LAPORAN AJK KEBERSIHAN

download LAPORAN AJK  KEBERSIHAN

of 2

description

LAPORAN AJK KEBERSIHAN

Transcript of LAPORAN AJK KEBERSIHAN

LAPORAN AJK KEBERSIHAN Sebelum:Jawatankuasa Kebersihan program ICT telah ditubuhkan dalam mesyuarat pertama. Mesyuarat dan perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua ahli jawatan kuasa.Dalam mesyuarat ini, kami diagihkan dan diberi tugas masing-masing bagi melicinkan program ICT ini. Saya dikehendaki memantau kebersihan semua tempat sepanjang program ICT ini berlangsung.Semasa:Pada 19 September 2015 kami semua mengadakan program ICT ini di dewan Kirkby IPG Kampus Tuanku Bainun. Saya ditugaskan untuk menjaga keselematan tempat tersebut. Pada hari tersebut saya sebagai ajk kebersihan telah memastikan agar tiada selerak sampah diseluruh kawasan dewan dan saya juga menyediakan beg plastik agar sampah- sarap dapat dibuang dalam beg plastik tersebut. Makanan untuk guru pelatih telah disediakan di kantin IPG Kampus Tuanku Bainun, sebagai ajk kebersihan saya telah menyediakan banyak plastik sampah supaya keadaan kantin sentiasa bersih dan kemas. Dengan itu, makanan untuk tetamu-tetamu kehormat telah disediakan di bilik makanan disebelah dewan kirkby. Saya juga telah memastikan kawasan bilik makanan tersebut bersih dengan membersihkan meja makan VIP dan juga telah menyediakan plastik sampah bagi membuang sampah.program ICT tamat kira-kira pukul 5 petang. Setelah habis program ICT saya telah mengemaskan tempat tersebut dan tidak meninggalkan sebarang sampah sarap di kawasan dewan Kirkby tersebut sebelum meninggalkan tempat tersebut.

.Selepas:

Akhir sekali, saya telah menyediakan laporan untuk maklumat setiausaha. Dengan ini, saya telah melaporkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi kepada pengarah program dan juga telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan guru pelatih untuk mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sepanjang program berlangsung.

Disediakan oleh,____________________________(GUNESVARI A/P BALAKRISHNAN)Ketua AJK Keselamatan dan Kebersihan,Program ICT,IPG Kampus Tuanku Bainun.