.
2.0 PENGENALAN__________________________________________________________
2.1 Program ini dianjurkan oleh Pelajar Perubatan Tahun Satu Sesi 2013/2014 Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu inisiatif dalam melahirkan bakal doktor yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi memandangkan doktor adalah satu profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat.Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina ukhuwah dan sahsiah dalam diri setiap peserta. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan mahasiswa/mahasisiwi juga perlu memiliki ciri-ciri
kepimpinan,budi pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
2.2 Ahli program terdiri daripada 39 pelajar perubatan tahun satu UKM sesi 2013/2014, di bawah naungan penasihat program iaitu Dr. Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri. Program ini diadakan untuk mengasah bakat memimpin dan kemahiran komunikasi serta memberi motivasi kepada pelajar. Selain itu, program ini dirancang bagi memenuhi subjek kokurikulum (HHHC 9118) serta memenuhi semua aspek pembelajaran yang telah ditetapkan. Tambahan lagi, program ini juga merupakan satu langkah awal bagi pelajar untuk mendekatkan diridengan masyarakat sekeliling.
Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang program ini. Dengan tujuan dan harapan tersebut, besarlah harapan kami agar ia akan membawa kepada suatu perubahan, faedah dan manfaat yang besar dan bermakna kepada pelajar.
3.0 MISI
Membentuk mahasiswa yang prihatin, professional, beretika, bertanggungjawab, berdedikasi, dan berkebolehan dalam setiap aspek kehidupan.
4.0 MATLAMAT
4.1 Menggalakkan penglibatan mahasiswa/i dalam mengendalikan program sekaligus memberi peluang menimba pengalaman dan mengasah kemahiran dalam pelbagai bidang tugas.
4.2 Menyemai budaya dan nilai-nilai murni serta semangat yang utuh dalam kalangan mahasiswi dengan mengaplikasikan ilmu, teori dan pengalaman agar dapat mewujudkan golongan masyarakat yang bertanggungjawab dan berwawasan tinggi.
4.3 Memenuhi hasil pembelajaran yang telah digariskandalam HHHC 9118 untuk semua mahasiswa/i UKM.
4.4 Lawatan sambil belajar dan aktiviti kemasyrakatan bersama dengan para pelajar sekolah rendah.
4.5 Merapatkan hubungan antara pelajar perubatan tahun 1 sesi 2013/2014.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Meningkatkan kualiti sahsiah dalam diri mahasiswa/i perubatan pra-klinikal.
5.2 Mengasah serta menajamkan kemahiran berkomunikasi serta bermotivasi dalam diri mahasiswa/i perubatan pra-klinikal.
5.3 Memupuk sifat profesionalisme dan kemahiran berorganisasi kepada mahasiswa/i.
5.4 Menjadi salah satu medium untuk mendekatkan hubungan institusi pengajian tinggi khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pihak luar terutamanya dalam kalangan masyarakat.
5.5 Melihat sendiri kehidupan penduduk selain mendekati masyarakat dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama.
5.6 Memberi kesedaran tentang kepentigan penjagaan kesihatan kepada warga sekolah.
6.0 TEMA
” Back to Nature”
7.0 ANJURAN
Pelajar Fakulti Perubatan Tahun 1 Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 14 April 2014 (Isnin)
Masa :8.00 pagi hingga 2.00petang
9.0 TEMPAT PROGRAM
Sekolah Kebangsaan Padang Setebu,
Kampung Basung, Jalan Pengkalan Gawi,
Tasik Kenyir, Kuala Berang,
Terengganu.
10.0 PUBLISITI
Hebahan melalui ‘banner’ dan penyaluran maklumat kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Setebu melalui Encik Mohd Hisham Bin Muhamad,
Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Setebu.
10.0 CADANGAN PERASMI
Encik Mohd Hisham Bin Muhammad,Guru Penolong Kanan 1,
Sekolah Kebangsaan Padang Setebu,
Kampung Basung, Jalan Pengkalan Gawi,
Tasik Kenyir, Kuala Berang,
Terengganu.
No. Tel Pejabat : 09-8242763
YB Haji Zawawi Ismail,ADUN Kuala Berang,
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Berang,
Bangunan UMNO Bahagian,
Jalan Besar, Kuala Berang,
21700, Hulu Terengganu,
Terengganu.
