LAPORAN

10
LAPORAN BENGKEL ETIKET SOSIAL & PROTOKOL : PENGUCAPAN AWAM PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3 NAMA PELAJAR : JAMALIAH BINTI AHMAT AMBILAN : PPG FEB 2012 SEMESTER : SEMESTER 5 OPSYEN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN FEB 2012 PERINGKAT : FASA 3 TARIKH : 8 FEBRUARI 2012 TEMPAT : DEWAN SK SERI AMAN, FELDA BUKIT APING BARAT MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM KUMP 1 KEHADIRAN : PELAJAR PPG ( 2 ORANG ) : PN.JAMALIAH BINTI AHMAT : PN.MAIMUNAH BT OMAR LAPORAN REFLEKTIF: TAJUK : PENGUCAPAN AWAM 8 FEBRUARI 2014 ( SABTU ) 7.30 pagi: Pada pukul 7.30 pagi, semua pengawas sekolah, pembantu pusat sumber, ketua kelas dan penolong berkumpul di Dataran Aman bagi menerima watikah perlantikan masing-masing.

description

laporan

Transcript of LAPORAN

Page 1: LAPORAN

LAPORAN BENGKEL ETIKET SOSIAL & PROTOKOL : PENGUCAPAN AWAMPROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3

NAMA PELAJAR : JAMALIAH BINTI AHMAT

AMBILAN : PPG FEB 2012

SEMESTER : SEMESTER 5

OPSYEN : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN FEB 2012

PERINGKAT : FASA 3

TARIKH : 8 FEBRUARI 2012

TEMPAT : DEWAN SK SERI AMAN,

FELDA BUKIT APING BARAT

MASA : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG

KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM KUMP 1

KEHADIRAN : PELAJAR PPG ( 2 ORANG )

: PN.JAMALIAH BINTI AHMAT

: PN.MAIMUNAH BT OMAR

LAPORAN REFLEKTIF:

TAJUK : PENGUCAPAN AWAM

8 FEBRUARI 2014 ( SABTU ) 7.30 pagi: Pada pukul 7.30 pagi, semua pengawas sekolah, pembantu pusat sumber, ketua kelas dan

penolong berkumpul di Dataran Aman bagi menerima watikah perlantikan masing-masing.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Fahmi bin Abu Bakar, seterusnya

diikuti dengan ikrar pelajar, nyanyian lagu Bangsa Johor dan Nyalakan Tekad.

Selepas itu,murid mendengar ucapan dan pembukaan rasmi dari Pn Hajah Noraidah bt

Mohamed GPK HEM yang menggantikan guru besar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut

kerana berkursus. Bagi mengingatkan para peserta tentang tanggungjawab dan tugas masing-

masing, Ketua Pondok Polis Felda Bukit Aping Barat iaitu En Ismail bin Husin dijemput untuk

memberikan sedikit nasihat dan kata-kata perangsang kepada para peserta bengkel.

Page 2: LAPORAN

Setelah itu pihak sekolah menyerahkan surat kuasa merotan kepada dua orang guru disiplin

sekolah iaitu Encik Mohd Fahmi bin Abu Bakar dan Puan Hayati binti Ibrahim.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah, pembantu

pusat sumber, ketua kelas dan penolong.

Setelah menerima watikah perlantikan ini, semua peserta membaca ikrar dan menyanyikan

lagu Negaraku sebagai penutup sesi pertama ini.

 10.00 pagi

Para peserta menikmati kudapan yang disediakan. Setelah itu para peserta beratur untuk sesi

yang kedua iaitu mengikuti bengkel pengucapan awam.Selepas menulis butiran diri dalam

borang pendaftaran, semua peserta diberikan sebuah fail berisi buku program dan bahan

kursus untuk rujukan peserta.

10.30 pagi hingga 12.30 tengahariSlot yang kedua dimulakan iaitu ceramah tentang kepentingan pengucapan awam di kalangan

pengawas sekolah, pembantu pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Ianya telah

disampaikan oleh Pn Haslinda bt Mohd Noor guru kaunseling yang dijemput dari SMK Bandar

Kota Tinggi. Sesi ceramah diselang selikan dengan sesi soal jawab.

12.30 tengahari hingga 2.30 petang:Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diminta berbincang dan

memilih seorang wakil untuk membuat ucapan di hadapan.

Sebelum majlis bersurai, penyampaian hadiah diberikan kepada penceramah jemputan dan

kumpulan 6 yang telah menunjukkan sikap berkerjasama dan disiplin yang baik sepanjang

bengkel tersebut dijalankan. Selepas itu semua peserta bengkel menikmati jamuan makan

tengahari dan bersurai.

Page 3: LAPORAN

BEBERAPA KEPING GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN SEMASA SESI BENGKEL

Page 4: LAPORAN

ISU / MASALAHANALISIS SWOT

(i) KEKUATAN1. Semua guru , pihak sekolah dan peserta yang terlibat memberi komitmen yang tinggi

dan bekerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan.

1. Oleh kerana guru yang terlibat agak sedikit jumlahnya, semua aktiviti yang dijalankan

mudah dikendalikan dan masa yang diperuntukan mencukupi bagi semua slot yang

dirancang.

2. Kos yang diperlukan untuk mengendalikan Program Ceramah ini tidak banyak kerana

program dilaksanakan di dalam sekolah, semua kemudahan asas mencukupi seperti

kemudahan tenaga elektrik , penggunaan kantin, tandas, dewan, surau dan sebagainya.