No. Tel: 09-6816889
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
11.1 Penasihat : Dr. Mohd Hanafi Bin Ahmad Damanhuri
11.2 Jumlah urus setia : 39 orang pelajar
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
12.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
RujukLampiran C
15.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :
Urus Setia,Program Back to NatureKolej Tun Syed NasirUniversiti Kebangsaan Malaysia53200, Jalan TemerlohKuala Lumpur
(u/p: SITI NOR SUHAILAH SUZOLKEPLY)
No. Tel : 013 9588028Email : [email protected]
16.0 PENUTUP
Dengan ini, pihak kami amat berharap kerjasama daripada pihak tuan untuk melaksanakan program ini. Adalah menjadi harapan kami agar program ini dapat berjalan dengan lancer dan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dengan jayanya.
Semoga usaha kami ini dapat menyumbang dalam memperkasakan bidang kemasyarakatan di negara ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh,
…………………………….
NUR FAZLIN BINTI AB MANAN
Setiausaha
Program Back to Nature,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
No. Tel : 013 3759767
Disemak oleh,
……………………………
SITI NOR SUHAILAH BINTI SUZOLKEPLY
Pengarah
Program Back to Nature
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur
No. Tel :013 9588028
Disahkan oleh,
………………………………
DR MOHD. HANAFI BIN AHMAD DAMANHURI
Penasihat,
Program Back to Nature,
Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.
No. Tel : 019 2177307
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM RETURN BACK TO NATURE 2013/2014
Penaung
Y. Bhg. Prof Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengerusi
Y. Bhg. Prof Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni )
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penyelaras
Encik Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat
Dr. Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri
Pensyarah Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengarah
Siti Nor Suhailah Binti Suzolkeply, Fakulti Perubatan Tahun 1, A143657
013-9588028
Timbalan Pengarah (I)
Wan Nur Adilah Binti Wan Rusdi, Fakulti Perubatan Tahun 1, A143592
014-8176971
TimbalanPengarah (II)
Fatin Binti Rosnan, Fakulti Perubatan Tahun 1, A143659
014-9336082
Setiausaha
Nur Fazlin Binti Ab Manan, Fakulti Perubatan Tahun 1, A143667
013-3759767
Bendahari I
Norshahana Binti Mohd Arifin, Fakulti Perubatan Tahun 1, A143688
017-3997470
SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERLIBAT
JAWATAN NAMA PELAJAR FAKULTI NO.TELEFON NO. MATRIKS
Pengarah : Siti Nor Suhailah Binti Suzolkeply F/PER1 013-9588028 A143657TimbalanPengara : Wan Nur Adilah Binti Wan Rusdi F/PER1 014-8176971 A143592
TimbalanPengara : Fatin Binti Rosnan F/PER1 014-9336082 A143659
Setiausaha : Nur Fazlin Binti Ab Manan F/PER1 013-3759767 A143667Bendahari (I) : Norshahana Binti Mohd Arifin F/PER1 017-3997470 A143688Bendahari (II) : Nur Faieza Adawiyah Binti Madhan F/PER1 014-5781951 A146717ExcoPerhubungan : Siti Raihanah Binti Razali
Nursuhaira Binti SulaimanMuhammad Haziq Bin HasbuddinZulfadli Bin Mansor
F/PER1F/PER1F/PER1F/PER1
019-3747087019-6290209011-12955625012-2025724
A143579A143705A143565A143697
Exco Multimedia : Goh Kok SiewNajihah Farhana HassanAhmad Fadli Bin AbHadiAhmad Fitri bin Kamaruzaman
F/PER1F/PER1F/PER1F/PER1
013-5631925012-9525899013-9666439012-7832943
A143701A146710A143666A143652
Exco Makanan : Mohd. Aminuddin b. HamdanSharah Binti Engal
F/PER1F/PER1
010-7121642010-5841598
A143584A143596
ExcoTugas-Tugas : Muhammad Imran Qadir bin Ahmad ZainiMuhammad Azfar Shairazi Bin Mohd. AriffinNazatul Shima Binti NayanFarah MadiehahBt Abdul Hadi
F/PER1F/PER1
F/PER1F/PER1
019-96246310195688107
017-26402840172331778
A143591A143601
A143661A143679
Pengangkutan: Durratul Ain Shohaimi
Fatin Alia Binti R JunaidiAbdul Rauf bin YusofMohamad Nabil Iman bin Adil
F/PER1F/PER1F/PER1F/PER1
017-6294237017-3694240011-15687192013-3416349
A143590A143570A143609A143676
Exco Program : NurulHidayahBintiJefri F/PER1 013-7037996 A143703
Muhammad Dhirar Bin MohdDanialMira Adriana BintiYahyaMuhammad Zuhaily Bin IsahakMuhammad Adam Bin Ahamd ChangMohamed Salehuddin bin MdSaad
F/PER1F/PER1F/PER1F/PER1 F/PER1
013-8984247012-6065638017-7033656013-6366719013-7617127
A143608A146691A143643A147016A146998
Exco Kebajikan dan Keselamatan
: Noor Deanna Bt Abd RaofNoor Aisyah Somkambt IsmailAhmad Wazir Aiman bin Mohd Abd Wahab AqilaRamli
F/PER1F/PER1F/PER1
F/PER1
012283543601474122710172306112
0195505250
A143577A143686A144702
A143599Exco Dana : Nursabrina Binti MohdYasin
Nur Izzatul Afiqah Bt Mohd ShakriAdila Syafiqah Abdul AzizMuhammad Syahir Afham bin KamaruddinMohamad Zarrin Bin Abdullah
F/PER1F/PER1F/PER1F/PER1
F/PER1
0132948525012385040101119724602
0148097391
A146708A146703A143610A143655
A143597LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
Masa Waktu
8.00am - 8.15am Tiba di SK Padang Setebu.
Penyediaan program di dewan.
8.15am - 8.45am Pembahagian kumpulan pelajar.
Sesi suai kenal.
8.45am - 9.15am Motivational talk (Kepentingan Ilmu)
9.15am - 10.30am Aktiviti ‘Sekolah Impian’
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.30am Aktiviti ‘Ayam Bertelur’
11.30am - 1.00pm Explorace
1.00am - 1.30pm Majlis penutup
1.30pm - 2.00pm Makan tengahari.
LAMPIRAN C
PERINCIAN PROGRAM
Program Ramah Mesra dan Pembahagian Kumpulan
- Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil
- Sesi suai-kenal antara pelajar dan peserta (ice-breaking)- Setiap kumpulan mempunyai beberapa orang fasilitator
(dalam kalangan peserta)
Talk
- Pelajar mendengar ceramah motivasi ringkas daripada peserta tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian
- Pelajar berpeluang bertanya soalan dan meluahkan pendapat tentang topik yang dibincangkan
Sekolah Impian
- Pelajar melukis plan sekolah impian mereka menggunakan bahan-bahan yang disediakan seperti kertas mah-jong dan magic pen mengikut kumpulan masing-masing
- Wakil daripada setiap kumpulan diminta membentangkan hasil lukisan mereka di hadapan
- Pelajar dapat memupuk semangat kerjasama di dalam kumpulan dan meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran kreatitis mereka
Ayam bertelur
- Beberapa orang wakil dari setiap kumpulan berusaha mengeluarkan bola ping pong dari dalam kotak tisu tanpa menggunakan tangan mengikut cara mereka sendiri
- Pelajar dapat melatih diri mereka menghadapi masalah dengan tenang dan berusaha menyelesaikan masalah secara berkumpulan tanpa bertelingkah antara satu sama lain
Explorace (kenali badan kita)
- Para pelajar memupuk semangat berkumpulan dan berusaha menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk meneruskan permainan sebanyak enam stesen
- Pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai tubuh badan manusia di samping berseronok dengan tugasan yang diberikan
KOLEJ TUN SYED NASIR
MINIT MESYUARAT HC TASIK KENYIR
KALI PERTAMA SESI 2013
Tarikh : 15 November 2013
Masa : 5.00 – 6.00 petang
Tempat : Surau Ibnu Sina, Blok D, KTSN
AGENDA
BIL PERKARA TINDAKAN
1
1.0 Ucapan Pengarah Program1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang
hadir. Harapan pengerusi agar semua ahli dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
Makluman
2
2.0 Pelantikan Jawatankuasa Program2.1 Pengarah Program: Siti Nor Suhailah Binti Suzolkeply Timbalan Pengarah (1): Wan Nur Adilah Binti Wan Rusdi Timbalan Pengarah (2): Fatin Binti Rosnan Setiausaha: Nur Fazlin Binti Ab Manan Bendahari: Norshahana Binti Mohd Arifin
Pengarah Program
3
3.0 Perancangan Aktiviti3.1 Program ini akan diselia oleh Dr. Hanafi. 3.2 Program ini akan diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu dan
merangkumi lawatan ke Sanctuary Kelah, Sekolah Berua, dan lain
Pengarah Program
4 4.0 Hal-hal lain4.1 Jualan akan dirancang utk menambah dana program
Exco Dana
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.
Disediakan oleh,
.……………………………….