(ii) KELEMAHAN:

1. Oleh kerana kekangan masa di sekolah dengan pelbagai program yang dirancang, guru

yang terlibat dengan aktiviti Ceramah agak sedikit dan jumlah yang sedikit ini kurang

memberi impak yang baik kepada peserta antara kumpulan terutama dalam sesi kuiz

berkumpulan.

(iii) PELUANG:

1. Semua guru dan peserta dapat menambahkan pengalaman dan motivasi diri dalam

menghadapi cabaran dunia pendidikan masa kini selepas mengikuti Ceramah

Profesionalisme ini.

2. Semua guru berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang

program dan mereka amat berbesar hati untuk melaksanakannya pada masa-masa

yang akan datang dan berkongsi idea dan maklumat yang diperoleh untuk

meningkatkan kualiti kerja demi kecemerlangan sekolah dan anak murid.

Page 5: LAPORAN

REFLEKSI KENDIRI:Refleksi Kendiri ( aktiviti bengkel ) Sepanjang menjalankan tugasan bagi BIG kali ini pelbagai cabaran dan halangan telah saya

hadapi. Secara umumnya, tugasan BIG saya kali adalah bertujuan bagi membolehkan pelajar

seperti saya menerangkan berkaitan perkembangan kemahiran latihan dan aktiviti

kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan

menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol. Aspek

berkaitan yang diterapkan ialah  pengucapan awam, kesantunan berbahasa , kemahiran

mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika

berpakaian. Kursus ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat

kemasyarakatan. Tempoh masa yang diberikan mencukupi memandangkan masa yang

diperuntukkan cukup lama. Walau bagaimanapun, dengan tugas yang sedia ada

mengakibatkan pendokumentasian BIG ini saya selenggara agak lewat. Bengkel yang saya

adakan ini sebagai satu langkah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk lebih

yakin semasa bercakap di hadapan rakan – rakan.Mengasah kemahiran pendengaran para

pelajar dengan menyebut teknik  – teknik pendengar yang baik. Rasional mendengar dengan

teknik yang baik dan betul. Walaupun beban tugasan sedia ada di sekolah, saya dan

rakan– rakan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini sebaiknya. Kami berurusan

melalui wassap group yang kami sediakan. Perkongsian bahan dan idea dilakukan dalam

medium tersebut. Ini sedikit sebanyak menjimatkan masa yang kami guna dalam menyiapkan

laporan bagi aktiviti yang saya telah pilih. Secara jujur dikatakan di sini, kolaborasi dan

perbincangan di antara ahli kumpulan dengan rakan – rakan yang lain telah banyak membantu

pihak saya dalam menyiapkan pelaporan tugasan kali ini. Perjalanan bengkel ini dijalankan

secara berterusan mengikut tajuk yang telah dicerakinkan. Penerangan kepada pelajar dibuat

secara kuliah dan sedikit masa diperuntukkan untuk amali. Sepanjang tempoh pelaksanaan

bengkel ini, saya telah menyedari terdapat beberapa :

a. Kekuatan

Suara yang nyaring dan mudah didengari.

Boleh menerangkan sesuatu tajuk dengan jelas.

Sudah mengenali kesediaan murid–murid. Mampu bertahan dengan karenah para pelajar.

Page 6: LAPORAN

Kelemahan

Kurang maklumat berkaitan tajuk–tajuk dalam etiket sosial.

Masa perjumpaan yang agak terhad.

Pengendalian aktiviti kecil yang kurang menarik minat para pelajar.

Teknik penyampaian yang tidak berkesan.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan adalah :

Memperbanyakkan bahan bacaan berkaitan dengan tajuk bengkel.

Bertanya dengan rakan sejawat yang jauh lebih berpengalaman.  

Mempelbagaikan kaedah penyampaian bagi mengelakkan para pelajar bosan.

Memberikan contoh yang mudah bagi para pelajar untuk faham. Selepas menyiapkan laporan

ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan

kepada diri saya untuk menempuhi cabaran bidang pendidikan masa yang mendatang. Melalui

pelaksanaan tugasan dan amali serta tutorial yang telah dijalankan bersama rakan–rakan dan

pensyarah pembimbing, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah mempunyai

kemahiran yang mencukupi lebih – lebih lagi dalam ICT. Ini kerana bahan–bahan yang sedia

ada banyak membantu dalam memberi pengetahuan dalam bidang yang ingin dipelajari dan

dikuasai.

Manakala dari segi nilai–nilai murni yang dapat saya pelajari ialah kita perlulah lebih

menghargai masa yang kita ada. Gunakannya dengan sebaiknya dan semaksimum yang

mungkin bagi mendapatkan hasilan yang terbaik. Sekiranya niat kita ikhlas dalam mendapatkan

ilmu pengetahuan dan bukannya dikaburi dengan sifat mazmumah, dengan izin Allah ianya

akan dipermudahkan. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini

sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil langkah

proaktif dengan menyiapkan draf bagi tugasan terlebih dahulu. Di samping itu juga, saya akan

bertanya kepada rakan–rakan bagi melihat perkembangan tugasan yang kami jalankan.

 Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan

berharap agar hasil yang kami hasilkan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting,

pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari dalam tugasan kali ini akan saya guna

bagi melaksanakan tugasan–tugasan yang akan datang. Di sini, saya ingin merakamkan jutaan

Page 7: LAPORAN

terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah membantu terutama rakan–rakan

dalam menyiapkan tugasan. Saya berharap agar kerjasama ini akan dapat diteruskan pada

masa–masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.