(NUR FAZLIN BINTI AB MANAN)
Setiausaha,
HC Program Tasik Kenyir,
KOLEJ TUN SYED NASIR
MINIT MESYUARAT HC TASIK KENYIR
KALI KEDUA SESI 2013
Tarikh : 21 November 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 – 10.30 petang
Tempat : Surau Ibnu Sina, Blok D, KTSN
AGENDA
BIL PERKARA TINDAKAN
1 1.0 Ucapan Pengarah Program1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
yang hadir. Makluman
22.0 Penerangan Tentatif Program2.1 Program akan dijalankan pada2.2 Rujuk lampiran
Setiausaha Program
33.0 Penerangan Skop dan Tugasan Setiap Exco3.1 Exco Program
Pengarah Program
4
4.0 Pemilihan Nama Untuk Program4.1 Undian telah diadakan bagi memilih nama program. 4.2 Mesyuarat sebulat suara memilih memilih nama‘Back to Nature’.
Timbalan Pengarah dan semua ahli
5
5.0 Hal-hal lain5.1 Semua exco diharapkan dapat menyediakan perincian
perkembangan gerak kerja beserta belanjawan yang diperlukan.
Exco Dana
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.
Disediakan oleh,
.……………………………….
(NUR FAZLIN BINTI AB MANAN)
Setiausaha,
HC Program Tasik Kenyir,
KOLEJ TUN SYED NASIR
MINIT MESYUARAT HC TASIK KENYIR
KALI KE-3 SESI 2013
Tarikh : 2 Disember 2013 (Isnin)
Masa : 5.00-6.30 petang
Tempat : Surau Ibnu Sina, Blok D, KTSN
AGENDA
BIL PERKARA TINDAKAN
1 1.0 Ucapan Pengarah Program1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
yang hadir terutama ahli baru.Makluman
2 2.0 Pertukaran exco 3K, Sharah Engal kepada Exco Makanan dengan Wazir Aiman.
Makluman
3 3.0 Penerangan Tentatif Program kepada ahli baru. Setiausaha
4 4.0 Penerangan perincian program di setiap slot LDK dan program di SK Sungai Berua.
Exco Program
5 5.0 Pemilihan logo untuk program. Exco Multimedia
6
6.0 Hal-hal lain6.1 Semua exco telah menghantar perbelanjaan bagi exco
masing-masing.6.2 Kertas kerja akan disiapkan sepenuhnya dan diberikan
kepada pensihat untuk semakan.
Bendahari dan setiausaha
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.
Disediakan oleh,
.……………………………….
(NUR FAZLIN BINTI AB MANAN)
Setiausaha,
HC Program Tasik Kenyir,
KOLEJ TUN SYED NASIR
MINIT MESYUARAT HC TASIK KENYIR
KALI KE-4 SESI 2014
Tarikh : 10 Februari 2014
Masa : 9.30- 11 malam
Tempat : Surau Ibnu Sina, Blok D, KTSN
AGENDA
BIL PERKARA TINDAKAN
1 1.0 Ucapan Pengarah Program1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang
datang.Makluman
2
2.0 Ketua exco dana, Syahir Afham memberi penduan mengenai prosedur untuk memohon sumbangan.2.1 Urusan memohon sumbangan atau sponsor akan dibantu oleh exco 3K and exco pengangkutan. Berikut adalah pembahagian tugas:
Exco Dana,Exco 3K dan
Exco Pengangkutan
3 3.0 Hal-hal lain3.1 Kertas kerja masih belum mendapat kelulusan JPPel.
Pengarah dan setiausaha
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11 malam.
Disediakan oleh,
.……………………………….
(NUR FAZLIN BINTI AB MANAN)
Setiausaha,
HC Program Tasik Kenyir,
KOLEJ TUN SYED NASIR
MINIT MESYUARAT HC TASIK KENYIR
KALI KE-5 SESI 2014
Tarikh : 26 Mac 2014
Masa : 9.30- 11 malam
Tempat : Surau Ibnu Sina, Blok D, KTSN
BIL PERKARA TINDAKAN1 1.0 Ucapan terima kasih atas kehadiran Pengarah2 2.0 Makluman ringkas mengenai program
2.1 Program dah diluluskan, 11-14 April 2014 (Jumaat-Isnin) 15 hari untuk persediaan2.2 Kemaskini semula senarai nama ahli di bawah setiap exco termasuk ahli baru.
Setiausaha
3. Pemberitahuan semula pembahagian exco di bawah seliaan MT Pengarah: Perhubungan T.Pengarah (1): Program dan Makanan T.Pengarah (2): Dana dan 3K Setiausaha: Pengangkutan Bendahari: TTK dan Multimedia
Makluman
4. 4.0 Skop gerak kerja setiap exco4.1 Exco perhubunganDitugaskan menjalankan portfolio exco protocol.Sediakan teks ucapan, aturcara majlis, kod pemakaian baju.4.2 Exco Multimedia @ TeknikalMencetak banner untuk keperluan aktiviti.Mendapatkan kamera dan peralatan teknikal.4.3 Exco MakananKemaskini semula keperluan makanan11/04/14: supper (sandwiches/air kotak)12/04/14: minum pagi (disediakan oleh Tourism Terengganu)4.4 Exco TTKMendapatkan hailer, projectorMenguruskanruskan mengenai hadiah dan cenderamata4.5 Exco ProgramMembantu pergerakan ahli memantau gerak kerja aktiviti bersama pelajar di sekolah.Memastikan setiap sub program mempunyai pengisian yang mantap.4.6 Exco PengangkutanSediakansurat kelulusan pengangkutanMenguruskan kelancaran pergerakan bas dan penginapan di Houseboat.Bekerjasama dengan exco 3K dalam memastikan bilangan ahli cukup4.7 Exco Kebajikan, Kebersihan dan Keselamatan (3K)Memastikan keselamatan dan kebajikan ahli.Menjelaskan langkah-langkah keselamatan kepada ahli.Mendapatkan peti pertolongan cemas dan keperluan sampingan.4.8 Exco DanaMenyediakan laporan pendapatan terkini.
Semua Exco
5. 5.0 Perkembangan program daripada Majlis Tertinggi.Pengarah: menguruskan hal pertukaran sekolah. TP I dan TP II: menghubungi pihak Tourism Terengganu untuk kemaskini perkembangan program dan mendapatkan slot bersama masyarakat orang asli.Setiausaha: mengemaskini minit mesyuarat dan perkembangan aktiviti.Bendahari: mengemaskini status kewangan terkini.
Makluman
6. 6.1 Jika exco lain perlukan apa-apa keperluan sila maklumkan kpd exco TTK selewat-lewatnya hari Jumaat ini.6.2 Jika ada pertambahan perbelanjaan sila maklumkan kpd pemangku bendahari supaya boleh periksa unjuran kewangan terkini.
Bendahari dan Exco TTK
7 Hal-hal lainPeringatan kepada ahli untuk member kerjasama dan bersedia dengan laporan gerak kerja.
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11 malam.
Disediakan oleh,
.……………………………….
(NUR FAZLIN BINTI AB MANAN)
Setiausaha,
HC Program Tasik Kenyir,
MINIT MESYUARAT EXCO PENGANGKUTAN
PROGRAM ‘BACK TO NATURE’
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tarikh : 30 Mac 2014
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau D, KTSN
KEHADIRAN
1. Durratul Ain binti Shohaimi (A143590)2. Fatin Alia binti R Junaidi (A143570)3. Abdul Rauf bin Yusof (A143609)4. Mohamad Nabil Iman bin Adil (A143676)5. Nur Fazlin Binti Ab Manan (A143667)
1) UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA KETUA EXCO
1.1 Ketua exco membuka majlis dan mengucapkan salam kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir.
1.2 Ketua exco menerangkan objektif mesyuarat diadakan.
2) PERBINCANGAN MENGENAI BIDANG TUGAS EXCO PENGANGKUTAN
2.1 Ketua exco memaklumkan bahawa tiada bas UKM yang dapat disewa bagi program ini kerana semua bas digunakan oleh program lain, justeru perlu menyewa bas luar.
2.2 Ketua exco menerangkan peranan ahli-ahli exco supaya memastikan bilangan peserta mencukupi sebelum bas meninggalkan sesuatu destinasi.
2.3 Ketua exco juga memaklumkan bahawa ahli exco perlu bekerjasama dengan ahli exco 3K bagi memastikan keselamatan semua ahli terjaga terutama sekali ketika berada di atas ‘speedboat’ dan ‘houseboat’.
3) HAL-HAL LAIN
3.1 Ahli-ahli exco membincangkan isu bayaran tambahan yang dikenakan bagi program ini.
4) PENUTUP
Ketua exco mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam. Minit mesyuarat disediakan pada 02 April 2014.
LAPORAN SEKRETARIAT EXCO PENGANGKUTANPROGRAM ‘BACK TO NATURE’
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Tarikh : 21 April 2014
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau D, KTSN
KEHADIRAN
1. Durratul Ain binti Shohaimi (A143590)2. Fatin Alia binti R Junaidi (A143570)3. Abdul Rauf bin Yusof (A143609)4. Mohamad Nabil Iman bin Adil (A143676)
AKTIVITI: PERBINCANGN PENYELESAIAN MASALAH
No. Masalah Penyelesaian Keputusan/Kesan pelaksanaan
1. Masalah kewangan.Bayaran yang dikenakan agak tinggi dan ada sebilangan ahli yang tidak tahu mengenai bayaran tersebut.
Majlis Tertinggi menerangkan masalahan kewangan yang dihadapi dan menjelaskan tujuan dikenakan bayaran.
Semua ahli bersetuju untuk membayar.
2. Perselisihan aktiviti dengan pelawat lain.
Pertukaran rancangan dilakukan.
Semua aktiviti berjalan dengan lancar.
KELEMAHAN
1) Penggunaan orang tengah dalam menguruskan penyewaan ‘houseboat’.
2) Kekangan masa bersama pelajar-pelajar di sekolah.
3) Jurang komunikasi sesama ahli.
KEKUATAN
1) Ketabahan ahli Majlis Tertinggi dalam memastikan aktiviti ini dapat dijalankan walaupun menghadapi pelbagai masalah.
2) Hubungan yang lebih rapat sesama peserta dapat dijalinkan melalui aktiviti ini.
CADANGAN
1) Semua ahli hendaklah menepati masa agar semua aktiviti dan perbincangan yang diadakan berjalan dengan lancar.
2) Pelbagai alternatif boleh diambil untuk mengumpul dana bagi mengurangkan masalah kewangan.
Yang Menjalankan Tugas,
......................................................
(DURRATUL AIN BINTI SHOHAIMI)
Ketua Exco Pengangkutan,
Program ‘Back to Nature’,
Universiti Kebangsaan Malaysia
LAPORAN AKTIVITIUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 BUTIRAN AKTIVITI
a. Nama Aktiviti : “Back to Nature”
b. Penganjur : Persatuan Mahasiswa Perubatan (PERSIAP) Tahun 1 UKM
c. Dengan kerjasama : KETENGAH, Tourism Negeri Terengganu
d. Tarikh : 11/04/2014-14/04/2014
e. Tempat : Tasik Kenyir dan Sekolah Kebangsaan Padang Setebu,
Terengganu
f. Jumlah peserta : 37 orang pelajar fakulti perubatan tahun 1, 1 orang pelajar
fakulti pergigian tahun 1 dan seorang penasihat
g. Perasmi (Nama Penuh & Jawatan)
Pembukaan : -Tiada-
Penutup : Encik Hishamuddin,
Guru Penolong Kanan Akademik, Sekolah Kebangsaan Padang
Setebu.
h. Jumlah pendapatan : RM 6125.20
Jumlah perbelanjaan : RM 6125.20
(Rujuk lampiran kewangan)
i. Gambar sepanjang aktiviti (sekurang-kurangnya 3 keping) (Rujuk lampiran)
j. Aturcara/buku program terkini (Rujuk lampiran)
k. Jawatankuasa Program yang sebenar (Rujuk lampiran)
l. Borang penilaian aktiviti (sekurang-kurangnya 15 borang) Rujuk Borang Penilaian Aktiviti (UKM-SPKP-JPPel- PK04-BO05)
m. Ulasan penasihat ( Rujuk lampiran )
2.0 PENGISIAN AKTIVITI
Explore raceTema : Back To NaturePengisian:Aktiviti dijalankan sebanyak 6 stesen di mana setiap kumpulan diperuntukkan selama 12 minit di setiap stesen untuk bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Terdapat beberapa stesen di mana setipa kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk member arahan kepada ahli kumpulan yang lain dalam tugasan tersebut seperti stesen ‘boneka jadian’ dan ‘gantungan misteri’.Sikap kepimpinan dalam beberapa murid terserlah dalam aktiviti-aktiviti ini di mana mereka cuba untuk memberi arahan yang sepatutnya kepada yang lain.
3.0 KESIMPULAN
3.1 Kelebihan/kebaikan aktiviti
1) Memberi pengalaman baru kepada kami dengan menjadi fasilitator di Sekolah Kebangsaan Padang Setebu.
2) Merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain dan menjadi lebih mesra dan mudah bergaul dengan rakan-rakan berlainan jurusan.
3) Menerapkan kemahiran berorganisasi dalam diri supaya ilmu yang dipelajari dapat digunakan untuk melaksanakan program lain pada masa akan datang.
4) Memupuk kemahiran berkomunikasi dengan berhubung antara ahli jawatankuasa program dan juga masyarakat luar seperti pihak pengurusan Tasik Kenyir dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Setebu.
5) Membina jati diri dan disiplin yang lebih utuh dalam diri setiap ahli jawatankuasa sepanjang melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
6) Meningkatkan keyakinan dalam melakukan perkara yang mencabar dan memberi pengalaman baru seperti mendidiami rumah bot.
I.2 Permasalahan yang timbul
1) Pemakluman tugas yang tidak jelas yang berpunca dari ketidak hadiran sebilangan peserta sepanjang perbincangan diadakan.
2) Kelewatan dalam mendapat kelulusan kertas kerja kerana banyak pembetulan dan pelaksanaan baru.
3) Terdapat beberapa perubahan aturcara pada saat akhir program/ ketika pelaksanaan program.
4) Terdapat beberapa orang pelajar yang terpaksa menarik diri daripada program kerana terlibat dengan program anjuran fakulti yang lain.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik antara setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa kesulitan yang tidak dijangka, semua itu dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman baru dalam menjalankan program. Program kali ini telah memberi banyak manfaat kepada banyak pihak, terutamanya bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri dalam aspek disiplin,kemahiran berorganisasi dan pembahagian masa,selain menanamkan semangat dan azam baru untuk menuntut ilmu dalam kalangan pelajar Tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Padang Setebu. Melalui program ini juga,ahli jawatankuasa program yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar perubatan tahun 1 dapat mengasah kemahiran insaniah dalam diri masing-masing yang merupakan kemahiran asas yang penting dalam dunia perubatan.Justeru, program ini dianggap berjaya mencapai objektifnya serta bertindak sebagai suatu latihan untuk kami terus maju dalam membina kemahiran insaniah,baik dari segi individu mahupun berkumpulan.
Disediakan oleh
…………………………….NUR FAZLIN BINTI AB MANANSetiausaha Program Back to Nature,Universiti Kebangsaan MalaysiaKampus Kuala LumpurNo. Tel : 013 3759767
Disemak oleh,
……………………………SITI NOR SUHAILAH BINTI SUZOLKEPLYPengarahProgram Back to NatureUniversiti Kebangsaan MalaysiaKampus Kuala LumpurNo. Tel : 013 9588028
Disahkan oleh,
………………………………DR MOHD. HANAFI BIN AHMAD DAMANHURIPenasihat,Program Back to Nature,Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan,Universiti Kebangsaan Malaysia,
Kampus Kuala Lumpur.No.Tel : 019 2177307
(h) LAPORAN KEWANGAN
PROGRAM : BACK TO NATURE
ANJURAN : FAKULTI PERUBATAN UKM
PENDAPATAN
Pendapatan Yang Diterima Jumlah (RM) Jumlah (RM)1. Bayaran peserta (38 orang) 4,180.002. Jualan kerepek 501.003. Dana persendirian 1,000.004. Peruntukan JPPEL 300.005. Dr. Hanafi 80.006. Derma daripada peserta 64.20
Jumlah Pendapatan 6,125.20
PERBELANJAAN
PERKARA NO LAMPIRAN Jumlah (RM) Jumlah (RM)1. Pakej di Tasik Kenyir Lampiran 1 5680.002. Tugas-tugas khas (hadiah dll) Lampiran 2 265.003. Multimedia Lampiran 3 27.004. Perhubungan Lampiran 4 20.005. Program Lampiran 5 33.206. Pengangkutan Lampiran 6 100.00
Jumlah Perbelanjaan 6125.20Lebihan Pendapatan -
Kurangan Pendapatan -
REFLEKSI PROJEK YANG DIJALANKAN (ISU-ISU BERBANGKIT/ CARA MENGATASI MASALAH, MANAFAAT/PENGALAMAN)
Alhamdulillah, program Tasik Kenyir ini telah berjalan dengan jayanya. Tiada isu berbangkit yang menyebabkan pergaduhan antara exco. Semua exco berpuas hati dengan program ini kerana membantu mengurangkan tekanan belajar mereka. Hubungan antara exco menjadi semakin baik. Walau bagaimanapun, perkara berbangkit tetap ada sebagai garis panduan pada masa akan datang.
Antaranya, pemakluman skop tugas yang tidak jelas kepada semua exco berpunca dari ketidak hadiran sebilangan peserta sepanjang perbincangan diadakan dan masih ada exco yang kurang memberi fokus semasa pembentangan gerak kerja dilakukan. Maka, ada exco yang tidak mengetahui perkembangan program. Justeru itu, pihak Majlis Tertinggi sepatutnya bertindak tegas kepada exco yang tidak hadir bukan disebabkan ada hal yang bertindih. Saya juga belajar untuk mengawal exco di bawah jagaan saya dengan lebih baik. Disebabkan perkara ini, saya menegaskan kepada ahli-ahli exco saya untuk hadir ataupun menyediakan wakil untuk mendengar perkembangan dan memaklumkan kepada yang tidak hadir. Jadi, tiada perkara berbangkit mengatakan mereka tidak tahu akan penambahan dan perkembangan kerja.
Selain itu, kelewatan dalam mendapat kelulusan kertas kerja kerana banyak
pembetulan dan pelaksanaan baru yang perlu dilakukan mengganggu Exco Dana untuk memohon dana daripada pihak luar. Bukan sahaja dana, malah menyukarkan exco lain untuk bergerak. Maka, gerak kerja setiap exco menjadi lambat. Walaupun hal ini berlaku, Exco Dana mampu juga mendapatkan dana berbentuk buku daripada majalah Asuh dan dana daripada JPPEL (RM 300) serta berjaya mengumpul RM 501 dalam penjualan kerepek. Justeru itu, yuran exco dapat dikurangkan. Keaktifan Exco Dana adalah terpenting dalam menjalankan aktiviti.
Terdapat beberapa perubahan aturcara pada saat akhir program atau ketika pelaksanaan program. Perkara ini menyebabkan pembaziran yang berlaku dan mnyukarkan perjalanan program. Sepatutnya Exco Program memastikan program yang ingin dijalankan terlebih dahulu sebelum memberi senarai barang-barang yang perlu dibeli kepada Exo TTK. Perubahan perkara semasa program pula menyukarkan pembelian barangan kerana di kawasan yang kami pergi ini, tiada tempat untuk membeli-belah. Hal ini, menjadi batu penghalang semasa di Tasik Kenyir. Maka, senarai barangan perlulah spesifik dan tepat agar pembaziran dapat dielakkan. Selain itu, exco pengangkutan telah berjaya menjalankan tugasan mereka dengan cemerlang. Mereka berjaya membuat penempahan bas luar dengan bantuan Encik Radzuan, pengawai UKM Kuala Lumpur ekoran ketiadaan bas UKM berikutan pertindihan aktiviti. Kami juga berjaya menyusun pergerakan ahli ketika menuju ke salah satu pulau di Tasik Kenyir untuk aktiviti air dengan menaiki speedboat berikutan kelewatan houseboat dan ketika mendaftar masuk ke dalam houseboat.
Akhir sekali, terdapat beberapa orang pelajar yang terpaksa menarik diri daripada program kerana terlibat dengan program anjuran fakulti yang lain seperti yang diperkatakan di atas menyebabkan saya menghadapi masalah dalam menyenaraikan nama ahli exco berikutan terdapat kemasukan ahli baru. Perkara ini menyukarkan saya selaku Setiausaha adalah apabila terpaksa membaiki kertas kerja secara berperingkat dan tidak dimaklumkan pembaharuan permohonan aktiviti dengan lebih awal dan jelas. Hal ini menyebabkan kelewatan dalam mendapat kelulusan kertas kerja. Walaubagaimanapun, saya amat berpuas hati dalam komitmen yang diberikan setiap exco dalam pembentangan gerak kerja dan penyediaan minit mesyuarat exco masing-masing.
Saya sebagai MT tidak mendengar mana-mana komen daripada pihak sekolah dan pihak ‘houseboat’. Malahan, pihak ‘houseboat’ memuji setiap exco program ini yang rajin membantu di dapur. Kami mengemas dan menyediakan meja makan bersama-sama tanpa menunggu arahan daripada sesiapa. Hal ini membuktikan bahawa kami telah mencapai beberapa objektif program. Hubungan kami juga semakin baik terutamanya hubungan saya dan exco jagaan saya, exco perhubungan dan pengangkutan.
Kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan jayanya. Pelbagai kemahiran dapat saya perolehi terutamanya dalam pengurusan. Sudah pasti selaku setiausaha pengurusan program amat penting dalam memastikan kelancaran program. Saya juga menimba pelbagai pengalaman dalam penyediaan kertas kerja dan surat rasmi bagi keperluan program. Di samping itu, saya juga memperolehi kemahiran dalam keusahawanan antaranya komunikasi bersama pelanggan amat penting di mana saya telah mengatasi perasaan malu ketika urusan berjual beli dan teknik publisiti amat penting dalam membuat hebahan dan menunjukkan kewujudan produk yang dipasarkan oleh program kami.Saya juga mendapati pengurusan dalam jualan amat penting dalam memastikan jumlah jualan dan keuntungan yang diperolehi. Kerjasama kumpulan amat dititikberatkan terutamanya dengan bendahari dan exco dana. Saya juga berpuas hati kerana program ini telah mencapai objektifnya di samping berjaya mengembang dan memperbaiki kemahiran saya dalam pengurusan dan keusahawanan.